Friday, December 30, 2011

Sayonara IIUM,AiKOL Sila Tunggu Saya..

Assalamualaikum..

Tak sangka dah habis satu sem dekat UiA(omputihnya IIUM)..Tak sangka dah nak masuk tahun 2012..Makin tua,harap2 makin matang dan bertambah la ilmu dunia akhirat di dada ni ha..Harap jugak sebulan cuti ni masa digunakan sebaik mungkin..Tahun baru kena ada azam baru,tapi aq memang tak bersemangat nak buat list awal2..dah nak masuk kuliah baru nak buat list..he3..

Esok balik Melaka..Tak sabar nak jumpa family tercinta..nak makan coklat dari Langkawi pembelian mak tercinta..sebagai balasan untuk mak tercinta,aq belikan baju cotton kegemaran beliau..hadiah ni pun sempena hari jadi mak yang akan datang 14 Januari ni..2 in 1..jimat duittttt..ngeeeee

Semalam selesai sudah menjawab test bi..aq harap,lecturer yang tanda kertas aq dengan kawan2 dapat terima jawapan,esei yang aq buat..aq tau aq buat biasa2 je..sob..sob..tapi,memang semua yang amik exam semalam cakap soalan reading susah..nak dapat band 6 untuk semua..reading,writing,speaking dengan overall band..nak masuk kuliah..sob..sob..tapi,dah usaha yang termampukan..redha,tawakal jela..result akan keluar pertengahan Januari.. ; )

Rasa macam nak menamatkan entry ni dah..tapi sebelum tu,nak ucap terima kasih kepada kawan2 yang menjadi sebahagian dari jigsaw puzzle memori aq..cehwahhh..ayat,sila terharu wahai sahabat!!mesti aq akan rindu memori dekat kelas Arab..kacau ustaz,datang lambat..buat2 pening bila ustaz nak masuk topik baru..mula exam final lambat..siap boleh bincang gitu..ustaz memang terbaik!! n_n

Sama jugak untuk kawan2 kelas bi..harap2 semua dapat exit ke kuliah..sori atas salah silap..halalkan makan minum kalau ada TERambil tanpa izin..he3..korang memang terbaik..sila manfaatkan cuti sebulan dengan sebaiknya..kalau ada yang nak tunang,kawen,sila jemput..ok la..nak check out dari hostel..esok mahu pulang.. Assalamualaikum...

Thursday, December 22, 2011

Muhasabah -- Musim Peperiksaan

Assalamualaikum..

Hari ni baru nak update blog sebab rasa tak baiknya aq kalau update benda yang tak bermanfaat untuk kawan2 yang baca blog aq..tapi,kalau nak share important events yang rasa best untuk kawan2 tau,boleh je kan.. ; )  *sedapkan hati

Contohnya,nak bagitau tadi dah selesai final paper untuk Arab..Alhamdulillah syukur nikmat,kepada Tuhan yang memberi rahmat..lalalalala..*tiba2 ternyanyi pulak..ha3..Alhamdulillah,boleh jawab..nak cakap senang,tak berani sebab ada je mufrad,musanna yang lupa..he3..harap2,lulus la..Insya-Allah.. Biiznillah.. n_n

Aq terjumpa mesej dari akk usrah waktu dekat UiTM dulu..tapi,ni aq rephrase ikut ayat aq jela ye sebab malas nak bukak..*sebenarnya,handphone tertinggal..ho3..sesuai untuk aq yang tengah exam ni..maybe korang ada pandangan masing2..tapi,aq nak share jugak.. n_n


  "Dalam mengejar kejayaan, yang dipandangNya bukan USAHA semata2..sebaliknya,TAWAKAL kepadaNya yang paling utama..pengharapan kepada Allah dalam sesuatu selepas kita gigih berusaha..bukannya tidak perlu berusaha, berusahalah sehabis baik..namun,janganlah beraqidah bahawa usaha penentu kejayaan.. semakin banyak anda usaha,semakin besar kejayaan yang dikecapi..Tetapi ingatlah,andai Allah tidak memberi kejayaan, usaha lah sebanyak mana sekalipun, kejayaan tetap bukan milik kita..Tawakal lah kepada Nya setelah puas berusaha"..

Aq ingat2 lupa je the full phrases..tapi,ni yang main point akk usrah aq nak sampaikan aq rasa..usaha lah banyak mana pun, tapi kalau Allah tak bagi kejayaan dekat kita, kita tak kan berjaya..Tawakal kepada Allah yang penting..Doa banyak2..Allah Maha Pemurah..Andai Dia tak bagi apa yang kita nak, mungkin ada sebabnya..mungkin belum sampai masanya untuk kita terima benda tu..

Sekarang,aq sedar..aq tak masuk kuliah lagi sebab Allah tau aq tak ready lagi..next week, final untuk English..penentu aq masuk kuliah..moga Allah beri aq peluang nak masuk kuliah..doakan aq dengan kawan2 yang lain berjaya..Band 6 untuk semua paper..Aminn,Insya-Allah...

Cukup setakat ni..harap akan ada benda yang bermanfaat untuk aq share dekat next entry.. assalamualaikum..

Thursday, December 8, 2011

Danau Kota-Melaka

Assalamualaikum..

Selamat pagi untuk semua.. ; )  Harap hari ni hari yang baik untuk semua..Insya-Allah..This week, Selangor cuti..so,keputusan drastik telah diambil..I'll going back to Melaka..ngeeeee...tiba2 amik keputusan yang seberani ni sebab kena balik soorang2..kena la redah KL Sentral-BTS tu dengan berani.. hope everything will be fine..Insya-Allah..mula2,tak fikir nak balik,tapi hati kuat suruh balik..dah rindu la tu..ha3..maybe nak cari semangat before exam kot.. *dan2 time ni nak cari semangat.. -____-'


before balik,orang2 yang terchenta dekat rumah semua suruh belanja..Ya Allah,melayang la duit aq.. ; ) tapi tak pe..bukan selalu..so,semalam,decide pergi Danau Kota..sound like Danau at Sabah right?tapi jangan tertipu bah..Danau ini di Gombak saja..bagi aq,tempat ni macam Jonker Walk dekat Melaka..for sure sebagai anak jati Melaka aq akan cakap Jonker Walk tu best walaupun aq tak pernah jejak sana...keh3..

so,bajet around rm 100..aq pun tak pernah spend sebanyak ni dalam masa sehari, nak2 untuk shopping.. aq bukan la kaki shopping..aq lagi suka spend pada makanan.. ; )  so,maybe bagi orang lain rm 100 tu sikit je..for me,it's still huge amount of money..huhu..duit sendiri kan..actually,takde beli barang sangat.. ingat nak cari kan my sis beg..tapi tak tau pattern apa dia nak..so,end up belikan dekat melaka jela..untuk mak,abah,angah and adik,aq belikan baju and jersi..

Baju ni untuk mak..I just bought the right one..The brown blouse was given by Dot to my mom.. ; )

Baju Malaysia utnuk adik.. ; )  even dia minat MU,tapi,ada aq kisah?? ha3..

Baju Malaysia untuk abang..Kanan aq tak tau baju apa..tapi,tu untuk abah..aq belikan lengan panjang..boleh abah guna waktu turun laut.. ; )

Last but not least, these mine..ho3..go go Malaysia.. ; )

So,total untuk 6 daripada 7 baju, rm 95.. ; )
semangat Harimau Malaya aq beli jersi Malaysia..after this,kalau ada match,boleh la pakai..ha3..total semua rm 95..aq tak mampu nak beli yang original..biasa2 sudah..asalkan cantik,boleh pakai.. n_n
harap2,orang2 di rumah suka..tak suka,aq jual balik!!ha3..ok la..nak pergi kelas bah..tak mandi2 lagi ni..keh3..assalamualaikum..

p/s: rasa relief habis dapat belikan something untuk mereka.. ; )

Saturday, December 3, 2011

Disember yang Hectic..

Assalamualaikum...

Disember dah menjengahkan diri..Hari ni dah 3 hari bulan kok..so,Sakinah Zaini yang bijak bestari,yang berangan2 nak lepas kuliyah sem depan,tinggal lagi 26 hari je lagi nak exam english,lagi 19 hari je lagi nak exam arab..rasa macam lambat lagi..tapi pejam-celik-pejam-celik, dah nak exam..Alhamdulillah lah kalau kau pejam-celik.. kalau pejam-tak celik2? -___-'

Pre-english test hari tu punya result dah dapat..still tak berada dalam zone yang selamat..reading band 6, writing band 5..reading kira dah ok,kena improve lagi..writing band 5 tu teruk kot..even paling cikai pun kena dapat 5.5..dah lah kuliyah law tu bukan nya betul sangat..sesuka hati ayahanda dan bonda mereka je nak naik kan requirement..hari tu dah dengar rumour kata untuk faculty law,kena dapat band 7 untuk reading,writing,speaking and also overall band..kemainnnnn.. band 6 pun bukan main susah,ni nak band 7..aq pun tak faham..tak nak bagi aq masuk kuliyah ke weiyhhh.. ; (

tapi takpe,i'll take it as challenge..even nampak macam aq tak hebat kan,tapi tak pe..usaha tangga kejayaan kan.. ; )  madam dah recognise kelemahan aq..it always repeat.. hailah Sakinah..i know your name means serene,but not be to serene boleh tak??lempang kang..mmg grammar la main problem aq..i kan org kampung..ho3..mana hebat english ni.. ; )  she asked me to look carefully about gerund and progressive form..idea dah ok,cuma madam kata,better aq jangan buat panjang2..kang macam2 aq tulis..macam2 nenek moyang aq nak cerita.. -____-'  dengan grammar tunggang-langgang..better,make it short,but perfect..I also need to enhance my vocab.. seriously, my vocab makin ok..i learn from movie,newspaper and also others' blog..thanks,syukran to the owner of the blogs..your blog really inspire me.. ; )

Oh,oh..nak bagi tau jugak lah..aq amik lesen kereta..tiba2 nak berlagak sebab family aq memang tak yakin aq boleh bawak kereta..ok,tak pe..tengoklah nanti..tadi dah lepas kelas 6 jam..lepas ni pergi kelas 8 jam pulak..then,tunggu lesen matang, finally,JPJ..pheww..but,seriously,aq memang takut pun nk bawak kereta.. ha3..tapi,sampai bila nak takut..kena berani..baru lah boleh jalan2 melaka naik kereta.. boleh keluar malam2 lepak tepi pantai.. ; )

Ok la..lepas Isyak nak siapkan makan malam dengan kawan2..i'm just hope December will bring some good news for my friends and I..Let's struggle until the ends..I think,i should change my bad demeanour about my schedule..It's really pathetic..even now,sibuk je tengok Lee Min Ho!! -___-'

SAKINAH!!BETTER YOU STUDY BEFORE LATE!!LEE MIN HO WILL NOT HELP YOU OK!!

ok..peringatan kat atas ni untuk diri aq sendiri..asal malas nak belajar je,aq pergi tengok cerita2 yang Lee Min Ho berlakon..aq pun tak faham kenapa..hailah..sudah lah..baik study..ok2..need to go..nak masak..nak belajar..sumpah korean movie bagi bad influence dekat aq..sob..sob..

Thursday, November 24, 2011

Healthy Life for Me,For You??

Assalamualaikum...

Semangat update blog lepas Subuh..demam2 pun nak jugak update..ni masuk kali ke-2 demam untuk 1st sem ni..nak kata ada main hujan,takde pun..dugaan Allah.. penghapusan dosa2 kecil insya-Allah..

Straight to the point jela..i just want to share about my life at uia..now,feel better..even though my friends and I feel very nervous and scary regarding our english test..we'll try our best..let's seek for Allah's help.. insya-Allah,He'll give the best for us..

fyi,sebab kitaorg just ada kelas arab and english,so, ada la certain days yg balik pukul 4..paling lambat pun pukul 6 ptg..some of my friends very concerned about their body..i mean their health..so,pantang ada masa and kalau tak penat, mesti diaorg akan ajak pergi jogging..paling2 pun main badminton..terasa macam atlet tau tak..jogging satu uia..paling banyak 2/3 round..haruslah sikit sebab ko ingat uia tu kecik macam rumah korang?besar ko tau.. ; )

even some of them jog sebab nak kurus, tapi apa aq kisah..as long as diaorg usaha dengan cara yang betul it's ok..aq akan sokong..kalau diaorg diet yang melampau, makan entah apa2 ubat, tak pasal dapat kesan yang teruk dekat badan..tu lagi tak bagus..aq jugak yang susah nanti.. ; )

dah 3 bulan dekat uia haruslah berbangga sebab dah hampir 10 round uia aq pusing..ha3..dulu dekat uitm, setahun 2 kali je aq pusing..4 tahun hidup dekat uia, berapa round lah boleh buat.. n_n harap2 banyak la..

after jogging frequently, rasa macam stamina dah ok..at least pergi kelas jalan kaki dah rasa macam mahalah ke kelas macam sebelah2 je..cehwahhh..kemain hiperbola..rasa macam atlet..sumpah tak tipu..ha3..selain tu, aq rasa, jogging improve pernafasan aq..some people improve their breathing by swimming..tp,aq rasa,jogging la buat pernafasan aq ok..kalau dulu baca Quran nafas tak cukup..dapat baca ayat pendek2 je..sekarang,dah improve..kalau dekat wakaf Hasan, boleh la teruskan bacaan..tak berhenti pun ok..nafas cukup insya-Allah..

so,aim sekarang, senaman insya-Allah akan konsisten..kena control makan la pulak..bukan la diet sebab aq jenis orang yang kuat makan..nak diet2 memang tak lah!!pengsan aq nanti.. n_n   aq tengah cuba kalau breakfast, tak payah makan tengah hari,so terus dinner..kalau tak breakfast, makan tengah hari is compulsary..then,dinner lambat..paling lambat pun 8 malam..lebih,tak payah makan..kena kurangkan makan junk foods like maggi!!ha3..tapi chocolate bukan junk food kan?aq tak kan tinggalkan chocolate even kena paksa pun..ha3..then,kena minum banyak air masak..makan pun tak boleh yang berminyak,bersantan sangat..tapi ada ke makanan Melayu yang tak berminyak?tak bersantan?  -___-'

harap2 apa yang aq tengah praktis ni berbaloi and konsisten..i want good body,good health!!insya-Allah..  n_n   let's practise together..nanti aq sihat,jadik atlet takde la korang jeles..ha3...stop mumbling!!it's near to 8 a.m..i'm not prepare to go to class yet..ha3..tata,assalamualaikum..



Tuesday, November 15, 2011

If and Only If..

Assalamualaikum..

Hari ni,dah pertengahan bulan November..next week i'll have mock english test..test ni untuk menguji kat mane tahap kepoweran English student ni..kejap je masa berlalu..end of December,the REAL test will be held..Ya Allah,sumpah cuak ke babom ko tau?!! Lately ni, makan-tidur-mandi-jogging-main badminton, semua la yang dibuat,semua nak mention pasal english test..impaknya cukup la besar..selagi tak lepas, jangan harap ko boleh masuk kuliah..nauzubillah..so,now,i'm starting,actually already start my revision and exercises..even not study so hard,but Alhamdulillah it going to be study smart..he3.. n_n

when I opened my note book or actually buku conteng untuk english, jumpa macam2 contengan yang rasa macam, " Ya Allah..apa aq buat dekat kelas?macam tak belajar je".. ; (    ada jugak latihan dalam kelas yang rasa macam apa aje..tak faham apa motif lecturer buat..keh3..so,aq jumpa latihan "IF"..ayat entah pape aq buat..sorry for the grammar mistakes..aq dalam kelas,memang favourable sikit..lecturer yang ok baru aq pay attention..so,bila lecturer yang aq tak berapa sangat, ni la hasilnya..keh3...


If I had pass my English test, I would enter to my kuliyyah..

If I entered to my kuliyyah, I would study law subjects..

If I studied law subjects, I would become a lawyer..

If I became a lawyer, I would help poor people..

If I helped poor people, I would happy every single day..

If I had happy every single day, I might treat you..

It's not good that I don't pass my English test..

ayat2 kat atas semua di buat waktu tengah frust menonggeng mengenangkan nasib tak lepas nak pergi kuliah sem ni..tu je nak share..ha3..takde idea nak update blog..nak tidur,nite..assalamualaikum..



Thursday, November 10, 2011

Laut..Best Place for Meditation Ever..

Assalamualaikum..

Almost every day spend my time, relax, lepak2 dekat tepi pantai cuti midsem ni..pagi,petang.. phewww.. nikmat habis.. alhamdulillah.. i got chance to reduce my 'stress', 'sadness' by viewing and enjoying the perfect creations of Allah..

Subhanallah.. One of the views i love..
Dari kecik sampai la sekarang, laut dah macam playground untuk aq..ececeh..hiperbola ke main..but it's true..setakat ni,belum pernah jatuh la dekat batu2 besar gedabak tu bila aq main lari2 konon feeling ala2 nak kejar future husband..ehemm..mungkin dah serasi kot.. ; )   tapi, even dah sebati dengan laut pun, satu benda yang aq pelik, aq tak pandai berenang..why? aq pun tak tau la..i'm quite trauma with the sea.. bila naik bot, selalu la seasick..tapi waktu kecik2 la..aq suka ikut abah aq pi menjala..bila mabuk laut, aq akan duduk diam..memang tak boleh pandang la air laut tu..

paling tak boleh blah, bila naik bot, aq mesti bayang dekat dalam laut ada jerung, paus yang tengah ikut aq..lepas tu,bila aq main2 air,mesti diaorg nak makan aq..ni sampai sekarang aq pikir macam tu..tak boleh blah..nampaknya, aq belum cukup bagus lagi nak jadik anak nelayan sejati..ngeee...

kenapa aq suka lepak laut?first,sebab view memang cantik..angin pun bukan takat sepoi2 bahasa dah..memang best la untuk buat tempat berangan..second,sebab tempat ni boleh naikkan semangat aq..of course sebab insan2 di bawah ni.. ; ) 

Mak and Abah.. ; )

abah got this big prawn tadi..besar gedabak..phewww...nasib tak addicted dengan udang sangat.. ; )


agak2 kalo aq dah malas nak belajar, bagi lah aq gambar laut ke, bawak pergi laut ke, kejap je aq touching..sape tak sedih..kalau korg jadik aq, sanggup ke korang tengok parents korang susah payah cari duit untuk besar kan korang adik-beradik?yurp,sekarang tak banyak yang aq boleh bantu mak abah aq..sikit-sikit dulu..insya-Allah, 4 tahun lagi, aq akan cuba buat diaorang senang..bantu sehabis daya..mungkin belum cukup nak balas semua...tapi,aq akan cuba..remind me if  i'm start to forget them..tembak aq ke, belasah aq ke bila aq lupa diri, lupa family aq.. serius... nauzubillah.. aq mintak2 lah tak jadik tanggang moden..

tu la sebab bila cuti je, aq pergi laut..ikut mak aq..tunggu abah aq naik laut..semuanya untuk ingatkan aq..jangan terlalu seronok..jangan lupa belajar..ada insan2 yang aq perlu balas jasa mereka..bukan hanya untuk dunia, tapi akhirat..ok,aq dah sedih..banyak nak merapu..totally, walaupun family aq tak kaya, tapi aq bersyukur..semuanya cukup..keperluan asas semua mak abah bagi..maybe parents aq tak macam parents korang..tapi aq suka and bangga dengan family aq..insya-Allah, 4 tahun lagi..4 tahun lagi kalau aq berjaya, (doakan aq), aq akan tulis satu entry bertajuk " Walaupun Seorang Nelayan, tetapi Beliau Berjaya Lahirkan Seorang Peguam''.. poyo?tak kisah lah~~ ha3.. n_n

much obliged for reading this.. ; )  sorry if i'm too exaggerate..assalamualaikum..


Thursday, November 3, 2011

Marilah Merancang Aktiviti Untuk Cuti yang 'Panjang'

Assalamualaikum..

Tak sabar nak balik esok..dah dua bulan tak balik rumah kot..sejak raya ke-6..lama tak lama korang bayangkan aq bertapa dekat Gombak ni ha..hari raya bawak ke raya deepavali sampailah dah nak raya haji..3 kali raya, tak balik2..sumpah rindu dekat family..tapi aq tak tau la depa semua rindu dekat aq ke tak..almost every day telefon, mau nak rindu..  -____-'

cuti dekat UiA pendek..tak macam UiTM,lama..sob..sob...huargh,rindu UiTM..tapi,barang yang leaps jangan di kenang..aq kena tumpu dekat english test..semangat nak lepas nak masuk kuliah law..tinggal sebulan lebih je..do pray for me ye.. n_n

sebab cuti sangat lah 'panjang', maka perancangan yang teliti haruslah dilakukan..nanti dah balik gombak balik takde lah menyesal kalau dekat rumah tak buat pape..makan-tido-gaduh dengan adik-beradik tercinta..antara perancangan yang bernas aq nak buat akan aq list dekat bawah..punya berkobar-kobar..buat ke tak,lain cite..huahuahua..

@ sampai-sampai je esok, aq nak pi lepak-lepak tepi pantai..aq nak pekena roti canai pak long aq..fresh orange..terbayang-bayang angin laut duk tampar-tampar pipi aq..meleleh dah air liur terbayang roti canai pak long aq yang gebu tu.. ; )

@hari Sabtu insya-Allah nak puasa..walaupun dugaan memang bosar kalo puasa dekat rumah,tapi sebab dah ada kesempatan nak puasa,aq nak cuba buat..so,maybe sabtu just duduk dekat rumah,kemas-kemas rumah..of course mak aq jadik mangsa masak-memasak untuk aq berbuka..he3..

@Ahad rasa macam nak main masak-masak..he3..dekat UiA,aq suka makan hash brown..macam dekat mcd tu..tapi aq tak makan mcd,so beli jela dekat fakulti ekonomi punya cafe..tapi hash brown dia kecik..nipis..dengan gigih aq dah google and fahamkan cara nak buat hash brown..hoyeahh..senang je nak buat..then,nak try buat lasagne..lama mengidam..buatnya tak.. -___-'  so,sabtu mungkin boleh pi shopping beli barang nak main masak-masak..harap mak aq tabah sebab aq akan sepah kan dapur..keh3..

@7 hari yang seterusnya punya perancangan belum ada lagi..tapi yang pasti aq akan habiskan masa dekat tepi pantai,naik bot dengan abah aq..he3..

walaupun lecturers aq ada bagi kerja yang banyak tak ingat dunia,tapi sebab aq nak spend masa betul-betul dekat rumah,so aq gigih kan diri nak siapkan malam ni..hua2..barang dah packing,tinggal sikit je..ok,marilah siapkan kerja..nite,salam.. n_n


Monday, October 24, 2011

Resilia-Impiana Resort-Juvana..

Assalamualaikum..

Setelah 2 hari 1 malam mengabdikan diri menyertai mentor training program,maka,hari ini setelah puas berehat,marilah sama2 berkongsi apa yang menarik sepanjang berada di sana.. n_n  

Di sebabkan sem ni aq mempunyai masa yang boleh dikatakan agak lapang,sampai boleh tido lebih dari 12 jam bila weekend,maka, aq dan rakan2 sekepala telah membuat rancangan yang suci lagi murni dengan menyertai program Resilia..Resilia sebenarnya satu program di bawah kelolaan CENSERVE IIUM..kalau nak tahu dengan lebih lanjut apa itu resilia,terjah sini..

Disebabkan kami merupakan muka2 baru dalam program ni,maka, kami pun menyertai training program dengan harapan bila kami jadi mentor,pergi ke sekolah2 memberi nasihat dan kata2 semangat, tidaklah nampak seperti berpura-pura mengambil berat.. n_n 

Program kami dijalankan di Impian Resort..dekat mana resort ni?aq pun tak tahu nak cakap dekat mana, tapi yang penting, tempat ni adalah lokasi penggambaran drama Juvana..auwww..ha3..aq yang tak berapa nak follow drama ni pun dah eksited, apatah lagi orang2 yang setia mengikuti drama ni..sila lah jeles..he3..boleh feel seolah-olah botak and the gang ada kat situ..auwww..ha3..

Walaupun kami eksited sebab dekat situ Zahiril Adzim dan rakan-rakannya berlakon,tapi kami kena betulkan niat utama kenapa kami pergi ke sana.. ; )  maka,haruslah kawal perasaan over nak terjun sungai yang cantik,pergi Astaka tempat Daim lawan debat dan nak posing di tempat lepak Tony si pak guard yang jahat tu..

totally,program ni sangat best sebab kakak2 dan abang2 fasi sangat baik..rupanya, bukan senang nak jadik mentor..bukan suka-suki hati nak cakap pum-pam pada adik-adik sekolah..kena faham situasi,sesuaikan dengan umur depa..bak kata abg dan akk fasi, tak kan la adik sekolah rendah yang suka main kejar-kejar  nak pi nasihat pakai hadis..mana la diaorg faham..walaupun ko guna,diaorg dengar, tapi sangat rendah percentage untuk diaorg faham, apatah lagi nak apply dalam life diaorg.. so,tengok situasi, siapa mentee kita, then baru guna cara yang sesuai.. n_n

sebelum mengundur diri,marilah ku hidangkan gambar-gambar sepanjang kami berada di sana..aq nak sambung buat kerja..tak baik me-lagha lama2 di waktu petang ni..he3..


Muka gembira tak terkata sebab konon2 berangan dapat jumpa botak.. n_n

Tiba di Impian Resort..

Gambar berlatar belakang kan sungai haruslah ada.. he3..

Ala-ala juvana versi perempuan..he3..

Bilik ataupun dormitory yang kitaorg stay..

Muka gembira sekali lagi.. n_n

Aq dua dari kiri..Tak dapat main air sebab malas nak bukak stokin.. ; )

Sape tgk juvana?Tempat ni Daim ada baling bunga kan? n_n

Tempat tinggal Cikgu Zakiah..

Tempat Daim lawan debat..sila abaikan gaya kami..

Masa ni dah nak balik..tapi kami gigih nak cari dekat pokok buluh mana Daim dengan kawan2 selalu lepak.. ; )

Mereka sangat gigih bermain air..tukang amik gambar,tentulah aq.. -___-'

Posing ala-ala budak juvana memang wajib dekat sini..

2 orang kakak itu hanyalah model..

p/s: aq tak nak buat status pasal kahwin lagi..nanti kena marah.. ; (





Saturday, October 15, 2011

Mock Trial - Realiti Kehidupan Seorang Lawyer

Assalamualaikum..

Hari Jumaat,catat sejarah tidur kejap je waktu zuhur..then,pup-pap-pup-pap,bangun,dah nak asar..ho3.. walaupun banyak benda nak kena buat,tapi tak tau kenapa mata terus tertacap pada kipas sambil bermonolog, "Aq akan mandikan ko hari ni!" Walhal,punya banyak handouts nak kena baca,kena faham,kipas jugak yang aq pilih.. -___-' punya semangat kemas bilik,turun naik katil,tak pasal2, kaki cramp..dugaan.. ; )

ok,back to the topic!semalam,pergi tengok mock trial UiA,tajuk Checkmate..sebab aq takde pengalaman tengok mock trial before ni,so,aq berpendapat,mock trial UiA, ok la..panjang sangat proses prosecution nya..yeah,memang kalau realiti,lagi panjang,tapi,untuk mock trial,aq rasa,boleh la kurangkan sikit kot..aq suka defense counsel..speaking fluent,macam air.. n_n  tak lupa jugak untuk tauke kedai emas, Seth Tan..kelakar habis..bukan senang nak involve dalam benda2 macam ni..bukan boleh hentam kromo je.. 

Semalam memang tak puas hati je bila Judge putuskan Public Prosecutor menang..cis2..aq sokong defense counsel..she's did it very well..try her best to prove that guy not guilty..tapi,at the same time,bila prosecutor bagi dia punya judgement,aq tersokong pulak dia..he3..bukan sebab dia hensem ye Zai..ho3..

Lepas tengok mock trial,terus terpikir, ni ke real life seorang lawyer?Make it general, ni ke real life pemegang jurusan undang2??either a lawyer or posecutor,maybe other law careers..sumpah buat aq takut..

If aq jadik prosecutor..bring case to the court..aq akan sedaya-upaya,bersengkang mata nak buktikan accused person tu bersalah..bayangkan kalau aq guna cara kotor,beli saksi..then,pesalah tu dijatuhkan hukuman..Kita mana tau..Mungkin masa tu sebab terlampau pikir kan duit,glamor de amor semua tu,macam2 sanggup buat..Nauzubillah..

If aq jadik defense counsel..sebab nak defense client,macam2 cara aq buat..mungkin dah tau memang dia bersalah..tapi,sebab dibayar,jalankan jela kerja yang diamanahkan..Nauzubillah..

Ni la buat aq takut sebenarnya..tapi,sekarang,bila pikir2 balik, law is not only about lawyer,money, political affairs..belajar betulkan niat kerana Allah, insya-Allah dijauhkan dari benda2 ni..tak jadik lawyer,takde hal la..tak jadik prosecutor pun tak de masalah..macam2 kerja dalam cabang law yang boleh ceburi..buat masa ni,tak decide lagi..insya-Allah,ada rezeki masuk kuliyyah next sem,nampak la hala tuju yang betul..

Tapi,aq tak cakap lawyer2,prosecutor2 dekat luar tu jahat..ni hanya la based on apa yang aq fikir.. general..aq tak terdedah lagi dengan kehidupan lawyer,prosecutor bagai ni..perlahan2,aq akan cuba discover..then,kita share sama2..bagi pendapat..actually,ada lagi nak share,tapi tak tau macam mane nak express kan dalam words.. ; (   aq nak rehat..esok dengan ahad ada mooting workshop..owh, takut lah pulak nak pergi..dah la aq belum jadik warga AIKOL lagi..pray for me untuk workshop 2 hari ni..
Nite,assalamualaikum.. n_n


Wednesday, October 12, 2011

Sangat Menakutkan..

Assalamualaikum..

Ok,ni entry taip laju2 macam Hussain Bolt sebab jam dah tunjuk pukul 8.18 pagi,aq tak gerak pergi kelas lagi..he3..aq baik ok..bukan sengaja pergi lambat..aq tunggu roomate merangkap classmates aq nak pergi kelas sama2..sweet x??ha2..semalam dia shooting video sampai pukul 2 pagi..bukan senang nak shoot video rupanya..nasib baik aq tak jadik pelakon..ha3..

pagi tadi roomate aq bawak berita scary..dia kata,ada sorang pak arab kelas aq minat aq..ok,pengsan..ni x lawak..ni bukan nak perasan..Ya Allah,cuak ni..aq kena bagi tau mak dengan abah aq kawen kan aq dengan lelaki MELAYU,MALAYSIA cepat2..takut boleh tak..lepas ni nak jadi gadis melayu la dalam kelas..tak nak kawan dengan budak2 arab boleh??

got to go,assalamualaikum.. n_n

Saturday, October 8, 2011

Malu Tak Bertempat..

Assalamualaikum..

Hari ni UiA ada konvo..disebabkan tak tau nak buat apa dekat bilik,so decide nak on9 guna wifi UiA yang sangat laju dekat student mall.. -___-'  sambil2 tu,boleh tengok senior2 konvo sebagai pembakar semangat..cehwahhh..sangat la jealous tengok diaorg konvo..dekat sini,nak tau someone tu kuliah apa,just tengok hood dekat belakang jubah tu colour ape..ada pink,hijau,oren..kalau kena dengan warna jubah UiA yang ala2 turquoise tu,cantiklah..nasib baik hood untuk fakulti law@aikol adalah warna hitam..so,sesuai lah.. n_n  tak sabar nak tunggu lagi 4 tahun nak graduate..maka,haruslah belajar rajin2 untuk ke kuliah next sem..insya-Allah..

sepanjang dekat sini,aq teringin nak jumpa akk sedara aq..belajar dekat fakulti ekonomi..sebelah je dengan fakulti law..tapi,sebab aq belum masuk kuliah lagi,susahlah nak jumpa..tadi,aq rasa aq terserempak dengan dia dekat kedai serbaneka..memang dia pun!!tapi,malu nak tegur..habis kena marah dengan roomate..akk sedara sendiri pun takut nak tegur..entahlah..aq pun tak tau apa masalah aq.. ; (

on the way nak balik,ternampak satu sis ni..muka macam Fatimah Syarha..sekali,memang sis Fatimah.. nampak husband dia..baru teringat husband dia amik master dekat sini..konvo hari ni jugak..huarghh..nak tegur,tapi malu.. sangat cantik sis Fatimah.. n_n  sekali lagi,malu nak tegur..yela,aq pakai t-shirt je..macam nak pi bersukan..tak kan la nak amik gambar dengan sis Fatimah yang cantik tu.. ; )

sekian,dari bilik berita.. n_n assalamualaikum..

Thursday, October 6, 2011

Masa Semakin Cepat Berlalu..

Assalamualaikum..

Antara tanda-tanda hari kiamat,masa berlalu dengan pantasnya..memang tak dinafikan..sedar tak sedar,esok, kejap je dah hari Jumaat..padahal aq rasa, baru semalam hari Isnin..bermalas-malasan nak ke kelas..sedar tak sedar jugak, dah sebulan lebih dekat UiA..

Kejap je dah nak exam midterm..lagi 2 bulan je nak final untuk test english dengan arab..takut la pulak..tapi, kalau asyik takut pun,apa yang dapat..bak kata salah seorang kawan aq, kalau kita usaha, Allah mesti bantu.. kalau kita rasa kita dah berusaha, tapi still tak berjaya, maknanya, usaha kita masih tak mencukupi..

So, disebabkan test english yang menentukan sama ada aq dapat ke kuliah next sem ke tak semakin hampir lagi 2 bulan, maka, haruslah berusaha bersungguh-sungguh..tak boleh bersenang-lenang, berjalan-jalan menaiki LRT dengan kerap, bermain game tak ingat dunia, dan bermacam-macam lagi.. *ayat karangan

Kadang-kadang,sebab takut sangat dengan exam english ni,buat aq rasa tak tenteram,rasa nak quit dari belajar..tapi,sampai bila nak takut?usaha,berserahlah pada Allah.. n_n  insya-Allah,yang terbaik untuk orang yang berusaha..

Ok,hanya ini yang mampu dicoretkan..baru selesai buat surat rayuan untuk JPA..next entry,aq cerita pasal biasiswa JPA ye..thanks for reading, nite, salam.. n_n

p/s: doakan aq dan rakan2 berjaya ke kuliah law next sem.. n_n

Friday, September 30, 2011

My Point of View Regarding IIUM..

Assalamualaikum..

Happy Friday to all readers..hope we will get some barakah today.. n_n  lately,too much entries about iium..ngee..maybe,it's one of the way i need to do in order to accept i'm now studying here.. ; )  ok!!don't worry..i'm happy here..can accept already..

---->>hanya intro dalam bi..seterusnya dalam bm atau rojak2 sebab praktis je tadi..ha3...

sebelum ni,aq ada cakap nak tulis sikit sebanyak pasal uia..tak tau la bermanfaat ataupun tidak untuk korang.. ; )

Firstly,belajar dekat uia bagus sebab hampir semua infrastruktur dia lengkap..means,facilities semua tip top..contohnya,bilik..setiap bilik ada 4 orang..setiap orang ada compartment masing..untuk sape2 yang suka privacy,mesti korang suka..tapi untuk sape yang penakut, *ehem* mungkin korang akan cuba tido bawah dulu sebab dekat uia,katil atas,meja belajar bawah..korang cuba la bayangkan..aq takde gambar nak letak..ha3..tapi,untuk postgraduates,satu bilik sorang..lagi la seram..ho3...

Kedua, kedudukan fakulti2 dengan masjid yang strategik..masjid sebagai centre dekat uia..then,dikelilingi oleh bangunan2 pentadbiran,kuliah2..senang nak pergi solat,nak pergi kuliah.. contohnya macam aq,mahallah aq antara yang paling dekat dengan masjid,kuliah aq..jalan kaki pun boleh..tak payah la berangan nak naik bas sebab bagi aq,itu satu pembaziran..jangan jadi kawan syaitan!!tak bagus.. n_n  ni la masa nak exercie kan..kata nak kurus macam Kim Kardishan..kan Qeela Soddot..*bukan nama sebenar..ha3..

Next, dekat sini tak payah nak aktif ko-ku semata-mata nak dapat kan kemudahan hostel..sepanjang korg belajar dekat sini,memang korang akan dapat kolej..bayaran untuk satu sem,untuk kuliah dengan hostel biasanya lebih kurang RM 1200..memang lah mahal dari UiTM,tapi,affordable untuk equipments yang dah tersedia..

------>>Dekat sini,bukan takde ko-ku,ada..tapi,tak la compulsary macam uni lain nak kena masuk palapes,kesatria semua tu..dekat sini,dah ada co-cu plan untuk kita sepanjang 3 tahun..kena complete level by level..boleh ikut flow yang mane2 korang suka..

Ada jugak yang tak best sangat dekat uia ni..contohnya,sistem akademik bagi aq secara personal macam tak ok sangat..pasal test bi tula..bagi aq,why not bagi je enter kuliah,tapi at the same time,amik kelas bi..buang masa kalo satu sem just belajar bi je..cuba bayangkan kalo tak lepas,then kena extend one more sem..*nauzubillah* then,kalau tak lepas kuliah,tak boleh buat ko-ku,halaqah,tilawah class..nanti tak pasal2 student rushing nak habiskan semua dalam tempoh 4 tahun..bukan sikit tau... bukan nak mengeluh,tapiii..kalau korang masuk sini,mungkin korang akan faham.. ; )

Tapi,dalam setiap kesulitan,pasti ada kemanisan kan..dekat sini,senang sangat nak cari kelab2 untuk kita join charity..banyak event untuk kita masuk...ceramah2 agama pun banyak..too much to be list.. maybe kalau korang masuk sini,korang boleh discover sendiri..duduk dekat sini,sejuk je hati..cehwahhh..mane tak..foreigner ramai hensem2..ehem2..gurau jela..ha3..terpesong niat datang sini nak belajar..

tapi serius,duduk sini,banyak benda belajar..banyak benda yang before ni tinggal,buat balik..insya-Allah,lagi 4 tahun, akan ada lawyers yang berpegang pada agama Islam walaupun dapat degree dalam civil law..bukan syariah..doakan aq,kami, dan ramai lagi umat Islam yang belajar sini, bukan hanya ilmu dunia yang dapat,tapi ilmu akhirat jugak..insya-Allah.. n_n

ok,ni jela yang dapat dikongsi..aq banyak kerja nak settle..kena rajin2,tak boleh malas..he2..salam..


p/s: jangan terkejut kalau nanti dapat kad undangan kahwin dari aq dalam tempoh 4 tahun.. *mimpi di hari jumaat



Saturday, September 24, 2011

Weekend Datang Lagi..

Assalamualaikum..

*sila baca tajuk macam iklan ding dang..he3..Itu dia..tengok tajuk seolah2 weekend tu best sangat la pulak untuk dinanti2kan...bestnya weekend hanya pada tiadanya kuliah,boleh berehat tanpa adanya had..ape lagi..kalau untuk aq,marathon game tanpa halangan la jawabnya..aish budak ni..main game je..sape punya angkara yang sebarkan virus addict game ni pada aq ha?jawab2..aceceh..nak salahkan orang lain pulak..dush!

Untuk budak yang tak lepas lagi untuk masuk kuliah macam aq (insya-Allah sem depan dapat masuk AIKOL dengan usaha yang dilakukan n_n),ape lah sangat yang boleh buat waktu weekend..last week,aq tak de ape2 assigment..maka,hampir setiap hari aq main game..kalau mak aq tau,mau laptop aq kena format..he3..shhh..tak payah kepochi nak bagitau mak ye..aq tau akk aq baca blog aq..ha3..

Disebabkan minggu ni aq kena buat outline untuk esei,buat poster untuk diary aq,maka, aq kena lah bijak gunakan masa yang ada..konon2 tak nak main game..nak fokus buat kerja..KONON!lepas subuh,bukak laptop main game..outline tak buat lagi..hari ni dah hari sabtu..isnin nak kena submit..cehh..

Lepas zuhur,boleh pulak ke jusco wangsa maju..bazir masa lagi..kerja tak gerak2..makan kfc-beli buku-shopping sikit2..disebabkan aq pernah kerja MPH,aq masuk ke MPH Alpha Angle..konon2 nak support MPH sebab pernah kerja dkt outlet diaorg..terbang duit beli novel+buku.. -__-'  aq harap, mana2 CEO MPH baca blog aq..bagi la komisen sikit dekat aq sebab promote outlet depa..he3..owh ye,aq nak suggest dekat para remaja,belia2,tak pun akk dgn abg dekat luar sana yang konon hangat bercinta, nak bercinta, bacalah buku di bawah ini..yang dah kahwin pun boleh baca..aq dah belek sikit2..tapi,tak boleh mula baca lagi..buku La Tahzan tak khatam lagi..kena habiskan satu2..jangan gelojoh kan!! n_n

Karya Sis Fatimah Syarha..

ok,tu je la nak cite..next entry,insya-Allah aq akan share environment dekat UIA yang aq suka..nite, salam.. n_n

p/s: saya baca surat khabar bahasa inggeris untuk tambah kemahiran saya..






Tuesday, September 20, 2011

My birthday with my friends..

Assalamualaikum..

10 minit!!taip entry laju2 sebab pinjam broadband dari akk roomate..mekasih kak sbb bagi pinjam..benci maxis!!berukband aq dh x boleh pakai..cis..cis..dh byr pun,ada problem..langkah bijak,potong terus..so,sekarang kalo nak guna internet,pkai wifi uia,pinjam broadband kwn2..raya haji nanti baru balik..barulah boleh beli broadband celcom.. ; (

2 hari lepas,birthday aq..he3..tak sangka dah 19 tahun..perghh..rasa tua betul..thanks pada kawan2 yang sudi wish dekat facebook,bagi mesej..siap call lagi..terharu ni.. ; )  this year,tak dapat sambut dengan family..tapi,tak sedih sangat la sebab kalau sambut dekat rumah,mesti akk2 aq yang suruh aq belanja.. bukan diaorg nak belanja aq..cis..cis..

so,waktu birthday tu,kwn2 yang rapat,konon2 nak buat surprise dekat aq..ajak keluar,aq tak nak..terus semua tak jadik keluar..ha3..bila aq kata nak keluar,semua nak keluar..so,kitaorg naik LRT,pergi Jusco Wangsa Maju..wangsa walk macam dah bosan pulak...ha3..jusco ada banyak tempat nak makan,so seronok sikit..yang penting,ada kepsi..ho3..

so,sebab aq rushing nak belajar arab and buat comic strips untuk kelas bi,so,aq letak gambar jela eh..malas nak tulis panjang2..gambar waktu 1st week dekat uia,then gambar waktu celebrate birthday aq..

ok,tata,,excited nak belajar arab..nite,salam.. n_n

Nak pi picnic waktu orientasi..ha2..

Posing ala2 dekat oversea..

Khusyuk aq makan..kwn sebelah aq tgk pun mcm nyampah dah..ho3..

Luar dewan waktu orientasi..

Minggu 1st nak daftar kelas..


Jusco Wangsa Maju..Tengok!!Ada lilin..ha2..

Pihak2 terlibat konon2 nak buat surprise dekat aq..ha3..

Wednesday, September 14, 2011

Perlahan-lahan Sesuaikan Diri..

Assalamualaikum..

sementara nak tunggu waktu isyak ni, curi masa sikit update blog..hari ni, hujan macam semalam..tidur pun tak payah bukak kipas..bukak no 1 pun dah sejuk sangat..last2,tutup terus..then,nak mandi pun, pikir beribu kali..ha3..kena beli payung cepat2,kalau tak pergi-balik kelas basah kuyup..tapi,harga barang dekat sini sangat la mahal..benci!!

kelas arab,macam biasa..seronok,tapi aq asyik mengantuk je..nasib baik la kena sampai level 2 kalau nak graduate dari AIKOL..kalau kena exempted arab macam budak shariah,islamic knowledge,mau menangis aq..nasib baik jugak kelas arab 4 hari je..1 hari,kelas 3 jam lebih..ustaz pulak,kalau dengar azan asar je,terus bagi balik..kalau macam tu,baik aq bukak je bunyi azan dalam kelas,then boleh balik..ha3..

kelas bi pulak,baru masuk tadi..ada 2 lecturers..satu mdm hazlina,satu sir abdullah martin..alhamdulillah, dua2 kelas enjoy..tapi,sebab aq tak boleh adapt lagi,aq rasa bosan..yela,aq masuk kelas level 4..aq expect, diaorg akan ajar basic balik, macam mane nak tackle soalan,apa yang masuk exam..tak de simpang menyimpang..aq sebenarnya takut nak exam bulan 12 nanti..aq nak sangat dapat exit terus ke kuliyyah..
; (

baru seminggu lebih dekat sini,rasa macam dah sebulan lebih..sob..sob..tapi tak pe..6 bulan untuk satu sem tak lama..*sedapkan hati.. n_n  aq kena berusaha sehabis baik untuk pastikan lulus and exempted untuk EPT dengan TPT..kalau ulang2 benda yang sama dekat mak,abah, mesti diaorg kata, "kalau setakat suruh doakan, tapi kamu tu yang tak belajar,tak jadik jugak"..he3..ok2..baiklah..sedar diri tak rajin belajar sangat..asyik2 main game je..my bad..i'll change,insya-Allah..

lastly,(*nak pi solat,buat kerja,so kena habiskan entry) duduk sini rasa macam oversea sebab ramai kwan foreigner..for this time, just know their name..later i'll do taaruf for myself with them..

need to go,i want to hafaz ad-dhuha until An-Nas..already forget some of that surah because always recite 3 Qul only.. ; ( never mind, at least i try right?nite,salam..


Sunday, September 11, 2011

Kena Extend Sem..Ada Hikmah Di Sebaliknya..

Assalamualaikum..

straight to the point je la kan..aq malas nak membebel panjang..sepatutnya,aq dekat UiA untuk degree 4 tahun je..tapi sebab aq budak direct intake,bukan ex-asasi UiA,maka,aq kena amik ujian BI dengan Arab..exam ni,dipanggil EPT untuk english,APT utk arabic..paling penting,EPT..APT,ko tak lepas tak pe..tak effect..just kena amik sampai lulus level 2..tapi,EPT la yang menyebabkan tempoh belajar aq dari 4 tahun,jadik 4 tahun setengah..sedih ko tau..baru plan nak kawen awal..ha3..

kalau setakat extend sebulan dua tak pe la..ni sampai 1 sem..aq pun tak faham ape motif diaorg ni..-__-'
maka,secara rasminya,untuk sem pertama ni,aq tak kan jejak kan kaki ke Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL)..aq kena belajar english utk 1 sem,pastikan dapat level 6,both writing and reading kena lebih dari 5.5..then,baru lah aq boleh ke AIKOL..sekarang ni,aq kena belajar dekat CELPAD dulu.tak kisah la..janji nanti,ada rezeki,dapat jejak AIKOL..korang doa2kan aq lepas EPT nanti..probably,exam bulan 12..

actually,mula2 memang sedih sebab sangkut 1 sem..tapi,bila fikir2 balik,banyak hikmah disebaliknya.. ramai budak direct intake tak lepas..kesian kot..kat sini,geng aq 6 orang..sorang je lepas..5 sangkut..dah dikatakan takdir, kitaorg semua pair untuk setiap level..aq kena masuk level 4 dengan roomate aq..lagi 4 orang,level 5 and 6..aq harap,dapat lulus kali ni..amiinnn  n_n  

antara kebaikan,hikmah yang aq nampak bila aq kena extend sem ni,

@aq dapat improve english aq..nak2 part grammar..lagipun, law kan memang dalam english..at least, bila dah masuk AIKOL, english aq ada improvement insya-Allah.. n_n
---->>sini,MUET memang tak dipandang langsung..baik tak payah repeat kalau tak dapat band 4 sebab nanti,kalau EPT tak lepas,kena g kelas english jugak..UiA just accept IELTS/TOEFL je..grrrr..

@boleh senang-lenang sikit sem ni sebab, once tak lepas EPT, aq tak boleh amik kelas arab, kelas halaqah,koku..so, next sem, padat la jadual aq nampaknya.. -____-'

@boleh join charity..pergi rumah anak yatim, hospital, penjara..boleh jugak join aktiviti sukan..at least, sihat tubuh badan daripada aq tido je semedang dekat bilik..ha3..

@boleh prepare subjek law awal2..at least,aq boleh belajar dengan kawan2 yang lepas masuk AIKOL,nak buat nota, pinjam buku law..dapat tau apa subjek yang belajar..macam mane kuliah dekat sini..lecturers..senang cerita,aq boleh prepare awal2 sebelum melangkak ke AIKOL..

mungkin, aq ditakdirkan extend sem oleh Allah sebab mungkin aq tak bersedia lagi nak sambung law..mungkin kalau aq lepas,aq main2,tak dapat survive..Allah Maha Mengetahui..Dia tau apa yang terbaik untuk aq..insya-Allah,ni sem pertama dan terakhir untuk aq amik EPT..doakan aq lepas band 6 ye nanti..takut pulak nak pergi kuliah..dah lama sangat cuti..ha3..

ok la...sebabkan dekat Gombak hujan petang2 ni,aq nak tidur la..nak rehat..orientasi punya penat tak habis lagi..next week,ada lagi perjumpaan..grrrrr..thanks sebab sudi baca..assalamualaikum..

p/s: nanti ada masa aq masukkan gambar2 aq dengan kawan2 dekat sini ye..

Thursday, September 8, 2011

IIUM..Ahlan Wa Sahlan..

Assalamualaikum..

Salam Syawal yg ke-10..hari ke 5 aq berada di UiA..buat masa ni,tak sempat nak update panjang..mungkin lepas habis orientasi,aq akan cerita kan sikit la,tak banyak.,pasal starting life aq dekat sini..apa yang aq rasa..apa yang aq fikir..

ok la..nak pergi breakfast..ada program..esok qiyam.. n_n till then,salam..

Friday, September 2, 2011

Ini Cerita Raya Aq..

Assalamualaikum..

Entry terbaharu setelah tak update untuk 5 hari  kalau tak silap..over,macam blogger femes..diaorg tak update berminggu pun,tak kisah..ok,terus masuk,,tak payah nak membebel..Hari ni,raya ke-3..tak de pape yagng menarik sangat..sama macam tahun2 sebelumnya..dari kecik aq takde feeling balik kg. jauh2..sob..sob..dua2 dkt melaka..belah abah,5 minit dah sampai..belah mak,30 minit dah sampai..tapi, alhamdulillah..at least ada kg. kan?

1st raya,macam biasa..jumpa sedara-mara..tapi tak seramai tahun lepas sebab tahun ni mungkin turn balik kg. belah spouse diaorg kot..nak jalan2 raya,malas..sebab semua jiran ada ramai tetamu..so,pendekatan terbaik adalah dengan menghabiskan waktu dengan tidur..hoyeaahh..2nd raya pulak,abah aq dah start turun laut balik..so,sedara-mara pun dah tau dah rutin ofis abah aq ni..kalau datang pun,waktu malam..family aq pun, dapat jalan raya malam jela..tapi memang sedih la..dah la ahad ni nak pi gombak dah..abah aq pulak asal malam je,dh tido awal..nak ajak jalan raya pun tak dapat..sedih aq..kang tak pasal2 aq meroyan dekat gombak tu,pergi beraya dekat batu caves kang.. ; (

esk plan nak pi beraya,tapi tak pasti lagi..macam akan tak jadi je..he3..yang penting,esok nak pi bukak akaun bank..sebagai persiapan sebelum apa2 terjadi di gombak..keh3..esk jugak kena check apa2 yg tak settle lagi..esok last nak pergi ke hulu hilir..packing,sabtu pun boleh..tak dapat nak estimate brg berapa byk sebab rasanya macam masih terkawal lagi..ha3..paling sedih sebab sedara-mara duk tanya bila nak pi gombak..huarghh..sampai hati halau..dah la duit raya tak bagi..grrrrr..ha3..ok la..tak tau nak membebel apa lagi..ho3..selamat hari raya,maaf zahir batin..layanlah gambar kat bawah ni..guna kamera cabuk jo..salam.. n_n

Whole family..with abg ipar..welcome to our family.. <3


owh,kantoi pulak aq tgh haloba mkn kacang..keh3..saje je tambah stok jerawat.. -___-'


Bertiga lebih baik..he3..


Aq tak tau ape motif abah aq pakai baju batik pergi beraya.. -__-'

Saturday, August 27, 2011

Projek Mega..

Assalamualaikum..

Tolak hari ni,tinggal dua hari je lagi nak habis puasa..sob..sob..sedih..rasa tak puas puasa sebab zaman sekolah, mostly puasa 30 hari..last year 29 hari jugak kan macam tahun ni?tak ingat..my bad.. ; ( hari2 terakhir Ramadhan ni,harus la digunakan dengan sebaik mungkin..pergi terawih kalau berkesempatan..baca Quran waktu lapang..ingat ye anak2.. n_n

Macam tahun2 sebelumnya, family aq selalu ada projek mega..projek yang tak seberapa mega ni sebenarnya adalah sesi membasuh rumah secara besar-besaran..basuh..ye,korang memang tak silap..ke aq yang over guna basuh..mungkin boleh ganti dengan word 'cuci' kalau korg nak..ha3..biasanya,3 atau 4 hari sebelum raya,kitaorg akan basuh rumah..memang semua barang kena sumbat dalam bilik2 yang ada..nak basuh ruang tamu,luar rumah,tempat tengok tv+tempat belajar aq yang tak berapa nak belajar sangat tu..ha3..dapur mak punya bahagian..orang lain tak boleh campur takut nanti ada barang2 rosak,tak pasal2 kena marah..keh3..rumah baru saiz ni pun dah kira penat..kalau rumah banglo macam mane?aq rasa,orang kaya tak main basuh2 rumah ni..LOL.. ; )

sebab tahun ni anak2 mak aq,termasuk aq mempunyai sikap malas yang agak melampau,maka, sesi basuh membasuh dilakukan 2 hari sebelum raya..ha3...esok la weiyh..teruja boleh..tapi,tadi tiba2 mak cakap,tahun ni,dalam rumah tak payah basuh..mop,buang habuk,susun barang2 yang sepah kapau tu..nak2 barang orang yang nak sambung belajar..*terasa.. -_-'  esok just boleh main air luar rumah je..tak pe la..asalkan boleh main air,kira ok la..tak sabar nak kemas rumah..nak sental kotoran degil yang dilakukan oleh motor2 dan kucing2 yang tidak bertanggungjawab..hari2 mop pun,esok mesti kotor balik..esok mesti kena guna clorox..tapi,rasa macam nak guna depex la sebab iklan dia dah pengaruh aq..ha3..

ok la..sebelum anak2 kucing aq bertukar menjadik harimau kejap lagi,baik aq gaul kan makanan diaorg..ha3..ni semua salah akk aq..shopping lama sangat..aq dah balik terawih pun,tak habis shopping..tak pasal2 aq yang kena dera bagi kucing makan..cis...owh ye..aq nak cari stok bunga api la..abang aq dah beli mercun banyak..aq nak bunga api sebab takut nak main mercun..ha3..aq kan gadis melayu..main bunga api je..keh3..till then,nite and selamat bersahur.. n_n


Wednesday, August 24, 2011

Rilek-rilek..Settle Satu-satu..

Assalamualaikum..

huarghhhh..nak nangis ni..td check psl minggu taaruf dkt uia nanti..ada test..nak kena pergi sana-sini kena settle pin no,medical check up..harap2 la tak sesat..jangan la ada masalah yg timbul dekat sana..

sekarang ni pun dah macam2 masalah..semua berpunca dari diri sendiri..so,tak payah nak meroyan sangat la kan..sob..sob..ptptn x mohon lagi..kelompok pertama dah lepas..terpaksa la mohon under kelompok kedua..kena pergi beli pin no. dkt BSN cepat2 ni..suka sangat buat kerja last minute kan..ni la padahnya..
  -__-'

baik mohon ptptn sebagai back up...jpa pun tak pasti lagi boleh dapat ke tak..dah la ramai yang mintak.. ; (
at least ada sumber kewangan lain daripada tak de kan..doa2 la aq dpt jpa ye..
kena settle kan ni cepat2..hailahhhh
-->>mohon ptptn
-->>packing buku2,nota (banyak ok)
-->>re-check dokumen,brg2,baju2..

rasanya mcm byk lg tak settle..tapi tak tau ape benda..sob..sob..

Friday, August 19, 2011

Review Novel Gelak Tergolek..

Assalamulaikum..

Entry lepas aq ada bagi tau yang aq beli 2 novel lagi..Gelak Tergolek dengan Lafazkan Kalimah Cintamu.. Akhirnya habis jugak baca dua2 novel ni..mak aq dah bagi jelingan maut sebab hampir setiap hari duduk golek2 baca novel ni..baca Al-Quran kan lagi bagus.. n_n so,dah habis stok novel..malas nak beli yang lain..setakat ni la..ha3..need to save money..nak bagi duit raya dekat family..ho3..novel bila2 boleh beli..lagipun,dah nak sambung belajar..takut2 bila lecturer tanya soalan lain,aq pergi angkut sinopsis novel2 ni pulak..tak ke haru dibuatnya.. -__-'

Disebabkan aq seorang yang baik hati..ehemm..maka,meh sini aq share sikit pasal novel2 yang aq baca ni.. untuk entry ni,aq review GT dulu la ye..LKC nanti..satu2..jangan gopoh2..bulan puasa kena belajar kuatkan iman.. n_n
Gelak Tergolek(GT) ni,penulis dia lelaki..Wan Azlan nama dia..disebabkan dia baru bermanja2 dengan dunia novel yang majoriti dikuasai superMAK,maka,novel dia ni,macam x berapa hebat la..tapi,untuk freshie macam dia,*waktu dia publish novel ni,kira hebat jugak la..aq rasa,abg Hamzah Ian mesti suka novel ni..ha3..

Hero dalam novel ni nama dia Rahman..Heroin nama dia Maimun..kira berbeza la dengan novelis lain..nama2 watak semua nak gah..nak eja pun dah susah,apatah lagi nak menyebut..terbelit2 lidah..Wan Azlan kira bagus sebab pilih nama yang simple,senang pembaca dia nak ingat..Rahman,nama kawan aq..nama pak cik aq..Tuk Penghulu kampung aq pun nama Rahman..so,secara tak langsung,bila baca novel ni,bersilih ganti la wajah Rahman dalam novel ni..kejap muka kawan aq,pak cik,tuk penghulu aq..nasib la..Maimun pulak,nama ustazah aq..garang..so,aq tak nak derhaka dekat ustazah aq,aq bayangkan muka perempuan lain..jangan tanya sape sebab aq tak ingat..feel bila baca je..ha3..

Rahman ni,org bandar,Maimun org kampung..Dalam novel ni tak describe la mcm mana muka Rahman ni..utk Maimun pulak,sebab perempuan kampung,so,dia dibayangkan sebagai seorg yang perfect sebagai gadis kampung..ayu,pandai masak..sopan-santun..macam aq la jugak..ha3..nak dijadikan cerita,Rahman (Man) ni, minat dekat Maimun (Mun)..kawan baik Man cabar suruh Man usha Mun ni sebab bapak Mun ni garang.. Macam2 dugaan sepanjang perkahwinan diaorg..waktu awal2 si Man nak jumpa bapak Mun,bapak Mun boleh pulak lupa nak interview kaw2 si Man ni..so,lepas la si Man ni..dapat la kawen dengan dak Mun..

tembelang si Man ni jahil agama terbongkar waktu dia nak lafazkan akad nikah..ntah berapa belas kali dia ulang pun aq x tau..tuk kadi suruh dia ikut apa yang tuk kadi baca,dia pergi ubah lain..30 ringgit tunai,jadik 30 rakaat tunai..terawih pun tak banyak macam ni.. -___-'  diaorg punya malam pertama postpone hari lain sebab Mun angkat bendera merah..so,berputih mata la si Man ni kejap..banyak pengajaran yang kita boleh amik..macam aq kata..abg Hamzah Ian mesti suka..ha3..antara yang lawak yang aq boleh share,

@bapak si Mun suruh Man jadik imam solat Subuh..berkeras2 dia kata dia tak boleh..last2,terpaksa la jadik..lepas dah bagi salam,dia terus la nak cium tangan bapak mentua dia..konon menantu mithali la tu..bapak mentua dia suruh wirid,dia kata tak payah..ape lagi,mengamuk la bapak mentua dia..dia nak test Man ni sebab dia dah tau Man ni jahil agama sebab solat Subuh dibuatnya 3 rakaat..Man jawab la,"hari ni saya malas ckit bapak..selalu memang buat 4 je"..tercengang bini dia..lepas tu,Man sedar dia silap..dia boleh pulak pergi jawab,"selalu Subuh memang saya biasa buat 6"..mau tak mengamuk bapak mentua dia dengar Man cakap macam tu..lepas tu,bapak dia dah bising2,masuk pulak bab doa Qunut..bapak mentua dia tak dengar Man baca..bini dia pun tak dengar jugak..dia kata dia ada baca,tapi yang pendek punya..Qunut pun ada panjang pendek ke?bapak mentua dia tanya..cuma ko sebutkan pendek punya..Man jawab dengan konfidennya,"Qunut!"..panjang pulak.."Qunuutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt"..tak pasal2 dapat sepak terajang campur makian secukup rasa dari bapak mentua dia..kesiannnn...

@ni pasal kisah malam tak berapa pertama si Man..lepas dah tunggu seminggu,Mun pun dah angkat bendera putih..kemain eksited la Man..waktu tengah bergelak tawa di atas singgahsana,adik Mun,*tak ingt nama apa,datang ketuk2 pintu..dia dengar si Mun ni mengerang..dia ingt Mun kena kacau dengan jin..adk Mun kecik lagi..adk Mun amik pedang mainan dia,dia tetak2 la 'jin' tu..Man bengang,dia pergi terajang la adk Mun ni..bising2,bapak Mun pun dtg..tgk kepala anak dia yg kecik dh berdarah..Mun pun malu2 bgtau la cerita sebenar..lepas dah cerita,bapak dia gelak2..bapak dia kata,"nak buat projek,slow2 la ckit..tutup pintu tu"..bukan main sporting la pulak..
Beberapa minggu lepas tu,Man nak bermanja2 dengan bini dia..eksitedlah dia berlari2 anak nak pergi dekat bini dia..kemain gelojoh dia bukak baju..rupa2nya,salah masuk bilik..masuk bilik bapak mentua dia dah..apa lagi..mengamuk la bila dia tido ada org raba2..tak pasal2 kena maki..kata bapak mentua dia,"nasib baik yang ko gomol2 ni aq,kalau mak si Mun ni?nak mampus ko raba bini aq?lain kali jangan gelojoh sangat"..hailah.. kawal2 la kot ye pun.. -__-'

@lepas tu,nak dijadikan cerita,Mun mengandung..mengidam nak dadih kerbau..mungkin zaman diaorg tak de serbuk dadih segera..so,terpaksa la Man cari kerbau betina bapak mentua dia yang dah lari ikut kerbau jantan lain dekat hujung kampung..Man ni pulak,bengong nak mampus..kerbau jantan-betina pun tak boleh beza..dia pergi picit kerbau tu punya 'mammary gland'..dapat la sepak terajang tepat dekat si Man punya 'alat sulit'..rupa2nya,yang dia picit tu,'anu' kerbau jantan tu..memang padan la..man pi usik anu kerbau,kerbau balas la balik..ha3..

macam2 la lawak dalam novel ni..nak cerita banyak,ingat2 lupa..tapi,sebab nama pun review,tak leh la cite banyak2 kan..ni pun dah kira ok la aq nak ceritakan..so,pada sapa yg rasa nak baca,pergi la beli..harga rm 18..tak tebal pun..aq baca sehari je..ha3..sekian,dari meja pengulas novel terbaik abad ni..ha3..adios..

Sunday, August 14, 2011

Novel Lagi..

Assalamualaikum..
13 Ramadhan..Kejap je masa berlalu..dah masuk fasa ke-2, Maghfirah,iaitu keampunan..*correct me if i'm wrong..hari ni,tak sengaja..diulang,tak sengaja ye..skip terawih sehari..sob..sob..ikut mak aq pergi beli barang..yada-yada..tak boleh salahkan mak sebenarnya..salah aq sendiri..aq bukan nak sangat ikut gi tesco tu..tapi nak gi kedai buku sebenarnya..

novel dah habis baca..kemain kata bulan puasa,dah tak kerja lagi,so nak ulang kaji..ceh..kalau dah melayu, melayu la jugak ko kina!!brg2 pun tak habis kemas lagi..yang stok2 lama,tak bersusun,pergi shopping yang baru..bagus la tu.. -___-' dah sepah-kapau dah meja belajar tu aq tgk..bila la nak bukak buku ilmiah balik..aq rasa,macam tak kan je aq bukak buku tu time bulan puasa ni..raya apatah lagi..

lagi best,tadi rembat dua novel lagi..ha3..nampak?rajin tak aq ulang kaji..termimpi-mimpi aq nak baca novel gelak tergolek tu..hailah..ko mimpi baca Quran kan bagus kina..so,tadi pergi Popular-jumpa abang kacak-beli novel Gelak tergolek-Lafazkan Kalimah Cintamu-beli aiskrim venatta..bercinta la nak habiskan dua2 novel ni..dah la nak masuk belajar balik..bagus sangat la tu tak refresh pape..



Actually, tak pernah tau pun kewujudan novel Gelak Tergolek ni..tapi,disebabkan customer asyik2 tanya,so,aq pun curious la nak tau..best sgt  ke..tgk cover depan,dah kelakar..bengong je mamat tu..akad nikah mane ada rakaat.. -__-' nervous sgt la tu..


second novel pulak,beli sebab penulis dia..novel dia yag first,Andai Itu Takdirnya memang best seller..then, teringin la nak beli koleksi novel2 dia yang lain..beli yang ni dulu la..7 Hari Mencintaiku tu mahal sangat la.. RM30++..baik aq beli haagen dazs..boleh cuba2 makan kan..

ok..dah tak de pape nak merepek lagi..nak tengok Love Story In Harvard,then game kejap,lepas tu tido..kang tak sahur,tak dapat pahala.. n_n sahur la yang bezakan puasa kita dengan Yahudi dan Nasrani..till then,nite and selamat bersahur..assalamualaikumm..