Sunday, December 16, 2012

Kawan dan Kawen

Assalamualaikum..

Jam dekat desktop dah tunjukkan angka 2.05 pagi..Dan aq masih lagi menahan mata supaya terus bersabar..Niat di pagi yang sunyi-sepi ni,nak siapkan assignment..Apa yang aq perhatikan, bila dah nak dekat dengan dateline, bila dah nak dekat final exam, waktu tu la idea mencurah-curah, laju je siapkan assignment.. Kenapa waktu awal-awal idea tak mencurah?Sape boleh jawab?

Aq stop dulu nak buat kes review..Tarikh submit Jumaat depan..Sekarang, otak aq ligat memikirkan isu yang paling kerap meniti di bibir kawan-kawan aq..Kalau tak dilayan, kata aq tak normal..Mungkin aq juga dilabel tiada perasaan..Isu makin menjadi-jadi bila blogger Kak Maria Elena selamat melangsungkan perkahwinan.. Gambar-gambar pun dah banyak dimuat naik dekat page beliau. Tahniah kak maria.. 

Ok, sambung balik..

Waktu makan, cakap pasal kawen.. Dalam kelas, cakap pasal kawen.. Tengah buat assignment pun cakap pasal kawen..Aq pun tak terkecuali la dalam bab-bab ni..Tapi, pendapat aq, umur 20, kalau nak cakap pasal kawen secara serius, macam tak proper lagi..Boleh je nak fikir.. Tapi, lain orang lain pandangan..Major kawan-kawan aq cakap, umur 20, at least kita patut ada someone steady.. Yeke? Aq rasa tak perlu.. Bila umur kita dah cecah 23 ke atas, takde someone yang memang nak dijadikan calon suami, kita patut risau.. Yeke? 

Tak dinafikan, sekarang ramai kawen awal, kawen muda.. Tak salah.. Tu maknanya, Allah dah tetapkan jodoh diaorang di usia muda.. Diaorang dah berkemampuan, dah bersedia nak pikul tanggungjawab..Aq nak kupas bab-bab kawen, memang aq tak pro..Tapi, nak share pandangan peribadi boleh la kot..

Bagi aq, kalau korang nak kawen awal, terserah, alhamdulillah..Tapi, jangan disebabkan nak menunjuk atau nak ikut trend..Boleh dikatakan kawen awal sekarang seolah-olah jadi trend..Tapi, benda bagus, tak salahkan.. n_n Semua tu terpulang pada niat korang..Jangan tengok orang kawen, korang pun sibuk nak kawen..

Mempunyai steady gulpren atau buayapren tu terpulang dekat individu..Aq rasa, banyak dah kupasan isu pasal konon-konon cinta Islamik..Nak Islamik, baik kawen..Tak mampu kawen, hold la dulu..Sampai sekarang, aq pelik jugak, orang yang couple-couple ni, tak penat eh every day mesej, tak pun telefon ke..Chatting ke..Apa yang korang borak hari-hari eh??Aq curious jugak..Ada kawan-kawan aq cakap, aq tak rasa lagi, boleh la cakap, perli macam-macam..Aq mintak jauh la..Aq tak nak buang masa, buang duit pada benda yang tak pasti..Nauzubillah..

Paling yang buat aq rasa isu ni tak perlu aq fikir kan dulu sebab banyak benda aq nak realisasikan.. Aq nak belajar..Aq nak tuntut ilmu dulu..Poyo?Tak kisah nak cakap apa..Sebab ilmu bukan bermakna belajar dekat universiti, kolej, sekolah..Banyak lagi cabang ilmu aq nak belajar..Ilmu rumah tangga pun salah satu cabang ilmu..So, kena la ada ilmu tu dulu sebelum terfikir nak berkawen kan.. ;) Paling penting, biarlah aq happykan parents aq dulu..Aq takut kalau asyik fikir nak kawen, bila dah kawen, lupa mak abah..Nauzubillah.. ;(

Sentap?? Aq sentap.. ;(

Aq rasa, ada betul benda ni..Found here about cinta islamik..
Edit extra info: Lagi satu perkongsian artikel kahwin muda..
Kahwin Muda: Jangan Ingat Mudah..

Tapi, jangan lah fikir aq ni liberal sangat..Aq open je kalau borak pasal kawen ni..Aq pun ada minat orang jugak..Tapi, for the one and only, yang aq betul-betul suka, aq takkan share..Keh3..Yang pasti, tu BELUM terjadi lagi..Chill..Kadang-kadang, kelakar jugak sebab bila takde buayapren, kawan-kawan yang baik hati ni, macam-macam nama diaorg kenenkan dengan kita..Kata sepadan la, muka sama la..Orang tu memang suka kita la..They try to show their love, care pada kita..Thanks for the suggestions..hahahaha

Untuk kawan-kawanku, jangan risau..Aq ok lagi..Straight lagi..Tak fikir pasal kawen, tak fikir pasal calon suami, tipulah kan..Aq fikir jugak..Tapi, bila time takde keje la..keh3..Kan aq kata aq nak kawen dengan Samsul Yusof..hahahaha..gurau-gurau..Insya-Allah, bila sampai masa, pasti Allah datangkan yang terbaik untuk kita..Sekarang masa kita fokus untuk belajar, hargai masa yang ada..Mingle around dengan orang sekeliling..Mana tau, orang yang kita selisih nak pergi kelas tu jodoh kita..Eh??Hahahaha..

Ni nak salahkan sape bila aq dah cakap pasal kawen ni??
Assignment contract aq sape nak buat?? -..-'

p/s : benda paling seram pasal kawen bila kawan korang main teka-teka sape akan kawen awal..Lagi seram kalau dia kata, korang yang akan kawen awal sebab biasanya orang yang tak kecoh-kecoh, tak fikir pasal kawen yang akan kawen awal..aq patut rasa apa sekarang??seram??suka??risau??

kenapa guna font warna pink?saje sebab pasal kawen kan..kena la gegirl sikit..ha3..



2 comments:

  1. Replies
    1. Insya-Allah..x kan lupa punyalah sebab ko kan kena cuci periuk belanga, pinggan mangkuk semua..ha3..

      Delete