Friday, April 19, 2013

#1 Mooting


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas oleh Allah S.W.T pada hari ni.. n_n
Salam Jumaat kepada semua..Kepada yang Muslimin, jangan lupa solat Jumaat ye..

This week, tidur tak cukup.. ;( Tunggang-langgang waktu makan-tidur-belajar [eh?sakinah ada ke waktu belajar yang fix ke?aha.. ;) ].. even as a student memang normal kalau tidur tak cukup, stay up study semua, tapi memang this sem masa banyak habis untuk mooting..So, nak tak nak, memang kena bijak dan geliga untuk bahagikan masa supaya dapat study-prepare notes..

Alhamdulillah, semalam, selesai submit first Bundle of Authorities (B.O.A) untuk first mooting..Yeahhh!
Sehari sebelumnya,tidur pukul 4 pagi nak susun kes, nak baca..Sesuai ke tidak kes tu nak guna sebagai authority..Even few hours before nak submit pun still kena add-on and remove cases.. ;(  Ada kesilapan dekat front page, index B.O.A..Hailahh..Ni lah cabarannya untuk first time mooter macam aku..Prepare B.O.A pun dah rasa susah, belum mooting lagi..Present depan judge..Cuakkkk!!!

Untuk satu B.O.A je, spend dalam RM 30++..Kena prepare 3 B.O.A, so, totalnya RM 90++..Second mooting nanti, kena prepare lagi 5 B.O.A..Memang sem ni duit disalurkan ke mooting je..Mohon PTPTN tambah duit untuk budak law..Baucer buku sila tukar ke wang tunai sebab kami sangat jarang nak beli buku original..Tak cukup pun baucer tu nak beli satu buku law.. ;) Nasib baik aku bukan la seorang shopaholic..Hanya seorang yang 'makanholic' je..ha3..Ada ke term tu??Lantak la.. ;) 

Alhamdulillah, setakat ni, duit PT yang dapat masih ada..Selagi tak habis sem ni,memang duit kena jimat betul-betul..Masih belum emergency,belum sesak nak mintak dekat mak abah..Biarlah adik-beradik lain yang betul-betul perlukan duit mintak dekat mak abah.. ;)

Our B.O.A..450++ pages!! Boleh buat bantal ok!! ;)

Ignore the person..Focus on the file only.. ;)

Tagging untuk kes,memang menguji kesabaran..

Settle untuk 1 B.O.A..
Owh ye, my partner/counsel is Nur Shyamira..My roomate..Senang nak buat kerja..Tapi, satu bilik pun susah jugak..Emosional sangat waktu buat B.O.A ni..masing-masing dah penat, mengantuk..Bila sorang dah marah, dah emo,sorang lagi kena la diam..Kalau tak, volcano la bilik kami!! ;)

Sekarang, kitaorg kena prepare B.O.A untuk diri sendiri..Baca,highlight case..Kitaorg group ke 6, group yang last akan present untuk first mooting ni..Yeahhh..Mula-mula, rasa sedih jugak sebab last-last mesti dah tak best..Tapi, setiap yang berlaku ada himahnya kan??So, just relaks, and read the cases..Ha3..

As a last group, at least kitaorg boleh dengar group lain present..Boleh take note mana yang penting.. Which one kena buat, which one yang jangan buat..Yang paling penting, dengar arguments from both counsels, soalan daripada judge..Takut nak mooting.. ;(  Tapi takpe..Save the last for the best.. n_n

Kitaorg akan act untuk respondents..Medical negligence..6 issues..Hopefully semuanya berjalan dengan lancar..Moga Allah permudahkan urusan kami, lancarkan lidah kami dan moga jduge terima arguments kami..Amiinnn..Kalau ok,boleh la doktor-doktor kacak luar sana yang nak bawak kes ke mahkamah panggil kami..Ok,tipu je..Cukup la kena present olok-olok..Depan real judge memang ketaq lutut.. ;)

Paling best time prepare untuk mooting, bila kena pakai black and white..Memang bajet lawyer sangat.. ;) Kalau tak,memang jangan harap la aku nak pakai black and white..Segan ok..Biar orang tak tau aku amik course apa..Sebab lain yang best untuk mooting, kena fikir nama untuk firm!!Aku dah ada firm ok!!ha3..Sebab aku tengok Running Man, dan aku suka Kim Jong Kook, aku letak nama Sparta!!Ha2.. Childish sangat.. -..-' Mula-mula ok je..Tapi, bila dah nak submit B.O.A, Madam suruh tukar nama..Keh2..Padan muka aku..

So, kitaorg tukar nama..Mula-mula nak gabung nama..Tapi macam pelik,so letak la dua-dua nama..Maka, jadik lah Messrs. Sakinah & Shyamira..Alamat pun letak alamat kulliyyah kitaorg je.. Level 2, Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws, IIUM, Gombak..Partner aku kata,kan best kalau jadi kenyataan, sama-sama bukak firm..Aku tak tau la nak amin kan kata-kata dia ke tak sebab aku macam tak nak jadi lawyer je.. ;)

So, doakan semuanya berjalan lancar ok.. n_n

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Maksudnya: "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

Assalamualaikum..
p/s: Counting days for Ramadhan..Tak tau kenapa this year rasa exited nak tunggu Ramadhan..Moga Allah sampaikan kita semua kepada Ramadhan..Amiinn

Friday, April 5, 2013

Peringatan Manja Untuk Final Exam!!

Assalamualaikum..

Semalam secara rasminya jadual untuk final exam keluar..Rasa macam cepatlah pulak masa berlalu..Macam baru semalam je masuk sem baru..Kalau takde sebarang masalah atau aral melintang, for my batch, paper start 29 Mei..Kurang dari 2 bulan je lagi!! ;)

Tapi, sebenarnya, ada 2 papers yang bukan dalam minggu final exam..Maksudnya, paper ni waktu study week or earlier than that..Papers yang bertuah tu ialah Mooting (for those yang tak tau mooting itu apa, mooting is like I'll act as a lawyer for the parties in the court..Oh yeah,I be a lawyer?Macam akan disaster je.. ;( ) dan Leadership (this paper depends on the lecturer sama ada nak buat final exam, or substitute with any activities to replace the final exam like explorace)..

Hopefully, masa yang tinggal, dapatlah aq cover laju-laju apa yang tak faham, notes untuk topics yang tak siap lagi..Dan yang paling penting, janganlah aq tertinggal nak jawab soalan lagi..Nauzubillah..Last sem, 2 papers kot aq tertinggal 1 soalan 15 markah..15 markah!!Bukan 5 markah!! -..-'

Semua berbalik pada usaha, cara manage masa (either during study or during final exam), amalan kita dan sebagainya..Feel like a motivator pulak..Keh3..So, jadual adalah seperti berikut :


29 Mei, Rabu (9 pagi)      :UNGS
1 Jun, Sabtu (9 pagi)        :FAMILY
2 Jun, Ahad (2.30 ptg)     :CRIMINAL
4 Jun, Selasa (9 pagi)       : ISLAMIC CRIMINAL LAW
6 Jun, Khamis (2.30 ptg) : CONSTITUTIONAL LAW

Sekarang, phase buat kerja memang kena lagi laju..Dalam banyak-banyak assignment, mooting lah yang paling memerlukan pengorbanan paling besar.Area of law yang aq kena settle untuk clients ialah medical law..Jadi, mana tak harunya..Aq ingat dalam law takde belajar lagi terms biology ni..Sekali jumpa lagi dah..Terus aq rasa Allah nak tunjuk dekat aq,sejauh mana aq lari daripada Science streams,aq tetap akan jumpa,kena face Science tu jugak..Hailah..Tiba-tiba, bila buat medical law rasa macam aq tengah blaja medic pulak..Keh3.. 

Laparotomy, peritonial cavity, prophylactic antibiotic,spepticaemia,corrugated drain, trabeculectomy, Seton procedure (bukan Shaiton nirrajim ye) dan sebagainya..Timbul rasa kesian dekat dalam diri aq buat kawan-kawan aq yang sedang mengambil jurusan perubatan..Tapi, aq tau, mereka hebat, tu sebab Allah tetapkan mereka belajar dalam bidang perubatan..Maka, BERSYUKURLAH aq tidak mengambil medic, walhal memang aq tak layak pun untuk amik jurusan medic ni..keh3..Kalau tak, jenuh aq nak ingat terms ni semua..Ni baru handle case untuk operation dekat abdominal part..Bersyukur sangat walaupun dalam law, sama je banyak terms law yang kena ingat.. -..-'

So, nanti, bila dah settle present kes ni, dalam hujung april or before final exam, aq nak conclude this case for my friends yang amik medic..At least korang tau kalau kena saman, apa kena buat..Make sure korang ikut standard procedures yang sepatutnya..

Ok,cukup setakat ni, all the best for final untuk warga UIA..Marilah study sampai lebam mata macam panda.. n_n



Assalamualaikum..