Assalamualaikum..
Ok,tajuk bukan main lagi..Dan-dan je dulu gemilang sangat zaman sekolah.. -..-'
Gemilang tak gemilang, nilai sendiri..Nak cerita pun untuk suka-suka sahaja sebab pagi tadi, budak-budak bilik pakat cerita zaman penjajahan depa waktu sekolah..So, aq start dengan sekolah rendah sebab sekolah rendah paling manis sekali..
Darjah satu,disebabkan awal-awal main sumbat je nak masuk mana, aq dapat kelas last..1 Pandai.. Waktu ni, zaman main kejar-kejar, mana heran kelas depan ke belakang..Asal dapat pi sekolah jumpa kawan sudah..Kelas last pun, aq jadi ketua darjah kot..Memang terperanjat mak abah aq..Awal-awal pihak sekolah dah dapat detect kuasa diktator aq.. *kembang-kempiskan hidung*
Aq memang jeles dengan budak kelas first sebab depa dapat belajar Arab..Muka semua pun stok-stok educated, stok-stok ustaz-ustazah..Seingat aq,aq takde kawan pun dalam kalangan budak kelas first sebab aq ingat depa mesti nak cakap Arab je dengan aq..So,say NO tu depa!!Ha2..
Bangunan kelas aq waktu darjah 2 dulu, papan..Kelas aq, dekat atas..Kelas first, dekat bawah..Jahat tak jahat aq, bila naik tangga, lompat-lompat, biar diaorg dekat bawah tu, kena habuk dari celah-celah papan..Kalau sapu pun, confirm-confirm jatuh bawah ikut celah-celah papan..Keh3..Kira dah besar dah baik la..Tak nakal macam dulu..Nasib baik lantai simen sekarang..Kalau tak, kesian budak-budak bilik bawah aq..keh3..
Darjah 1 dengan Darjah 2, aq dapat no 1 keseluruhan darjah..Seingat aq,aq belajar takde la rajin mana.. Bahasa Inggeris pun tunggang terbalik..Tapi mungkin sebab berkat doa mak abah aq kot..Tu sebab dapat keputusan macam tu..Alhamdulillah..
Subjek yang paling aq tak suka, Pendidikan Seni..Memang tak ngam la aq dengan subjek ni..Semua duk kata orang kidal ni berseni la,pandai lukis la..Teori tu memang salah sama sekali!!Aq tangan kidal, seni aq la yang paling hampeh waktu sekolah rendah..
Seingat aq, cikgu BM aq, ajar aq Pendidikan Seni jugak..Cikgu Faridah Kassim namanya..Cikgu Faridah GPK 1 waktu aq darjah 2..Kira best la sebab cikgu yang ajar ko, orang yang kedua berkuasa dengan sekolah..Aq memang suka waktu subjek BM sebab sape buat karangan sedap, cikgu bagi coklat.. Memang selalunya, muka aq la yang dapat coklat..Karangan pun, setakat "Aku Sebatang Pensil".. "Aku Sebuah Basikal"..Kalau cikgu suruh buat karangan, apa je yang budak darjah 2 boleh buat..Takde maknanya hiperbola,peribahasa bagai..Tapi sebab aq suka baca buku-buku untuk Tahap 2 (Darjah 4-6), maka, secara tak langsung, vocab aq pun lagi power lah dari kawan-kawan sehingusan aq..keh3..Maka, jadi lah aq favourite student cikgu BM aq..
Waktu Pen. Seni pulak, selalunya aq akan protes dengan cikgu aq ni..Sebelah kelas aq kelas pemulihan..Kira tempat untuk budak-budak yang tak pandai baca, tak pandai tulis belajar..Cikgu yang handle kelas ni, arwah sepupu abah aq (Al-Fatihah untuk arwah Cikgu Yusof)..So, bila agak-agak aq nak ngelat dari kena lukis benda-benda yang terang lagi nyata aq tak reti, maka, aq selalu larikan diri dekat kelas ni..Tapi, lari pun,bukan aq belajar..Aq pi main tanah liat belakang kelas pemulihan tu..Mula-mula, memang arwah sepupu abah aq ni tak kasi..Lama-lama,sebab dia kesian tengok aq, dan jugak sebab aq memberontak, buat tak tau je bila dia marah suruh balik kelas, dia biarkan je aq..Kadang-kadang, ada jugak aq ajar budak-budak kelas tu..Saje tunjuk hebat..Top 1 student kan..keh3..
Cikgu Seni aq pulak, malas nak marah aq..Sebab seingat aq, kalau aq kena marah hari ni, esok tu mesti aq tak pergi kelas..Kalau pergi pun,aq takkan masuk kelas..Otai tak otai??Kecik-kecik pandai ponteng.. Waktu ujian akhir tahun, aq tak prepare apa-apa pun..Selalunya, kertas soalan bagi seminggu awal..Bagi student prepare bahan-bahan..Time tu, mana la aq tau cop-cop pakai bendi,kentang semua tu..Aq punya malas, main koyak-koyak kertas warna,tampal je ikut suka hati aq..Tapi, mungkin sebab kesian dekat aq, cikgu Seni aq lukiskan bentuk pokok yang cantik dekat kad manila, lepas tu bagi dekat aq suruh tekap dengan kertas aq..Ingat lagi, warna oren pokok tu.. ;) Punya baik cikgu aq, walau pun benda tu dia yang buat, dia still kasi aq A..Terima kasih cikgu.. n_n
Cikgu Matematik aq pun tak kurang baiknya..Aq dapat markah 98 dah..Tapi, sebab dia kamcing dengan aq, dia suruh aq bawak pensil dengan pemadam, betulkan balik soalan tu..Aq tau cikgu aq baik hati.. Dia ada niat yang baik..Maka,dapatlah aq 100 markah.. ;) Kan bagus kalau lecturer-lecturer dekat UiA baik macam cikgu-cikgu aq ni..Mesti tiap-tiap sem aq dapat DL..Keh3..Ke laut la DL nya kalau belajar pun tak serius..Oh Sakinah!!Kenapa tak boleh serius?? ;(
Entry ini to be continue sebab ada banyak lagi aq nak cerita. Tapi terpaksa diberhentikan..Kok aq nya, perlu habisin revision Contract sama itu Tort..Esok aq mau liburan ke Mahkamah Jalan Duta.. Cuci mata cari lawyer-lawyer kacak di sana..Keh2..