Sunday, November 25, 2012

Final Exam Mood..

Assalamualaikum..

Ok,curi masa sikit sebelum sambung buat revision untuk kelas esok..Saje je nak gatal-gatalkan tangan menaip..Padahal,assignmentS (sengaja dicapslock kan S untuk peringatan diri sendiri) -..-' bertimbun-timbun..Tak nak pulak gatalkan tangan menaip assignments..Dengan cases review la,lakonan mock trial la..Presentation lagi..Walaupun due date ada la lagi 2,3 minggu, tapi tak best la kan nak tangguh-tangguh..

Final dah nak dekat, tak pasal-pasal tragedi result sadis, ilmu tak lekat untuk kefahaman berulang kembali..Sentap kejap..Nauzubillah..Memang rasa macam "Ya Allah, aku ni pergi kelas ke, tak pergi ni.Nak ajar, nak apply pun tak boleh, tak faham" sem lepas punya cerita la ni..Alhamdulillah, sem ni ada improvement sikit..Bukan aq la cakap,tapi parents aq pun cakap aq dah rajin study sebab kalau tak study, kerja aq call mak abah je, merepek tanya kucing dah makan ke, mak masak apa, baby fiya mok-mok sihat ke tak, pokok labu apa cite..Seeee..Bab-bab merepek, boleh bagi aq..Owh, tiba-tiba rindu nak tengok pokok labu adik aq tanam.. ;)

ala-ala macam ni la pokok labu adik aq..tapi lagi ganas sebab menjalar sampai ke lereng bukit bawah.. 


Tadi call adik aq, dengar cite pokok labu dia membuahkan hasil yang boleh tahan..Mak aq macam biasa la, bagi dekat jiran-jiran..Mesti adik aq kembang semangkuk bila kena puji rajin menanam..Mak siap semangat kenduri akikah anak buah aq nak buat lauk guna labu yang adik aq tanam..Apa-apa jela..Asal mak happy sudah..Jimat pun jimat..Cuti mid sem lepas pun,semangat mak masak pucuk labu masak tempoyak..tak pasal-pasal, daripada selalu masak pucuk daun lain, ganti pucuk labu..apa-apa jela mak..asal boleh makan.. ;)

Ok,sebelum aq melalut dengan lebih jauh, maka, nak mintak rakan-rakan taulan mendoakan semoga aq dan rakan-rakan yang lain sukses untuk sem ni..Ilmu dapat, boleh amal, dan dapat result yang cemerlang.. ;)

Assalamualaikum..Selamat berpuasa esok.. n_n

4 comments:

  1. saya suka baca blog awak nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. x yah nak anonymous sgt la kan maslina.. -..-'

      Delete
  2. nice blog =)
    i will always be with my friend =)

    ReplyDelete