Assalamualaikum..
Alhamdulillah..Hari ke-4 umat Islam berpuasa pada hari ni..Bersyukur sebab Allah bagi peluang kepada anda anda dan saya,untuk sekali lagi menemui bulan yang mulia ni..Moga segala amalan kita diterima oleh Allah..Moga,Ramadhan kali ni,lebih baik dari yang sebelumnya..Yang kurang,kita tambahkan..Yang belum sempurna,kita sempurnakan..
Nabi Muhammad menyebut, ketika baginda menaiki tangga-tangga mimbar masjid, Jibrail berkata kepada baginda, "Sesiapa yang mendapati bulan Ramadhan, lantas tidak mendapat ampunan, kemudian mati, maka ia masuk neraka serta dijauhkan Allah (daripada Rahmat-Nya)."..Jibrail berkata lagi, "Ucapkan 'Amin'". Maka kuucapkan 'Amin' ". (Transformasi Ramadhan,Hasrizal Jamil)
Moga,dengan peringatan ini,cukup untuk membuatkan kita sentiasa beringat untuk terus berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah..Bukan saja di bulan Ramadhan,tapi di bulan-bulan yang lain..Bukan mudah,tapi kalau berusaha,insya-Allah boleh..Sesuatu benda yang baik,perlu dipaksa untuk dijadikan darah daging..Memang susah,tapi Allah Maha Mengasihi..Dia memudahkan urusan hamba-Nya..
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka,pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat". Allah bantu kita, sebulan di bulan Ramadhan,syaitan diikat untuk mempermudahkan urusan ibadat kita..Tapi,andai kata kita masih melakukan kekhilafan yang sama seperti di bulan-bulan yang lain,itu tandanya, nafsu kita perlu dikawal,perlu dijaga. Kenapa bila syaitan ditambat, kita masih melakukan kesilapan?? Jangan salahkan syaitan..Refleksi diri, jom kita sama-sama improve..Takkan nak pahala,syurga sorang je kan?? ;)
Untuk Ramadhan tahun ni, mula-mula, beberapa hari nak Ramadhan, aq takde feeling lansung nak puasa..Mungkin sebab kerja, tak terasa sangat kot.. *sedapkan hati* Risau jugak..Then,nak naik kan mood puasa,mood nak beribadat, cuba curi-curi masa yang ada dengan re-read Solusi Ramadhan last year, buku Transformasi Ramadhan..Tapi,sebab sekarang tengah baca buku Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu karya Fatimah Syarha dan suami beliau, maka, kena la bahagikan masa untuk baca 3 buku ni.. n_n
Tapi,penaik mood Ramadhan kali ni,datang daripada Puan Emak..Lepas Subuh je, tak nak bagi aq tidur, mak suruh ajar mak mengaji.. ;) At least, aq tak tidur lepas sahur, dapat pahala mengaji..Insya-Allah.. Ada jugak perubahan lain dalam keluarga tahun ni..Alhamdulillah..Moga kami semua,termasuk anda yang sedang berubah ke arah yang lebih baik, istiqamah dalam melakukan perubahan.. n_n
Tapi,penaik mood Ramadhan kali ni,datang daripada Puan Emak..Lepas Subuh je, tak nak bagi aq tidur, mak suruh ajar mak mengaji.. ;) At least, aq tak tidur lepas sahur, dapat pahala mengaji..Insya-Allah.. Ada jugak perubahan lain dalam keluarga tahun ni..Alhamdulillah..Moga kami semua,termasuk anda yang sedang berubah ke arah yang lebih baik, istiqamah dalam melakukan perubahan.. n_n
Disebabkan Ramadhan kali ni aq bekerja,maka, pahala Ramadhan haruslah dijaga..Kerja tak boleh curi tulang,jaga mata dari melihat perkara yang tak elok seperti melihat anak teruna orang..ehem2.. ;) Solat di awal waktu..Disebabkan shift bergilir pagi dan petang, maka, aq hanya berkesempatan berterawih kalau shift pagi sahaja..Shift petang,terpaksa la buat sendiri dekat rumah lepas balik kerja..Insya-Allah, malam ni dapat terawih di surau..Doakan.. n_n