Saturday, December 29, 2012

APA YANG PENTING KETIKA FINAL..

Assalamualaikum..

Aq mungkir janji..Aq kata nak update blog lepas habis final..Tak boleh jadi..Perasaan aq ketika jawab exam pagi tadi perlu diluahkan.. -..-'

Hari ni,paper Contract 2..Nak kata aq dah well prepared, tak jugak..5 topik,3 topik je boleh dikatakan aq strong..Yakin..2 topik, tak mantap sangat..Dah nak final, tak cover,memang cari masalah..Ok,tu masalah diri sendiri..Tak boleh salahkan orang lain..

Bila dapat paper je,terus tanda soalan yang dah cover..Check punya check, ok..Semua soalan lebih kurang sama je dengan soalan tutorial kelas..Nama,ubah sikit fakta..Isi penting..Dalam hati, boleh jawab insya-Allah..4 topik,jawab dalam different booklets sebab each topic, lain-lain lecturer yang tanda..

3 jam untuk 4 soalan, cukup tak masa agak-agak??

Bagi aq,tak cukup..Maybe sebab time management..Mungkin jugak ikut soalan..Contoh kalau soalan terlalu general..Ko kena letak dari yang general,sampai yang specific..Tak letak,takut tak dapat markah..Nak letak takut tak sempat jawab yang lain..

Maka,al-kisahnya bermula di sini..Dari 4 soalan,3 je aq yakin..1 soalan sudah ke laut..Aq start dari soalan yang aq memang yakin,kepada soalan yang aq tak berapa yakin..Sebab aq salah buat pengiraan, maka,aq tak sempat jawab 1 soalan wajib..Nak sedapkan hati sendiri,supaya tak susah hati,aq tolak 15 markah awal-awal dari total mark..A untuk Contract??Wallahualam..Carry mark pun tak keluar lagi.. Memang just target lulus jela sekarang ni..ha3..

   images (161×314)    images (180×280)

Aq kalau nak kurangkan stress sebab study yang ye-ye je aq study ni, aq suka tengok 9gag sebab memang kelakar, yang penting kena batang hidung sendiri..ha3..Selalu bila dah tengok gambar dekat 9gag, ada jugak aq try ubah, improve apa yang patut..At least, ubah kan.. ;)

Paling tak boleh dimaafkan kesilapan aq waktu final tadi, aq salah jawab ikut warna booklet yang sepatutnya..Nasib baik waktu hantar aq bagi tau lecturer..Kalau tak, habislah markah contract aq.. ;(

Maka, sampai jugak part yang berkaitan dengan tajuk entry ni..ha2..Apa yang penting ketika final??
Kerjasama??

Bukan kerjasama..sebab kerjasama antara kawan waktu final tak leh pakai..Kau sendiri pun takde masa nak toleh tanya kawan kalau nak meniru kan..keh3..Lagipun, tak baik meniru..Sila jujur, sebab apa result yang kau dapat, hasil usaha kau sendiri kot..Daripada situ lah boleh nilai diri sendiri..Ececeh..Pandai cakap..Macam cakap dalam mimpi je.. -..-'

Apa yang penting, bukan setakat kau dah belajar, dah hafal kes gedebak-gedebuk..Terperinci macam mana pun pasal kes kau hafal ,dalam final, bukan semua kau boleh ingat.. ;( Kau hafal nama lain, nama lain yang ingat..Hafal nama plaintiff, tiba-tiba nama defendant yang kau ingat..Semua tu tak boleh kita jangka..Tapi, bila final, yang penting adalah SKILL..Yurp..Skill memang penting..Kau kena ada skill nak tulis laju..Kau kena ada skill nak bezakan apa yang patut letak dalam jawapan, apa yang tak patut..Kau kena ada skill nak bajet masa untuk setiap soalan..Kalau kau dah hafal semua topik pun, tapi skill takde, tak boleh jugak..Masa tak cukup..Tak sempat jawab..Tu semua benda biasa..Aq faham masalah korang.. *cakap depan cermin*

*siapa ada kawan nama SKILL, cakap aq nak kenal..ha3..(ok,tak kelakar sakinah) *

Ok,aq nak pi rehat-rehat kejap..Nanti nak sambung baca,nak tengok soalan untuk paper BM esok pulak..

BM nak baca?? BM je punnnnngggg.. ;)
BM je pun korang kata??

Ni BM bukan sebarang BM kawan..Kalau bagi korang jawab, mau menangis..Kalau ni BM macam dekat sekolah,aq pun suka,senang,rileks je belajar..Nak translate istilah undang-undang bahasa Inggeris, kau ingat boleh sesuka hati??Direct translation memang la boleh je,tapi agak-agak kalau nak kena terajang dengan cikgu BM Perundangan, boleh la buat..ha3..Kena create procedure dalam undang-undang, kena bina soalan untuk examination dalam mahkamah..Kalau boleh tanya soalan rutin harian, aq pun gembira..Senang nak goreng-goreng.. ;(

Doakan paper-paper yang seterusnya aq mudah jawab..Lecturers lembut hati waktu tanda, dapat terima jawapan aq..Amiinnn..

Assalamualaikum..

Saturday, December 22, 2012

Final Exam..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sedar tak sedar, dah 2 papers untuk final exam this sem dah berlalu..Kejap je masa berlalu..Tinggal 6 papers..Moga Allah permudahkan segalanya..Even classes already ended, but, still have assignments to be submit.. ;(
Not last minute assignments, but the date to submit is next week..2 assignments and a presentation.. Kena guna masa betul-betul..Tak nak menyesal saat akhir..Cukup lah sem lepas jadi pengajaran..

So, here my final schedule for 6 papers that will start next week..Doakan moga aq dipermudahkan menjawab, ingat apa yang dah ulang kaji, tak terkhilaf, lecturers lembut hati nak terima jawapan..Aminn..

Saturday,   29/12   Contract 2 
*tak sempat jawab satu soalan..15 marks hilang..management masa tak mantap.. ;(

Sunday,     30/12   BM Perundangan
*translation bi-bm memang mencabar..nampak sangat aq bukan Melayu tulen..ada kacukan..ngeeee

Monday,    31/12   Islam, Knowledge and Civilization

Thursday,  3/1       Islamic Legal System 2
*first paper sepanjang aq duk blaja dkt UIA,aq mintak kertas tambah..faham apa maksudnya?? ;)

Monday,    7/1       Law of Torts 2
 *tak sempat jawab 1 soalan..15 marks terbang..keh3..lagi sekali..bagus2..setiap sem benda ni jadik.. -..-'

Thursday,  10/1     Transactions in Islamic Law 2

Apa yang diharap dari final kali ni?

Jawapan jujur, tak harap Dean List pun sebab I know my level, my effort in study..Cukup lah ada peningkatan dari sem yang sebelum ni..Harap dapat gembirakan hati mak abah, dapat puaskan hati.. Moga Allah bagi yang terbaik..Ok, cukup setakat ni..Next update bila dah settle final insya-Allah.. Jangan lupa doakan aq ye.. n_n
Assalamualaikum..

Sunday, December 16, 2012

Kawan dan Kawen

Assalamualaikum..

Jam dekat desktop dah tunjukkan angka 2.05 pagi..Dan aq masih lagi menahan mata supaya terus bersabar..Niat di pagi yang sunyi-sepi ni,nak siapkan assignment..Apa yang aq perhatikan, bila dah nak dekat dengan dateline, bila dah nak dekat final exam, waktu tu la idea mencurah-curah, laju je siapkan assignment.. Kenapa waktu awal-awal idea tak mencurah?Sape boleh jawab?

Aq stop dulu nak buat kes review..Tarikh submit Jumaat depan..Sekarang, otak aq ligat memikirkan isu yang paling kerap meniti di bibir kawan-kawan aq..Kalau tak dilayan, kata aq tak normal..Mungkin aq juga dilabel tiada perasaan..Isu makin menjadi-jadi bila blogger Kak Maria Elena selamat melangsungkan perkahwinan.. Gambar-gambar pun dah banyak dimuat naik dekat page beliau. Tahniah kak maria.. 

Ok, sambung balik..

Waktu makan, cakap pasal kawen.. Dalam kelas, cakap pasal kawen.. Tengah buat assignment pun cakap pasal kawen..Aq pun tak terkecuali la dalam bab-bab ni..Tapi, pendapat aq, umur 20, kalau nak cakap pasal kawen secara serius, macam tak proper lagi..Boleh je nak fikir.. Tapi, lain orang lain pandangan..Major kawan-kawan aq cakap, umur 20, at least kita patut ada someone steady.. Yeke? Aq rasa tak perlu.. Bila umur kita dah cecah 23 ke atas, takde someone yang memang nak dijadikan calon suami, kita patut risau.. Yeke? 

Tak dinafikan, sekarang ramai kawen awal, kawen muda.. Tak salah.. Tu maknanya, Allah dah tetapkan jodoh diaorang di usia muda.. Diaorang dah berkemampuan, dah bersedia nak pikul tanggungjawab..Aq nak kupas bab-bab kawen, memang aq tak pro..Tapi, nak share pandangan peribadi boleh la kot..

Bagi aq, kalau korang nak kawen awal, terserah, alhamdulillah..Tapi, jangan disebabkan nak menunjuk atau nak ikut trend..Boleh dikatakan kawen awal sekarang seolah-olah jadi trend..Tapi, benda bagus, tak salahkan.. n_n Semua tu terpulang pada niat korang..Jangan tengok orang kawen, korang pun sibuk nak kawen..

Mempunyai steady gulpren atau buayapren tu terpulang dekat individu..Aq rasa, banyak dah kupasan isu pasal konon-konon cinta Islamik..Nak Islamik, baik kawen..Tak mampu kawen, hold la dulu..Sampai sekarang, aq pelik jugak, orang yang couple-couple ni, tak penat eh every day mesej, tak pun telefon ke..Chatting ke..Apa yang korang borak hari-hari eh??Aq curious jugak..Ada kawan-kawan aq cakap, aq tak rasa lagi, boleh la cakap, perli macam-macam..Aq mintak jauh la..Aq tak nak buang masa, buang duit pada benda yang tak pasti..Nauzubillah..

Paling yang buat aq rasa isu ni tak perlu aq fikir kan dulu sebab banyak benda aq nak realisasikan.. Aq nak belajar..Aq nak tuntut ilmu dulu..Poyo?Tak kisah nak cakap apa..Sebab ilmu bukan bermakna belajar dekat universiti, kolej, sekolah..Banyak lagi cabang ilmu aq nak belajar..Ilmu rumah tangga pun salah satu cabang ilmu..So, kena la ada ilmu tu dulu sebelum terfikir nak berkawen kan.. ;) Paling penting, biarlah aq happykan parents aq dulu..Aq takut kalau asyik fikir nak kawen, bila dah kawen, lupa mak abah..Nauzubillah.. ;(

Sentap?? Aq sentap.. ;(

Aq rasa, ada betul benda ni..Found here about cinta islamik..
Edit extra info: Lagi satu perkongsian artikel kahwin muda..
Kahwin Muda: Jangan Ingat Mudah..

Tapi, jangan lah fikir aq ni liberal sangat..Aq open je kalau borak pasal kawen ni..Aq pun ada minat orang jugak..Tapi, for the one and only, yang aq betul-betul suka, aq takkan share..Keh3..Yang pasti, tu BELUM terjadi lagi..Chill..Kadang-kadang, kelakar jugak sebab bila takde buayapren, kawan-kawan yang baik hati ni, macam-macam nama diaorg kenenkan dengan kita..Kata sepadan la, muka sama la..Orang tu memang suka kita la..They try to show their love, care pada kita..Thanks for the suggestions..hahahaha

Untuk kawan-kawanku, jangan risau..Aq ok lagi..Straight lagi..Tak fikir pasal kawen, tak fikir pasal calon suami, tipulah kan..Aq fikir jugak..Tapi, bila time takde keje la..keh3..Kan aq kata aq nak kawen dengan Samsul Yusof..hahahaha..gurau-gurau..Insya-Allah, bila sampai masa, pasti Allah datangkan yang terbaik untuk kita..Sekarang masa kita fokus untuk belajar, hargai masa yang ada..Mingle around dengan orang sekeliling..Mana tau, orang yang kita selisih nak pergi kelas tu jodoh kita..Eh??Hahahaha..

Ni nak salahkan sape bila aq dah cakap pasal kawen ni??
Assignment contract aq sape nak buat?? -..-'

p/s : benda paling seram pasal kawen bila kawan korang main teka-teka sape akan kawen awal..Lagi seram kalau dia kata, korang yang akan kawen awal sebab biasanya orang yang tak kecoh-kecoh, tak fikir pasal kawen yang akan kawen awal..aq patut rasa apa sekarang??seram??suka??risau??

kenapa guna font warna pink?saje sebab pasal kawen kan..kena la gegirl sikit..ha3..



Tuesday, December 11, 2012

Perangai Lama Kembali!!

Assalamualaikum..

Taip laju-laju sebab kejap lagi ada diskusi untuk presentation hari Khamis ni..
Entry ini mengisahkan perangai zaman aq dekat asrama, yang aq ingat kan dah hilang, rupa-rupanya still melekat lagi..Hampeh betul..

Perangai yang paling cuba nak aq kikiskan ini ialah perangai tertinggal kunci loker di rumah!!

Sadis betul..Dah la bas dah tiba dekat Alor Gajah baru aq tersedar..Nampaknya, terpaksa la akk aq pos laju esok..Memang uji kesabaran betul..

Nasib baik la dah iron baju nak pi kuliah untuk 2 minggu punya awal-awal..
Nasib baik la ada basuh baju before balik Melaka hari tu..
Nasib baik bawak balik laptop..
Nasib baik aq memang letak stok-stok barang keperluan dekat luar..

Takde la ralat sangat bila kunci tertinggal..Hari Khamis la baru dapat kunci nampaknya..

Tapi, terpaksa la aq tidur berbantalkan sejadah 2 malam..Sape suruh rajin sangat basuh sarung bantal, cadar..Tu ok lagi..Sape suruh rajin sangat pergi masukkan bantal selimut dalam loker ha??Sendiri padan muka!! ;(

Sadis..Sadis..Nak start belajar..Nak sibukkan diri..At least takde teringat-ingat kunci loker yang ada dekat rumah..

Lain kali, aq kena tinggalkan kunci spare dekat bilik tak pun suruh sape-sape pegang..In case kalau tertinggal, emergency, ada penduanya.. -..-'

Lain kali ye..Lain kali..Tu petanda kunci loker akan 'tertinggal' lagi..


'Mini Holidays'

Assalamualaikum..

Ok, tajuk bukan main..Mini holidays..It can't be holiday sebab diri sendiri yang bagi cuti..keh3..padahal, esok je cuti..Hari ni, 'cuti' daripada kelas..Nak guna ponteng, skip kelas, macam tak manis la pulak kan..
Disebabkan malam jumaat ada mock trial untuk kelas, so, balik Melaka untuk kenduri akikah anak buah yang pertama, Aafiya, Sabtu pagi..Tersangkut dalam kesesakan di lebuh raya, maka, aq dan rakan-rakan tiba di Melaka waktu Zuhur..After dah habis marhaban, cukur jambul Fiya semua, kami pun tiba.. ;(

Event untuk Aafiya, insya-Allah akan diceritakan..Soon..Tak pasti bila sebab Mak Utih Fiya busy.. Cuti buat sendiri, assignments next week nak submit, tak settle lagi..Thursday ada test, ada presentation.. Aiyoo..Aunty Fiya manyak rileks eh..Final lagi 2 minggu tau..Jangan main-main.. *_*

Esok dah nak balik UiA..Next January baru balik..Takpe,tak lama..kejap je..Mak Utih Fiya sila belajar rajin-rajin..Tolong manage about yourself, your studies and etc..Punya la cuai, lesen mati bulan 11 tak perasan..Nasib baik tak kena tahan JPJ.. ;)

Tadi pergi MPH, cari buku Sultan Muhammad Al-Fatih, still tak available lagi..Kena cari tempat lain la maknanya..Ingatkan nak beli untuk jadi buku sampingan bila ulang kaji untuk final..Sebab takde stok, I bought 2 books!! -..-'  Random pick!!

Cari 1 buku, tup-tup, beli 2 buku pulak..Alang-alang, aq beli mini diary untuk next year..Sadis sangat tengok kelendar yang cinonet dekat bilik tu penuh berconteng..Tadi jumpa kalendar Lee Min Ho..Fuhh.. Nasib baik dah beli mini diary..Kalau tak,memang aq beli kalendar mamat jambu tu..keh3..So, ni lah buku yang aq beli tadi..

First, Catatan Penglipur Lara Sang Majistret oleh Zabidi Mohamed..
Buku ni pasal pengalaman penulis menjadi majistret..Bagi aq, best..Sangat santai..Banyak ilmu, tunjuk ajar secara tak langsung, yang boleh kita dapat daripada buku ni..Maybe, boleh dikatakan, buku ni jadi pembakar semangat aq untuk sekurang-kurang jadi Majistret, kalau tak nak jadik lawyer.. ;)


Second, buku bertajuk Dari Tanjung Malim ke KLCC oleh Firdaus Samad..

Buku ni tak sempat hadam lagi..Insya-Allah, akan jadi bahan bacaan waktu petang nak dekat final ni.. Daripada aq tidur, baik baca buku..Penulis buku ni, seorang blogger..Aq follow blog ni sebab best.. Cerita kelakar, informative..Ni blognya..Blog Penulis Buku DTMKKLCC..



Ok, cukup sampai sini..Nak mula buat kerja sebelum teammates naik hangin..My bad sebab tak pandai arrange masa.. ;(
Tadi baru dapat information, cikgu suka mock trial kami..Weeee..Congrates kepada semua rakan sepasukan..Nak-nak, yang buat lakonan jadi menarik..Saksi-saksi, tertuduh, semua lah..Sayang korang.. n_n
Cuti 4 hari, kerja baru nak gerak..Tu pun sebab esok nak balik..Ha2..Fiya,nasib baik mak utih sayang kamu tau!!Sila jadik anak yang solehah, jangan nakal-nakal ye..Nite semua..Assalamualaikum..

Sunday, November 25, 2012

Final Exam Mood..

Assalamualaikum..

Ok,curi masa sikit sebelum sambung buat revision untuk kelas esok..Saje je nak gatal-gatalkan tangan menaip..Padahal,assignmentS (sengaja dicapslock kan S untuk peringatan diri sendiri) -..-' bertimbun-timbun..Tak nak pulak gatalkan tangan menaip assignments..Dengan cases review la,lakonan mock trial la..Presentation lagi..Walaupun due date ada la lagi 2,3 minggu, tapi tak best la kan nak tangguh-tangguh..

Final dah nak dekat, tak pasal-pasal tragedi result sadis, ilmu tak lekat untuk kefahaman berulang kembali..Sentap kejap..Nauzubillah..Memang rasa macam "Ya Allah, aku ni pergi kelas ke, tak pergi ni.Nak ajar, nak apply pun tak boleh, tak faham" sem lepas punya cerita la ni..Alhamdulillah, sem ni ada improvement sikit..Bukan aq la cakap,tapi parents aq pun cakap aq dah rajin study sebab kalau tak study, kerja aq call mak abah je, merepek tanya kucing dah makan ke, mak masak apa, baby fiya mok-mok sihat ke tak, pokok labu apa cite..Seeee..Bab-bab merepek, boleh bagi aq..Owh, tiba-tiba rindu nak tengok pokok labu adik aq tanam.. ;)

ala-ala macam ni la pokok labu adik aq..tapi lagi ganas sebab menjalar sampai ke lereng bukit bawah.. 


Tadi call adik aq, dengar cite pokok labu dia membuahkan hasil yang boleh tahan..Mak aq macam biasa la, bagi dekat jiran-jiran..Mesti adik aq kembang semangkuk bila kena puji rajin menanam..Mak siap semangat kenduri akikah anak buah aq nak buat lauk guna labu yang adik aq tanam..Apa-apa jela..Asal mak happy sudah..Jimat pun jimat..Cuti mid sem lepas pun,semangat mak masak pucuk labu masak tempoyak..tak pasal-pasal, daripada selalu masak pucuk daun lain, ganti pucuk labu..apa-apa jela mak..asal boleh makan.. ;)

Ok,sebelum aq melalut dengan lebih jauh, maka, nak mintak rakan-rakan taulan mendoakan semoga aq dan rakan-rakan yang lain sukses untuk sem ni..Ilmu dapat, boleh amal, dan dapat result yang cemerlang.. ;)

Assalamualaikum..Selamat berpuasa esok.. n_n

Saturday, November 17, 2012

GAZA dan KITA..

Assalamualaikum..





Sebenarnya, tergerak hati nak post pasal isu Palestin ni sebab aq terbaca komen-komen,status-status yang 'emo' pasal isu Gaza ni..Orang yang emo yang berkata seperti ini:

"Pehal pulak nak boikot MCD..Come on la, Malaysia just diaorg punya franchise"..

"Boikot Maybelline?Boikot Revlon?Saya mana boleh hidup tanpa makeup".. *gedik marah*

"Macam la boikot-boikot boleh selamatkan Gaza..Tu laptop yang hangpa pakai tu, Intel kan?Israel kot..Loser la nak boikot-boikot ni"..

Dan bermacam-macam lagi statement yang aq rasa korang jumpa dan akan jumpa dekat fb, blog tak pun twitter..Dan tak mustahil, statement ni akan keluar dari mulut korang sendiri kalau korang pun tak suka pasal boikot ni..keh3..

Aq takde la nak kupas isu ni panjang lebar sebab aq rasa, korang boleh google pasal isu Gaza,pasal rakyat Palestin yang terkorban, produk-produk Israel yang perlu diboikot serta dianak-tirikan ni..Ramai lagi orang lebih arif pasal isu ni yang boleh bagi korang ample evidences untuk membuatkan korang terbukak hati nak bantu saudara se-Islam kita dekat sana..Oraitttt..Aq tunjuk sikit label produk-produk Israel ni dekat hangpa..Kita check sama-sama, mana la tau kan, kita tak 'ter'perasan yang kita guna produk tu.. ;(




MAGGI?? --Yes
KFC?-- Yes
NESTLE??--Yes
INTEL?? --Yes
KOTEX??--Yes

Ok,terlalu banyak produk Israel dalam kehidupan kita..Mungkin ada yang kata, tanpa produk mereka, kita tak leh hidup..Choiii..Belum cuba pape dah mengalah..Belum cuba belum tahu..

Untuk pengetahuan korang,tak kisahlah kalau korang memang dah tau pun,isu boikot-memboikot ni dah lama kot..Seingat aq,waktu aq form 4 dekat MRSM (2009), aq didedahkan dengan benda ni..Kalau tak,sumpah memang aq tak tau pasal benda-benda ni..Terima kasih kepada cikgu-cikgu dekat MRSM yang bagi info, kawan-kawan yang ajak join usrah..At least, aq tau pasal benda ni.. ;)
Tapi memang sedih la sebab walau pun dah lama tau, aq still tak berjaya nak fully boikot..Kejap boikot, kejap tak..

Benda ni memang susah nak buat..Waktu kau tengah sibuk nak cuba boikot, datang pulak kawan offer nak belanja MCD la, belanja KEPSI la, belikan STARBUCKS la..Takpe, jangan sedih..Sekarang dah tau pasal produk-produk nak boikot, why not start balik?? n_n

Agresifkan sikit usaha kita.. Insya-Allah boleh..Kalau korang dah 'ter'beli,buat stok produk-produk ni, guna jela bagi habis..Takkan nak buang pulak..Tapi, make sure after that, korang JANGAN beli produk tu lagi..Contohnya, korang guna produk Johnson shower cream buat mandi, why not ganti dengan produk lain? Shokobutsu ada..Lagi wangi tau!! *sedapkan hati sendiri jugak* Kalau korang minum Nescafe ke,Milo ke, pun boleh tukar..banyak lagi produk minuman yang boleh minum..Jenama tempatan pun ada..Kalau nak cuba Tongkat Ali, Kacip Fatimah pun boleh jugak.. *kidding*

Sekarang ni, aq rasa lega sikit sebab mostly produk-produk Israel ni aq dah boleh kurangkan kebergantungan aq dekat depa..Nasib baik aq tak makeup-makeup bagai..Haru jugak kalau aq kaki tepek produk Maybelline, Revlon, Loreal satu badan ni..Mau dari muka yang gojes jadi gajus kalau tak pakai makeup..keh3..

Lagi satu, kebanyakkan laptop guna Intel kan?Produk Israel..Thanks to them sebab produk diaorg membolehkan kita cakna, ambil tahu pasal saudara kita dekat Palestin..Sebab diaorg, kita boleh sebarkan mesej-mesej supaya doakan,bantu saudara-saudara kita dekat sana..Mungkin ni hikmah yang Allah nak tunjukkan..Disebalik produk diaorg, kita boleh guna untuk medium dakwah, untuk ISLAM..Padan muka Israel..Makan diri sendiri.. ;)

Ok,akhir kata,selamat mencuba..Moga usaha kita diterima dan dapat membantu saudara Islam kita di sana, juga di seluruh dunia..Doakan moga Allah kirim bantuan untuk mereka..Sila jangan emo bila baca ye..Ni pendapat aq je..Lantak lah kalau korang nak emo ke apa..Ada aq kisah??Ha3..

Assalamualaikum..

Wednesday, November 14, 2012

Awal Muharam 1434 H..

Assalamualaikum..

"Selamat Menyambut Awal Muharam kepada muslimin muslimat"..
Alhamdulillah,sekali lagi Allah bagi peluang untuk merasa tahun baru Islam,1434 Hijriah..Tahniah dan alhamdulillah kepada yang berkesempatan membaca doa akhir tahun dan awal tahun..Moga segala amalan kita pada tahun yang sebelumnya,diterima oleh Allah,begitu juga untuk tahun baru yang baru menjelma..

Buku baru yang diterima,moga kita semua dapat jaga dengan sebaiknya..Jom istiqamah supaya malaikat di sebelah kanan lebih sibuk berbanding malaikat di sebelah kiri.. ;)
Mungkin permulaannya,susah untuk kita nak buat, tapi sesuatu benda yang baik perlu dipaksa untuk menjadi darah daging (menjadi kebiasaan)..

Sempena tahun baru, apa azam anda??Tak semestinya tahun baru Masihi je ada azam..Tahun baru Islam pun boleh jugak..Pada yang belum buat,boleh start buat..Yang tak nak buat, nak teruskan azam yang lama,boleh jugak..Secara general, ni azam yang kita semua boleh praktis sama-sama.. ;)

i) Istiqamah untuk lakukan solat Dhuha, Al-Mulk pagi&petang


ii)Baca Al-Quran setiap kali lepas solat, fahamkan makna


iii)Start hafal ayat-ayat Quran selain daripada yang perlu dihafal untuk exams.. ;)
    --> this is friendly reminder from puan emak..Kata mak, kalau dah banyak kali ulang baca Quran,tapi still tak hafal, tak tau kedudukan surah, tak tau the exactly juzu',tak patut jugak..Kalau boleh,mak nak anak mak ada yang hafal Quran.. *tak berani nak janji,tapi insya-Allah akan usaha*
    -->for those yang ada surah-surah kena hafal untuk exam,kelas halaqah,in order to keep in mind,why not recite surah tu waktu dalam solat..Why not?Tapi make sure dah betul-betul hafal..Takkan asyik nak baca 3 Qul je kan *terasa*


iv)Improve bacaan dalam solat,fahamkan makna..Solat awal waktu


v)Puasa sunat pada hari-hari yang disunatkan puasa..

And the list goes down more,and more..Tak berani nak buat azam banyak-banyak sebab takut tak tercapai nak buat..Tapi,i'm already have resolutions for academic and religious matters..Waktu awal-awal masuk sem..Mak pun dah tengok waktu datang hantar balik Gombak..She just smiles..Mesti mak cakap anak dia yang sorang ni,semangat lebih,hasil tak nampak-nampak.. ;(

Takpe,as long as kita semua ada dekat the right track..Even move slowly, at least consistent kan??

So,awal tahun baru Islam,saya sudah melakukan pengorbanan dengan tidak pulang ke rumah.. Owh, tabahnya diri ku ini!!keh3..Kalau ikutkan,boleh je nak balik petang tadi,ponteng kelas hari Jumaat..Rindu kot dengan family,dengan kucing-kucing yang gedik..Nak lepak tepi laut,tunggu abah balik..Gedik-gedik pilih udang besar-besar bagi customer jeles sebab saya dapat free,diaorg kena bayar..keh3..Tak sabar jugak nak jumpa baby fiya mok-mok.. ;)

Nur Aafiya Umairah..

Sleep like a champion huh?? O.o'

still sleeping??Owh my baby fiya.. ;)


Tapi takpe,makin lama tak balik, makin rindu la diaorang dekat kita kan??At least, bila tak balik, boleh siapkan assigments,ulang kaji..Ayat memang sedapkan hati ni..Harap-harap, bermanfaat la pengorbanan..My short term goals end this Sunday..Kena siapkan notes untuk 3 subjek..Around 15 topics lagi..Selagi tak siap, selagi tu tak dapat makan KFC.. -___-'

Sebelum mengundur diri,nak share few quotes yang terbaca,terjumpa this weekdays dekat kuliah, dekat internet..Moga bermanfaat..Assalamualaikum..

"Different people, different struggle..Some need it gentle, some might ask for a brass knuckle"..

"Janganlah engkau berputus asa kerana berputus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim..Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok- Imam Hassan Al-Banna"..

"Don't make a decision when you angry..Don't make a promise when you happy"..

Monday, November 5, 2012

Zaman Kegemilangan #Part Sek Rendah

Assalamualaikum..

Ok,tajuk bukan main lagi..Dan-dan je dulu gemilang sangat zaman sekolah.. -..-'

Gemilang tak gemilang, nilai sendiri..Nak cerita pun untuk suka-suka sahaja sebab pagi tadi, budak-budak bilik pakat cerita zaman penjajahan depa waktu sekolah..So, aq start dengan sekolah rendah sebab sekolah rendah paling manis sekali..

Darjah satu,disebabkan awal-awal main sumbat je nak masuk mana, aq dapat kelas last..1 Pandai.. Waktu ni, zaman main kejar-kejar, mana heran kelas depan ke belakang..Asal dapat pi sekolah jumpa kawan sudah..Kelas last pun, aq jadi ketua darjah kot..Memang terperanjat mak abah aq..Awal-awal pihak sekolah dah dapat detect kuasa diktator aq.. *kembang-kempiskan hidung*

Aq memang jeles dengan budak kelas first sebab depa dapat belajar Arab..Muka semua pun stok-stok educated, stok-stok ustaz-ustazah..Seingat aq,aq takde kawan pun dalam kalangan budak kelas first sebab aq ingat depa mesti nak cakap Arab je dengan aq..So,say NO tu depa!!Ha2..

Bangunan kelas aq waktu darjah 2 dulu, papan..Kelas aq, dekat atas..Kelas first, dekat bawah..Jahat tak jahat aq, bila naik tangga, lompat-lompat, biar diaorg dekat bawah tu, kena habuk dari celah-celah papan..Kalau sapu pun, confirm-confirm jatuh bawah ikut celah-celah papan..Keh3..Kira dah besar dah baik la..Tak nakal macam dulu..Nasib baik lantai simen sekarang..Kalau tak, kesian budak-budak bilik bawah aq..keh3..

Darjah 1 dengan Darjah 2, aq dapat no 1 keseluruhan darjah..Seingat aq,aq belajar takde la rajin mana.. Bahasa Inggeris pun tunggang terbalik..Tapi mungkin sebab berkat doa mak abah aq kot..Tu sebab dapat keputusan macam tu..Alhamdulillah..

Subjek yang paling aq tak suka, Pendidikan Seni..Memang tak ngam la aq dengan subjek ni..Semua duk kata orang kidal ni berseni la,pandai lukis la..Teori tu memang salah sama sekali!!Aq tangan kidal, seni aq la yang paling hampeh waktu sekolah rendah..

Seingat aq, cikgu BM aq, ajar aq Pendidikan Seni jugak..Cikgu Faridah Kassim namanya..Cikgu Faridah GPK 1 waktu aq darjah 2..Kira best la sebab cikgu yang ajar ko, orang yang kedua berkuasa dengan sekolah..Aq memang suka waktu subjek BM sebab sape buat karangan sedap, cikgu bagi coklat.. Memang selalunya, muka aq la yang dapat coklat..Karangan pun, setakat "Aku Sebatang Pensil".. "Aku Sebuah Basikal"..Kalau cikgu suruh buat karangan, apa je yang budak darjah 2 boleh buat..Takde maknanya hiperbola,peribahasa bagai..Tapi sebab aq suka baca buku-buku untuk Tahap 2 (Darjah 4-6), maka, secara tak langsung, vocab aq pun lagi power lah dari kawan-kawan sehingusan aq..keh3..Maka, jadi lah aq favourite student cikgu BM aq..

Waktu Pen. Seni pulak, selalunya aq akan protes dengan cikgu aq ni..Sebelah kelas aq kelas pemulihan..Kira tempat untuk budak-budak yang tak pandai baca, tak pandai tulis belajar..Cikgu yang handle kelas ni, arwah sepupu abah aq (Al-Fatihah untuk arwah Cikgu Yusof)..So, bila agak-agak aq nak ngelat dari kena lukis benda-benda yang terang lagi nyata aq tak reti, maka, aq selalu larikan diri dekat kelas ni..Tapi, lari pun,bukan aq belajar..Aq pi main tanah liat belakang kelas pemulihan tu..Mula-mula, memang arwah sepupu abah aq ni tak kasi..Lama-lama,sebab dia kesian tengok aq, dan jugak sebab aq memberontak, buat tak tau je bila dia marah suruh balik kelas, dia biarkan je aq..Kadang-kadang, ada jugak aq ajar budak-budak kelas tu..Saje tunjuk hebat..Top 1 student kan..keh3..


Cikgu Seni aq pulak, malas nak marah aq..Sebab seingat aq, kalau aq kena marah hari ni, esok tu mesti aq tak pergi kelas..Kalau pergi pun,aq takkan masuk kelas..Otai tak otai??Kecik-kecik pandai ponteng.. Waktu ujian akhir tahun, aq tak prepare apa-apa pun..Selalunya, kertas soalan bagi seminggu awal..Bagi student prepare bahan-bahan..Time tu, mana la aq tau cop-cop pakai bendi,kentang semua tu..Aq punya malas, main koyak-koyak kertas warna,tampal je ikut suka hati aq..Tapi, mungkin sebab kesian dekat aq, cikgu Seni aq lukiskan bentuk pokok yang cantik dekat kad manila, lepas tu bagi dekat aq suruh tekap dengan kertas aq..Ingat lagi, warna oren pokok tu.. ;) Punya baik cikgu aq, walau pun benda tu dia yang buat, dia still kasi aq A..Terima kasih cikgu.. n_n

Cikgu Matematik aq pun tak kurang baiknya..Aq dapat markah 98 dah..Tapi, sebab dia kamcing dengan aq, dia suruh aq bawak pensil dengan pemadam, betulkan balik soalan tu..Aq tau cikgu aq baik hati.. Dia ada niat yang baik..Maka,dapatlah aq 100 markah.. ;)  Kan bagus kalau lecturer-lecturer dekat UiA baik macam cikgu-cikgu aq ni..Mesti tiap-tiap sem aq dapat DL..Keh3..Ke laut la DL nya kalau belajar pun tak serius..Oh Sakinah!!Kenapa tak boleh serius?? ;(

Entry ini to be continue sebab ada banyak lagi aq nak cerita. Tapi terpaksa diberhentikan..Kok aq nya, perlu habisin revision Contract sama itu Tort..Esok aq mau liburan ke Mahkamah Jalan Duta.. Cuci mata cari lawyer-lawyer kacak di sana..Keh2..

Wednesday, October 24, 2012

Keseronokan Berada di Rumah..

Assalamualaikum..

Hari ni dah hari ke-5 beristirehat di rumah..Seronok tak terkata..Cuti dah nak habis,nota tak siap-siap.. As expected!! -__-' Ulang kaji tak habis lagi..Bukan main bersepah meja belajar ni ha,nak tunjuk dekat mak abah konon rajin belajar..hampehhh..buat nota,sempat ko update blog!!lagi sekali hampeh..

Sesungguhnya, berada di rumah merupakan nikmat Allah yang tidak ternilai..Oh,sungguh hiperbola ayat ku ini..ha3..Kenapa dikatakan asyik bangat berada di rumah??Mari kita survey..

Pertama, dapat jumpa the whole family..
Ini merupakan faktor utama..Masa ni la ko nak korek rahsia dari mak ko, anak teruna sape paling hot masa ni..hua2..sungguh manis perangai aq ni..Nasib baik perkara ni tak dapat dihidu oleh mak aq..Kalau tak,dah tentu aq dicop sebagai anak yang gatal!! -..-' Selain tu, dapat juga tau perkembangan family yang lain..Bila abang yang tersayang nak naik pangkat, gaji berapa sekarang..ha3..Baik sungguh aq sebagai seorang adik..Caring habis!!Paling dinantikan sekarang, bila akak tersayang nak deliver baby..Tak sabar nak tunjukkan sifat aq sebagai mak cik yang paling garang (sila baca sebagai mak cik yang paling baik!!)

Kedua, makanan cukup..
Sebagai seorang pelajar yang tidak mendapat biasiswa, catuan makanan di universiti adalah perkara normal bagi memastikan kelangsungan wang.. (ke aq je yang catu makanan?? O.o) Hasrat aq,kalau boleh, dalam tempoh belajar ni,aq tak nak mintak mak abah aq duit..Kecuali kalau memang dah zero..Tapi setakat ni,ok la..Masih stabil..Terima kasih kepada pelan catuan makanan dan barangan!! Bila cuti, of course la soal makan tak payah fikir..Dari sarapan sampai ke makan malam, siap minum petang, semua dah ada..Terbaik!!Dah la free, berkhasiat lagi..Terima kasih mak abah..I love you..Muahhhh.. n_n 

Ok,cukup dua..Yang lain,boleh fikir sendiri..keh3..mak aq dah jeling bagi warning pehal aq gelak terkekeh macam apa je..Kata buat nota..Sejak bila subjek transaction sangat menggembirakan?? ;) Sekian,saya melaporkan dari teratak bonda..Esok musuh ketat tapi saya sayang akan pulang..Bersedialah untuk tidak dilayan oleh omak dan abah.. ;(
Assalamualaikum..


Friday, October 19, 2012

Test-Cuti-Assigment

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,selesai sudah test Tort malam ni..To be honest,soalan dah ok,memang direct.. Mostly,memang tau nak apply..Tapi sebab kekangan masa,tak dapat curah semua..Tapi,dah cuba yang terbaikkan..Apa je keputusan yang dapat,tu lah ganjaran untuk usaha aq..Moga Allah lembutkan hati Madam Suzi untuk terima jawapan aq dan kawan-kawan yang lain..Aminn.. n_n

Sejak 2 minggu lepas,kawan-kawan semua sakit..Yang sihat,gilir-gilir jaga kawan yang sakit..Mula dengan yang sakit perut,cirit-birit..Hampir 4 hari tak sihat..1 sakit,ada 6 jaga..Ok lagi..Then,kawan sakit telinga pulak..Dengan yang demam lagi..Paling kelam-kabut waktu 3 kawan sakit,yang boleh jaga 2 orang je..Memang haru..Memang Allah uji betul kesabaran,kesetiaan persahabatan kitaorg ni..Alhamdulillah, dari mata kasar aq,semua kawan-kawan lulus ujian.. n_n

2 hari lepas,aq pulak yang demam..Nasib baik dah nak balik..Tapi sebab salah timing makan ubat,dalam kelas dah ting-tong dah..Balik bilik pun macam nak pengsan..Test hari ni,2 hari sebelum baru dapat baca..Pagi tadi baru start hafal..Ngee..Salah sendiri sebab tak selalu buat revision.. ;)

Esok,start cuti..Seminggu..Balik rumah..Yeahhhh..Tak sabar nak balik..Nak jumpa family..Macam-macam nak buat..Nak makan..Nak main,mandikan kucing..Nak duduk tepi pantai..Kena guna masa sebaik mungkin,sebab lepas cuti,ada banyak test,ada banyak assignment nak siapkan..Maka,kena la angkut kerja,buku balik rumah..Malam ni,kena start buat apa yang patut..Macam la cuti seminggu dekat rumah Sakinah Zaini nak buat kerja kan..keh3..

Selamat bercuti warga UiA..Next week,Aidiladha..Selamat menyambut Eid Adha to all Muslims..
Assalamualaikum..

Monday, October 1, 2012

Birthday, Belajar, Berangan..

Assalamualaikum..

Hati meronta nak update blog..Banyak nak share,tapi bukan semua boleh diceritakan.. ;( So,i'm taking couple of minutes to make a new entry yang ada banyak storiesssss.. n_n

Last few weeks, on 18 Sept, officially i'm 20 years old!!Besaq dah..Boleh kahwin..yehaaaaaa..ha3.. Many thanks for those who wished,either by sms,fb,call and etc. Thanks to my besties seramai 7 orang yang bertungkus-lumus nak sambut birthday party..Konon nak buat suprise,tapi tak jadi sebab aq emo,x nak pergi KLCC..Gaduh-nangis sebab ada salah faham..So childish anak pak cik Zaini..Tapi, after heart-to-heart,everything settle..Maybe i can't be too selfish..Need to think about my friends that willing to spend their time, prepare the party.. ;)

Birthday Girls..

Us.. ;)








-____-'

I got a tudung and new pillow as my new bantal busuk for birthday presents..Paling haru, kena nyanyi dekat taman KLCC tu lagu cinta..Dan sudah semestinya aq tak buat.. -___-'  So, in order to terminate cabaran nyanyi lagu cinta tu, aq kena belanja depa makan..tak pela..belanja pun belanja lah..Nak menyanyi, memang tak lah.. ;)

Sedar tak sedar, dah masuk minggu ke-4 sem ni..Cepat sungguh masa berlalu..Fuhhh..Cabaran betul.. Assigments datang bersilih ganti..I'm still struggling to improve my study habits, sleeping time, revision period..Bukan senang nak ubah daripada Sakinah yang suka berlengah, relaks, bersenang-lenang di awal sem, tiba-tiba this sem, nak ubah kepada Sakinah yang study konsisten, tengok soalan final exams, siapkan notes awal-awal..How I wish everything will going smoothly..

I'm trying not to complaint about my classes..

I'm trying not to complaint about my lecturers..

I'm trying not to complaint about my assigments, tutorials..

Hopefully, belajar bukan semata-mata untuk exam..

Hopefully, there will be something that I can learn, adapt and spread to people out there..

Hopefully, this sem, I can achieve good result..Aminn..

Last, but not least..Jumaat hari tu, balik Melaka untuk kenduri arwah cousin..Jumaat malam tu, aq mimpi..Tapi, tak fikir pape pun..Aq mimpi kahwin awal!!keh3..Yang pasti, rupa pengantin lelaki tu, tak nampak..And, wedding tu tak dirancang..Seolah-olah macam family planning.. ;) Dalam mimpi tu, memang aq redha habis dengan perkahwinan tu..ha3..Tenang je lepas bangun tidur pagi Sabtu tu..ngeeee..Bila cerita dekat kawan-kawan, semua kata lelaki dalam mimpi tu jodoh aq..mana aci,aq tak nampak muka pengantin lelaki..huarghhhhh.. ;(

Ok, dah panjang melalut..Assigment tak settle nak hantar hari Rabu..Nite,Assalamualaikum..

Wednesday, September 12, 2012

CURRENTLY IN STUDY MOOD..

Assalamualaikum..

Nak update pasal new sem,tapi, tak tau nak taip apa..Just nak mintak anda semua,doa2kan moga sem ni, aq boleh buat yang lebih baik..

Currently sedang gigih mengubah tabiat malas kepada rajin yang super-duper di awal2 sem..Tapi, bukan la study hard sampai otak nak pecah..Over tau..Ada jugak keluar jalan,makan..Tak nak push sangat..Cool steady dari awal..Tak nak kelam-kabut last minute.. ;)

Sedang cuba belajar setiap hari after Isyak..Revise balik apa yang dah belajar hari ni..Kalau sempat, ada semangat lagi, baca,selak sikit2 untuk next class..

Phewww..Cabaran betul nak ubah tabiat malas yang super tebal..Tapi, nak dapatkan ilmu,kefahaman, memang kena berubah..Untuk diri sendiri jugak kan..

Sekian,nak undur diri..Doakan this sem aq dapat Dean List..Nak jugak rasa.. ;)

Assalamualaikum..

Monday, September 3, 2012

Entry Raya Tertangguh.. -___-'

Assalamualaikum..

Hari ni dah raya ke berapa dah baru nak update pasal raya..Orang dah mula berkerja,sekolah balik,masuk U balik,aq baru nak cerita pasal raya.. ;) Busy,sibuk bekerja,nak on9 pun fikir banyak kali sebab balik kerja,mandi,solat,terus kebabom dekat atas tilam..Sampaikan roomate tercinta pun duk post dekat wall cakap aq nampak busy bonar..Hai roomate.. *lambai2*

Tahun ni,tak banyak gambar raya sebab aq malas nak pegang kamera..Gambar dekat kamera abg ipar, so, malas la nak transfer..Gambar raya yang ada pun, gambar raya dengan kawan2..Tu pun ada,sebab depa upload dekat facebook..Kalau tak,memang tak de la gambar raya aq tahun ni..

1st,2nd raya,jalan rumah sedara-mara..Raya ke-3,dah kerja..Memang tak terasa la raya sangat..Raya ke 5 baru konvoi raya dengan kawan2..Tahun ni,korum konvoi ada penambahan..Ada jugak yang tak join tahun ni..Busy la katakan..Sehari suntuk raya..Kalau tahun lepas raya 10 rumah, tahun ni, 13 rumah!!Terbaik la..Tu pun,ada rumah terpaksa cancel nak raya sebab takut lambat..

Ingat kan,dah 20 tahun tak dapat duit raya..Dapat jugak!!Alhamdulillah..At least boleh simpan untuk emergency case..


Raya di rumah future doktor insya-Allah, Hidayah (middle)

Aq, Farahin, Zulaiha, Amie, Seha, Ika, Ain

Jejaka itu, milik bunga kuning di sebelahnya..The one and only guy waktu konvoi..

Bestie sejak sekolah rendah..

Tiap2 tahun, kongsi cerita yang sama..Update pasal perkembangan masing2..Yang dah berpunya, masing2 malu..Mintak kawan2 doa harap dapat tunang,kawen cepat2..Untuk kawan2,moga yang terbaik Allah anugerahkan untuk korang semua ye.. n_n

Cukup pasal kawen2,raya..Tinggal 6 hari before cuti raya..Me,officially berhenti kerja semalam.. Moga segala apa yang dilakukan membantu staff yang lain, moga Allah terima pekerjaan itu sebagai satu ibadat.Moga gaji yang diterima,diberkati.. Aminn..Aminn..

Cuti yang berbaki,nak settle kemas kan apa yang patut..Barang yang nak bawak balik..Tolong kemas apa yang patut dekat rumah..Yang paling penting, puaskan hati lepak tepi laut hari2..Nanti tak la meroyan dekat Gombak sibuk nak naik bot..Tadi pun dah ngap udang harimau seekor.. ;) Alhamdulillah rezeki Allah bagi..2,3 hari,abah dapat banyak hasil tangkapan..

Last but not least, again nak share 1 title buku yang best.. Khutbah Terakhir Rasulullah by Ibnu Rijal.. Harga RM 18.00..Buku ni,explain part by part khutbah Rasulullah S.A.W secara terperinci..Serius, sangat best..

Reminder : Aq tak dibayar untuk promote buku ni.. n_n

Just tergerak nak share buku yang best,bermanfaat untuk kita..Sebelum ni,tak terfikir pun nak beli,tapi bila rehat, tergerak nak baca sebab buku ni jadi best seller..So, dari baca sorang2, why not beli, boleh kasi kawan2 pinjam..

Antara isi kandungan buku tu adalah kisah di mana..

Sebelum Baginda wafat, Jibrail turun dan menyatakan dekat Baginda,

"Semua pintu syurga sedang terbuka untuk menyambut rohmu yang mulia ya Muhammad. Para malaikat semuanya sedang bersiap-siap menyambutmu".

Tapi,kata2 tu sikit pun tak menggembirakan hati Baginda. Lalu, Baginda bertanya,
"Apakah jaminan untuk umatku"?

Jibrail menjawab, 

" Pintu syurga tidak akan dibuka untuk umat lain selagi umatmu belum memasukinya".

Selepas mendengar kata2 Jibrail, barulah Nabi Muhammad S.A.W tersenyum..

Tak terkesan ke kita dengan tindakan Nabi Muhammad yang selalu memikirkan umatnya hatta ketika nyawanya akan diambil?? Mungkin susah untuk feel apa yang orang lain feel..Tapi, mungkin bila korang beli ni,korang boleh rasa,faham tentang khutbah terakhir Nabi..Betapa cintanya Nabi pada kita,umat Baginda.. Betapa beruntungnya kita jadi umat Nabi Muhammad..

Antara kelebihan kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W ialah:

# Pahala amalan umat Baginda dilipat gandakan sebanyak-banyaknya.
#Umat yang mana pahalanya sudah dicatat apabila hanya baru berniat.
#Umat yang mana pahala amalannya dilipat gandakan 70 kali ganda apabila melaksanakannya.
#Umat yang terpilih untuk bertempur dengan dajal di akhir zaman.
#Umat yang pertama akan di hisab di Padang Mahsyar.

More to read dalam buku tu..Yang mana aq share,wallahua'lam..Yang mana aq khilaf, terkurang, terlebih, tolong betulkan.. After baca,mungkin boleh tanya dekat orang yang lebih arif pasal isu agama..Jangan terlalu taklid dengan pembacaan kita..Bukan semua yang kita dapat dari buku,100% betul..Mungkin ada sedikit kekhilafan..Mungkin jugak,kita akan terlalu berpegang pada apa yang kita baca, sedangkan agama kita anjurkan yang lebih mudah dan komprehensif mengikut peredaran masa..

Doakan semoga semester yang baharu ni,aq dapat buat yang terbaik..Seimbang belajar,agama,pergaulan dengan orang sekeliling..Sekian,melaporkan dari meja berita.. -___-'

Assalamualaikum..


Friday, August 17, 2012

Buku Mesti Baca..

Assalamualaikum..

Lagi 2 hari je lagi puasa dah nak habis..Pejam-celik-pejam-celik, dah nak raya dah..Belum ada cerita pasal Ramadhan ataupun sambutan menjelang raya..Cuma,semalam rasa cool habis sebab aq main mercun..keh3..walaupun hanya thunder clap (ok,tak tau eja nama mercun tu), bukannya bom bola macam budak-budak kampung bawah main..Seingat aq,waktu kecik dulu,aq hanya berani main bunga api je..Paling ganas pun,mercun naga.. ;)

Ok,lupakan cerita mercun,entry ni,aq nak share dengan korang semua,buku yang menceritakan kisah bintang badminton negara kita, Dato' Lee Chong Wei..Kalau korang tak kenal, boleh terjun lombong sekarang!!Amboi,hari tu dah beratur amik aiskrim Baskin Robbin,buat-buat hilang ingatan ye..

Korang kena baca buku ni kalau korang kata korang peminat,penyokong no. 1 LCW..Lagi korang kena baca kalau hari tu korang beratur amik aiskrim..keh3..Dalam buku ni, LCW ceritakan kisah hidup dia,sejak dari kecik sampai dia dah besar panjang dah berjaya.Mostly,benda yang kita semua tak pernah tau..Kita mungkin start kenal LCW bila dia dah mula melonjak naik..Tapi,

Korang tau macam mana LCW mula ceburi bidang badminton??
-->Mungkin ramai yang tau sebab mak LCW tak suka LCW main bola keranjang dan berpanas. Tapi, LCW mula minat badminton sejak kawan dia ajak main badminton sama-sama.

Korang tau, siapa yang Lee Chong Wei anggap macam ayah dia selain ayah kandung dia??
-->Bekas juru latih dia, Misbun Sidek dengan seorang lagi individu yang banyak bantu LCW bila susah iaitu Wong Wei Choy (ayah angkat LCW).

Korang tau siapa yang belikan raket Yonex pertama LCW??
-->Sebelum Yonex jadi penaja pemain kebangsaan, ayah angkat LCW belikan 10 raket Yonex untuk LCW dan kawan-kawan LCW.

Banyak lagi kisah LCW yang menarik untuk di kongsi, tapi apa kata korang beli buku ni, baca sendiri.. Korang akan tau, akak LCW sampai sekarang tak pernah tengok siaran televisyen bila LCW bertanding sebab dia tak nak sedih tengok kalau LCW kalah.LCW pernah kemalangan yang menyebabkan fokus permainan dia hilang menyebabkan rangking dia jatuh.Tapi,the main reason aq baca buku ni sebab sikap humble LCW. Even dia menang atau kalah, dia sentiasa merendah diri.

Kalau korang memang penyokong LCW,grab this book! n_n

Aq bukan di bayar untuk promote buku ni..Tapi,buku ni sangat best.Ada 3 version, dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan Mandarin. ;)


Front page of the book..


Sedih tengok gambar ni..Macam nak gigit je dak Lin Dan!!ggrrgrr



<3



His tweet few minutes after the game.. ;)

Selamat membaca!!5 bintang untuk buku ni.. n_n


Thursday, August 9, 2012

Cinta High Class..

Assalamualaikum..

Mengingatkan janji di entry lepas yang aq nak membuat review noveL Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu karya Fatimah Syarha dan suaminya,maka ku gagahkan diri menaip..Lagi best sebab cuti 2 hari..Boleh taip lemah-gemalai sikit..      -___-'  

Tapi,aq agak jeles memikirkan orang ramai sedap-sedap beratur dekat Baskin nak aiskrim percuma,aq dekat rumah..Tapi,tak heran sangatlah sebab aq pun tak pernah rasa aiskrim tu macam mana, so, tak la teringat-ingat kan.. n_n (sedapkan hati)

Let's start my review regarding this book..Untuk pengetahuan semua, buku ni dah hampir 3/4 minggu jadi top 10 best seller dekat MPH..

So,menjadi best seller selama beberapa minggu berturut-turut membuatkan aq terdetik untuk membaca buku ni..

Sebab kedua, buku ni ditulis oleh favourite author aq,Sis Fatimah Syarha..Hampir semua buku dia aq baca..Tapi,novel yang tebal-tebal,belum berkesempatan..Insya-Allah satu hari nanti..

Sebab ketiga kenapa buku ni semua orang kena baca, terutama muda-mudi,meh aq share sikit sebab dia..Nak share banyak,aq tak ingat sangat..Nanti salah info..

Apa yang boleh dirumuskan dalam buku ni,kepada cik akk dan cik abang sekalian, yang duk memikirkan soal jodoh,kahwin tu, tak salah..Tapi,ada caranya..Yang pasti, couple bukan caranya.. Kalau dah berkenan dengan seseorang tu, tak yakin sangat, tak perlu tergesa-gesa nak melamar,nak kahwin..Selidik dulu latar belakang dia..Family dia..Cara pergaulan..Kehidupan dia..Guna orang tengah..Bukan semua yang kita nampak baik luaran dia, dalaman pun baik juga..Mungkin tak seperti yang kita sangka dan harapkan..Dah yakin,baru lah boleh move on..Yang paling penting, kalau lelaki,pastikan dah berkemampuan nak tanggung bakal isteri..Yang bakal isteri pulak, dah berkemampuan nak jadi isteri,bakal ibu..  n_n

Tak kurang pentingnya, soal kriteria mencari pasangan..Tipulah kalau yang lelaki tak nak perempuan cantik,cukup pakej,pandai masak serba-serbi..Macam tu jugak yang perempuan..Nak calon suami stok-stok artis korea la,aaron aziz la..Tak kisah la..Nama pun kriteria..Dapat ke tak, terpulang pada ketentuan ALLAH..Tapi, apa yang penting, kalau kita nak bakal suami/isteri seorang yang setia,kita pun kena jadi setia..Kalau nak bakal suami/isteri yang tak tukar pasangan, tak mesej-mesej yang melalaikan, kita pun kena berusaha ke arah tu jugak..Paling senang nak faham, apa yang korang nak bakal suami/isteri korang ada, korang pun kena berusaha menjadi seperti apa yang korang nak..

Faham kan apa yang aq cuba sampai kan??Kalau tak faham jugak, apa kata korang beli satu buku ni, baca,hadamkan..Cover buku,dekat bawah ni..Selamat membeli..




Nak tulis panjang-panjang, aq tak pro pasal bab ni..Nama pun review kan..Beli buku ni,siap ada hadis lagi..Fiqh pasal isu-isu berkaitan..Insya-Allah, makin mantap lah fahaman korang pasal cinta nanti..

Selamat memburu malam lailatul qadar..Mari sama-sama memburu,menjadi pemburu malam Lailatul Qadar..Sama-sama perbanyakkan amal..Insya-Allah..Assalamualaikum..


Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Kareem..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Hari ke-4 umat Islam berpuasa pada hari ni..Bersyukur sebab Allah bagi peluang kepada anda anda dan saya,untuk sekali lagi menemui bulan yang mulia ni..Moga segala amalan kita diterima oleh Allah..Moga,Ramadhan kali ni,lebih baik dari yang sebelumnya..Yang kurang,kita tambahkan..Yang belum sempurna,kita sempurnakan..

Nabi Muhammad menyebut, ketika baginda menaiki tangga-tangga mimbar masjid, Jibrail berkata kepada baginda, "Sesiapa yang mendapati bulan Ramadhan, lantas tidak mendapat ampunan, kemudian mati, maka ia masuk neraka serta dijauhkan Allah (daripada Rahmat-Nya)."..Jibrail berkata lagi, "Ucapkan 'Amin'". Maka kuucapkan 'Amin' ".  (Transformasi Ramadhan,Hasrizal Jamil)

Moga,dengan peringatan ini,cukup untuk membuatkan kita sentiasa beringat untuk terus berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah..Bukan saja di bulan Ramadhan,tapi di bulan-bulan yang lain..Bukan mudah,tapi kalau berusaha,insya-Allah boleh..Sesuatu benda yang baik,perlu dipaksa untuk dijadikan darah daging..Memang susah,tapi Allah Maha Mengasihi..Dia memudahkan urusan hamba-Nya..

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka,pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat". Allah bantu kita, sebulan di bulan Ramadhan,syaitan diikat untuk mempermudahkan urusan ibadat kita..Tapi,andai kata kita masih melakukan kekhilafan yang sama seperti di bulan-bulan yang lain,itu tandanya, nafsu kita perlu dikawal,perlu dijaga. Kenapa bila syaitan ditambat, kita masih melakukan kesilapan?? Jangan salahkan syaitan..Refleksi diri, jom kita sama-sama improve..Takkan nak pahala,syurga sorang je kan?? ;)

Untuk Ramadhan tahun ni, mula-mula, beberapa hari nak Ramadhan, aq takde feeling lansung nak puasa..Mungkin sebab kerja, tak terasa sangat kot.. *sedapkan hati* Risau jugak..Then,nak naik kan mood puasa,mood nak beribadat, cuba curi-curi masa yang ada dengan re-read Solusi Ramadhan last year, buku Transformasi Ramadhan..Tapi,sebab sekarang tengah baca buku Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu karya Fatimah Syarha dan suami beliau, maka, kena la bahagikan masa untuk baca 3 buku ni.. n_n

Tapi,penaik mood Ramadhan kali ni,datang daripada Puan Emak..Lepas Subuh je, tak nak bagi aq tidur, mak suruh ajar mak mengaji.. ;)  At least, aq tak tidur lepas sahur, dapat pahala mengaji..Insya-Allah.. Ada jugak perubahan lain dalam keluarga tahun ni..Alhamdulillah..Moga kami semua,termasuk anda yang sedang berubah ke arah yang lebih baik, istiqamah dalam melakukan perubahan.. n_n

Disebabkan Ramadhan kali ni aq bekerja,maka, pahala Ramadhan haruslah dijaga..Kerja tak boleh curi tulang,jaga mata dari melihat perkara yang tak elok seperti melihat anak teruna orang..ehem2.. ;) Solat di awal waktu..Disebabkan shift bergilir pagi dan petang, maka, aq hanya berkesempatan berterawih kalau shift pagi sahaja..Shift petang,terpaksa la buat sendiri dekat rumah lepas balik kerja..Insya-Allah, malam ni dapat terawih di surau..Doakan.. n_n






Salam Ramadhan daripada Sakinah Zaini,keluarga dan bakal suami..eh?? ;)  Insya-Allah,next entry nak share pasal novel Cinta High Class..Assalamualaikum..

Tuesday, July 10, 2012

Cuti Sem #1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,dah lebih 2 minggu kerja waktu cuti sem ni..Masa ni jugaklah waktu tidur tunggang-langgang..Waktu kerja,bangun lambat..Waktu tak kerja,bangun awal pulak..Sampai sekarang,belum berani kan diri lagi drive..Bawak motor je..Hari2 vroom sana-vroom sini,pergi-balik kerja..Lagi senang bawak motor kot..Cepat..Boleh selit2 ye dak?? ;)

Tapi,mak memang warning tiap2 kali nak pergi kerja.. "Kina,bawak motor jangan laju2..Hujan ni..Bawak dah la macam pelesit'.. "Baik mak"..Tapi tu dekat mulut jela.. Dalam hati dah jawab lain..Cakap pasal motor,hari tu,sempat jugaklah rempit dengan ferrari..Of course la, bukan aq yang menang..Menang awal2 tu pun sebab jam..Aq pulas minyak banyak pun,dia tekan minyak sikit je dah jalan jauh.. -___-' Tak pelah,asal ada pengalaman lumba dengan ferrari..Mesti driver dia kata aq jakun sambil gelak2.. ;(  Takpe,tunggu lah aq beli Kawasaki ZX-14R..Ferrari pun aq potong.. ;)

Lama lagi nak dapat gaji..Handphone dah selamat bergenang dengan air hujan waktu merempit..Tak sempat nak diselamatkan..Minta maaf la kalau sapa2 mesej,aq lambat balas ke,tak cam ke..Semua no hilang..Handphone sementara ni pun,kalau call aq tak boleh angkat..Suara aq tak boleh dengar..Suara yang call aq dengar..Jadi,tak perlu lah call aq kalau tak penting,untuk mengelakkan korang terjerit2 macam mati laki/bini ye.. ;) Handphone baru,buat masa ni,tak dapat nak dikenal pasti bila nak menjelma.. Pitih tak dop lagi..Banyak benda yang lebih penting aq nak kena utamakan..Nak simpan kalau2 ada emergency..Laptop ni pun dah tunjuk tanda kurang bagus..Tapi,kalau betul2 urgent,korang call,cakap je..Aq dengar..Dah habis,letak la..Nanti aq mesej kalau ada problem ke,tak faham ke..Tu pun kalau korang suka la cakap macam cakap dengan dinding.. -___-'

Ok,dah tak tau nak tulis apa..Tadi ingat nak cakap pasal orang yang tangan kidal..Tapi,next entry la ye kalau Allah bagi kesempatan..Panjang umur..Rabu,Khamis,nak pi Penang..Moga selamat pergi dan balik..Nanti,aq update jalan2 cari menantu untuk mak abah aq dekat sana ye..ha3.. ;)
Assalamualaikum..

Thursday, June 21, 2012

Sebab Saya Strong!!

Assalamualaikum..

*tarik nafas**hembus** 

Ok,mood kembali normal..Semalam dah check result..Unfortunately,memang tidak memberangsangkan..
Adalah sikit rasa macam, "Ya Allah, result macam tak pergi kelas je".. -___-' Ok,ni kira sesi muhasabah dan muha'sarawak' kan diri la nampaknya.. ;)  Memang bila tengok result,telan air liur rasa kesat je weiyh..Bersalah habis dekat mak abah..Tu sebab tadi semangat kemas habuk,basuh2 kipas..Konon2 nak sedapkan hati berbakti pada mak abah..ha3..Meja blaja pun dah kemas..Novel2 semua dah pindah meja lain..Letak buku law je atas meja nak suruh blaja cuti ni.. ;)

Tapi,alhamdulillah,at least lulus..yang pasti, tak payah repeat!! Alhamdulillah..Maka, jadual next sem, akan follow the flow..Memang sem depan kena push diri study hard,smart sikit..Kalau tak,haru jadik nya..Seriously,memang nak berterima kasih pada lecturers..Terima jawapan aq..Kasi lulus.. ;(  Before keluar result, duk fikir lulus ke tidak..At least lulus pun jadik lah..Tapi,bila dah tau lulus,sedih pulak bila dapat grade macam tu..

So,let's think positive..Anggaplah 1st sem,permulaan untuk berjaya pada sem2 akan datang..Harap2, dapat naikkan semangat for better grade and pointer next sem..Tapi, remind untuk diri sendiri, tak nak over2 sampai stress..Tak nak blaja mem'vavi' buta,sampai belajar semata2 for the exam..Tak nak..Itu ngak bagus kok.. *geleng2 kepala*

Tahniah kepada kawan2 yang dapat result cemerlang,gemilang dan terbilang..Bangga jadi kawan kalian.. n_n Next sem,sila jadi tuk guru aq..Tolong ingatkan bila aq tak fokus dalam blaja.. ;)

Penaik semangat di kala kita rasa sedih,atau jatuh..Tak berjaya dalam apa saja bidang..Ingat, dunia kita ibarat roda..Sentiasa berputar..Mungkin sekarang kita berada di bawah..Teruskan berusaha menolak roda itu supaya roda itu akan membawa kita ke atas..Kalau dah berada di atas, jangan terlalu megah.. Kelak mungkin pusingan roda itu takkan lama di atas.."Jangan angkuh dengan kejayaan..Jangan jatuh dengan kegagalan".. (sumber: IIUM online)

Tangga menuju kejayaan bukan mudah,bukan singkat..Mulakan dengan langkah pertama..Teruskan melangkah walau apa pun yang terjadi nanti..Usahalah sehabis baik, untuk diri sendiri, keluarga, agama,bangsa dan negara.. n_n  Ingat janji Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 202:

"Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitungNya." 

Moga Allah istiqamahkan anak Encik Zaini ni,supaya konsisten dalam belajar..Terima kasih kepada Cik Amira Afira, kerana sudi berkongsi berkaitan sem depan..Moga, cuti sem ni,dapat dimanfaatkan sebaik mungkin..Assalamualaikum..


Monday, June 18, 2012

Hold your own prinsip tightly!!

Assalamualaikum..

Hari ni,setelah seminggu bermalas-malasan di rumah,maka ku gagahkan diri jugak untuk mencari kerja.. Bersama junior @ buddy ku yang tercinta, kami merempit bersama2 ke Mahkota Parade..Sudah tentulah aq si tukang rempit, buddy ku si tukang bonceng..Ku langgar lampu merah kerana malas nak tunggu lampu hijau..Satu je..Tak banyak..Nasib baik tiada kereta mahupun motor berkuasa besar milik pak polisi ku lihat di belakang motor rempit ku..fuhhh..Telok Mas-Pulau Gadong, boleh la tahan jauhnya, tapi demi buddy ku sayang,ku gagahkan jua..Melalui tepi laut sebenarnya yang membuatkan aq tabah merempit ke sana..Angin bertiup membuatkan aq merasa seolah-olah diriku ringan.. n_n

Aim hari ni, nak cari kerja dekat tempat lama..Maka, ku temankan buddy ku terlebih dahulu mencari kerja di gedung pakaian terkemuka, TamanAnakLelaki.. -___-'  Sedang bermalasan di kerusi, tiba-tiba si supervisor menyuruh ku mengisi borang sekali..Layankan ajelah..10 minit kemudian, di panggil masuk.. Bersemangat menerangkan tentang gaji,waktu bekerja..Tiba giliran ku bertanya.."How about attire?? Can I wear inner or handsock??''..Wanita bermata sepet itu membalas,"No!!"..Amboi,muktamad ye..So, say bye2 to your offer..Gua ngak mungkin memakai tudung bersama lengan pendek,semata2 untuk kerja yang bersifat sementara!!Sorry buddy..Terpaksa tolak offer..

Tempat kerja lama aq pun,suruh tuck in,aq tak buat..Buat bila kena tegur,tak pun bila HQ turun.. Budiman kan aq..Tapi aq suka tempat kerja lama aq,sebab diaorg faham kot..Nak solat,boleh..Takde masalah..So,better kerja tempat lama even gaji tak sebanyak dekat TamanAnakLelaki tu..Attire pun proper..Tak de sibuk2 kena make up bagai..Maka,doakanlah aq dapat kerja dekat tempat lama esok.. Tadi pergi,Manager takde..Jumpa supervisor je..Hopefully,ada rezeki kerja dekat situ lagi..Tempat dah cantik,ramai staff baru.. n_n  Kalau tak,maka,aq isytiharkan aq akan kerja sambil berehat jela di rumah.. ;(



Aq mengharap,moga ada perubahan kelak di tempat2 yang tidak membenarkan pekerja Muslimahnya, memakai baju yang menutup aurat..Menutupi lengan..Aq doakan yang terbaik..Saling mengingati.. Bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik..Sayangi anggota badan kita..Tutup sesempurna yang boleh..Read the above qoute..It's really touching!! ;)  
Nak rehat2,tenangkan diri..Misi mencari kerja lagi esok..Moga Allah permudahkan..Aminn..Nite, Assalamualaikum..

Thursday, June 14, 2012

Kuih Tako..

Assalamualaikum..

Finally,dapat jugak buat kuih tako @ tepung pelita..Rasanya,untuk percubaan pertama,ok la..Makan je semua orang..Mak pun ajak  buat lagi bulan Ramadhan nanti..tapi,resipi kena modify..kemain mak letak sengkuang banyak2..katanya,sedap sikit ada bunyi krak-kruk.. -___-'

Next try,kalo dh umphh kuih tu,boleh la share resipi..resipi ptg td pun,gabung 2 resipi,ikut sesedap rasa je nak letak ape.. ;)  kalo share,tak jadi nanti aq pulak yang kena..keh3..so,next try,nak buat ape lg ye..nak fikir..rasa mcm nak try buat roti jalan..tapi kena geledah stor mak,cari tmpt buat roti jala tu.. -__-'
Ok la..Persembahkan gambar2 ketika gigih membuat kuih tako..


Semangat buat kotak sambil fb.. -__-'

Ok la untuk 1st try kan..kemain banyak staplernya.. ;)








Size kuih, sangat 'gajah'..makan satu terus kenyang..

Sementara belum cari kerja, rehatkan diri dekat rumah..Tolong mak abah..Jadi bibik,driver,tukang kebun, setiausaha..Semua lah..Mak pun sebenarnya kata tak payah kerja.. Tolong je dekat rumah.. Tapi, anak beliau butuh wang..Next sem ada trip.. ;)  Takpe,time x kerja,insya-Allah boleh tolong..Lebih kurang 5 hari lagi result nak keluar.. ;(
Nite,Assalamualaikum..