Sunday, November 9, 2014

Kisah November..

Assalamualaikum..

Hari ni hari terakhir untuk minggu ke-8 dalam kalendar akademik 3rd year 2nd sem..
Dan hari ini, hari Ahad!! Esok ada kelas dah.. *nangis*
Dan aku sedang sibuk menaip, sambil melayari internet..
Esok memang hari yang aku kena lenyek sampai lunyai la nampaknya..

Isnin,10/11/2014,
Esok kena submit take home test company [jangan cuba kata, 'untunglah take home test'..ketahuilah kalian, walaupun best dapat bukak buku, tapi soalan nya "senang"lah sangat ;( ]
Esok jugak kena submit assignment untuk community service..
Esok kena tunjuk poster program community service..
Esok kena present Trust..
Semuanya esok..Lunyai..Lunyai..
Dan,baru yang pertama aku mula waktu jam hampir menunjukkan pukul 9.00 pagi..Bila nak siap ni?keh3..
Lain, semua yilek..Tak start lagi..Harap idea aku mencurah-curah..

Aku aim, sebelum jam tunjuk pukul 12.00 tengah malam hari ni, semua kerja kena settle..
Aku mesti dah siap-siap nak beradu untuk prepare keluar awal esoknya.. (ini hanyalah harapan)
Aku harap..Semuanya harapan!!keh3..
Dan apa yang paling aku harap sekarang?
Harap aku berhenti taip ni,pergi taip test company tu Sakinah oiiii!!!!ha3..
Ok,ok..Last..Janji, lepas ni rangkap last..

Lepas aku settle dengan exam,assignment semua,aku nak update cerita..
Macam-macam cerita.. :)
Cerita sambut birthday kawan..Cerita itu,cerita ini..
Dan aku nak cerita jugak,pasal arwah nenek aku yang meninggal bulan lepas (Al-Fatihah)..
Nantilah..Ada masa,aku buat..Ada orang bagi pinjam laptop,aku buat.. (laptop rosak dari bulan lepas,dah tak dapat nak diselamatkan)
Sekian..Jom sambung buat kerja..

Monday, September 29, 2014

Penang Trip: Edisi Bajet

Assalamualaikum..

Tiba-tiba mood untuk update blog datang dikala tengah tiada mood untuk study Trust..he3.. Sepatutnya nak cerita pasal trip pergi Penang immediately after balik Penang hari tu..Tapi sebab penat, malas nak menaip, so, tertangguh la hingga ke hari ini.. :)

Sebenarnya, tak terfikir nak join trip kawan-kawan pergi Penang..Last minute decision join diaorg few hours before diaorg gerak..Sebab tunggu aku siap basuh baju,dryer semua, baru kitaorg gerak pi Penang..Terima kasih sebab sudi tunggu..he3..

Kami pergi Penang 4 orang..Pergi sana naik kereta Dot..Gerak Khamis, 18 September..Kira trip ni ala-ala birthday trip la untuk aku.. :) Trip Penang kali ni, 2 hari 1 malam sahaja..

Inilah geng trip kali ni.. *Dari kiri, Dot, aku, Ain dan Mimi*

Bertolak dari UIA pukul 10++ malam dan sampai dekat UiTM Pulau Pinang pukul 2.15 pagi..
Kitaorg sampai sana, kawan Mimi dah tunggu dengan geng dia nak bawak kitaorg mandi kolam air panas dekat Ulu Legong..Perjalanan jauh jugak, jalan nak pi sana pun gelap dan agak bahaya..Nasib baik ada 2 lelaki yang join geng lagi satu, so, at least if anything happened, diaorg ada la kan.. *harapnya lah*

Air Panas Ulu Legong

Nak masuk kawasan air panas ni RM 6.00 seorang..Bagi aku agak mahal sebab Air Panas Gadek dekat Melaka lagi murah..Tapi,kemudahan dekat sini ok, cantik pun cantik..Surau pun ada..Tapi, compare tu Gadek dengan Ulu Legong, Gadek best..Bukan sebab aku orang Melaka aku cakap gitu..

Dekat Ulu Legong, air panas tak macam air panas pun..Ala suam-suam gitu..Mungkin sebab ramai orang kot.. *husnuzon* Yang panas tahap nak rebus telur memang ada,tapi tak open for public..Macam Gadek, air panas untuk mandi tu memang panas yang sedap untuk mandi..Bukan panas ala acah-acah je..Kitaorg stay sini sampai pukul 6..Solat Subuh dekat sini siap-siap, then gerak gi sarapan dekat area UiTM Pulau Pinang..

Tempat Penginapan

Kami check in penginapan petang..Stay hanya untuk satu malam dekat Cozzy Hotel, Georgetown.. RM 80++ harganya..Limit 3 orang je sebenarnya..Tapi kitaorg sumbat je 4 orang..Hotel ni dekat dengan shopping area macam Gurney Plaza, dekat jugak dengan Nasi Kandar Beratur, Mydin..

Aku tak recommend tempat ni untuk stay sebab tak best sangat..Kitaorg discover tempat baru yang best untuk backpackers..Ryokan namanya kalau tak silap..Ala-ala style dorm..Satu bilik 4 orang..Bayaran per bed RM 30++..Include breakfast macam kawan aku yang stay situ cakap..

Jumaat, 19 September

Kitaorg pergi Penang Street Art..Tempat yang terkenal dengan lukisan dekat dinding tu..Tempat ni dekat Armedian Street..Kitaorg sewa basikal yang ada 2 seats tu sebab nak jalan kaki memang jauh..Sewa per bicycle adalah RM 20..Jadi, kami 4 orang bayar sorang RM 10 untuk 2 basikal..

Untuk cari lukisan tu, diaorg ada sediakan peta..Tapi memang peta yang simple jela..Jenuh jugak nak cari..Kitaorg bawak basikal kelam kabut je..Buat jalan tu macam ayah kitaorg yang punya.. :)
Sangat lah penat untuk kayuh di waktu tengah hari yang panas terik..Tempat ni better pergi waktu pagi..Takdelah jadi macam kitaorg yang terus transform ala-ala Tyra Banks tu, nasib tak gelap macam Sean Kingston..

Tak habiskan pun cari semua lukisan tu..Mana yang jumpa, kitaorg pergi..Mana yang tak, malas nak pusing-pusing cari..Dekat pit-stop no. 10, ada kedai jual casing phone ada gambar lukisan-lukisan dekat Street Art ni..Cantik!!Nasib aku takde Iphong..Kalau tak, memang rembat satu.. :)

Ain & aku naik satu basikal..


Kami berempat.. Mimi & Dot satu basikal..


Antara gambar trip yang aku suka..
Berehat sekejap sebelum sambung cari lukisan..Nak tau penat ke tak, tengok lah cawan-cawan tu..

Lepas dah penat nak sambung cari lukisan, kitaorg pun decide nak pergi Bukit Bendera..Ada yang teruja sebab nak naik tren,tapi ada jugak yang teruja nak naik atas bukit tu sebab nak buat sesuatu..ha3.. *if you know what I mean*

Bayaran nak masuk Bukit Bendera, untuk pelajar, tunjuk kad matrik dengan kad pengenalan, dapat RM 4.00..Untuk kategori yang lain, tak perasan..Tapi untuk rakyat Malaysia, kurang daripada RM 10.00 kalau tak silap..




Nampak belakang tu?Padlocks dekat belakang tu, ada 2 datangnya daripada kalangan kami..PM untuk tahu siapa yang sudah mengunci hatinya dekat sini!!hahaha
Bukit Bendera, checked!! :)

Lepas Bukit Bendera, kitaorg pergi check in bilik..Rehat, mandi, malam lepas Maghrib, kami keluar pergi jalan-jalan..Misi malam tu, nak pi pekena pasemboq yang org Utagha dok cakap sedap tu..Malam tu hujan pulak..Tapi, kerana pasemboq, hujan pun kami sanggup redah..

Kami pilih pergi kedai Gani apa ntah nama dia..Pilih bahan-bahan, tak sampai 5 minit..Tak banyak dan bahan yang biasa je macam ala-ala yong taufu tu..Dah siap, dia sebut harga, kami semua nak pengsan!!Jangan tanya berapa..Tapi, tu bagi aku, first and last la nak makan situ..

Walaupun muka Ain tersenyum, tapi aku tau, dalam hati panas je dengar harga pasemboq tu..ha3..

Then, kami ingat nak pergi jalan-jalan dekat night market area Batu Feringgi..Nak survey jalan sekali untuk pergi Batu Feringgi esoknya..Tapi sebab dalam perjalanan hujan lebat, jalan pun macam nak pergi Genting Highlands, jadi tak dapatlah nak cuci mata dekat night market tu..Kami pun decide tak jadi pergi Batu Feringgi esok hari sebab keadaan jalannya, jarak dari tempat penginapan kitaorg..

Patah balik Georgetown, kitaorg pergi Nasi Kandar Beratur..Dot jumpa kawan dia dekat situ,makan la ramai-ramai..Kami bertiga tak makan, sebab masih kenyang dengan pasemboq..ha3..Lepas makan, kitaorg balik, rehat..Recharge energy untuk last day esok..

Sabtu, 20 September

Hari terakhir dekat Penang..Kitaorg kemas barang, check out dari hotel pukul 12..First destination, cari makanan dulu sebab semua dah kelaparan..Kitaorg makan Nasi Kandar Lineclear..Aku tak pernah makan nasi kandar, so, untuk beginner macam aku,aku suka makan situ..Nasi, ayam goreng, kuah campur, teh ais, total RM 9.40..Murah bagi aku..Mahal kalau korang pilih kepala ikan dengan udang yang besau tu kawan aku kata..Anak nelayan, takkan tak muak-muak makan udang ye tak?Udang bukan pilihan kalbu.. :)

Semua pilih menu yang sama..

Lepas makan, kami jalan-jalan area situ, cari cenderahati untuk family, kawan-kawan..Dekat sini lah duit aku mengalir laju macam air.. *nangis* tapi, sebab family,kawan, punya pasal, apa ada hal ye dak?Aku grab t-shirt untuk family, key-chain untuk kawan-kawan..Itu je yang mampu.. :)

Am I too exited?? o.O'
Dah puas beli barang, kami pergi tepi laut dekat area Fort Cornwellis..Amik gambar banyak-banyak, then masuk Fort Cornwellis bayar RM 2.00..Pun banyak amik gambau je.. *Melaka accent detected* :)

Divas of the day..
Muka semua tahan terik matahari..ha3..

Ketahuilah kalian sesungguhnya angin sangat kuat atas Fort Cornwellis ni..
Kami singgah Masjid Kapitan Keling untuk solat before teruskan trip ke Taman Botani..Aim sebenar before balik, nak cari cendol..Panas-panas, tu jelah yang terfikir dekat Penang ni..


Masjid Kapitan Keling ni,sebelah je dengan Nasi Kandar Beratur..

'Groupfie' dengan geng kawan Dot.. *kalau sorg selfie, ramai-ramai groupfie la kan?ha3..*
Of course gambar dress ditiup angin pilihan kalbu..keh3..


Kami nak tram RM 2.00 je..Semua malas nak jalan kaki..


Dah penat jalan-jalan, kami pergi cari cendol..Sebab most of the place orang Cina yang jual, kami pun pergi Komtar Walk,ke Komtar Mall nama dia..Lupa dah..Ada adik yang kerja situ cadangkan makan dekat kedai cendol + laksa dekat situ..Katanya halal..Memang ramai orang Melayu makan sana..Maka, berpegang pada kata orang tempatan situ, kami pun makan situ..Doa kami, moga apa yang kami makan itu selamat dan halal hendaknya..





Kitaorg bertolak balik KL menjelang senja.. *gituu* Semua taknak balik..Siap kata nak extend satu hari lagi..he3..Siapa yang tak gembira kan bercuti, tak payah fikir apa-apa, study, kerja, problems..Tapi, hidup dekat bumi Allah bukan nak senang-senang..Ada tugas yang kita kena buat..


Tata Penang.. :)

Satu hal aku suka Penang walaupun jalan yang pening,berliku-liku, dekat Penang, macam-macam ragam hidup boleh jumpa..Nak tadabbur alam, hayati kebesaran Allah boleh, nak renung compare life hidup diri sendiri dengan orang Penang boleh, nak bagi kesedaran pasal politik dekat sini pun boleh!!Eh??

Sekian, coretan perjalanan kami..Harap lepas ni dapat rancang trip yang lain sama-sama sebelum habis belajar next year.. :) * I wish*
Assalamualaikum..

p/s: total perbelanjaan aku dekat Penang less than RM 200.00 :)

Friday, May 23, 2014

Misi Final: Mari Balas Dendam

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni, paper yang ke dua untuk sem ni dah pun selesai-->Equity and Trust I..
4 papers more to go..
Gap lagi 2 hari untuk next paper, Land Law I..
Disebabkan 2 papers yang pertama ni jawab macam apa je,maka, memang semangat berkobar-kobar nak balas dendam..
Balas dendam untuk 4 papers lagi..
Land I,Company I,Usul Fiqh II dan Public International Law I..

Untuk papers yang dah settle, moga Allah lembutkan hati lecturers yang menanda..
Harapnya mereka lembut hati untuk terima jawapan aku..
Harapnya lulus untuk semua subjek ni.. :)

Untuk papers yang bakal mendatang, mari bersedia..
Baca,baca,faham dan hafal..
Harapnya tak menyesal..
Ada masa mari lah bersedia untuk final..
Jangan dah suntuk, baru nak sedih.. *telur sepapan di muka*

Mohon doa dari semua.. n_n

Tuesday, April 22, 2014

Sebulan Sebelum Final..

Assalamualaikum..

 Sejak dua menjak ni, bukak laptop je, dah tak nak duduk depan laptop lama-lama..Tak tau kenapa..Actually banyak je cerita nak diluahkan dalam blog..Tapi, bila nak tulis je, selalu fikir, "Patut ke aku tulis? Benefit? Effect?"..Bila dah beribu kali asyik fikir macam tu, memang hilang terus idea nak cerita apa..

Tapi, bukan la bermakusd entry ni ada kebaikan, effect dia kebabom kepada yang baca..Bila aku scroll list entries aku, rasanya, bahan ilmiah lagi bermanfaat boleh bilang dengan jari je..Yang lain lebih kepada cerita seharian, pasal family, random thought dan lain-lain..Makanya, kali ini sama saja dong..Aku nak bercerita je..ha3..

Last month and this month, kalau apa yang aku share dalam entri sebelum ni,memang life hectic la..Maybe untuk aku, kira busy sebab few days before nak cuti mid-sem, punyalah berlambak presentations, assignments kena submit sebab biasanya aku punya turn adalah awal..Dengan exam,test,quiz bagai..Tu sebelum cuti la..
Sekarang, rasanya macam heaven and bersyukur sangat bila dah lepas semua presentations..Boleh tumpu pada kerja-kerja lain..Ada lagi assignments, kerja group and 2nd test untuk few subjects akan menyusul untuk dihantar bulan Mei nanti...

Jadi, sekarang memang kena all-out buat kerja sebab tak nak last minute baru terkocoh-kocoh..Notes still in progress..As this semester mostly new subjects, lagi lah memang kena pulun habis..Kaw-kaw punya fokus kena bagi..Tapi, aku memang tak lah boleh bagi fokus 100%..20% adalah kot..Duduk depan buku 10 minit..5 minit ke hulu ke hilir dalam bilik..Sambung belajar 20 minit lagi..Bangun cari kudapan..Kalau mengantuk, tidur kejap..Ulang yang sama je benda ni..ha3..

In term untuk Cocu, this year, aku dengan lagi 2 orang kawan join NGO luar..Kami kira newbie la..Cuak gak sebab takde pengalaman join persatuan luar UIA..This week baru 3rd meeting kami..Dan aku diberi peluang untuk buat bedah buku Start-Up Nation..Bahagian intro je..Tu pun dah pening..English memang tahap super saiya la jugak..Vocab yang of course la aku memang jarang guna..Tengok lah esok apa aku cakap..Moga dipermudahkan dan harap-harap lancar la lidah aku..Tak twist keluar dialek lain..Ha3.. 

This sem, join lagi jadi sub-committee untuk SRC UIA..Masih under Welfare Secretariat. Reason aku join lagi sem ni,sebab nak tebus sem lepas punya penglibatan dalam program under Welfare ni..Student Admin Dialogue last sem aku jadi Assistant Program Manager..Tak banyak aku buat..Arah itu ini je..Tu pun sebab Program Manager aku hebat,maka aku memang tak tau nak buat apa..So, this sem punya sem program, aku amik position as Program Coordinator,biar aku belajar sikit handle program, buat tentatif, jadi one of the person yang kena in-charge waktu the event happen nanti..Tiba-tiba eksaited nak tunggu program..ha3..

Harap-harap, sem kali ni,dapat naikkan lagi pointer aku sem lepas..Nak-nak CGPA..Sedih aku tengok CGPA aku..ha3..GPA naik la jugak..CGPA,bila tengok,alahai..Sedih sungguh..
Paling penting, aku harap, apa yang belajar sem ni,aku tak lupa sebab sem depan still sambungan untuk subjek ni..ha3..Bila kawan mintak ajar itu-ini, memang la kalau aku boleh nak elak, bukan sebab kedekut ilmu..Demi Allah, tak pernah niat aku nak sembunyikan apa yang aku faham..Kan kalau kita share ilmu kita, lagi kita faham, lagi berkat..Masalahnya, aku takut aku salah ajar..Tu sebab bila ada yang mintak aku jadi tutor diaorg, aku tolak..Bukan tak nak ajar..Aku still ajar..Cuma aku kata, anggap ni diskusi bersama..Aku bukan hebat..Sama-sama belajar..If ada yang lain dari apa yang diaorg faham, dengar, just bagitau..Sama-sama betulkan..

Doakan segala kerja,penglibatan aku untuk sem kali ni berjalan lancar..Harap preparation final exam kali ni lebih sistematik dan  ready untuk dicurahkan segala kefahaman..Moga ilmu yang dapat lebih berkat..Mohon doa dari semua..

Oh ye, malam ni pukul 12.00 a.m., kena fight untuk daftar subjek baru..Harap-harap semua sections yang aku nak dapat..he3..
Sekian..Assalamualaikum..

Thursday, March 27, 2014

Mid-sem Break: Hari Kedua dan seterusnya..

Assalamualaikum..

Janji untuk buat satu-hari-satu-entri sempena cuti mid-sem terkubur jua..ha3..
Apakan daya,tanggungjawab sebagai seorang anak-makcik-kakak-adik,perlu dijalankan jugak..
Hari-hari rutin sama, memang hafal dah kena buat apa..
Kemas rumah-cuci sangkar kucing-bagi makan kucing-kemas rumah lagi-bawak anak buah jalan-jalan-shopping (eh?) dan lain-lain..
Kemas rumah selalu bukan bermaksud nak kasi rumah kilat bersinar,tapi lebih kepada mengemas kembali segala barang-barang dan sepah-kapau yang telah dilakukan oleh warga rumah encik zaini.. ;)

Esok Jumaat dah..
Tak nak balik Uni. boleh x?
Land Law lagi dua topik tak hadam lagi..Malam ni baru nak sambung balik..he3..
Company Law,balik nanti baru cover..Lagi bagus decision ni.. -..-'

Naik cuti azam nak jadi lagi rajin..
Buku belajar, buku masa santai,majalah,banyakkkk lagi tak baca..
Lepak library la nampaknya weekend ni..
Jumaat malam budak-budak ni pergi dinner kuliah, aku nak lepak library mahallah baca buku cerita la..Biar malam terisi sikit dengan ilmu ye dak?

Tapi,tengoklah macam mana..
Ini hanyalah perancangan awal ..
Takut-takut aku sibuk iron stok baju pergi kelas untuk 2 minggu..
Takpun balut buku-buku law..
Lagi haru,kalau aku layan korea..Harapnya tidak la..Naik cuti banyak exams..

p/s:Ayuh study.. ;)


Saturday, March 22, 2014

Mid-sem Break: Hari Pertama..

Assalamualaikum..

*plan nak buat ala-ala diari dekat blog sempena cuti mid-sem..ha3*

Semalam baru sampai Melaka..Macam biasa,sampai rumah je, terus aku istighfar panjang..Memang la 2,3 hari awal-awal cuti ni memang kena kemas rumah tahap mega..Dengan anak buah yang tengah aktif, anak kucing bertambah..Lagi menguji kesabaran..

Walaupun namanya cuti, tapi dekat rumah, memang la takde istilah cuti..Nak-nak anak gadis ye..Kalau duduk rumah setakat nak rehat,tidur,tengok tv,memang la mintak penampau dengan puan emak..ha3..ok, tu tipu..Takde lah sampai puan emak nak lempang..Paling kuat,tazkirah non-stop selama 5 minit itu pasti.. ;)

Hari ni keluar beli buku,habiskan baucer buku..Paling best, akhirnya dapat jugak beli buku Cerita Cinta Ahmad Ammar..Last buku yang ada dekat Popular Mahkota Parade..Tempat lain dah sold out..Baru baca sikit, air mata dah mengalir..Malu aku puan emak tengok..ha3.. ;)
Lepas tu,cari baju raya..Sedondon dengan mak dengan kakak..Yang penting,aku tak payah keluarkan duit..Bahagia hidup..

Malam ni plan nak tidur lambat sikit sebab nak study Land Law..Naik cuti ada exam..Actually banyak exam..Tapi malas nak bawak balik buku banyak-banyak,sebab aku tau, tak baca pun..ha3..Ni pun pilih Land Law sebab buku subjek ni paling nipis..Dalam 660++ muka surat je..Subjek lain, semua 1000++..Memang tak lah aku nak bawak balik naik bas.. -..-'

So, plan macam nak balik awal..Tak lah awal sangat..Balik Sabtu pagi ke..Nak study subjek lain yang bukunya tak dibawa pulang..Hilangkan rasa serba salah.. ;)

Esok puan emak mintak tolong buat gotong-royong mega kemaskan almari baju..Jadi,memang esok kena all-out la kemas rumah..Rutin biasa,tetap diteruskan..Tapi jadi lagi rumit sikit nak kemas sebab ada budak kecik..Aku tak tau nak sumbat mana budak-budak ni..Rasa macam nak suruh mama diaorg bawak pi jalan-jalan..Aku siap kemas rumah baru balik..Aci tak?ha3..

Friday, March 7, 2014

Tahun Tiga: Bukan Semudah yang Disangka..

Assalamualaikum..

Salam Jumaat,penghulu segala hari..
Moga mendapat manfaat di hari yang mulia ini..

Malam Jumaat,aku ambil peluang, berehat, membaca berita terkini, dan semestinya, isu berkaitan perbicaraan Datuk Seri Anwar menjadi tumpuan..Aku lebih senang kepada hanya membaca dan memerhati..Aku bukan orang yang arif untuk berhujah dan menghakimi..Bimbang menjadi fitnah..Kalau di dunia sukar untuk mengetahui kebenarannya, di akhirat pasti terungkai..

Berbalik kepada isu menjadi pelajar Tahun Tiga..
Jujur,aku rasa aku tak kuat dan tak mampu untuk meneruskan perjuangan.. ;(
Nak berhenti belajar, mungkin boleh..Tapi itu mungkin bukan tindakan yang bijak..1000 kali perlu berfikir..
Kalau rasa nak lihat mak abah sedih, silalah..
Kalau nak rasa kena leteran, silalah..

Bukan kerana tak boleh belajar..Boleh belajar..
Bukan kerana malas..Boleh usaha menjadi rajin..
Banyak faktor yang menjadikan aku rasa hampir berputus asa..
Tambah lagi, sejak akhir-akhir ni, kepala aku asyik pening,sakit mencucuk..Makan panadol tak kebah..
Rasa asyik nak tidur, dan bermalas-malasan je.. ;(

Subjek sem ni bukan main lagi 'diaorang'..
Tengok nama macam senang, gah..
Company Law, Public International Law, Land, Equity, Revenue etc.
Nama bukan main simple, tapi contents dia, ya ampun, hanya Allah dan orang yang mengambilnya sahaja yang tahu..

Diaorang saje je tau buat pertalian secara tak langsung..
Kalau kau kata tak suka Land, tapi suka Equity, kau sedang mencari nahas..
Kalau kau kata tak suka Company, kau suka PIL, kau jugak sedang cari pasal..
Equity dan Land saling berkaitan..
Kalau kau tak fokus yang satu, alamatnya, memang memberi kesan kepada yang satu lagi..
Lagi buat aku kena fokus, ni baru Part 1..Sem depan ada lagi continuance of these subjects.. -_-'

Bukan niat nak mengeluh dekat sini, tapi hanya sebagai wadah untuk aku curahkan apa yang aku rasa..
Melangkah ke tahun Tiga, bukan lagi tahun untuk bermain-main..
Bukan lagi tahun untuk bertangguh-tangguh..
Bukan lagi tahun untuk study seorang diri..
Bukan lagi tahun untuk diam dan tidak bertanya..

Mohon doa dari semua, moga aku boleh harungi tahun Tiga dan tahun Empat dengan jayanya..
Moga aku ikhlas dalam belajar..
Moga aku amal dan sebarkan apa yang aku belajar..
Moga semangat untuk belajar terus kekal kerana Allah dan agama..Insya-Allah..



Tuesday, February 18, 2014

Langkawi Trip: Edisi Gambar

Assalamualaikum..

Entry sebelum ni, aku dah share sedikit-tak-banyak tips aku dan geng-geng bercuti ke Langkawi..Sekarang meh aku share gambar pulak..Jangan nangis tengok gambar banyak-banyak..ha3..

HARI PERTAMA

Depan mahallah, ready to start the journey!! 

Dalam LRT..

Another 4 members..
Mereka menonton Ariana Rose, yang di depan sibuk plan bajet untuk belanja.. ;)
Tempat makan pertama sesampainya di Langkawi..

HARI KEDUA

Selfie ramai-ramai tepi pantai Cenang sebelum Island Hopping..


Ini Pak Mat, pakej Island Hopping murah dekat dia..




Tasik Dayang Bunting..

Untunglah pandai floating.. -..-'






HARI KETIGA



Terserlah kemanjaan dan ukhuwah di dalam kereta kabel..he3..







 

Telaga Harbour Marina..







HARI KEEMPAT

Sarapan hari terakhir di kedai best dan murah..


Real situation..

8 orang dalam kereta..Havoc!! :)











Ok,banyakkkkkkk lagi gambar, tapi dah tak larat nak pilih dan upload..Ini adalah gambar yang dalam group..Individual picture rasanya boleh upload di laman sosial masing-masing..