Tuesday, January 1, 2013

Azam Tahun Baru..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Allah bagi peluang pada kita semua untuk terus kekal bernafas di muka bumi ni pada tahun baru Masihi, 2013..Moga-moga seiring dengan pertambahan usia, bukan hanya pertambahan dari segi angka, tapi pertambahan dari segi amalan-amalan kebaikan, amalan-amalan yang menjanjikan syurga Allah..Insya-Allah..

Sempena tahun baru, setiap orang ada target, resolusi yang nak dicapai sempena tahun 2013 ni..Ada yang teruskan resolusi lama, ada yang tambah baru, tak kurang jugak, yang masih belum ada apa-apa resolusi.. *termasuk aq* n_n

Bukan takde langsung, ada je, cuma tak jot down lagi, tak fikir secara serius dan spesifik..The main priority now, face the final exam..3 papers more..Insya-Allah,after the exam, the new resolutions can be jot down here..

Takde apa yang nak diulas mengenai azam tahun baru ni..Cuma,bagi aq, apa sahaja target yang kita buat, jangan terlampau membebankan..Biar sikit, biar nampak kecil, asalkan boleh dicapai..Tidak membebankan diri..

Contohnya: Azam nak kumpul duit RM 100 sebulan..
---> Kalau bagi orang yang bekerja,tak mustahil..Tapi,as a student kalau takde source of income, mungkin susah..Kalau dah sampai kena ikat perut tahap dewa, mintak parents semata-mata nak kumpul duit, boleh la fikirkan balik azam korang tu..Why not, azam nak simpan duit syiling yang korang takkan usik langsung..Bila beli barang,ada baki duit yang tak sampai RM 2, simpan dalam tabung..Kan tak membebankan..Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit insya-Allah..

Selain tu, mungkin kita boleh buat azam yang mendekatkan diri kita kepada Allah..Even amalan-amalan kecil pun,at least we try..Start with a single step..Continuous..Mana tau, lepas tu kita boleh improve dengan amalan-amalan yang lain? n_n

Contohnya: Latih diri buat solat sunat Dhuha..
--> Katakan kelas pukul 8..Lepas mandi,terus je solat sunat Dhuha..Tak amik masa banyak pun..Paling lambat 7,8 minit..Bila dah selalu buat, lama-lama akan terbiasa..Bila tak buat,mesti rasa lain..Kalau tak percaya, cuba buat.. ;)

Bukan sempena tahun baru je,baru nak berubah..Bila-bila pun boleh..Tapi, mungkin permulaan tahun baru ni boleh jadi titik permulaan perubahan untuk kita semua..

Sebelum mengundurkan diri, al-Fatihah untuk arwah sepupu aq yang meninggal pada malam tahun baru..Tahun ni,genap 3 tahun pemergian arwah..Bila tahun baru je,mesti teringat arwah..Moga arwah Muhammad ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..Al-Fatihah juga untuk insan-insan yang telah pergi meninggalkan kita..Moga segala amalan mereka diterima di sisi Allah..Aminn..

No comments:

Post a Comment