Assalamualaikum..
Tak sangka dah habis satu sem dekat UiA(omputihnya IIUM)..Tak sangka dah nak masuk tahun 2012..Makin tua,harap2 makin matang dan bertambah la ilmu dunia akhirat di dada ni ha..Harap jugak sebulan cuti ni masa digunakan sebaik mungkin..Tahun baru kena ada azam baru,tapi aq memang tak bersemangat nak buat list awal2..dah nak masuk kuliah baru nak buat list..he3..
Esok balik Melaka..Tak sabar nak jumpa family tercinta..nak makan coklat dari Langkawi pembelian mak tercinta..sebagai balasan untuk mak tercinta,aq belikan baju cotton kegemaran beliau..hadiah ni pun sempena hari jadi mak yang akan datang 14 Januari ni..2 in 1..jimat duittttt..ngeeeee
Semalam selesai sudah menjawab test bi..aq harap,lecturer yang tanda kertas aq dengan kawan2 dapat terima jawapan,esei yang aq buat..aq tau aq buat biasa2 je..sob..sob..tapi,memang semua yang amik exam semalam cakap soalan reading susah..nak dapat band 6 untuk semua..reading,writing,speaking dengan overall band..nak masuk kuliah..sob..sob..tapi,dah usaha yang termampukan..redha,tawakal jela..result akan keluar pertengahan Januari.. ; )
Rasa macam nak menamatkan entry ni dah..tapi sebelum tu,nak ucap terima kasih kepada kawan2 yang menjadi sebahagian dari jigsaw puzzle memori aq..cehwahhh..ayat,sila terharu wahai sahabat!!mesti aq akan rindu memori dekat kelas Arab..kacau ustaz,datang lambat..buat2 pening bila ustaz nak masuk topik baru..mula exam final lambat..siap boleh bincang gitu..ustaz memang terbaik!! n_n
Sama jugak untuk kawan2 kelas bi..harap2 semua dapat exit ke kuliah..sori atas salah silap..halalkan makan minum kalau ada TERambil tanpa izin..he3..korang memang terbaik..sila manfaatkan cuti sebulan dengan sebaiknya..kalau ada yang nak tunang,kawen,sila jemput..ok la..nak check out dari hostel..esok mahu pulang.. Assalamualaikum...