Friday, August 17, 2012

Buku Mesti Baca..

Assalamualaikum..

Lagi 2 hari je lagi puasa dah nak habis..Pejam-celik-pejam-celik, dah nak raya dah..Belum ada cerita pasal Ramadhan ataupun sambutan menjelang raya..Cuma,semalam rasa cool habis sebab aq main mercun..keh3..walaupun hanya thunder clap (ok,tak tau eja nama mercun tu), bukannya bom bola macam budak-budak kampung bawah main..Seingat aq,waktu kecik dulu,aq hanya berani main bunga api je..Paling ganas pun,mercun naga.. ;)

Ok,lupakan cerita mercun,entry ni,aq nak share dengan korang semua,buku yang menceritakan kisah bintang badminton negara kita, Dato' Lee Chong Wei..Kalau korang tak kenal, boleh terjun lombong sekarang!!Amboi,hari tu dah beratur amik aiskrim Baskin Robbin,buat-buat hilang ingatan ye..

Korang kena baca buku ni kalau korang kata korang peminat,penyokong no. 1 LCW..Lagi korang kena baca kalau hari tu korang beratur amik aiskrim..keh3..Dalam buku ni, LCW ceritakan kisah hidup dia,sejak dari kecik sampai dia dah besar panjang dah berjaya.Mostly,benda yang kita semua tak pernah tau..Kita mungkin start kenal LCW bila dia dah mula melonjak naik..Tapi,

Korang tau macam mana LCW mula ceburi bidang badminton??
-->Mungkin ramai yang tau sebab mak LCW tak suka LCW main bola keranjang dan berpanas. Tapi, LCW mula minat badminton sejak kawan dia ajak main badminton sama-sama.

Korang tau, siapa yang Lee Chong Wei anggap macam ayah dia selain ayah kandung dia??
-->Bekas juru latih dia, Misbun Sidek dengan seorang lagi individu yang banyak bantu LCW bila susah iaitu Wong Wei Choy (ayah angkat LCW).

Korang tau siapa yang belikan raket Yonex pertama LCW??
-->Sebelum Yonex jadi penaja pemain kebangsaan, ayah angkat LCW belikan 10 raket Yonex untuk LCW dan kawan-kawan LCW.

Banyak lagi kisah LCW yang menarik untuk di kongsi, tapi apa kata korang beli buku ni, baca sendiri.. Korang akan tau, akak LCW sampai sekarang tak pernah tengok siaran televisyen bila LCW bertanding sebab dia tak nak sedih tengok kalau LCW kalah.LCW pernah kemalangan yang menyebabkan fokus permainan dia hilang menyebabkan rangking dia jatuh.Tapi,the main reason aq baca buku ni sebab sikap humble LCW. Even dia menang atau kalah, dia sentiasa merendah diri.

Kalau korang memang penyokong LCW,grab this book! n_n

Aq bukan di bayar untuk promote buku ni..Tapi,buku ni sangat best.Ada 3 version, dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan Mandarin. ;)


Front page of the book..


Sedih tengok gambar ni..Macam nak gigit je dak Lin Dan!!ggrrgrr



<3



His tweet few minutes after the game.. ;)

Selamat membaca!!5 bintang untuk buku ni.. n_n


No comments:

Post a Comment