Friday, August 17, 2012

Buku Mesti Baca..

Assalamualaikum..

Lagi 2 hari je lagi puasa dah nak habis..Pejam-celik-pejam-celik, dah nak raya dah..Belum ada cerita pasal Ramadhan ataupun sambutan menjelang raya..Cuma,semalam rasa cool habis sebab aq main mercun..keh3..walaupun hanya thunder clap (ok,tak tau eja nama mercun tu), bukannya bom bola macam budak-budak kampung bawah main..Seingat aq,waktu kecik dulu,aq hanya berani main bunga api je..Paling ganas pun,mercun naga.. ;)

Ok,lupakan cerita mercun,entry ni,aq nak share dengan korang semua,buku yang menceritakan kisah bintang badminton negara kita, Dato' Lee Chong Wei..Kalau korang tak kenal, boleh terjun lombong sekarang!!Amboi,hari tu dah beratur amik aiskrim Baskin Robbin,buat-buat hilang ingatan ye..

Korang kena baca buku ni kalau korang kata korang peminat,penyokong no. 1 LCW..Lagi korang kena baca kalau hari tu korang beratur amik aiskrim..keh3..Dalam buku ni, LCW ceritakan kisah hidup dia,sejak dari kecik sampai dia dah besar panjang dah berjaya.Mostly,benda yang kita semua tak pernah tau..Kita mungkin start kenal LCW bila dia dah mula melonjak naik..Tapi,

Korang tau macam mana LCW mula ceburi bidang badminton??
-->Mungkin ramai yang tau sebab mak LCW tak suka LCW main bola keranjang dan berpanas. Tapi, LCW mula minat badminton sejak kawan dia ajak main badminton sama-sama.

Korang tau, siapa yang Lee Chong Wei anggap macam ayah dia selain ayah kandung dia??
-->Bekas juru latih dia, Misbun Sidek dengan seorang lagi individu yang banyak bantu LCW bila susah iaitu Wong Wei Choy (ayah angkat LCW).

Korang tau siapa yang belikan raket Yonex pertama LCW??
-->Sebelum Yonex jadi penaja pemain kebangsaan, ayah angkat LCW belikan 10 raket Yonex untuk LCW dan kawan-kawan LCW.

Banyak lagi kisah LCW yang menarik untuk di kongsi, tapi apa kata korang beli buku ni, baca sendiri.. Korang akan tau, akak LCW sampai sekarang tak pernah tengok siaran televisyen bila LCW bertanding sebab dia tak nak sedih tengok kalau LCW kalah.LCW pernah kemalangan yang menyebabkan fokus permainan dia hilang menyebabkan rangking dia jatuh.Tapi,the main reason aq baca buku ni sebab sikap humble LCW. Even dia menang atau kalah, dia sentiasa merendah diri.

Kalau korang memang penyokong LCW,grab this book! n_n

Aq bukan di bayar untuk promote buku ni..Tapi,buku ni sangat best.Ada 3 version, dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan Mandarin. ;)


Front page of the book..


Sedih tengok gambar ni..Macam nak gigit je dak Lin Dan!!ggrrgrr



<3



His tweet few minutes after the game.. ;)

Selamat membaca!!5 bintang untuk buku ni.. n_n


Thursday, August 9, 2012

Cinta High Class..

Assalamualaikum..

Mengingatkan janji di entry lepas yang aq nak membuat review noveL Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu karya Fatimah Syarha dan suaminya,maka ku gagahkan diri menaip..Lagi best sebab cuti 2 hari..Boleh taip lemah-gemalai sikit..      -___-'  

Tapi,aq agak jeles memikirkan orang ramai sedap-sedap beratur dekat Baskin nak aiskrim percuma,aq dekat rumah..Tapi,tak heran sangatlah sebab aq pun tak pernah rasa aiskrim tu macam mana, so, tak la teringat-ingat kan.. n_n (sedapkan hati)

Let's start my review regarding this book..Untuk pengetahuan semua, buku ni dah hampir 3/4 minggu jadi top 10 best seller dekat MPH..

So,menjadi best seller selama beberapa minggu berturut-turut membuatkan aq terdetik untuk membaca buku ni..

Sebab kedua, buku ni ditulis oleh favourite author aq,Sis Fatimah Syarha..Hampir semua buku dia aq baca..Tapi,novel yang tebal-tebal,belum berkesempatan..Insya-Allah satu hari nanti..

Sebab ketiga kenapa buku ni semua orang kena baca, terutama muda-mudi,meh aq share sikit sebab dia..Nak share banyak,aq tak ingat sangat..Nanti salah info..

Apa yang boleh dirumuskan dalam buku ni,kepada cik akk dan cik abang sekalian, yang duk memikirkan soal jodoh,kahwin tu, tak salah..Tapi,ada caranya..Yang pasti, couple bukan caranya.. Kalau dah berkenan dengan seseorang tu, tak yakin sangat, tak perlu tergesa-gesa nak melamar,nak kahwin..Selidik dulu latar belakang dia..Family dia..Cara pergaulan..Kehidupan dia..Guna orang tengah..Bukan semua yang kita nampak baik luaran dia, dalaman pun baik juga..Mungkin tak seperti yang kita sangka dan harapkan..Dah yakin,baru lah boleh move on..Yang paling penting, kalau lelaki,pastikan dah berkemampuan nak tanggung bakal isteri..Yang bakal isteri pulak, dah berkemampuan nak jadi isteri,bakal ibu..  n_n

Tak kurang pentingnya, soal kriteria mencari pasangan..Tipulah kalau yang lelaki tak nak perempuan cantik,cukup pakej,pandai masak serba-serbi..Macam tu jugak yang perempuan..Nak calon suami stok-stok artis korea la,aaron aziz la..Tak kisah la..Nama pun kriteria..Dapat ke tak, terpulang pada ketentuan ALLAH..Tapi, apa yang penting, kalau kita nak bakal suami/isteri seorang yang setia,kita pun kena jadi setia..Kalau nak bakal suami/isteri yang tak tukar pasangan, tak mesej-mesej yang melalaikan, kita pun kena berusaha ke arah tu jugak..Paling senang nak faham, apa yang korang nak bakal suami/isteri korang ada, korang pun kena berusaha menjadi seperti apa yang korang nak..

Faham kan apa yang aq cuba sampai kan??Kalau tak faham jugak, apa kata korang beli satu buku ni, baca,hadamkan..Cover buku,dekat bawah ni..Selamat membeli..




Nak tulis panjang-panjang, aq tak pro pasal bab ni..Nama pun review kan..Beli buku ni,siap ada hadis lagi..Fiqh pasal isu-isu berkaitan..Insya-Allah, makin mantap lah fahaman korang pasal cinta nanti..

Selamat memburu malam lailatul qadar..Mari sama-sama memburu,menjadi pemburu malam Lailatul Qadar..Sama-sama perbanyakkan amal..Insya-Allah..Assalamualaikum..