Monday, February 27, 2012

Kenapa Aku Di Sini, Bukan Di Sana?

Assalamualaikum..

Selamat pagi..Selamat memulakan hari ini dengan semangat berkobar2..Rasa nak update blog, tapi tak tau nak kongsi pasal apa..Lagi pun,tak de cerita yang perlu dikongsikan..Rutin harian berjalan seperti biasa.. Tugas sebagai seorang pelajar-pergi kelas-ulang kaji-cari bahan di library-beriadah-beronline..hampir setiap hari rutin yang sama..Cuma,perbezaannya,setiap hari,ada saja benda yang berlaku yang menguji kesabaran dan ketajaman akal untuk berfikir bagaimana harus terima situasi yang berlaku..

Solusi isu terbaharu dah berada dalam koleksi rak buku..Baru sempat membaca 1,2 topik..Belum punya kelapangan nak menghadam isi di dalamnya..yang pasti,isu kali ni,memang menarik..Tutup Aurat Supaya Selamat..Insya-Allah akan membaca isi2 nya..Kalau boleh berkongsi,insya-Allah akan berkongsi..

Hari ni,hampir 2 minggu lebih memulakan sem baru di kuliah..Alhamdulillah,semua berjalan lancar walaupun kadang2 perasaan nak give up,tukar course,berhenti belajar datang menjengah tatkala diri rasa tak mampu nak teruskan pengajian yang baru setahun jagung bermula..Rasa nak tergelak pulak bila fikir kan balik..Kenapa la boleh terfikir nak mengalah..Baru sikit Allah uji..Kena kuatkan diri..Kalau kita kuat, kawan2 sekeliling pun akan rasa kuat.. n_n

Akhir2 ni,terfikir:

*kalau tak sambung belajar dalam bidang undang2 ni,dekat mana aq sekarang?
*kenapa Allah letak aq dalam bidang ni?Boleh ke aq buat?
*kenapa dekat UiA?kenapa bukan U lain?
*Macam mane ye boleh lepas ujian hari tu?Rasanya,macam tak boleh lepas..
*Bila rasa sakit hati dengan seseorang,mula berprasangka buruk dengan diri mereka..Benci aq ke?
*Bila tak boleh buat soalan tutor,tak faham waktu revision terus fikir,boleh survive ke 4 tahun ni?

Bila refleksi diri balik,rasa macam nak tampar diri sendiri je..Bertapa ceteknya akal waktu tu nak persoal kan qada qadar Allah..Allah dah berkata dalam kalamnya,dalam surah Al-Baqarah, surah Al-Ankabut pasal ujian dan dugaan..Kenapa tak nak pegang kata2 Allah?? ; (


Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Beberapa hari lepas,salah seorang kawan yang berada di Mesir,tag satu post..Rasa macam terkena batang hidung sendiri..Here the post,

bukankah itu yang kita minta?
Kita selalu berdoa
Doa itu lah sumber kekuatan, doa itu pengaduan, doa itu curahan hati, doa itu perbualan dengan Rab, bercerita, teresak di sisi Nya


Doa itu, tempat mencurah isi hati. Tempat memberitahu apa-apa yang kita tidak mahu manusia lain tahu. Tempat mengadu segala cerita yang mungkin manusia takkan faham.


Kita minta menjadi seorang yang kuat
Lalu Allah uji dengan bencana
Kita menangis
Kita rasa Allah tak sayang kita
Aduhai sayang
Bukankah kekuatan itu yang kamu minta?
Maka Allah kabulkan permintaanmu


Kita minta menjadi sabar
Lalu Allah uji kita
Kita lembik dan putus asa
Kita terasa itu ujian itu di luar kemampuan kita
Alahai sayang
Bukankah itu jawapan doamu?
Bukankah kesabaran itu yang kamu minta?


Kita memohon menjadi orang yang berlapang dada
Lalu Allah datangkan seseorang yang sangat suka berbuat masalah
Kita rasa kita tak suka
Kita benci perangai dia
Wahai sayangku
Itu kan peluang pahala berlapang dadamu?
Bukankah berlapang dada itu yang kamu minta?


Kita memohon menjadi orang yang ikhlas
Lalu didatangkan ujian dengan ahli rumah yang suka buat sepah
Kita pun tak puas hati
Kenapa asyik kita je yang kena kemas?
Hai sayang
Bukankah keikhlasan itu yang kamu minta?


Kita berdoa untuk menjadi orang yang bersyukur
Lalu Allah hadirkan pada kita kelemahan
Kita merasa sedih
Kenapa orang lain lebih?
Aduhai sayang
Bukankah rasa syukur itu yang kamu minta?


Kita minta untuk jadi orang yang bertawakal
Lalu Allah uji dengan soalan peperiksaan yang susah
Kita balik menangis-nangis telefon mak
Kita rasa tak yakin
Alahai sayang
Bukankah tawakal itu yang kamu minta?


Sayangku
Semua yang berlaku pada kita
Telah tertulis, telah kering penanya
Apa yang hadir pada kita
Tidaklah sia-sia
Kerana bukan standard Allah
Untuk buat sesuatu yang tak berguna


Ujian dan dugaan itu adalah latihan
Dan jawapan yang kepada doa
Sama ada kita muhasabah
Atau tidak



Sekarang,muhasabah diri..Pegang ayat2 Quran sebagai pengubat hati..Ujian tanda Allah sayang dekat kita..Kan best,Allah ingat kita.. n_n

Doa hari ni,moga segalanya berjalan lancar,dipermudahkan segala urusan..Assalamualaikum..


Tuesday, February 21, 2012

Be Positive Always..

Assalamualaikum..

Sedang asyik membelek buku tort yang tebalnya boleh dibuat bantal di dalam kelas, tiba2 ternampak tulisan dekat penanda buku yang dah berkurun lama dibeli,tapi tak pernah baca apa yang tertulis dekat situ..*tarik penanda buku*

Then,bila dah baca at a glance, baru perasan, ayat2 kat situ macam nak bagi motivasi dekat aq..it suit my situations now.. ; )  Thanks cik penanda buku yang dibeli di MPH Melaka..ha3..so,here the quotes..

Be Positive Always..- by Sakinah Zaini     n_n

Never give up before you even try,                           
Nothing is really over until you stop trying,            

Never say it's impossible,                                                   
before you pursue the way you think it's possible.           

Never make yourself feel less worthy,                               
By comparing yourself with others.                                      

Never allow obstacles to stop you,                                  
Confront and transform them to opportunities.                 

Believe in working hard towards your future.              
Take a step at a time to reach your goals.                          

Always believe in yourself,                                                
Your happiness is in your hands.                                          

For if you keep staying positive,                                      
you can make your dreams come true!!                                

I might be not as good as you,but at least I try.. ; )

Sekarang,mula rasa kesusahan,kepayahan bila belajar..Ok,mane ada benda senang..Kalau semua benda senang,memang semua orang boleh berjaya tanpa usaha kan..Kena baca banyak buku untuk satu2 subjek.. Can't depends only at one book..Need more information for more understanding..So,as mentioned at the picture above,yes,I'm not good as others who easily can understand and answer very good in exams..So,aq sedar,aq kena double-study than my friends..For my own sake,i want to change..Please pray for me..I'm not trying to show off that i'm good..I'm a student,i need to read a lot..Like always i do,i'm hungry,i need to eat a lot..yeahhh!!peace.. n_n

One more reminder for my ownself,don't shame..Just ask..Tak dosa pun kalau bertanya.. ; )  I need and always welcome any comments from all of you..Tegur je kalau aq malas belajar,asyik2 main game, hadap fb dengan blog je keje..keh2..

Dah,cukup sampai sini..Nak siap2 pi kelas UNGS.. Thanks for reading.. Assalamualaikum..




Saturday, February 18, 2012

Melaka, 17-19 Feb..

Assalamualaikum..

Selamat sampai di rumah semalam jam 12.20 tgh hari..Walaupun dapat balik hanya 2,3 hari,tapi kira cukup la..At least dapat gedik2 dengan family before class jadi lebih hectic..Memang bagus la balik this week.. Semua balik,cukup korum..Riuh rendah rumah macam dah 10 tahun tak balik..Macam mak abah ada 20 anak..Gaduh sana,gaduh sini.. Subuh2 dah bising..Tapi,tu la yang best.. ; )

Semalam keluar makan dengan best friend merangkap sedara aq jugak..Banyak la jugak yang dibualkan.. Tapi tu pun ada sesi senyap sekejap,sebab tak tau nak cakap apa..Mostly kitaorang cakap pasal belajar la..He's scholarship holder,budak medic..So,cakap la pasal perbelanjaan semua..Katanya,dapat scholar macam tak cukup..Banyak spend..Makan je dah berapa..

Then,sesi counter attack..Aq cakap,apa yang dia dapat dah cukup banyak..Aq PTPTN,dapat satu sem dalam RM 3,250.00..Untuk 1st,2nd and 3rd sem akan deduct RM 500 sebab before masuk U hari tu ada dapat duit pendahuluan RM 1,500..Yuran around RM 1200..Adalah dalam RM 1,500++ yang tinggal.. Belum tolak duit buku..Every sem,biasanya RM 500++ memang tak lari la..So,RM 1,000 tinggal..Makan lagi..Tu pun aq boleh la save sikit2..Aq kena bahagi duit tu kepada dua untuk kegunaan short sem nanti.. ; )  So,dia sepatutnya boleh simpan lagi banyak..Sungguh jelous dengan budak2 scholar ni..Sila lah berjimat..Korang punya finance sangat la mantap..Jangan boros2.. ; )

Currently addicted with Galaxy Note..Tengok my sis pakai macam best je..Tapi tak mampu nak beli..Lagi pun kemahuan kan,bukan kehendak..So,lupakan lah..Nak hilangkan kesedihan,setiap kali my sis balik, main galaxy note dia..So,ni la jadiknya.. n_n


Encik Abah and Puan Emak.. ; )

ok,ni dah kenapa?? -____-'
                                                    


Puan Emak sedang tidur di dalam kereta.. ; )

Bersama tuan punya galaxy note..
Beli la note,adik saya yang golap pun boleh jadik cerah..muahahaha

Boling tembikai??


Kamera memang terbaik..Belum lagi application yang lain..Puan Emak dah kata kalau dapat 1st class honour dapat Galaxy Note..Tapi lagi 4 tahun,mesti ada yang lagi canggih kan.. n_n  So,mari belajar sampai lebam..keh3..

Ok,cukup sampai sini..Kena kemas rumah sebelum Puan Emak mengamuk..Lepas Zohor nak pi redeem voucher..Jalan2 cari makan kejap..Thanks for reading,Assalamualaikum..

p/s: Need to read poem "The White Man Burden" and a book title "The Myth of Lazy Native"..phew





Thursday, February 16, 2012

Curi Masa..

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar,esok dah hari Jumaat..Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar minggu ini walaupun sedikit kelam-kabut dan agak kepenatan..Harap2 minggu depan akan berjalan lancar..Insya-Allah.. Kepenatan kerana aq dan rakan2 cuba menyelesaikan masalah penetapan kelas tutorial mengikut jadual yang kami inginkan..Mencari buku2 yang diperlukan untuk rujukan..Terima kasih kepada lecturer2 yang sudi terima kami masuk ke dalam kelas tutorial mereka walaupun jumlah sudah melebihi 20 orang..Insya- Allah,kami akan belajar bersungguh2..Terima kasih atas peluang itu.. n_n

Sekarang perlu lebih pandai membahagikan masa untuk rutin harian..Makan-Solat-Ulangkaji-Rehat..Yang dahulu,didahulukan,yang kemudian,dikemudiankan..Sekarang kena biasakan diri untuk belajar secara konsisten kalau tak pasti susah..Ilmu perlu dicari,jangan terlalu bergantung pada lecturer..Itu yang pasti.. Harap2,proses pembelajaran sepanjang sem ni dan yang akan datang berjalan lancar,diberkati..Kena kurangkan perkara2 yang melaghakan..Banyak lagi perkara yang penting..

Esok pulang ke Melaka!!Curi masa sebelum kelas bertambah sibuk,dibebani dengan assigments..Banyak perkara yang nak dikongsikan bersama keluarga dan rakan2 di tanah tumpah darahku.. n_n  Nak redeem voucher sementara ada masa..

Sunday, February 12, 2012

Kelu Tak Terkata..

Assalamualaikum..

Minggu ni,baru berkesempatan masuk 1 kuliah disebabkan beberapa masalah teknikal..Kelas yang aq berkesempatan masuk tu pulak kira subjek baru la bagi aq..Transaction of Islamic Law..amikkk..Term law dah tentu la dalam Arabic..al-aqd, al-iltizām, al-tasarruf.. fuhhh..sebenarnya,benda tu,kita tau,cuma sebab dia guna term Arabic,menyebabkan kita terpinga2 apa benda la Al-Aqd tu..Apa benda la Al-Iltizam ni..bila sebut Iltizam,terus teringat majalah maktab..keh3..Lagi buat aq terpinga2 sebutan lecturer lain dari yang kita expect.. ; )

Then,bila dah masuk kuliah,duit kena la jimat2..satu sem,duit buku je rm 500..belum masuk photostat nota2,print assigment..ilmu punya pasal,tak kisah habis berapa..tadi pergi Jalan TAR,survey buku law.. Buku contract Dr. Al-Sagoff je dah rm 130..gulp!!telan air liur aq..terasa kesat tekak aq..buku tort Cahaya Talib dalam rm 80..baru dua buku dh rm 210..Tanya ada diskaun ke tak..Tauke kata,kalau pakai voucher, tak de,kalau tunai ada!!waahhh..pandai ye tauke lu meniaga..voucher tu nak suruh aq buat apa?beli makanan dekat kedai pun tak boleh..nak beli alat tulis sampai rm 200 memang tak la..alat tulis aq dari zaman asasi pun tak habis guna lagi.. ;(


Dalam kata kena jimat,tadi pergi jalan TAR,melayang jugak duit rm 100..Nasib baik aq bukan kaki shopping weiyh..keh2..sebab setiap Khamis kena pakai black and white,aq gagahkan jugak beli baju kurung sepasang..terbang rm 50..cis!!padahal dekat Asasi UiTM dulu,aq la insan paling malas nak sarung baju hitam putih tu!!


Waktu lalu kedai beg,aq teringat moment adik aq jahit beg dia sebelum aq nak hantar dia balik asrama..benci la!!buat aq sedih je..sayang adik punya pasal,aq belikan beg untuk dia satu..kalau dia mengutuk apa yang aq beli,siap dia..dapat la flying kick aq berdas2..lagipun,hari jadi dia 7 mac ni..boleh la kira beg tu sebagai hadiah hari jadi..jimat sikit..keh3..memang ekonomi aq ni..


Before nak balik,ada kedai jual beg satu rm 14..aq tak beli mula2,tapi sebab kawan2 pujuk suruh beli sebab murah,aq beli la untuk akak aq satu,then untuk aq pakai waktu majlis formal satu..tapi memang aq just akan pakai kalau perlu je..aq memang tak into sangat dengan handbag ni..aq prefer beg sandang..konon macho la kan.. n_n  Ni pun,kalau akak aq tak suka pilihan aq,memang siap..aq bagi jela beg tu dekat orang lain.. ; (


Sebab dah spend 100 hengget beli barang untuk melaram,memang kena jimat la lepas ni..puaso la nampaknya aq dalam seminggu dua ni..keh3..


Malam ni kena get prepare,baca dulu apa yang patut sebelum masuk kelas esok..1st impression dari lecturer kena mantap..kira usaha la kan..bukan bodek kan?aq rasa bodek lain..Doa2 kan la ye sem ni aq dapat tempuh dengan jayanya.. n_n   Nak rehat2..Banyak benda nak settle..Assalamualaikum..

Wednesday, February 8, 2012

Kena Susah Kalau Nak Senang..

Assalamualaikum..

Update ringkas lagi padat..Stay tuned!! 

Ok,hari ini sepatutnya dah start masuk kuliah..Tapi,lecturer tak kisah sangat sebab minggu ni session add-drop subjek.. (mengikut kwn2 yang dah masuk AiKOL sem lepas)

Sebab kan aq dan rakan2 merupakan pelajar direct intake,tersangkut dekat celpad sem lepas,so,kitaorg just boleh daftar subjek lepas dah confirm masuk kuliah..Maka,banyak lah subjek yang dah tak available.. 3 subjek civil law and 1 subjek IRK..Dari pukul 8 pagi sampai 4 petang tadi tak settle jugak daftar manual..End up,just bagi borang,officer yang akan tolong add kan..Menguji minda betul!!

Tepat pukul 7 tadi,check2,dah ada subjek2 law yang tak boleh add tu..Alhamdulillah..Mekasih officer AIKOL sebab tolong add kan..Moga murah rezeki Puan lepas ni..

Esok nak masuk kelas dah..Alhamdulillah..Tapi cuak la pulak..Keh2..Memang mencabar betul nak masuk kuliyyah..Harap2 dipermudahkan segala urusan lepas ni..Harap2 sem depan dan yang seterusnya akan berjalan lancar..Aminn..

Sunday, February 5, 2012

Sem 1 Bakal Menjelma..

Assalamualaikum...

Ok,sekarang rasa malu nak update blog kalau tak membawa manfaat sebab petang tadi pi letak link blog dekat IIUM Online, then, dapat ramai kawan baru..Rasanya,mostly senior..So,nak mintak maaf awal2 dengan kata nama 'aq' yang selalu digunakan untuk refer tuan punya blog ini.. n_n  Maybe after this boleh tukar guna 'saya'..Selamat datang ke blog ni..Don't expect to much from me..Saya hanya insan biasa.. n_n

Setelah sebulan lebih bertapa di rumah, so, nak tak nak, kena jugak balik Gombak..Sedih la..Lepas ni sape nak tolong mak kemas rumah..Sape nak hantar mak pi laut,amik mak dari laut..Sape nak bagi kucing makan.. Sape nak wrestling kucing sampai depa tercungap2..sapeeee??ok,over sudah..macam la lepas ni takde cuti lagi.. -___-'

Lagi 2,3 hari dah nak balik..yeaayyy (la sangat)..kena biasakan diri sebab this sem dah masuk kuliah..tak dapat nak bersuka ria seperti di CELPAD dulu..sila sedar diri..banyak pengorbanan perlu dilakukan bila dah masuk kuliah..Bukan senang bila dah masuk level lain..Makin lama makin susah..Tapi mana ada yang senang..Nak senang,kena la usaha ye dak??

Semalam buat pre-reg..Kalau refer dekat study plan,sem 1 ni ada 9 subjek..Tapi baru dapat daftar 5..Lagi 4 kena manual la nampaknya..So,here the list..Harap2 boleh score..Harap2 boleh timba ilmu dari lecturer2, kawan2 and senior2..Berdebar2 ni..Dean List ke tak,lain cerita..Asalkan dapat belajar dengan baik.. n_n

*Malaysian Legal System                 
*Transaction Islamic Law
*Contract                                          
*Islamic Worldview
*Tort                                                   
*BM Kerjaya
*Islamic Legal System  
*Study Circle 1
*Tilawah Quran

Doakan saya dapat buat yang terbaik..Harap2 tak buat benda yang melalaikan sampai boleh jejaskan pelajaran..Nauzubillah..Nite,Assalamualaikum..

p/s: Selamat Menyambut Maulidur Rasul..  اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم