Sunday, May 27, 2012

You make me SAD again..

Assalamualaikum..

You make me sad..seriously!!
Ada kwn2 aq kata,diaorg sebak,sedih,terharu sikit bila baca previous entry aq..Tak tau nak komen apa..Maybe bila kita ckp psl org yg kita syg,nak2 parents, semua org boleh faham kot perasaan kita..Kalau bagi Abah baca,agak2 nangis tak??ha3..So,again,this entry about my superhero,Abah.. ;)
Tapi bukan nak bagi korg touching lagi..Tak..Tapi Encik Abah dah buat sy terharu lagi..

Aq mintak tolong something daripada akk aq yg first..Then,akk aq cakap tak boleh tolong atas faktor2 tertentu..Then,takpe la..Tak penting pun..So, keluar library-solat Asar-pi shopping utk piknik esok..tak fikir dah pasal permintaan aq dekat akk aq tu..

Bila nak solat Maghrib,tiba2 Abah aq call.."Aiyakk..Gapo Abah tepon ni".Ni pelik..Jarang Abah call..Selalu aq je yg call.. .* tipu aq kecek klate campur2..ha3..Mukadimah je,terus statement membunuh..

Abah: "Tadi akk kata mintak ********* dari dia..Kenapa??
Aq: "Takde la..Mana ada"..
Abah: "Akk kau yang cakap..Ni leha pun bagitau abah".. *leha merupakan musuh ketat aq di rumah..dia skang di rumah..memang dia sedut kasih syg mak abah aq habis2..ha3..
Aq: "kepochi punya akk..xde la..takpe la..tak penting pun..mesti diaorg bagitau kan..grrgrrr"..
Abah: "mestilah diaorg bagitau..Abah kan kepala keluarga".. * bila Abah ckp mcm ni,terus aq gelak.. "Anak2 Abah takkan membelakangkan Abah..Ape2,cakap dengan Abah".. *ayat sedih dah keluar, masa ni,tinggal air mata je nak turun..
Aq: Ala,Abah ni, buat ayat gramatis pulak..Takde lah Abah..takde pape..
Abah: "Asal tak mintak dengan Abah??Takde Abah ke??" *Masa ni,memang aq dah sebak..control2..
Aq: "Abah ni,jangan nak buat owg nangis boleh??Tak nak susahkan Abah la..Nanti kalau owg nak, owg bgtau..Skang ok lagi..Nak solat ni"..
Abah: "Takut dengan mak lah tu..Tu sebab tak berani nak mintak..Nak cakap dengan mak tak?? *gelak*..Yela2..Nanti telepon Abah"..
Aq: Ok..Assalamualaikum..
Abah: Wassalam..

*memang waktu solat,syahdu habis bila ingat ayat Abah.. "kenapa tak mintak Abah??Takde Abah?".. Kalau la Abah tau,apa yang owg rasa..Bukan niat nak membelakangkan Abah..Kalau ikutkan, memang tak nak menyusahkan Abah,akk2..Kalau tak penting,memang tak mintak..Entahlah..Tak tau nak cakap apa..Sekarang ok lagi kot..Tumpu final exam jela..Nanti cuti,biar owg cerita sejelasnya dekat Abah ye.. I'll let you know.. ;)

Need to settle revision,memorization..fuhhh..hopefully,perjalanan pergi balik piknik esok berjalan lancar..harap2 tak kena gigit pacat..peace yo!!ha3.. ;)
Assalamualaikum..

Sunday, May 20, 2012

Happy Birthday Abah..

Assalamualaikum..

Hari ini,genap 56 tahun umur abah tercinta..
Terima kasih Ya Allah, kerana memberi kesempatan buat abah,melihat anak2 nya membesar..
Moga dengan pertambahan usia, bertambah amalnya..

Ketika entry ini ditaip,masih belum berkesempatan mengucapkan selamat hari lahir buat abah..Bukan tak mahu..Bukan anak tak kenang budi..Tapi,belum ada keberanian sebab takut menangis ketika mengucapkan..Kenapa??Sebab rasa sedih yang pasti.. Sepatutnya,umur2 begini,abah dah boleh berehat.. Tak perlu bekerja.. Tapi,abah masih membanting tulang 4 keratnya untuk mencari rezeki.. Memenuhi keperluan,kehendak anak2.. ;(

20 tahun bersama abah,lebih daripada cukup untuk melihat kesabaran abah melayan anaknya yang sorang ni..Belum ditambah perangai kakak2,abang dan adik..Memang patut la uban banyak memutih di kepala abah.. ;)  Sabarnya seorang abah..Baiknya seorang abah..Kelakarnya seorang abah..Tapi,tak pernah tau apa perasaan abah yang sebenarnya.. ;(

Abah superhero saya..Abah talian kecemasan saya..Abah buah hati saya..Kenapa??

*Abah menjadi penyelamat di kala puan emak marah2..abah akan buat lawak..tenangkan mak..Situasi ni berlaku dari kecik sampai sekarang..

*Abah carikan mekanik bila saya dan abang telah menjahanamkan kereta dengan melanggar garaj rumah.. Sungguh kelakar bila ingat balik..Abah tak tunjukkan marah..Memang patut abah marah sebab banyak duit keluar..Baiki kereta,baiki tembok garaj,baiki ampaian baju puan emak..Abah marah sebab takut kalau kereta tu terjunam depan gaung,kami dua2 terperosok dalam tu,sape susah?Abah dengan mak jugakkkk..

*Abah selalu menjadi orang tengah kalau nak mintak duit dengan mak..Sebab takut nak mintak duit direct dari puan emak..Nanti mesti ada je hujah dari puan emak.. n_n

*Kalau dapat keputusan tak memberangsangkan,mesti abah orang pertama yang tau..Abah mesti akan comfortkan anaknya,cakap usaha lagi..Jangan sedih2..Belajar..Tapiiii..Dalam memberi nasihat, ada jugak perlian yang keluar.."Tidur je kerja,mana nak dapat result bagus".."Bercinta ke sampai result jadi macam tu"..Macam2..Tapi tak pernah kecik hati dengan perlian,usikan abah..Sebab nama pun gurauan..

*Dari sekolah rendah,sampai sekolah menengah,abah hantar kami ke sekolah,naik motor waktu hujan.. Waktu hujan je,mesti abah risau..Macam mane anak2 nak pergi sekolah..Abah pakaikan kami baju hujan,tutup elok2 beg,baju tak nak bagi basah..Hantar naik motor..Waktu tu,tipu cakap kalau tak cemburu tengok kawan2 naik kereta..Tapi sekarang,rasa bersyukur..Terima kasih abah sebab sanggup hantar kitaorg waktu hujan.. ;)

*Abah sanggup datang tengok saya waktu final debat..Waktu tu,baru selesai pengebumian arwah atuk,ayah kepada abah..Abah datang jugak..Waktu tu,memang rasa nak nangis je bila nampak abah datang dengan mak..Kami menang,tempat ke-2..Masuk final,kami juara.. n_n

*Abah belikan saya coklat saiz besar dari kecik sampai sekolah menengah setiap kali gaji..Kenapa? Sebab saya hafal,setiap 21 haribulan, abah dapat gaji..Takde coklat,boleh perang besar!!ha3.. Sungguh budiman perangai.. ;)

*Abah sanggup turun laut kalau waktu udang tak banyak,semata2 nak penuhi kehendak anak2nya nak makan udang itu,ikan ini..Ni perangai paling pelik anak2 abah yang saya perhatikan..Dah berbelas,berpuluh tahun jadik anak nelayan, memang tipu la kalau asyik teringin nak makan udang kan?? Ni semua mengada je lebih!! n_n

*Waktu dapat keputusan yang cemerlang,abah mak tak dapat bagi macam apa yang kawan2 lain dapat..Tak de hadiah handphone,iPad,iPhone..Tapi,saya tak kisah..Makan luar satu family,belikan baju, buat BBQ..Tu pun lebih dari cukup..Gadjet2 tu semua,bila dah kerja pun boleh beli.. ;)

Banyak lagi yang nak tulis,tapi nanti,lagi banyak air mata menitik..Yang selebihnya,biar lah jadik memori antara saya,abah,mak dan adik-beradik saya..Saya bangga jadi anak abah..Walaupun abah pesara tentera,sekarang jadi nelayan,tapi abah mampu besarkan anak2 sampai masuk universiti.. Insya-Allah,7 sem lagi, moga Allah panjangkan umur abah dan mak saya untuk datang ke majlis graduasi saya..

Kucing2 ni sambut abah saya setiap kali naik..Manjanya,kalah manja anak2 abah..

Gambar ni waktu raya.. ;)

Gambar abah bersama puan emak,waktu petang baru lepas turun laut..Ni gambar pembakar semangat saya..Tersemat di dinding bilik.. n_n
Ok,saya perlu berhenti sekarang..Esok ada final tilawah..Perlu banyakkan mengulang bacaan surah Al-Imran..Moga dipermudahkan esok..Sekali lagi,moga abah panjang umur murah rezeki, bahagia dunia akhirat bersama mak dan anak2 abah..Bulan 10,jadik atuk pulak.. n_n

Assalamualaikum..

Friday, May 18, 2012

Till We Meet Again Next Sem..

Assalamualaikum..
Quick update!! n_n


Officially,today 1st sem 2012's class ended..Kejap sungguh masa berlalu..Sedar tak sedar,final semakin hampir..Waktu daftar,rasa macam lama je lagi nak habis..Rupanya,sungguh pantas masa berlalu..1 sem dah pun berlalu..7 sem menanti..Fuhhh..Moga di beri kekuatan oleh Allah untuk menuntut ilmu di bumi Gombak dengan jayanya.. n_n

Sem ini diakhiri dengan jamuan bersama lecturer subjek Islamic Legal System kami, Ustazah Dr. Ramizah Wan Muhammad..Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang ustazah berikan..Moga Allah berkati ustazah..Insya-Allah,kami akan cuba buat yang terbaik final nanti.. n_n

So,ada beberapa keping gambar untuk tatapan anda..Mesti cuti sem akan rindu mereka semua.. ;)  All the best for final..Buat yang terbaik..Usaha,doa tawakal.. n_n




Classmates..Strive for an A.. n_n

kad,kek,us and ustazah..

Kawan baik,gelombang biru..

Ustazah pun pakai baju biru..Kebetulan!! n_n

Master behind the event..Thanks Zuraidi.. ;)

Again,us..

Bersama ustazah.. n_n

Some of classmates.. n_n

Mereka lagi..

Trademark kumpulan ye?? O.O

Friends forever.. <3

Terharuuuu..Sedih nak tinggalkan kelas ILS..Ni baru 1st sem..Nanti dah nak grad, mau menangis tersedu-sedan.. ;)  Harap persahabatan terus kekal,bukan dekat UIA je,tapi sahabat sampai bila2..


Saturday, May 12, 2012

When You Feel Down,Do This..

Assalamualaikum..

Semalam,browsing blogs,sambil2 menghadam nak faham kan topik Contract.. Then,terbaca one of the entries dekat blog Sis Rina Salleh,Juara Gadis Melayu 3 tu..If you feel down,try to jot down what ever you had achieved in your life..Maybe it can help you to boost back your spirit..Besides,don't forget pray and zikir to Allah and our Prophet p.b.u.h.. n_n

So,nak try jugak..Bukan la nak kata aq tengah down,cuma nak naikkan lagi semangat..Final next week.. Tak nak give up awal2..Nak semangat sentiasa konsisten.. So,here i decide to jot down my small achievements in academic and co-cu since tadika..Bukan nak poyo,saje je..Macam aq cakap, hopefully, it can make us feel, we actually have something..Grateful with what we have..Don't ignore it.. ;)

So,here the list..Ha3..Malu la pulak..

1)Pernah dapat no 2 pelajar terbaik perempuan waktu tadika..Padahal, asal cikgu takde, pergi lari main permainan..Nyorok dekat gelongsor..Tangkap katak dekat longkang.. n_n

2)Darjah 1 & darjah 2, aq dapat no 1 dalam kelas,termasuk jugak secara keseluruhan walau pun waktu tu aq kelas last.. n_n

3)Sekolah rendah,biasanya ranking aq sekitar top 10..keh3..tapi,bukan semakin hebat..Semakin naik umur,semakin jatuh kedudukan dalam kelas..keh3..Waktu darjah 6, aq dapat no 4..

4)Naik sekolah menengah, tahap intelek aq merundum..ha3..Kaslan jiddan (malas sangat),padan muka!! Seingat aq, biasanya aq akan monopoli kedudukan 5 TERAKHIR dalam kelas..keh3..Tapi, aq memang bijak bagi alasan..Sebab waktu form 2 dengan form 3,aq kelas 1st,so aq bagi alasan dekat mak abah aq,saingan sengit..Belajar banyak mana pun, still tak boleh beat kwn2 yang lain..Ko nampak tak betapa bertuahnya mak abah aq dapat anak macam aq?? -____-'

5)Pindah MRSM, memang lagi parah perangai aq..Dah duduk jauh,asyik merengek nak balik..Belajar ikut mood..Dalam kelas,aq just akan pay attention dekat subjek yang aq minat..Yang pasti,subjek sastera semua aq skor..Subjek sains and math, mintak maaf!!ha3..kesian subjek2 tu..

6)Dari lower form sampai upper form,aq hanya akan merasa A untuk subjek math,bila exam sebenar dah nak dekat..Sebabnya,aq kena paksa belajar oleh cikgu dan kwn2..waktu form 3, first time dapat A math waktu trial PMR..tu pun,mula2 dapat 79(B)..Kwn aq semangat belek2 kertas aq nak carikan lagi satu markah nak kasi A..Cikgu kurang bagi markah dekat bahagian locus..Dapat la aq A waktu trial..Tu pun cukup2 makan..80..keh3..Kalau cikgu dengan kwn2 tak push aq belajar,entah apa la jadi dengan aq.. ;)

7)Aq suka subjek sastera..Mostly aq akan dapat A untuk BM, SEJ, BI, AGAMA, TASAWWUR every exams.. So, mungkin ni salah satu sebab kenapa aq amik law sekarang..takde math,takde sains..weeee...ha3..

8)Aq tak minat sukan sangat..Boleh kira la berapa banyak sukan aq masuk..Tu pun jadi bidan terjun.. Waktu darjah 5 ke 6 entah,masuk 4x100, aq dapat no 2 ke 1..aq memang suka masuk larian sebab aq memang suka berlari..Aq bayangkan mak aq tengah kejar aq,tak pun aq lari dari kelas..ha3..

9)Pencapaian terhebat aq sampai sekarang yang aq bangga ialah,aq berjaya larikan diri setiap kali sukan dari sekolah rendah sampai menengah,acara lompat tinggi!!Aq tak tau kenapa aq fobia.. Yang pasti,jangan sesiapa bagitau cikgu waktu tu yang aq tak buat lompat tinggi untuk kutip markah rumah sukan..Kalau tak,nahas!!ha2..waktu sekolah rendah,aq kan Penolong Ketua Pengawas..So, pura2 sibuk la..Padahal sibuk lepak bawah pokok..

10)Aq suka masuk debat,pidato..Mula2 terlibat dengan sajak,pantun..Tapi lepas dah fokus pada debat,aq dah tak minat sajak..ha3..

11)Zaman universiti,akademik biasa2 je..Baru nak semangat zaman degree ni ha..nanti dah grad,aq cite pulak achievement aq waktu degree..cehwahhh..lama lagi..3 tahun 1/2.. ko tunggu jela ye..ha3..

So,apa kata korang pun cuba buat..Mesti lagi gempak kan..Sebelum tu,nak share satu hadis..Feel free to read it.. 

     Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud,

" Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah"..
                                (Riwayat Muslim)

p/s: bacalah Solusi terbaharu..Main topic about Syukur.. n_n

Wednesday, May 9, 2012

Mumble Mumble..

Assalamualaikum..
'
Sekarang ni tak tau dah rasa ape lagi..
Sedih ada,nak give up pun ada..
Tapi bila teringat mak abah,tak sampai hati nak give up..
Mak abah lagi banyak susah payah nak besarkan anak2 yang boleh tahan liat sorg2..
Mak abah marah, tanda sayang..
Cakap jangan boros, tanda nak suruh beringat..

Bila kena pilih antara 2,memang bukan senang..
Nak buat short sem ke,nak kerja..
Kalau tak buat short sem sekarang,takut nanti tertangguh2..
Kalau buat sekarang,mana nak dapat income?

Takkan nak susahkan mak abah lagi..
Memang Allah uji nak suruh bersyukur,jangan membazir!!
Nak buat macam mana,memang terpaksa pilih..
Hati dah bulat tekad suruh kerja..
Kumpul duit untuk sem akan datang..

Harap2,Allah bukak pintu rezeki untuk aq dan family seluas2nya.. 
Harap2,boleh buat final exam dengan sebaiknya..
Ada rezeki,nak mintak balik JPA..
Harap2,Allah lembutkan hati depa nak bagi aq biasiswa..
Kalau tak dapat jugak,tak pe la..
Itu bukan rezeki nampaknya..

Cakap banyak tak guna..
Apa kata pergi prepare untuk last test khamis ni,final exam lagi..
Tak dapat 3.5,tak dapat mohon JPA..
Kawan 4 rata pun tak dapat,aq??
Malas nak cakap..
Usaha!!Usaha!!Lepas tu baru boleh cakap..

Sebelum habis nak cakap,
Tadi test memang mencabar minda..
Major jawab no 1,aq jawab no 2.. -____-'
Moga Allah bantu,.
Yang lepas,kasi lepas..
Mari prepare untuk akan datang...



Kejap!!Kejap!!Pahal entry pagi buta ni bentuk puisi ni?Ada sape2 tau??Ha2..