Friday, April 27, 2012

Riang-Ria Kanak-kanak 20 tahun.. n_n

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,this week,1 demi 1 ujian yang datang dapat diselesaikan dengan izin Allah..Laptop dah ok, so after this memang kena kurangkan on9,nak terminate broadband sebab kalau laptop dah ok,mesti nak on9 selalu..then,kalau laptop rosak,kena betulkan lagi..habislah lari bajet simpanan untuk kawen.. ; )
Hari ni, curi masa berehat 9 puteri untuk beriang-ria biskut raya dekat Taman Layang-layang.. n_n
Tujuannya untuk menyambut ulang tahun kelahiran 2 orang sahabat dunia akhirat, Shyamira dan Arifah.. Mereka sudah tua!!Itu yang penting..20 tahun sudah..Angka 1 dah hilang dekat depan..So, sila jadi matang macam saya..ha3..ok,malas nak cakap banyak2..biarlah gambar bercerita.. n_n



The Main Characters.. n_n



Cukup korum setelah sekian lama..

Berjalan untuk bermain layang2..so eksited.. ;)

Suka gambar ni sebab aq nampak putih..ha3..

Muka puas lepas main layang2..serabai.. -___-'

Ini adalah mangsa yang mengejar layang2..

Persiapan sebelum the characters datang.. ;0

Paling pelik, kenapa aq pakai topeng mata zorro..x nampak muka.. ;(

Sebenarnya,bukan nak update gambar ni, tapi saje nak tunjuk aq ada dekat belakang tu..ha3..

Itu sahaja untuk malam ini..Nak rehat..Terima kasih Ya Allah,atas kesempatan masa yang Kau berikan..Moga persahabatan ini kekal dunia akhirat..Assalamualaikum.. n_n

Monday, April 23, 2012

Random Post..

Assalamualaikum..

Ok,curi masa sementara kawan2 tengah gigih gunting itu-ini,taip itu-ini untuk esaimen BM..gigih kemain..siap banner..Rabu ni nak kena present dah lakonan..aq ingatkan,dah masuk U,dah besar tua bangka takde berlakon2 lagi..tapi takpe,sebab aq dapat Menteri Pembangunan Wanita, so, aq tak kisah la nak berlakon jadik VIP ala gedik2 ni..ha3..

so, sebagai VIP,aq ada kuasa veto..maka,aq pun mencuri masa dan peluang yang ada dengan bijak untuk update blog..ha3..maaf kwn2.. secara rasminya,notebook yg akk aq bagi pinjam yg telah berusia hampir 3 tahun, berada dalam keadaan nazak sejak minggu lepas..aq tak tau nak buat apa..esok aq akan bawak dia pergi jumpa pakar,nak rawat apa yang patut..dengar cite,kos nak rawat antara 300-400..sabar jela..x pela,aq pun belum terfikir nak beli yang baru..paling awal nak guna pun,bila bukak sem baru bulan 9..

kalau tak dapat buat short sem,boleh la kerja part time nak beli laptop baru..lagi afdal,kalau ada org nak hadiahkan utk aq..ha3..Weekend lepas, aq dan kwn2 dapat peluang jadik fasi utk adik2 prmpn dari satu sek men ni..secara jujurnya, rasa tersentuh dengan adik2 ni..even adik2 ni ada masalah,tapi still lagi nak berubah.. ada yg family problem,ada yg pengaruh kwn2..tak boleh nak cite byk2,tapi apa yg aq boleh cakap, kalau kita rasa kita tak bernasib baik, ingatlah, ada org yang lagi kurang bernasib baik daripada kita..

Kalau kita rasa susah nak berubah, ingatlah, dunia ni hanya sementara..Kalau nak berubah, berubah lah selagi masa..Kita beruntung kalau ada org yg boleh guide, bg bantuan..Cuba bayangkan kalau kita terumbang-ambing takde org nak bimbing,nasihat pasal agama?lu pikir sendiri lah ye.. n_n   Moga Allah terima segala amalan kita..

Lastly, nak habaq, lagi 2 minggu aq ada 2nd test..Doakan..Harap2 dapat buat yg lebih baik dari yg sebelum ni.. Ilmu yg dapat, bukan hanya utk exam..Insya-Allah, final menyusul penghujung bulan Mei..lepas ni, dah tak dapat nak on9 selalu sebab laptop tak sure bila ok..rasa mcm nak terminate broadband..nak sambung balik bulan 9..tengoklah macam mana..ok la..nak sambung praktis jadik VIP..nite, Salam..n_n

Tuesday, April 17, 2012

I'm Happy,Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

Aiyakkkk!!I'm back!!I'm back!!ha3..ok,sila behave sakinah..tak perlu meroyan.. -___-'    ni la padahnya kalau dah lama tak update blog..ha3..nak buat intro pun payah..sedar tak sedar,kejap je bulan April..rasa kejap je masa berlalu..rasa macam baru semalam masuk kuliah untuk first sem..

Makin hari,makin nak dekat final..Syllabus pun belum habis lagi..Officially,kalau takde perubahan, insya-Allah final exam akan diadakan pada 24 Mei 2012 sampai la 9 Jun 2012..kalau mengikut ilmu matematik aq yang selalu tidur dalam kelas dulu, tinggal lebih kurang 38 hari lagi nak exam wooiii!!
Cuak la jugak sebab banyak topik nak kena cover..tapi, entah kenapa, pressure nak exam tu tak ketara sangat..before ni agak risau la jugak sebab banyak topik tak faham..Cases bermuka2 kena baca..Kena faham..

Hari tu, kawan2 ada share dekat fb macam mana Prof. Muhaya success dalam akademik waktu zaman jadik mahasiswi..She's study to learn, to earn knowledge, not merely to become a succcessful student.. ok,ni aq ubah ikut ayat yg aq faham la..aq tak ingat apa Prof. qoute..Yang pasti, belajar untuk mendapatkan ilmu, untuk kita amalkan, insya-Allah, kejayaan akan datang bersama..Nak Dean List, insya-Allah boleh..Nawaitu kena betul..  n_n

So, lepas fikir balik, memang tak dapat disangkal lagi kalau belajar semata2 untuk exam, memang kejap je la ilmu yang dapat tu..ibarat masuk telinga kanan,keluar telinga kiri..ni yang aq rasa la..korang hebat,mesti lain dari aq kan..   ;)    sekarang ni, boleh dikatakan, aq tengah cuba nak praktis apa yang prof. cakap tu..even baru praktis, tapi dapat rasa kelainan ilmu yang dapat tu..bila tak faham, aq tak kan gelabah, tapi lagi semangat nak fahamkan, nak cari info tambahan untuk apa yang belajar..kalau dulu too depends on lecturers, now, cuba pulak belek2 buku, notes yang share2 dengan kawan untuk tambah knowledge..

bukan la aq cakap aq dah power, boleh jadik excel student..i'm still in process of learning..it's between me and Allah..He know what I mean,what inside my heart..memang the main focus blaja, nak dapat result gempak..tapi, maybe kita boleh ubah slow2, belajar untuk ilmu, untuk diamalkan..doa pada Allah, moga dipermudahkan..tu je aq boleh cakap..aq pun tengah cuba..i'm just ordinary student, with EXTRA ORDINARY aims want to be fulfilled.. 

Sekarang ni,tengah cuba konsisten belajar..Nak fahamkan apa yang tak faham..Memang la untuk exam, tapi, untuk ilmu and amal jugak..Ok, aq tak tau nak terangkan macam mana..Aq harap korang faham apa yang aq nak sampaikan..Tension pulak aq nak terangkan..ha3..emo kejap..nak tido..esok kelas pack..nak rehat..nite,assalamualaikum..

Thursday, April 5, 2012

Moga Allah berkati Puan.. n_n

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Tu je yang terucap dekat mulut sepanjang hari ni..Hari ni, repeat JPJ..for the second time.. Dapat sesi 1, no. 8..bersyukur sangat dapat pagi sebab nanti tak la ponteng banyak kelas kan..pukul 9.15 pagi start ulangan bahagian jalan raya..aq dapat JPJ perempuan..mula2 memang la cuak sebab dengar banyak rumours pasal JPJ perempuan cerewet la,hape la..tapi serius, dari malam semalam, aq doa2, Allah lembutkan la hati JPJ yang test aq nanti.. ;)

Segalanya berjalan lancar awal2..tempat yang aq fail mula2 pun aq dah lepas..ha2..padahal fail sebelum keluar jalan raya lagi.. -____-'   then,dah naik bukit dengan jayanya,nak ke jalan besar,eh2,tiba2 pulak enjin mati..terus cuak..JPJ sebelah maintain cool..fuhhh..lagi sekali terpadam memang dah tak boleh nak relaks..sepatutnya fail kan?JPJ aq cool and baik!!alhamdulillah,dia kasi aq teruskan..ha2..

Sepanjang perjalanan,ok, tapi dia ada tegur la suruh bawak slow sikit..then,dah nak masuk simpang ke tempat belajar memandu, boleh pulak dia ajar aq..suruh masuk gear,then bawak laju..belum pun masuk tempat memandu, dia dah kasi lulus..terbaik!!ha2...dah berhenti dekat tempat mula2 aq start,eh2..enjin mati...semua pandang..ha2..Aq dah cuak..Puan tu boleh buat lawak pulak..nasib baik tak cancel kan lulus yang dia dah bagi awal2..

Serius, bersyukur sangat2 dapat JPJ yang baik, sudi tolong..den tak sanggup nak repeat kalau kali ke 3 weiyh..ok,mak abah lepas ni boleh la jalan2 melaka..keh3..sape2 yang nak bagi hadiah kereta pun boleh untuk birthday aq bulan 9 ni..ha2..

Lega lepas dah lulus..tak perlu risau pasal lesen,ponteng kelas..Kepala dah ringan..now,kena tumpu pada assigments, prepare for final nanti..Moga segalanya berjalan lancar..Assalamualaikum.. n_n