Monday, September 30, 2013

Mari Semangat untuk Belajar!! :)

Assalamualaikum..

Hari ni hari terakhir bulan September..
Jadi, sebelum terlambat, nak wish Selamat Ulang tahun kelahiran kepada semua yang lahir bulan September..
Tidak kira berapa usia anda.. ;)
Happy birthday untuk diri sendiri jugak.. *clap2*
Akhirnya masuk jugak umur layak mengundi..
Umur layak kahwin pun boleh jugakkan..ngeee..

Buat masa ni, masih lagi sibuk dan sedang membiasakan diri dengan jadual kelas..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..Semua pensyarah untuk sem ni sangat baik dan sporting..Ajar faham..Cuma aku jela yang kena pandai dan rajin membuat pilihan..Sama ada nak bersemangat untuk belajar atau pun tidak..

Sekarang pun, dah terserlah sikap pilih kasih terhadap subjek tertentu..Ini merupakan petanda yang kurang bagus untuk aku..Bila dah ada subjek favourite dan subjek tak favourite, maka akan bermulalah fasa subjek kesukaan diberi tumpuan bagai menatang minyak yang penuh..Sebelum kelas mesti buat ulang kaji..Nota untuk topik minggu tu mesti siap hari Ahad sebelum topik yang baru akan diajar, soalan tutorial disiapkan awal-awal, dan sebagainya..Maka, kasihan dan sungguh sadis la subjek bukan kesukaan..Dianaktirikan dan dipinggirkan..

Jadi, marilah sama-sama berdoa, supaya aku tidak bersikap pilih kasih terhadap subjek-subjek sem ni..Sesungguhnya, aku teringin nak dapatkan keputusan yang baik,cemerlang dan seimbang untuk semua subjek..Doakan supaya aku istiqamah dan terus semangat untuk belajar.. 

Sekian untuk kali ini..
Esok kelas sangatlah padat,takde gap antara kelas langsung..
Revision tak settle lagi..
Dan aku lupa nak beli roti dan tuna sebagai bekalan dari bilik.. -..-

p/s: Subjek yang dianaktirikan buat masa ini, Criminal Law.. ;)
faham memang faham, tapi tak tau nak explain panjang bila lecturer tanya..acane tu?? n_n

Monday, September 2, 2013

#2 Cuti Sem

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan September..
Akhirnya, sampai la jugak ke penghujung cuti sem selama 3 bulan ni..
Tak tau nak rasa apa..Sedih??Gembira??Campur??

Sedih adalah sikit..Ke banyak?? ;)
Sedih nak tinggalkan rumah,family..Lepas ni rindu nak gaduh-manja dengan family..
Gaduh-manja (lah sangat)sebab bila dah kemas rumah,diaorg sepahkan balik.. -..-'
Gaduh sebab tak tolong kemas sangkar kucing..
Gaduh sebab macam-macam..

Lagi sedih sebab takde lagi makanan free yang sedap..ha3..Ni yang paling penting kot..Dekat Uni. kena beli sendiri..Duit pinjaman memang kena catu habis-habisan..Takdenya nak fikir enjoy sebab kena ganti balik savings yang keluarkan waktu darurat..Plus, banyak bendaaaa nak kena beli.. ;) 

Seperti biasa, naik sem baru,semangat berkobar-kobar konon nak belajar rajin-rajin..
Hailah..Hopefully bukan typical sakinah zaini seperti sem-sem sebelum ni.. -..-'
Marilah positifkan diri sendiri..Kalau tak tolong bagi semangat dekat diri sendiri,siapa lagi nak bagi kan??

Lagi berapa hari nak balik Uni., barang tak start packing, barang tak beli lagi..
Untuk minggu akhir ni, nak tolong la apa yang patut dekat rumah ni..Kemas,kemas dan kemas..
After this tak sure bila lagi balik..Kelas takde hari Jumaat,tapi ada hari Sabtu.. ;(

Paling penting, minggu akhir, lepak tepi laut hari-hari,tunggu encik abah balik dari laut..
Hadam bunyi ombak..
Hadam pemandangan pagi-petang tepi laut..
Harap-harap tak rindu bila dekat Uni. nanti..
Harap-harap dapat naikkan semangat nak belajar..
Biar sedar diri..
Dekat rumah ada keluarga yang letakkan harapan yang tinggi dekat diri..

Favourite's adik sedara..

Tempat favourite..Duduk atas batu berangan sambil angin laut lempang laju-laju..

Encik Abah.. ;)
Dengan lafaz Bismillah, melangkah ke sem baru..
Moga Allah permudahkan urusan..