Friday, January 25, 2013

Salam Maulidur Rasul..

Assalamualaikum w.b.t..

Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam, umat Nabi Muhammad S.A.W yang kita sambut setiap 12 Rabiul Awal, tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W..

Dah masuk 13 Rabiul Awal 1434 H, baru aq berkesempatan nak tulis serba-sedikit pasal sambutan Maulidur Rasul..Mulanya,aq tak tergerak nak buat entry pasal Maulidur Rasul..Tapi, aq rasa nak share sikit pasal rancangan dekat TV AlHijrah..Rumah aq tak dapat channel tv Alhijrah..At first, tak heran pun..Tapiiiii..Tadi waktu lawat nenek aq, tengok tv dekat depan, pak cik aq bukak tv AlHijrah..Serius aq kagum!! n_n  Tak tipu..Aq tak tau kenapa..Mungkin sebab channel RTM,Media Prima, banyak iklan, campur-campur cerita Melayu la,Korea la, Hindustan la..So, rasa macam dah normal..Tapi, bila tengok tv AlHijrah tadi, aq suka sangat..Iklan pun pasal input-input Islam..

Memang aq dengan parents aq melekat dekat depan tv tgk rancangan dekat tv AlHijrah..Sempat tengok rancangan Dikir Zikir, tapi bukan dari mula..Then, tengok rancangan Reflection Special sempena Maulidur Rasul..Rakaman buat dekat UIA Gombak..Aq pernah nampak banner pasal rakaman ni..Bila tengok tadi, rasa rugi pulak tak pergi tengok secara live untuk rakaman..Bukan sebab nak masuk tv, tapi sebab rancangan Reflection ni best..

Antara input yang aq dapat dan faham,

*Kita, sebagai umat Nabi Muhammad, adalah duta untuk Nabi Muhammad..Apa yang kita buat, apa yang kita lakukan, kita buat, perangai kita, semua mencerminkan Baginda dan Islam..Tu sebab, Islam ajar kita sifat mahmudah, tinggalkan mazmumah..Kenapa?Sebabbb, bila kita praktis sifat mazmumah, people around us akan ada bad perception not only to us, but to our religion..Jadi, sebagai Muslim, kita patut dan mesti amalkan sifat mahmudah..Jangan cemarkan Islam dan Baginda, hanya kerana sifat kita seorang.. n_n

*Kalau tak silap aq, macam mana nak tau keberkatan atau kebaikan yang orang lain dapat dari kita, tengok apa yang kita tinggalkan, atau amalkan, yang orang sekeliling kita ikut..Contohnya, kalau kita buat baik pada jiran, then, jiran akan baik dengan kita..Jiran kita takkan cakap benda yang tak baik pasal kita..Sebab apa?Sebab kebaikan yang kita buat pada diaorg..Macam tu jugak macam Nabi Muhammad.. Baginda tinggalkan macam-macam kebaikan untuk kita amalkan, untuk kita contohi..Itulah keberkatan yang kita dapat daripada Baginda..

*Pengacara rancangan Reflection ni,ada tanya macam-macam soalan..Antara yang aq ingat, sebagai umat Nabi Muhammad, apa yang menyebabkan kita cintakan Baginda? Kenapa kita cintakan Baginda? Dengan cara apa kita tunjukkan kecintaan kita kepada Baginda?? It can be anything..Kita contohi sunnah Baginda, kita tau sejarah Baginda, kita amalkan Islam yang sebenarnya dan macam-macam lagi kebaikan yang Baginda sebarkan..Macam mana nak tau kita cintakan Baginda? Bila kita cintakan Baginda lebih daripada ibu bapa kita, keluarga kita, rakan-rakan kita dan segala jenis sifat-sifat keduniaan..Masya-Allah, untung sangat orang-orang yang dapat mencintai Baginda sepenuh hati..Aq??Masih berusaha ke arah itu..Insya-Allah, sama-sama kita usahakan..

Ni sebahagian daripada apa yang aq faham, dan boleh share dengan korang..Maybe korang boleh search dekat Internet pasal rancangan Reflection ni dekat Youtube ke..Korang tengok, dengar sendiri..Lain orang, lain cara dia dapat and hadam input kan..Wallahualam..Mana yang baik, datang dari Allah, yang buruk tu, kelemahan diri aq..

Sekali lagi, salam Maulidur Rasul..Sama-sama kita lazimkan lidah kita dengan berselawat ke atas Baginda, Nabi Muhammad S.A.W..Bukan hanya pada sambutan Maulidur Rasul semata-mata..Make it as a daily routine..Sebelum tidur,selawat..Bangun pagi,selawat..Selawat tidak bermusim ketika Maulidur Rasul sahaja.. ;) Allahummasolliala Saidina Muhammad..Assalamualaikum..

p/s: Currently, my mom, eager to find AlHijrah channel.. ;)

No comments:

Post a Comment