Assalamualaikum..
Something happened today in my class..Tak berminat nak cerita secara detail, tapi, the main point yang my lecturer cakap, ada ke anyone yang dalam kelas tak solat Subuh? Kelas senyap.. Mestilah semua solat kan?Ni kan universiti Islam, lain la UiTM..Serta-merta aq dan kawan-kawan terdiam..Kami pandang sesama sendiri..Dalam hati bermonolog..Pehal pulak tak solat kaitkan dengan UiTM?Budak UiTM je ke yang selalu tinggal solat?
Sepanjang sesi pembelajaran,aq cuba tumpukan pelajaran..Tapi, tipu lah kalau aq boleh 100% concentrate..Even lecturer kitaorg tak tau yang ada a group of student in that class from UiTM before further study dekat UiA, tapi, sikit-sebanyak buat kitaorg sedih..Of course la student yang dari Asasi UiA tau, siapa yang dari UiA,siapa yang dari UiTM..
Bila benda ni jadi, buat aq terfikir..
Nak belajar agama,kena dekat UiA je ke?
Budak UiA je ke yang selalu solat?Budak UiTM tinggal solat?
Memang daripada stigma dan perspektif masyarakat Malaysia secara amnya, UiA sudah tentu dan pasti mempunyai persekitaran yang lebih Islamik berbanding universiti-universiti lain di Malaysia..Apatah lagi perkataan Islam yang terselit di nama universiti tersebut..Memang tak dinafikan,2 tahun aq dekat sini, Islam memang nampak hidup di UiA..
Tapi, 1 tahun jugak aq berpeluang belajar di UiTM Shah Alam,banyak jugak yang aq pelajari..Walaupun tiada perkataan Islam pada namanya, tapi, nilai dan unsur Islam masih wujud di bumi UiTM..Sentiasa ada ceramah-ceramah agama di setiap kolej..Sentiasa ada majlis solat hajat,bacaan Yassin..Walaupun bilangan mereka yang bersungguh-sungguh menerapkan nilai Islam dan menyebarkannya tidak seramai di UiA, tapi, tak bermakna tiada nilai dan unsur Islam di sana..Apatah lagi sejak kebelakangan ni, melalui cerita daripada rakan-rakan yang masih di sana, banyak program-program kerohanian dilakukan..Masjid dan surau di sana tidak pernah kosong dengan aktiviti dakwah..
Jujur aq katakan, sahabat-sahabat di UiTM, mereka lebih gigih dan istiqamah dalam berjuang dan menuntut ilmu agama..Malu aq yang menuntut di universiti yang terdapat Islam pada namanya, namun tidak bersungguh-sungguh mengambil peluang belajar mengenai ilmu agama, bekalan dunia akhirat..Aq sentiasa berharap, moga semangat mereka dapat aq pinjam untuk mempelajari ilmu agama..
Satu yang perlu diingat, iman seseorang bukan dinilai dari tempat belajar..Bukan juga dari segi pemakaiannya..Boleh jadi mereka yang tidak belajar di universiti Islam lebih baik daripada mereka yang belajar di universiti Islam..Boleh jadi mereka yang tidak berserban dan berjubah lebih baik daripada mereka yang berserban dan berjubah..Semuanya terpulang kepada individu tersebut..Sejauh mana mereka mendalami ilmu agama dan beramal dengannya..
Moga Allah rahmati kita semua..Moga nikmat Iman dan Islam sentiasa pada diri..Allah menilai kita pada iman dan takwa, bukan pada universiti yang kita belajar.. ;)
Assalamualaikum..
Assalamualaikum..