Thursday, November 24, 2011

Healthy Life for Me,For You??

Assalamualaikum...

Semangat update blog lepas Subuh..demam2 pun nak jugak update..ni masuk kali ke-2 demam untuk 1st sem ni..nak kata ada main hujan,takde pun..dugaan Allah.. penghapusan dosa2 kecil insya-Allah..

Straight to the point jela..i just want to share about my life at uia..now,feel better..even though my friends and I feel very nervous and scary regarding our english test..we'll try our best..let's seek for Allah's help.. insya-Allah,He'll give the best for us..

fyi,sebab kitaorg just ada kelas arab and english,so, ada la certain days yg balik pukul 4..paling lambat pun pukul 6 ptg..some of my friends very concerned about their body..i mean their health..so,pantang ada masa and kalau tak penat, mesti diaorg akan ajak pergi jogging..paling2 pun main badminton..terasa macam atlet tau tak..jogging satu uia..paling banyak 2/3 round..haruslah sikit sebab ko ingat uia tu kecik macam rumah korang?besar ko tau.. ; )

even some of them jog sebab nak kurus, tapi apa aq kisah..as long as diaorg usaha dengan cara yang betul it's ok..aq akan sokong..kalau diaorg diet yang melampau, makan entah apa2 ubat, tak pasal dapat kesan yang teruk dekat badan..tu lagi tak bagus..aq jugak yang susah nanti.. ; )

dah 3 bulan dekat uia haruslah berbangga sebab dah hampir 10 round uia aq pusing..ha3..dulu dekat uitm, setahun 2 kali je aq pusing..4 tahun hidup dekat uia, berapa round lah boleh buat.. n_n harap2 banyak la..

after jogging frequently, rasa macam stamina dah ok..at least pergi kelas jalan kaki dah rasa macam mahalah ke kelas macam sebelah2 je..cehwahhh..kemain hiperbola..rasa macam atlet..sumpah tak tipu..ha3..selain tu, aq rasa, jogging improve pernafasan aq..some people improve their breathing by swimming..tp,aq rasa,jogging la buat pernafasan aq ok..kalau dulu baca Quran nafas tak cukup..dapat baca ayat pendek2 je..sekarang,dah improve..kalau dekat wakaf Hasan, boleh la teruskan bacaan..tak berhenti pun ok..nafas cukup insya-Allah..

so,aim sekarang, senaman insya-Allah akan konsisten..kena control makan la pulak..bukan la diet sebab aq jenis orang yang kuat makan..nak diet2 memang tak lah!!pengsan aq nanti.. n_n   aq tengah cuba kalau breakfast, tak payah makan tengah hari,so terus dinner..kalau tak breakfast, makan tengah hari is compulsary..then,dinner lambat..paling lambat pun 8 malam..lebih,tak payah makan..kena kurangkan makan junk foods like maggi!!ha3..tapi chocolate bukan junk food kan?aq tak kan tinggalkan chocolate even kena paksa pun..ha3..then,kena minum banyak air masak..makan pun tak boleh yang berminyak,bersantan sangat..tapi ada ke makanan Melayu yang tak berminyak?tak bersantan?  -___-'

harap2 apa yang aq tengah praktis ni berbaloi and konsisten..i want good body,good health!!insya-Allah..  n_n   let's practise together..nanti aq sihat,jadik atlet takde la korang jeles..ha3...stop mumbling!!it's near to 8 a.m..i'm not prepare to go to class yet..ha3..tata,assalamualaikum..



Tuesday, November 15, 2011

If and Only If..

Assalamualaikum..

Hari ni,dah pertengahan bulan November..next week i'll have mock english test..test ni untuk menguji kat mane tahap kepoweran English student ni..kejap je masa berlalu..end of December,the REAL test will be held..Ya Allah,sumpah cuak ke babom ko tau?!! Lately ni, makan-tidur-mandi-jogging-main badminton, semua la yang dibuat,semua nak mention pasal english test..impaknya cukup la besar..selagi tak lepas, jangan harap ko boleh masuk kuliah..nauzubillah..so,now,i'm starting,actually already start my revision and exercises..even not study so hard,but Alhamdulillah it going to be study smart..he3.. n_n

when I opened my note book or actually buku conteng untuk english, jumpa macam2 contengan yang rasa macam, " Ya Allah..apa aq buat dekat kelas?macam tak belajar je".. ; (    ada jugak latihan dalam kelas yang rasa macam apa aje..tak faham apa motif lecturer buat..keh3..so,aq jumpa latihan "IF"..ayat entah pape aq buat..sorry for the grammar mistakes..aq dalam kelas,memang favourable sikit..lecturer yang ok baru aq pay attention..so,bila lecturer yang aq tak berapa sangat, ni la hasilnya..keh3...


If I had pass my English test, I would enter to my kuliyyah..

If I entered to my kuliyyah, I would study law subjects..

If I studied law subjects, I would become a lawyer..

If I became a lawyer, I would help poor people..

If I helped poor people, I would happy every single day..

If I had happy every single day, I might treat you..

It's not good that I don't pass my English test..

ayat2 kat atas semua di buat waktu tengah frust menonggeng mengenangkan nasib tak lepas nak pergi kuliah sem ni..tu je nak share..ha3..takde idea nak update blog..nak tidur,nite..assalamualaikum..



Thursday, November 10, 2011

Laut..Best Place for Meditation Ever..

Assalamualaikum..

Almost every day spend my time, relax, lepak2 dekat tepi pantai cuti midsem ni..pagi,petang.. phewww.. nikmat habis.. alhamdulillah.. i got chance to reduce my 'stress', 'sadness' by viewing and enjoying the perfect creations of Allah..

Subhanallah.. One of the views i love..
Dari kecik sampai la sekarang, laut dah macam playground untuk aq..ececeh..hiperbola ke main..but it's true..setakat ni,belum pernah jatuh la dekat batu2 besar gedabak tu bila aq main lari2 konon feeling ala2 nak kejar future husband..ehemm..mungkin dah serasi kot.. ; )   tapi, even dah sebati dengan laut pun, satu benda yang aq pelik, aq tak pandai berenang..why? aq pun tak tau la..i'm quite trauma with the sea.. bila naik bot, selalu la seasick..tapi waktu kecik2 la..aq suka ikut abah aq pi menjala..bila mabuk laut, aq akan duduk diam..memang tak boleh pandang la air laut tu..

paling tak boleh blah, bila naik bot, aq mesti bayang dekat dalam laut ada jerung, paus yang tengah ikut aq..lepas tu,bila aq main2 air,mesti diaorg nak makan aq..ni sampai sekarang aq pikir macam tu..tak boleh blah..nampaknya, aq belum cukup bagus lagi nak jadik anak nelayan sejati..ngeee...

kenapa aq suka lepak laut?first,sebab view memang cantik..angin pun bukan takat sepoi2 bahasa dah..memang best la untuk buat tempat berangan..second,sebab tempat ni boleh naikkan semangat aq..of course sebab insan2 di bawah ni.. ; ) 

Mak and Abah.. ; )

abah got this big prawn tadi..besar gedabak..phewww...nasib tak addicted dengan udang sangat.. ; )


agak2 kalo aq dah malas nak belajar, bagi lah aq gambar laut ke, bawak pergi laut ke, kejap je aq touching..sape tak sedih..kalau korg jadik aq, sanggup ke korang tengok parents korang susah payah cari duit untuk besar kan korang adik-beradik?yurp,sekarang tak banyak yang aq boleh bantu mak abah aq..sikit-sikit dulu..insya-Allah, 4 tahun lagi, aq akan cuba buat diaorang senang..bantu sehabis daya..mungkin belum cukup nak balas semua...tapi,aq akan cuba..remind me if  i'm start to forget them..tembak aq ke, belasah aq ke bila aq lupa diri, lupa family aq.. serius... nauzubillah.. aq mintak2 lah tak jadik tanggang moden..

tu la sebab bila cuti je, aq pergi laut..ikut mak aq..tunggu abah aq naik laut..semuanya untuk ingatkan aq..jangan terlalu seronok..jangan lupa belajar..ada insan2 yang aq perlu balas jasa mereka..bukan hanya untuk dunia, tapi akhirat..ok,aq dah sedih..banyak nak merapu..totally, walaupun family aq tak kaya, tapi aq bersyukur..semuanya cukup..keperluan asas semua mak abah bagi..maybe parents aq tak macam parents korang..tapi aq suka and bangga dengan family aq..insya-Allah, 4 tahun lagi..4 tahun lagi kalau aq berjaya, (doakan aq), aq akan tulis satu entry bertajuk " Walaupun Seorang Nelayan, tetapi Beliau Berjaya Lahirkan Seorang Peguam''.. poyo?tak kisah lah~~ ha3.. n_n

much obliged for reading this.. ; )  sorry if i'm too exaggerate..assalamualaikum..


Thursday, November 3, 2011

Marilah Merancang Aktiviti Untuk Cuti yang 'Panjang'

Assalamualaikum..

Tak sabar nak balik esok..dah dua bulan tak balik rumah kot..sejak raya ke-6..lama tak lama korang bayangkan aq bertapa dekat Gombak ni ha..hari raya bawak ke raya deepavali sampailah dah nak raya haji..3 kali raya, tak balik2..sumpah rindu dekat family..tapi aq tak tau la depa semua rindu dekat aq ke tak..almost every day telefon, mau nak rindu..  -____-'

cuti dekat UiA pendek..tak macam UiTM,lama..sob..sob...huargh,rindu UiTM..tapi,barang yang leaps jangan di kenang..aq kena tumpu dekat english test..semangat nak lepas nak masuk kuliah law..tinggal sebulan lebih je..do pray for me ye.. n_n

sebab cuti sangat lah 'panjang', maka perancangan yang teliti haruslah dilakukan..nanti dah balik gombak balik takde lah menyesal kalau dekat rumah tak buat pape..makan-tido-gaduh dengan adik-beradik tercinta..antara perancangan yang bernas aq nak buat akan aq list dekat bawah..punya berkobar-kobar..buat ke tak,lain cite..huahuahua..

@ sampai-sampai je esok, aq nak pi lepak-lepak tepi pantai..aq nak pekena roti canai pak long aq..fresh orange..terbayang-bayang angin laut duk tampar-tampar pipi aq..meleleh dah air liur terbayang roti canai pak long aq yang gebu tu.. ; )

@hari Sabtu insya-Allah nak puasa..walaupun dugaan memang bosar kalo puasa dekat rumah,tapi sebab dah ada kesempatan nak puasa,aq nak cuba buat..so,maybe sabtu just duduk dekat rumah,kemas-kemas rumah..of course mak aq jadik mangsa masak-memasak untuk aq berbuka..he3..

@Ahad rasa macam nak main masak-masak..he3..dekat UiA,aq suka makan hash brown..macam dekat mcd tu..tapi aq tak makan mcd,so beli jela dekat fakulti ekonomi punya cafe..tapi hash brown dia kecik..nipis..dengan gigih aq dah google and fahamkan cara nak buat hash brown..hoyeahh..senang je nak buat..then,nak try buat lasagne..lama mengidam..buatnya tak.. -___-'  so,sabtu mungkin boleh pi shopping beli barang nak main masak-masak..harap mak aq tabah sebab aq akan sepah kan dapur..keh3..

@7 hari yang seterusnya punya perancangan belum ada lagi..tapi yang pasti aq akan habiskan masa dekat tepi pantai,naik bot dengan abah aq..he3..

walaupun lecturers aq ada bagi kerja yang banyak tak ingat dunia,tapi sebab aq nak spend masa betul-betul dekat rumah,so aq gigih kan diri nak siapkan malam ni..hua2..barang dah packing,tinggal sikit je..ok,marilah siapkan kerja..nite,salam.. n_n