Wednesday, January 20, 2016

Fasa Berehat

Assalamualaikum..

Rajinnya Sakinah update blog di kala tengah malam.. :D
Hari ni, genap 5 hari aku unoficially habis belajar..Happy sebab dah habis belajar, sedih sebab lepas ni dah susah nak jumpa kawan-kawan zaman belajar.. :(
Ramai kawan-kawan aku dah start apply tempat chambering guna result last sem..Aku tak lagi..Tunggu final sem ni punya result..
Doakanlah aku lulus semua..Cuakkkkk..Ada 3 papers yang susah..Memang tak yakin sangat.. ;(

Once dah dapat result, baru aku apply chambering..Buat masa ni, duduk rumah je..Ni pun, waktu tidur tunggang-langgang..Tidur lambat, lepas Subuh goal!!ha3..
Aku cuba nak ubah jadual tidur..Nanti takdelah time chambering ngantuk kan? kih3..And its not good right?Tutup rezeki..
Sekarang, tengah unpack khazanah waktu belajar..Buku-buku insya-Allah dah settle..
Aku berjaya beli rak buku guna duit sendiri..Alhamdulillah.. :)
Walaupun orang kata rak buku tu tak sampai RM200..Tapi bagi aku,it still my achievement..Berjaya simpan duit untuk kegunaan lepas habis belajar..Tak susahkan mak abah..

Buat masa ni,sebab tak chambering lagi, aku jual tudung dengan perfume..Nak kumpul duit sikit-sikit..Doakan moga aku dapat simpan sikit demi sikit ye..Untuk bantu family dan kegunaan masa akan datang..
Kalau nak beli tudung, perfume, jemput lah ke facebook aku..

Esok nak sambung unpack baju-baju, tolong mak cuci bilik air, kipas..Harap esok tak tidur lepas Subuh..ha3..
Doakan aku lulus semua paper ye,insya-Allah..
Dan tak tidur lepas Subuh..ngeeeee
Selamat tidur, Assalamualaikum..

Saturday, January 2, 2016

2016 :)

Assalamualaikum..

Niat di hati nak menulis semalam, sempena tahun baru..
Apakan daya, niat hanya kekal niat.. :)

Sebelum terlambat, aku nak ucapkan selamat tahun baru untuk semua..
Sekadar ucapan selamat tahun baru, sesuai penambahan usia, dan dengan harapan amal pun bertambah buat kita semua..

2016, insya-Allah tahun terakhir menjadi bujang??Eh,tak..Acah aje..Tak kuasa nak fikir buat masa ni..
Insya-Allah, habis belajar awal Januari ni..Then cari tempat chambering..
24 tahun dah rupanya aku!!ha3..
Banyak sangat benda nak kena buat lepas habis belajar..
Buat masa ni, aku cuba buat jual kecil-kecilan gitu..he3..Simpan duit untuk tabungan masa depan..
Kan Pak Maslan suruh buat banyak kerja..Aku sebagai rakyat yang baik,mestilah patuh kan? :P

Insya-Allah, next entry, nak buat target aku untuk 2016 secara spesifik & plan untuk 3 tahun selepas graduasi.. :)
Ada lagi 4 papers menanti..Doakan ye..