Friday, August 19, 2011

Review Novel Gelak Tergolek..

Assalamulaikum..

Entry lepas aq ada bagi tau yang aq beli 2 novel lagi..Gelak Tergolek dengan Lafazkan Kalimah Cintamu.. Akhirnya habis jugak baca dua2 novel ni..mak aq dah bagi jelingan maut sebab hampir setiap hari duduk golek2 baca novel ni..baca Al-Quran kan lagi bagus.. n_n so,dah habis stok novel..malas nak beli yang lain..setakat ni la..ha3..need to save money..nak bagi duit raya dekat family..ho3..novel bila2 boleh beli..lagipun,dah nak sambung belajar..takut2 bila lecturer tanya soalan lain,aq pergi angkut sinopsis novel2 ni pulak..tak ke haru dibuatnya.. -__-'

Disebabkan aq seorang yang baik hati..ehemm..maka,meh sini aq share sikit pasal novel2 yang aq baca ni.. untuk entry ni,aq review GT dulu la ye..LKC nanti..satu2..jangan gopoh2..bulan puasa kena belajar kuatkan iman.. n_n
Gelak Tergolek(GT) ni,penulis dia lelaki..Wan Azlan nama dia..disebabkan dia baru bermanja2 dengan dunia novel yang majoriti dikuasai superMAK,maka,novel dia ni,macam x berapa hebat la..tapi,untuk freshie macam dia,*waktu dia publish novel ni,kira hebat jugak la..aq rasa,abg Hamzah Ian mesti suka novel ni..ha3..

Hero dalam novel ni nama dia Rahman..Heroin nama dia Maimun..kira berbeza la dengan novelis lain..nama2 watak semua nak gah..nak eja pun dah susah,apatah lagi nak menyebut..terbelit2 lidah..Wan Azlan kira bagus sebab pilih nama yang simple,senang pembaca dia nak ingat..Rahman,nama kawan aq..nama pak cik aq..Tuk Penghulu kampung aq pun nama Rahman..so,secara tak langsung,bila baca novel ni,bersilih ganti la wajah Rahman dalam novel ni..kejap muka kawan aq,pak cik,tuk penghulu aq..nasib la..Maimun pulak,nama ustazah aq..garang..so,aq tak nak derhaka dekat ustazah aq,aq bayangkan muka perempuan lain..jangan tanya sape sebab aq tak ingat..feel bila baca je..ha3..

Rahman ni,org bandar,Maimun org kampung..Dalam novel ni tak describe la mcm mana muka Rahman ni..utk Maimun pulak,sebab perempuan kampung,so,dia dibayangkan sebagai seorg yang perfect sebagai gadis kampung..ayu,pandai masak..sopan-santun..macam aq la jugak..ha3..nak dijadikan cerita,Rahman (Man) ni, minat dekat Maimun (Mun)..kawan baik Man cabar suruh Man usha Mun ni sebab bapak Mun ni garang.. Macam2 dugaan sepanjang perkahwinan diaorg..waktu awal2 si Man nak jumpa bapak Mun,bapak Mun boleh pulak lupa nak interview kaw2 si Man ni..so,lepas la si Man ni..dapat la kawen dengan dak Mun..

tembelang si Man ni jahil agama terbongkar waktu dia nak lafazkan akad nikah..ntah berapa belas kali dia ulang pun aq x tau..tuk kadi suruh dia ikut apa yang tuk kadi baca,dia pergi ubah lain..30 ringgit tunai,jadik 30 rakaat tunai..terawih pun tak banyak macam ni.. -___-'  diaorg punya malam pertama postpone hari lain sebab Mun angkat bendera merah..so,berputih mata la si Man ni kejap..banyak pengajaran yang kita boleh amik..macam aq kata..abg Hamzah Ian mesti suka..ha3..antara yang lawak yang aq boleh share,

@bapak si Mun suruh Man jadik imam solat Subuh..berkeras2 dia kata dia tak boleh..last2,terpaksa la jadik..lepas dah bagi salam,dia terus la nak cium tangan bapak mentua dia..konon menantu mithali la tu..bapak mentua dia suruh wirid,dia kata tak payah..ape lagi,mengamuk la bapak mentua dia..dia nak test Man ni sebab dia dah tau Man ni jahil agama sebab solat Subuh dibuatnya 3 rakaat..Man jawab la,"hari ni saya malas ckit bapak..selalu memang buat 4 je"..tercengang bini dia..lepas tu,Man sedar dia silap..dia boleh pulak pergi jawab,"selalu Subuh memang saya biasa buat 6"..mau tak mengamuk bapak mentua dia dengar Man cakap macam tu..lepas tu,bapak dia dah bising2,masuk pulak bab doa Qunut..bapak mentua dia tak dengar Man baca..bini dia pun tak dengar jugak..dia kata dia ada baca,tapi yang pendek punya..Qunut pun ada panjang pendek ke?bapak mentua dia tanya..cuma ko sebutkan pendek punya..Man jawab dengan konfidennya,"Qunut!"..panjang pulak.."Qunuutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt"..tak pasal2 dapat sepak terajang campur makian secukup rasa dari bapak mentua dia..kesiannnn...

@ni pasal kisah malam tak berapa pertama si Man..lepas dah tunggu seminggu,Mun pun dah angkat bendera putih..kemain eksited la Man..waktu tengah bergelak tawa di atas singgahsana,adik Mun,*tak ingt nama apa,datang ketuk2 pintu..dia dengar si Mun ni mengerang..dia ingt Mun kena kacau dengan jin..adk Mun kecik lagi..adk Mun amik pedang mainan dia,dia tetak2 la 'jin' tu..Man bengang,dia pergi terajang la adk Mun ni..bising2,bapak Mun pun dtg..tgk kepala anak dia yg kecik dh berdarah..Mun pun malu2 bgtau la cerita sebenar..lepas dah cerita,bapak dia gelak2..bapak dia kata,"nak buat projek,slow2 la ckit..tutup pintu tu"..bukan main sporting la pulak..
Beberapa minggu lepas tu,Man nak bermanja2 dengan bini dia..eksitedlah dia berlari2 anak nak pergi dekat bini dia..kemain gelojoh dia bukak baju..rupa2nya,salah masuk bilik..masuk bilik bapak mentua dia dah..apa lagi..mengamuk la bila dia tido ada org raba2..tak pasal2 kena maki..kata bapak mentua dia,"nasib baik yang ko gomol2 ni aq,kalau mak si Mun ni?nak mampus ko raba bini aq?lain kali jangan gelojoh sangat"..hailah.. kawal2 la kot ye pun.. -__-'

@lepas tu,nak dijadikan cerita,Mun mengandung..mengidam nak dadih kerbau..mungkin zaman diaorg tak de serbuk dadih segera..so,terpaksa la Man cari kerbau betina bapak mentua dia yang dah lari ikut kerbau jantan lain dekat hujung kampung..Man ni pulak,bengong nak mampus..kerbau jantan-betina pun tak boleh beza..dia pergi picit kerbau tu punya 'mammary gland'..dapat la sepak terajang tepat dekat si Man punya 'alat sulit'..rupa2nya,yang dia picit tu,'anu' kerbau jantan tu..memang padan la..man pi usik anu kerbau,kerbau balas la balik..ha3..

macam2 la lawak dalam novel ni..nak cerita banyak,ingat2 lupa..tapi,sebab nama pun review,tak leh la cite banyak2 kan..ni pun dah kira ok la aq nak ceritakan..so,pada sapa yg rasa nak baca,pergi la beli..harga rm 18..tak tebal pun..aq baca sehari je..ha3..sekian,dari meja pengulas novel terbaik abad ni..ha3..adios..

2 comments:

  1. salam dear..
    da lame xbw..
    bz la plak..
    klakar gak cter ni mcm nk bli je..
    tp slalunye bli on9 je.. slalu cri kt kdai buku xde stok :'( tu yg tkut..

    feel free to visit mine :)
    http://salminisa.blogspot.com/2011/08/marathon-korean-dramas.html

    ReplyDelete
  2. wslm kak sal..
    cerita ni mcm bengong2..ha3..

    ReplyDelete