Saturday, December 24, 2016

Filing Sijil Penampalan, Pembayaran Instrument of Admission & Disciplinary Fund

Assalamualaikum..

Tahniah bagi anda yang klik post ni!!Sebab apa?Sebab aku tau korang dah nak habis chambering..ha3..
Dekat sini, aku nak share pasal proses pemfailan sijil penampalan yang perlu kita letakkan sebagai ekshibit dalam borang 6-8 kita nanti ye..

Untuk yang nak tau, bila boleh buat sijil penampalan ni, ada senior yang cakap tak kisah bila2, asalkan beberapa bulan lepas kau settle borang 1 & 2..
Ada jugak yang cakap waktu naik KL bagi yang chambering luar KL, boleh lah buat waktu pergi Ethics ke..
Tapi, kalau ikut apa yang aku dengar dari staff RKKK haritu, akk tu kata at least boleh file in Sijil Penampalan seminggu sebelum korang habis chambering..

Nak senang, buat lah sehari sebelum korang nak filing borang 6-8, atau hari yang sama pun boleh..TAPI, sehari sebelum filing amatlah digalakkan untuk mengelakkan sebarang masalah seperti sistem rosak, ramai orang dan sebagainya..

Steps ni adalah seperti yang aku buat pada 14/12/2016..

1) Pergi RKKK, cakap dekat staff RKKK (Kaunter 2 biasanya) nak buat penampalan. Kalau chambering dari luar KL seperti dari Melaka ke, bagitau awal2..Sebab staff tu akan notify yang kita nak extract hari yang sama..

--> staff akan suruh kita isi dalam buku kausa (cari ikut no. petition kita) tarikh & Sijil Penampalan..
-->staff akan bagi borang sijil penampalan dan kita kena isi mengikut Afidavit2 Penampalan yang diberi..
***format nak isi: 5-5-2016 bukannya 05-05-2016
***tarikh Mahkamah JB sama dengan Mahkamah Muar

Dah siap isi Borang Sijil Penampalan tu, bagi balik dekat staff Afidavit2 Penampalan tu..

2) Turun dekat bawah, pergi kaunter bahagian sayap kanan (kanan bila masuk dari pintu besar mahkamah, jadi belah kiri bila kita turun dari tangga besar tu)

--> pergi kaunter 1@2 untuk mintak praesipi & isi details seperti nama, nama firm, no. petition, email (pastikan email betul) & Sijil Penampalan..
--> lepas siap isi, ambil no. dekat mesin, pilih Mahkamah Tinggi..Pergi balik dekat kaunter praesipi tu, staff akan tulis jumlah yang kita kena bayar..
--> sementara nak tunggu no. dipanggil, bayar dekat mesin RM10 untuk Caj Biro Perkhidmatan..
--> simpan resit bayaran tadi & no. giliran tu ye..nanti akan dipanggil untuk scan..bila dipanggil, bagi resit bayaran RM10 tadi & Sijil Penampalan..
--> lepas scan, pergi dekat kaunter bahagian sayap kiri pulak..yang ada tempat pesuruh jaya sumpah..

3) Kaunter Bahagian Sayap Kiri
-->tunggu sehingga no. kita scan tadi dipanggil atau tanya je dekat kaunter 5, invois kita dah ready ke belum..
-->dah dapat invois, amik no. baru dekat mesin, pilih Mahkamah Tinggi untuk buat bayaran RM40..
-->pastikan ada cop PAID..

4) Naik RKKK semula..
--> cakap dah bayar & kita outstation dari mana..nak extract hari tu jugak..tapi kalau dah cakap oustation awal2 tadi, tak payah cakap lah..staff tu faham je.. 

5) tunggu email..boleh extract dari ceruk mana pun yang ada internet dan printer untuk kita print..
-->korang boleh je tunggu dekat court kalau plan untuk filing hari yang sama..

Macam aku dengan kawan aku, alhamdulillah perjalanan buat penampalan berjalan lancar walaupun mula2 penat salah beratur kaunter..ha3..sampai mahkamah pukul 9 lebih, settle pemfailan pukul 10 lebih, dapat extract sebelum 11.30 pagi.. 

Cara nak extract bila dah dapat email, pergi dekat website e-kehakiman-->public service --> online document extraction -->letak no. extraction yang diberi dekat email tu..

Kalau habis filing penampalan awal, boleh lah bayar duit untuk Instrument for Admission dekat Bar Council dengan Disciplinary Fund dekat Wisma Maran..Benda ni nak bayar awal masa pergi Ethics rasanya xde masalah..

PEMBAYARAN DISCIPLINARY FUND

Pergi WISMA MARAN..Bangunannya sebelah je dengan Ambank..Naik tingkat 8..
Pergi kaunter cakap nak bayar Disciplinary Fund..Isi borang dan bayar RM200..Tunggu resit..
***Kalau korang drive, ada parking tepi HSBC..Bayar RM6/hour..

PEMBAYARAN INSTRUMENT OF FUND

Pergi BAR COUNCIL, jalan kaki dari Wisma Maran..Dekat je..Pergi kaunter Admission, cakap nak bayar untuk instrument.. Bayar RM30 dan staff akan bagi resit dan mintak isi form..
Lepas siap isi, bagi balik dekat kaunter, tunggu sampai dipanggil..
Staff akan bagi instrument..Untuk yang luar KL, macam aku dari Melaka, benda tu kena pass dekat Puan Ong, Mahkamah Melaka..

****SIMPAN RESIT KEDUA-DUA PEMBAYARAN NI

Ok, step untuk pemfailan Sijil Penampalan dah settle..Next post aku share steps untuk filing Borang 6-8..