Sunday, January 29, 2017

Pemfailan Borang 6-8 Long Call

Assalamualaikum..
Maaf lambat buat entry untuk pemfailan borang 6-8 seperti yang dijanjikan sebelum ni..Here the steps for the filing process..

APA YANG DIPERLUKAN UNTUK STAGE NI??

1) Borang 6
--> Afidavit kita (PDK) sebagai pempetisyen..Kita kena sertakan sekali semua dokumen yang dinyatakan dalam borang 6 ni..Setiap dokumen ni perlukan sijil perakuan eksibit..Susunannya macam ni:-

Sijil Perakuan Eksibit -> Dokumen A (Sijil Beranak)
Sijil Perakuan Eksibit -> Dokumen B (Kad Pengenalan)
Sijil Perakuan Eksibit -> Dokumen C (Salinan Skrol Ijazah)
Sijil Perakuan Eksibit -> Dokumen D (Borang 7)
Sijil Perakuan Eksibit -> Dokumen E (Borang 7)
Sijil Perakuan Eksibit -> Dokumen F (Borang 8 + Sijil Ethics)
Sijil Perakuan Eksibit -> Dokumen G (Sijil Pengecualian Bahasa Melayu)
Sijil Perakuan Eksibit -> Dokumen H (Sijil Penampalan)

P/S: SILA BAWA ORIGINAL DOKUMEN A, B, C, F, G & H SEKALI. DIPERLUKAN UNTUK STAGE AKHIR DI RKKK

2) Borang 7
--> Sijil Kelakuan Baik oleh 2 orang golongan professional.. (saya dimaklumkan sendiri oleh kakitangan Malaysian Bar, individu yang layak untuk tandatangan borang 7 ni ialah golongan professional seperti doktor,peguam, pensyarah..)

3) Borang 8
--> Sijil Kerajinan yang ditandatangani oleh Master kita..

4) Notis Perbicaraan

5) Sijil Pengesahan 

Pertama sekali, pergi swearing dokumen kalau belum swearing..Tempat swearing dekat belah kiri bila masuk dari pintu court..Better letak date sama untuk semua borang..

Lepas swearing, pergi kaunter dekat sayap kanan..Mintak praesipi dekat Kaunter 2.
- tulis Afidavit, Notis Perbicaraan & Sijil Pengesahan Dokumen. Amik no. untuk mahkamah tinggi pergi kaunter 2 balik. Staf akan tulis jumlah yang kena bayar utk Biro Perkhidmatan (RM30)
- bayar dekat mesin atau kalau mesin rosak,kena bayar dekat kaunter sayap kiri..
- lepas bayar, tunggu no. dipanggil untuk scan dokumen..
-dah scan, pergi kaunter sayap kanan balik untuk dapatkan invois bayaran scan e-filing tu..tengok sama ada no. giliran kita scan dokumen tadi dah dipanggil atau pergi terus ke kaunter 5@6 untuk tanya invois dah ready atau tak..
-dah dapat invois,amik no. giliran sekali lagi untuk buat bayaran (RM256)

Pergi RKKK, cakap dah buat filing untuk borang 6-8.. Kalau kita nak long call luar KL pun bagitau.
-dekat sini, kita kena serahkan salinan asal/original sijil kelahiran, skrol ijazah, sijil ethics, sijil pengecualian BM untuk PKP sahkan dekat Sijil Pengesahan Dokumen.
-kalau nak long call tmpt lain, staff akan suruh isi borang transfer.

Dah siap isi dan staff dah pulangkan semua original dokumen kita, balik lah ke negeri asal masing2 untuk tunggu dokumen ready for extraction..

Kalau yang chambering Melaka, kita kena pergi court jumpa Puan Ong untuk pass instrument yang kita dapat dekat Malaysian Bar..Puan Ong akan beritahu date long call yang dicadangkan & bagi checklist dokumen yang kita kena serahkan pada Puan Ong..

Bila dokumen dah ready untuk diekstrak, print dan serve lah ke tiga (3) bodies tu dokumen yang kita filing..Lepas tu, filing afidavit penyampaian untuk borang 6-8 ni.. Tunggu Malaysian Bar faks bagi notis tiada bantahan kalau semua dokumen kita lengkap @ diaorg akan call untuk suruh kita betulkan.. Bolehlah prepare ucapan untuk long call bila settle semua..yeahhhhh :)

Itu sahaja steps untuk pemfailan Borang 6-8 ni..Kalau ada yang tersilap@terlupa dalam steps ni maaf ye..Kalau nak contoh dokumen, boleh PM dekat FB@email je dekat sakinah_zaini92@yahoo.com.my 

P/S: Next entry, post khas persediaan menjelangnya waktu Long Call & steps lepas Long Call ye..