Sunday, September 4, 2016

Sakinah dah ada boyfriend?

Assalamualaikum..

Dah pukul 1 pagi, tapi tak tidur lagi..Mata mengantuk, tapi tak rasa nak tidur..Mungkin sebab balik kerja tengah hari tadi terus tidur..ha3..Alang-alang belum nak tidur, ada kerja nak buat, maka, aku saje je up post kontroversi..Bila lagi kan..keh3..

Dulu zaman belajar dekat UIA, aku dapat banyakkkkkk sangat soalan cepu cemas ni daripada kawan-kawan, sedara-mara dah ada boyfriend ke belum..Mentang-mentang UIA ramai student yang kahwin awal..Tak pasal-pasal dengan aku sekali kena tempias..

Lepas tu, soalan makin kerap pulak ditanya bila aku dah habis belajar..Bila tengah chambering ni lagi lah..Kawan-kawan pun ramai yang dah tunang, nak kahwin, dah kahwin, ada anak..Sampai bila orang tanya dah ada boyfriend ke tak, aku terus cakap; "Takde, carikanlah"..
Bila dekat ofis, bila kena attend client untuk sign documents, aku siap request nak client lelaki dan yang belum kahwin je!!ha3..Tapi of course la yang ni aku main-main je cakap..Kau gila ke apa nak pilih-pilih client pulak..

Kalau kawan-kawan atau sesiapa je duk borak dan tanya aku kenapa takde boyfriend lagi, tak risau ke..Jujur aku cakap, aku tak kisah.. :) 
Kenapa??

1) Aku dah biasa hidup single..Yela,sebab dari dulu takde kan..ha3.. #teamsingledarizamansekolah

2) Aku rasa aku tak ready..Aku tak ready nak share life aku dengan lelaki yang aku belum tau lagi sama ada dia akan accept baik buruk, kelebihan kekurangan aku,keluarga aku..What if dia expect aku macam ni, tapi sebenarnya aku tak macam tu.. :(

3) Aku nak happykan mak abah aku..Aku banyak lagi nak buat untuk mak abah, family aku..Lagipun, sekarang aku tengah chambering..Aku dapat elaun je..Bukan gaji ikut gred ijazah..Aku bayar PTPTN, bayar bil, bagi & belanja family sikit..So, banyak lagi aku tak dapat nak bagi diorg..Aku pun takde buat saving untuk kahwin pun..ha3..Dalam kepala just fikir nak settlekan PTPTN before umur 30..Then, buat simpanan skit-sikit..Nak beli rumah..Nak travel..

4)Aku takde calon nak dijadikan suami..Sebenarnya adaaaaa..Jap aku bagi gambar dia..

Image result for kim soo hyun

Agak-agak, dia nak tak aku?ha3..Mohon jangan kecam aku..kih3..Aku memang minat Kim Soo Hyun ni..Sampaikan ada satu hari aku pernah ternampak budak lelaki Melayu mata macam dia ni, terus aku tersuka..Tapi masa tu jela..Lepas tu dah tak ingat..Seeee..Simple je aku..Tengok mata je dah suka..Mohon muntah hijau ramai-ramai..ha3..Kim Soo Hyun ni tengok aku pun tak nak aku rasa..ha3..

Tu jela setakat ni yang aku terfikir kenapa aku tak kisah takde boyfriend..Ingat senang ke nak cari boyfriend nak jadikan suami?Main pilih rambang mata?Yang pilih elok, dah lama kenal tu pun kadang-kadang dia ada hidden characters yang kita tak tau..Tu sebab bercinta bagai nak rak pun tak kekal lama..Yela, aku tau tu kerja dan aturan Allah..Allah knows best..

Senang cerita, doa mintak Allah permudahkan..Aku percaya, kau carilah gigih macam mana, kalau Allah dah tetapkan masa belum tiba, dia bukan jodoh kau, memang tak jadi lah..Ada sebab kenapa Allah aturkan macam tu..

Sekian sahaja bebelan di pagi yang hening ini.. :) Sambung buat kerja..