Sunday, November 13, 2016

Moment Konvo & Plan Seterusnya..

Assalamualaikum..

Salam Ahad..Esok dah Isnin..Kejap nya masa berlalu..Huarghhhh..
Tak puas berehat hari Ahad..This week last week untuk duty dock brief dekat court..yiepieee..
Tapi lepas ni tak dapat dah nak mingle around dengan kwn2 chambering, akk2 jurubahasa.. :(

Untuk yang tak tau, hari Isnin 7/11/2016 haritu, aku dah konvo..Alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah sebab bagi peluang untuk aku habis belajar, dapat merasa sesi konvo..
Mak abah keluarga semua dapat merasa sesi konvo aku..

Aku menangis kot waktu konvo..ha3..Sebab rasa terharu akhirnya aku habis belajar..Yela, satu sem aku dekat CELPAD, belajar BI dgn Arab..Selagi tak lepas Band 6 BI,tak boleh masuk kuliah belajar law..
Siapa tak sedih?Siapa tak risau?

Tapi, Alhamdulillah..Perancangan Allah memang cantik..Aku habis kuliah law tanpa repeat apa-apa paper..Walau pun aku tak sehebat mana, tapi, aku tetap gembira..
Mana tak gembira bila pass..Sebab..Dalam setiap sem, setiap satu subjek, mesti aku akan tertinggal satu@dua soalan..Satu soalan 15 markah kot!!
Kira aku grad dah cukup buat aku gembira walaupun pointer aku biasa aje..he3..

Waktu masuk dewan tu, rasa bangga sangat!!Nak naik pentas dah rasa sebak,sedih,gembira semua ada..Waktu Rektor suruh berdiri dan tepuk tangan untuk lecturers & parents, aku tahan air mata..
Dan akhirnya, aku menangis waktu penutup baca doa!! :(

Dan buat aku menangis lagi bila dapat whatsap daripada kawan chambering,aku dapat masuk list tapisan untuk interview kerja kerajaan..
Aku terus cakap dalam hati, "Ya Allah, baiknya Kau..Hari ni je, dua kegembiraan Kau bagi dekat aku"..
Balik Melaka, naik kerja je 2 hari lepas tu, dapat sijil yang aku lulus Ethics Exam untuk chambering..
Terima kasih Ya Allah!!

Sekarang aku masih merancang lagi..Aku belum reply untuk interview kerja kerajaan..Esok, insya-Allah aku submit..Doakan moga aku dapat kerja yang terbaik..Ramai kawan2 rapat aku plan nak sambung master..
Aku tak berani nak cakap..Tengok lepas chambering dapat kerja mana..Kalau aku rasa aku mampu sambung, aku sambung..
Buat masa sekarang ni, aku memang plan nak praktis sebagai peguam lepas habis chambering..
Sebab aku dah jatuh cinta dengan bidang conveyancing a.k.a hartanah..

Kalau nak tengok gambar konvo aku, boleh lah tengok dekat fb.. :)
Nak sambung buat kerja..Nite semua..