Thursday, December 17, 2015

Minggu Akhir Kelas.. :(

Assalamualaikum..

Minggu kedua bulan Disember, minggu terakhir kelas untuk LLB..
Huarghhhh..Sedihnyaaaaa..
Macam tak percaya je ni semester akhir.. *insya-Allah*

Dulu waktu first year, second year, bukan main tak sabar nak habis law school..
Sekarang, rasa sayu je..Bila tengok muka kawan-kawan,rasa sedih pulak..
Sebab tau, after this, it will be so hard to meet all of them unless there are some events for us.. :(
But, still happy..Every one will make their own paths, choose their own careers, including me.. :)

Kalau refer my last post, really hope on first week of December, there will be no test, assignment anymore..
But, it only my dream..ha3..Harapan palsu..
Semalam ada test..Nasib ok jawab..Insya-Allah..he3..
Esok Jumaat, ada lagi dua(2); not so last assignments nak submit..
Kenapa bukan last?Sebab ada satu lagi assignment lecturer nak bagi waktu study week..
Memang saje je bagi on that day, and submit petang tu jugak..
Confirm library full house dengan budak final year final sem nanti.. :)

This week ada vacation dengan kawan-kawan..
Dekat KL je..Insya-Allah nanti buat special post for this short trip with besties.. :)
Nak tunjuk fews selected photos untuk bulan November..
Meaningful events for myself, at last sem, for LLB insya-Allah..

Birthday celebrtion for Ain-Mas-Fad..

Trial Civil Procedure 2..
Wedding Dr. Yazid & Adlin..
Last tutorial CP2..

Esok, Jumaat ada lagi satu kelas..The last one for LLB.. :(
Then study week, final exam, ibadah camp, cari tempat chambering..
Doakan moga this sem will be my last sem and the result will be the best throughout my degree life insya-Allah.. :)

p/s: Will miss UIA so much..

Saturday, November 14, 2015

November yang Sibuk..

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. :)
Pejam celik-pejam celik, dah hampir pertengahan November..Alhamdulillah, semua test dah habis insya-Allah..Sekarang tinggal masa nak pulun buat assignments je..Insya-Allah, habis November, harap semua kerja settle!! *mood mengharap kerajinan menjelma*

Trial kes, Mock trial Criminal Procedure, Presentation Islamic Banking..Harap semua settle cepat..Nak fokus preparation final awal..Harap-harap first week December dah takde kerja, boleh fokus belajar..Takut lah pulak nak habis belajar..Nanti nak cari tempat chambering lagi..

Doakanlah hajat aku nak praktis Shariah dekat Melaka dipermudahkan..Lecturer suruh tanya mahkamah sama ada student UIA ada pengecualian atau tak nak praktis tanpa DSLP..Walaupun ijazah degree law civil, tapi kitaorg student law UIA kena belajar shariah jugak..Semua subjek kitaorg amik..Cuma dalam bahasa Inggeris je..Bukan UIA tak nak bagi certification belajar shariah, tapi lecturer kitaorg kata, MQA yang tak nak..Ingat senang ke nak hadap civil dengan shariah serentak?Nasib baik aku memang suka belajar..Cuma tak suka EXAM je..ha3..

Semalam baru settle dua test..So pagi ni rileks kejap..Pukul 11 baru start buat kerja tertunggak..Doakan ni final sem aku..Tak sabar nak berkepit bawah ketiak mak abah..Yeahhhhhh... *senyum lebar*

Friday, October 30, 2015

Berpagi-pagian

Assalamualaikum..

Hari ni Jumaat, maka, salam sayidul ayyam, penghulu segala hari.. :)
Jom baca Al-Kahfi..Nak-nak budak UIA yang tengah cuti mid-sem tu, sedap duk rumah tak sibuk sangat tu, molek sangatlah kalau nak baca..
Aku dah balik UIA tercinta awal..Kerja dan test banyak yang menanti..

Semalam borak dengan roommate, aku cakap lama sangat dah tak terjaga waktu azan Subuh..
Sekarang banyak terjaga sebab alarm je..Bilik sekarang tak dengar azan Subuh..Waktu solat lain dengar je..
Ke sebab memang tidur mati tak dengar langsung?ha3..
Alhamdulillah, pagi tadi improve sikit..Terjaga je,dengar speaker masjid imam bagi salam..he3..
Nampak sangat selama ni tidur mati..Takpe,niat hari-hari, harap semakin hari semakin baik..Dapat terbangun awal..Lagi manis kalau sempat tahajud..Insya-Allah..

Hari ni dengan semalam,cuaca cantik sangat..Sebab jerebu dah takde..Alhamdulillah..
Aku nampak matahari je,aku suka..Yelah,siapa tak suka matahari pagi?Aku suka sangat..
Nak-nak kalau aku jemur baju..ha3..Biar cepat kering..Aku rasa baju aku pun gembira bila diaorg kena matahari secukupnya..ha3..
Kawan-kawan aku selalu perli aku bila aku senyum sengih-sengih tengok matahari terik..
Diaorg mesti cakap, "Ni senyum gembira tengok matahari ni,mesti jemur baju".. :)

Hari ni, nak siapkan kerja untuk Civil Procedure II..Nak buat Sale and Purchase Agreement, Deed of Mutual Covenant..
Lepas tu nak tengok skrip untuk Mock Trial Criminal Procedure pulak.. -..-'..
Nak prepare tutorial lagi..Test lagi..
Kuat Sakinah..Kuat..Last sem ni..

p/s: Moga sem ni dapat diharungi dengan tabah dan lancar..

Friday, October 2, 2015

Sesi Makan-makan: Kafe Billionaire Concept Melaka

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas kan cuti Hari Raya Aidiladha..Balik rumah hari Rabu, tapi sebab kerja tak sentuh langsung, laptop tak bawak balik rumah, Sabtu dah gerak balik UIA..
Sekali Isnin cuti pulak sebab jerebu..Takpelah, tak sedih sangat sebab memang kerja banyak..
Duduk rumah pun tak tenteram ok.. :P

Hari Jumaat sebelum balik, terus roger sedara aku, Fura dengan Zai, ajak makan sama..Nak belanja diaorg..
25 September tu birthday Zai,so memang plan nak belanja dia..Fura pulak aku belanja sebab dia baru grad diploma hari tu..Aku nak belikan hadiah tak pandai nak pilih..Sebab takut orang tak suka..
Aku memang nak cuba makan dekat kafe Bilionaire Concept sebab ramai kawan-kawan cakap tempat ni best..

Basically, aku suka kafe ni sebab environment and decoration cantik..Makanan, banyak pilihan..Harga pun affordable..
Makanan yang kitaorg order
Kita start dari atas lah ye..Yang atas ada 2 bekas kuah tu, Fura order chicken chop dengan air Passion Peach..Harga chicken chop RM14.99..Katanya sedap dan kenyang!! :)

Next yang belah kiri tu, set aku..Set salmon..muahaha..Orang kaya sangat..Opss..Jangan kutuk..Aku saje je nak cuba sebab aku teringin..Aku sangat suka makan sushi salmon..So, aku order salmon grilled..Nak tau jugak mana sedap, raw salmon ke,salmon grilled..Set salmon harga RM29.99..Air aku order Hazelnut Caffe Latte Iced sebab aku memang peminat tegar kopi..Harga air, RM10.00..Rasa salmon grilled tu, aku rasa biasa je..Aku lagi suka raw salmon..Ada rezeki pergi sini lagi, nak cuba set chicken chop lah!!he3..

Bawah yang cinonet tu, Zai punya order..Dia dah kenyang dia kata..So,dia order chicken wing je..Melepaslah kau Zai..Nak belanja,kenyang pulak..Tunggu lah tahun depan ye..ha3..Chicken wing harga RM9.99..Air, Zai order air Ice Lemon Tea, RM 5.00..

Overall, harga affordable..Set kanak-kanak pun ada..RM 9.99 kalau tak silap..Aku syak owner dia memang suka nombor 9 lah..Genap kan je jadi RM10.00 tak boleh ke?Stress aku..Ha3..

Nah, belanja gambar kitaorg sekeping dua keping dekat sana..Ada rezeki kita pergi lagi ye, Insya-Allah..Sekarang, fokus belajar untuk last sem.. :)

Sedara-mara.. :)

Zai senyum kemain lagi..Tak leh lebar lagi ke? -..-'

Sekian sahaja coretan makan-makan dari aku..Next time,nak cuba tempat lain lah ajak budak dua orang ni..Sekali-sekala boleh lah rasa makan tempat-tempat hipster ni..Kalau selalu, tak kuasa aku..Baik simpan duit..Makan dekat rumah lagi kenyang..ha3..

p/s: Kempunan nak set sushi salmon Aeon Wangsa Maju ni..Nanti nak beli lah kalau achieved something..

Tuesday, September 22, 2015

Hectic Semester Begin

Assalamualaikum..

Hari ni minggu ke tiga semester akhir dekat UIA tercinta ni..
Esok petang nak balik Melaka insya-Allah..Cuti Aidiladha..
Tapi masalahnya, nak balik pun tak senang..
Kerja datang bertimbun-timbun..
Tak tau nak nangis ke,nak gembira..

White board dekat bilik dah penuh dah catatan kerja..
Dalam laptop pun dah makin bertambah senarai kes, akta..
Setiap hari mesti ada je benda baru yang download..
Fuhhh..Cuak..Sumpah cuak..Tak tipu..

Takut sangat nak habiskan sem akhir ni..
Insya-Allah esok nak hantar borang graduasi..
Doakan moga sem ni aku lulus dengan jayanya.. :)

Jadi, sekarang bila ada masa lapang je, terus cari bahan untuk kerja-kerja bertimbun tu..
Walaupun ada certain kerja lama lagi due,tapi aku kena pastikan ada progress..
Tak naklah bila dah nak due date baru tergopoh-gopoh..
Aku harap, azam aku nak konsisten buat kerja, ulang kaji tercapai..
Insya-Allah..

p/s: Dah nak hampir 10 kerja dapat untuk minggu ni dengan minggu depan..keh3..

Tuesday, September 15, 2015

Mantera Semangat..

Assalamualaikum..

Ok, lately ni aku sangat rajin menaip dekat blog..Bila rasa ada benda nak luah je,terus bukak blog..
Dekat blog boleh tulis panjangggggg..Lagipun, tak ramai yang baca apa yang aku tulis..kih2..
Kalau dekat fb, ramai pulak kan..So, aku suka tulis dekat blog..
Mungkin sebab ni sem akhir..Semua benda aku nak tulis..
Sebab aku memang nak kurangkan post dekat fb pasal benda yang tak penting..
Nanti orang annoying pulak.. :)

Minggu ni dah minggu ke dua..Kejap nya lahai masa berlalu..
So far, kerja memang dah ada..Cuma belum nampak pressure dia..
Aku pulak sibuk ke hulu dan ke hilir settlekan finacial assistance forms tu..
Alhamdulillah, walaupun sekarang jerebu, tapi hari ni je dah berapa kali aku duk ulang-alik keluar mahallah nak settlekan benda ni.. *doakan aku dapat financial assistance*
So, aku dah selamat submit forms tu..Alhamdulillah..

Disebabkan esok cuti, malam ni aku plan nak stay up lebih masa sikit..
Nak siapkan kerja, tutorial untuk next week, dengan revisions..
Sekarang bila malas je,terus aku tepuk bahu sendiri sambil cakap macam ni,
"Kina..ingat mak abah..Ni last sem..Pointer tu sadis..Ni sem akhir nak naikkan tau!!''
So, aku terus semangat..
Memang bila lalai sikit, malas sikit je, terus aku cakap, ingat mak abah..
Belajar kina..Last sem ni.. :)
p/s: mantera aku ialah "last sem..last sem"..


Wednesday, September 9, 2015

Bantuan Kewangan

Assalamualaikum..

Tadi pergi pejabat Finance dengan Zakat UIA ..Tanya pasal bantuan kewangan yang available untuk student last sem yang takde loan/sponsorship..
Officer suruh je apply dulu..Buat surat apa yang patut untuk terangkan pasal kelayakan..
Satu bantuan tu, kalau lulus, tak perlu payah tuition fees RM700++..
Lagi satu tu,dapat bantuan kewangan untuk perbelanjaan makanan kalau layak..
Tapi tak pasti lah tu bulanan dapat ke apa..

Doakan lah aku dapat..At least duit boleh simpan untuk belanja benda lain..
Lagipun, nanti nak habis belajar kena buat clearance..
Guna duit jugak..
Taknak susah kan mak abah aku..
Sekarang pun memang aku alert dengan offer part-time job..
Kalau weekend, boleh buat part time..

p/s: Ada sesiapa nak bagi duit belanja x? :)

Saturday, August 29, 2015

Rehat Seminggu

Assalamualaikum..

Rasa macam tak percaya je dah habis buat part time dekat WK Chan & Co..
3 bulan rasa macam kejap je..So,dua kali lah aku kerja dekat situ..
Last year praktikal, this year kerja part-time..
Walaupun kerja kali ni aku tolong mostly bahagian akaun,tapi at least ada jugak benda lain aku belajar..
Sebab ada budak praktikal sorang,bila dia dapat assignment daripada supervisor dia, secara tak langsung, aku ada lah mainkan peranan tolong cari sikit-sikit apa yang patut..
Memanglah mustahil dalam masa 3 bulan boleh belajar semua..
Insya-Allah, tinggal 1 sem je lagi,lepas tu chambering..
Doakan moga sem terakhir ni aku dapat performed..
Jadikan sem terakhir ni penutup yang terbaik.. :)

Kalau yang tau, aku kan kira extend sem sebab sem 1 aku dekat UIA aku tak lepas exam BI..
Aku tak boleh masuk kuliah undang-undang..
Dapat EPT Band 6, baru boleh masuk kuliah..
Tu sebabnya aku tak habis sama dengan batchmates aku waktu Asasi UITM Shah Alam dulu..
Tapi takpe,redha sudah..
Cuma sem akhir bulan 9 ni,aku takde PTPTN dah..
Tu yang sakit sikit sebab dah takde duit masuk dalam akaun kan.. :(

Alhamdulillah, kerja part time hari tu, dapat jugak aku simpan duit untuk bayar yuran sem depan..
Aku ada apply extend PTPTN untuk 1 sem lagi,tapi tak tahu lah dapat ke tak..
Tu yang buat aku risau..Insya-Allah, untuk yuran settle dah..
Tapi untuk duit belanja makan, bahan-bahan belajar semua tu lah..
Takkan nak depends pada mak abah aku..
Tak nak lah susahkan diaorg..
Last sem, kalau aku boleh berdikari, settle semua sendiri,mesti happy..

Kalau tak dapat PTPTN untuk extend tu, aku plan nak apply fees reduction dekat Finance UIA sebab aku kira sem depan dah takde sponsor kan..
Haraplah dapat..Duit kerja boleh pakai buat belanja apa yang patut..
Nanti free, boleh cari kerja part time dekat UIA..
Sekurang-kurangnya,boleh simpan..
Aku pun ada plan sebelum habis belajar UIA,nak pergi Cameron ke,travel mana-mana dengan kawan-kawan..
Harap-harap dipermudahkan,Insya-Allah..

Lagipun, aku faham sangat diri aku ni ha..
Kalau masa lapang banyak main je..
Bukan belajar sangat pun..Baik buat part time bila free..
Kecuali lah kalau ada group discussion ke, assignment ke, takyah lah kerja..
Doakan lah perjalanan sem terakhir Allah permudahkan..
Aaminnn.. :)

Wednesday, August 26, 2015

Last Week Part Time

Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog..Takde idea nak update apa..
Insya-Allah minggu ni last buat part-time sebelum mula semester akhir untuk degree insya-Allah..
Tak sabar nak naik sem baru..Takut sebenarnya..
Dah nak habis belajar nanti, kena fikir tempat nak chambering..
Harap dapatlah tempat untuk chambering nanti..

Doakan moga sem akhir ni berjalan lancar..
Niat aku, moga semester akhir jadi penutup yang terbaik..
Nak sangat naikkan pointer..
Tau tak dapat improve banyak sangat..
Cuma harap dapat naikkan ikut apa yang aku target..
Doakannnnnn..
Cuaknya last sem..

Friday, June 5, 2015

Jumaat Terakhir

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua..
Dah baca Al-Kahfi?Dah Dhuha?Kalau dah,Alhamdulillah..Kalau belum berkesempatan, jom buat.. :)
Random post,saje nak menaip..Mungkin dalam mood yang baik..
Ahad ni last paper untuk sem ni..Masih buat revision untuk last paper..
Belum hafal..Tapi hari ni mesti habiskan baca,esok nak start hafal..

Tiba-tiba terfikir, Selasa ni nak start kerja part time dah..Berdebar pulak rasa..
Memang lah kerja dekat tempat praktikal lama dulu..Tapi risau tetap ada..
Takut-takut aku pernah tinggalkan bad things waktu praktikal.. :(
Hopefully,semua berjalan lancar..Moga misi nak kumpul duit yuran dengan duit belanja untuk sem depan berjalan lancar..

Isnin ni kena lah basuh motor Abah..I know its condition..Kalau bukan aku atau abang aku yang basuh, memang macam motor buruk lah jadiknya..Oh my Abah..
Nampaknya, motor ni berbakti untuk 3 bulan lagi buat aku..Moga selamat perjalanan pergi balik..
Harap-harap jugak cuti 3 bulan ni berani nak bawak kereta dekat rumah tu..he3..

Semalam waktu yang acah-acah study, pergi Google pulak sayur-sayuran yang senang nak tanam..
Tak leceh nak jaga dan cepat nak semai..Yelah,sebab aku kan ada 3 bulan je..Kalau aku takde, memang takde sapelah nak jaga..Semua busy..
So, pokok yang ada,continue jaga..Cuma nak kembang-biakkan..
Nak tanam lagi cili,tomato,kunyit,sawi,kailan..Boleh lah mak jimat duit belanja dapur..
Teringin jugak nak tanam labu dengan tembikai..Memang lambat hasilnya,tapi banyak buah..ha3..
Hailah,macam lah tanak dekat rumah tu luasss Sakinahhh..
Harap boleh lah direalisasikan..Maklumlah,kerja sampai Sabtu..Ahad jelah free..
Harap tak terbongkang lah dekat atas katil..he3.. (insya-Allah kalau tanaman menjadi,aku upload)

p/s: Tak sabar nak habis last paper,nak balik rumah..Macam-macam nak buat.. :)

Tuesday, June 2, 2015

Antara Waktu

Assalamualaikum..

Amboiii..Tajuk entry puitis sangat..Walhal nak tulis gap antara jadual peperiksaan je..
Drama sangat oiii!!! *maafkan saya*
Hari ni, Isnin 1 Jun, selesai 2nd paper terakhir untuk sem ni..
Ye,anda baca betul..Bukan yang terakhir.. *kecoh macam terakhir*
Then, ada 5 hari gap sebelum paper yang terakhir..

So,apa nak buat?
Aku dalam perancangan nak duduk je dekat bilik..
Paling kuat pun turun jogging dekat padang bawah mahallah tu ha nanti..
Buku pinjam dari library tak habis baca lagi..
Tu nota untuk paper last pun memang dah memanggil-manggil..
Tak rasa nak berjalan, hang out ke apa..
Lagi pun, nak simpan duit yang aku memang dah khaskan untuk yang lebih penting..

Sekarang rasa serabut..
Tak tau lah kenapa..Kalau orang ajak keluar pun aku tak nak..
Aku just nak masa sendiri..Aku tau aku ada buat salah sesuatu sampai Allah uji macam ni..
Entah, tak boleh describe rasa apa..Memang ni, aku je boleh rasa..
Rasa tak tenang..Risau pasal masa depan..
Aku nak masa sendiri,tu yang pasti..

Sekarang, duduk plan masa depan..
Cuti sem kerja simpan duit untuk yuran dengan belanja sem depan..
Sem depan pulak plan nak buat part time sebab nak simpan duit untuk simpanan masa perlu..
Tengah cari tempat sesuai dekat mana nak chambering..
Plan nak bukak business..
Macam-macam lah..

Tapi betullah, aku rasa ni normal..
Bila sampai umur macam ni..
Aku just fikir nak kerja, bagi mak abah family semua happy..
Memang sekarang aku yang patut dan perlu pikul tanggungjawab tu..

Satu je aku doa dekat Allah hari-hari berkaitan duit..
Jangan jadi kan duit sebagai punca atau masalah dalam keluarga aku..
Biar tak kaya,asal bahagia..
Biar tak kaya, asal tenang..
Duit tu hanya alat..

p/s: moga kita semua dimurahkan rezeki dan diberkati Allah..

Saturday, May 16, 2015

Road to Final Exam..

Assalamualaikum..

Lamanya lah hai tak update blog.. :)
Masuk 4th year memang busy sangat..Workloads memang extra dari previous junior years..
Tapi, aku still jugak boleh online fb kadang-kadang..Saje je..Tau kerja banyak.. -..-'
Tetap nak bukak..Sekejap pun jadiklah.. (tapi memang tipu lah kalau kejap je online kan)..

Officially,kelas dah habis untuk sem ni..
Next week start study week dah..Tapi, Isnin dengan Selasa still ada last presentation untuk subjek Professional Practice, Interview untuk Conveyancing dengan Quiz Arab..

Official final exam start Selasa ni,19 May..
Paper pertama, Arab..Macam tak percaya je dapat habiskan belajar Arab..
Mesti lepas ni rindu nak belajar Arab..Tapi betullah,memang ada hikmah amik Arab final year ni..
At least bila graduate nanti, still fresh harapnya, insya-Allah.. :)
Boleh lah kalau dengar lagu Kun Anta tu awal-awal dulu faham sikit-sikit..Gitu kauuu..
Baca buku Arab pun boleh lah alhamdulillah, dapat faham gist benda yang di baca tu..
Kadang-kadang, bila foreigner cakap Arab pun ada lah words yang aku tau..

Classmates Arab..Total 8 students,but two missing..

Again, Alhamdulillah, aku gembira untuk sem ni walaupun memang exhausted habis..Habis kelas kadang-kadang dah nak maghrib..Keluar pagi pukul 8..Tapi, still lah curi-curi masa nak relaxkan diri..
Baca buku cerita, keluar beli stok makanan untuk kunyah-kunyah, tengok cerita, sambut birthday..

Sambut birthday untuk Arifah & Shyamira..

So, mohon doa semua,semester ni aku dapat buat yang terbaik..
Harap last sem iaitu sem depan pun akan jadi lebih baik..
All the best untuk semua yang nak final exams jugak..
Sem ni,7 papers for final exams..Semua subjek baru..
Hopefully,Allah bantu dan permudahkan.. :)

Monday, February 23, 2015

Mohon Jadi Lebih Kuat

Assalamualaikum..

Cuti Raya Cina hari tu balik rumah..Walaupun mula-mula tak nak balik sebab nak save duit..Tapi,end up balik jugak..Sebab fikir lepas ni dah busy..Tak dapat balik yang saje-saje,balik yang acah-acah nak lepas rindu..
Lepas lah jugak rindu dan penat balik rumah bila tengok family sendiri..Dengan perangai anak-anak sedara yang makin pandai bercakap,tiru apa yang kita cakap,apa yang kita buat..Aku happy, alhamdulillah..

Sekarang,aku rasa,kelas Arab tak stress sangat sebab enjoy belajar..Niat sebab Allah,untuk family, insya-Allah tak stress..Lagi satu,sebab fikir kesian dekat ustaz yang ajar kitaorg..Sanggup ajar kitaorg yng 6 orang tu..Dah lah ustaz foreigner..Dapat student yang memang bukan mother tongue nya Arab..Memang kelas macam budak sekolah lah..ha3..Tanya itu-ini..

Dulu,aku tak amik peduli sangat pasal pointer..Asal lulus,tak repeat,cantik dah..Tapi,bila fikir aku dah nak habis belajar,tengok CGPA yang kesian tu,rasa sedih,risau pulak..Mana taknya, kawan-kawan semua stok budak DL,confirm lah nanti grad duduk depan-depan..Aku?Hailah..Sadis..
Sekarang aim nak naikkan CGPA..Tulis besar-besar dekat board..Kasi naik semangat sikit..Tau,dah final year, subjek makin susah..Tapi,mungkin ada hikmahnya..Aku dapat lecturers yang baik,final year pun, course work punya markah banyak, final exam tak banyak..Untuk orang yang tak perform final exam macam aku ni,boleh lah usaha lebih dekat assignment semua..Doakan.. :)

p/s: Tengah struggle siapkan logo firm..Leceh betul buat logo rupanya..

Saturday, February 14, 2015

4th year LL.B [Permulaan yang Pahit]

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..
Akhirnya,berjaya jugak aku melangkah masuk ke tahun akhir ijazah perundangan..Setahun lagi, insya-Allah, kalau dipanjangkan umur dan kesihatan, dapatlah aku buat latihan dalam kamar sebelum bergelar peguam..
*ayat skematik acah-acah macam peguam je kerjaya yang ada*

Tahun akhir dekat AIKOL ni, aku doa, moga-moga, tahun ni jadi tahun yang terbaik untuk aku..
Tahun terbaik untuk akademik..
Tahun terbaik untuk sahsiah dan rohani..

Ujian daripada segi kewangan, semester akhir aku nanti, aku dah tak dapat PTPTN..Sebab aku kan lambat masuk kuliah..Duit dah masukkan ke akaun aku waktu aku dekat kuliah bahasa..Ni semester terakhir ada duit pinjaman..
Ujian daripada segi belajar pulak, subjek untuk syarat wajib graduasi tinggal Bahasa Arab level 2..Puas aku fikir..Nak buat semester pendek sambil kerja sambilan, takut tak larat sebab kelas pagi petang..Tambah pulak,bulan puasa..Belanja short sem lagi..
Akhirnya,atas bantuan kawan aku, dia tolong aturkan untuk kitaorg supaya dapat amik bahasa Arab semester ni..Thanks Farah..Padahal,dia takde masalah pun nak buat short sem..

Jadual sem ni memang super duper pack sebab ada kuliah 2 jam, tutorial 1 jam untuk 5 subjek.. ;(
Nak tak nak, kitaorg cuba jugak amik bahasa Arab semester ni..
Kitaorg tetapkan dalam diri masing-masing, semester ni je kita pulun..
At least tak payah buat short sem..Boleh kerja part time untuk yuran last semester..
Aku harap sangat bulan ni,segala masalah pasal nak fit in kan jadual kelas settle.. *serabutnya,Allah je tahu*
Banyak kali tukar waktu kelas semata-mata sebab nak amik subjek Arab ni..
Weekend je dapat rehat weiyh..Takde lagi nak rilek,santai breakfast dekat bilik..
Kelas sem ni semua mula 8 pagi..Jalan nak ke kelas,singgah beli kuih nak alas perut makan dalam lecture hall..Kalau tak,memang berbunyi jela perut..

Aku harap aku dapat kerja part time cuti nanti..Nak simpan untuk sem terakhir..
Sem ni punya pinjaman,aku nak simpan sikit..Takut ada emergency nak guna..
Buku pun banyak lagi tak beli..Aku beli buku bila lecturer dah bising suruh bawak next class..
Sekarang pinjam buku library, pinjam buku senior je dulu..
Akta yang lain, nak tunggu baucer buku..
Mohon korang yang tak guna baucer buku tu nanti, meh lah belanja aku beli akta..1,2 akta pun ok..ha3..buat muka tak malu mintak orang belanja.. :)

Sengsara jugak aku nak tunggu PTPTN masuk ni..Tapi ok lagi..Boleh bertahan lagi..
Ada kawan yang offer nak bagi pinjam duit..Terima kasih sangat..Aku masih boleh tahan lagi..
Makan pun alhamdulillah masih cukup..Sekurang-kurangnya, aku makan lah jugak nasi sekali sehari..
Ada je student UIA yang tak makan pun..Minum air je nak bagi hilang lapar.. ;(

Maaf Ya Allah..
Selama ni,kadang terdetik jugak dekat hati nak rasa makan itu ini.. *aku memang spend banyak dekat makanan..shopping tak minat..tapi aku masih perempuan normal*
Terima kasih untuk student yang buat confession dekat page iium confession tu..Dia dah sedarkan orang macam aku supaya bersyukur dengan apa yang ada..
Setidaknya,aku masih boleh nak pilih makan apa, nak itu-taknak ini..
Setidaknya,aku masih ada bekalan makanan, walaupun hanya ala kadar..

Doakan, aku dapat belajar dengan mudah..Moga diberkati Allah..
Tak mintak banyak..Moga aku senang faham,dapat curahkan ilmu yang aku ada,tak menyusahkan orang sekeliling..
p/s: semangat nak jadi macam kawan2 yang hebat dalam belajar ni.. :)