Friday, June 21, 2013

#1 Cuti Sem

Assalamualaikum..

2 minggu lebih dah bercuti..Gembira tak terkata duduk rumah..Memang rehat serehatnya..Tapi takde la sampai makan-tidur-makan-tidur kan..Mau nya mak pijak perut kalau aku membongkang tak ingat dunia.. ;)

Cuti 3 bulan..Heaven habis..Mula-mula ingat nak kerja cari duit poket..Tapi,bila fikir balik, tak pe lah.. Last sem dah kerja, kali ni cuti la pulak..Kalau aku kerja, nanti sape nak jadi driver mak?Sape nak angkut dak adik balik dari hostel?Sape nak jadi bibik, jadi tukang kebun dekat rumah?Nanti Ramadhan, kalau kerja malam, tak dapat terawih.. ;(
Jadi, keputusan untuk tidak bekerja 3 bulan ni, dah muktamad.. n_n
Moga ada hikmahnya..Harap dapat ringankan beban mak abah tolong apa yang patut..Dapat la spend habiskan baca buku-buku yang asyik beli, bacanya tak habis-habis.. ;(

Sekarang slowly kemas rumah, buang habuk bagai..Recycle buku-buku yang dah tak pakai..Semai macam-macam jenis pokok, sayur..Mak pun dah pening nak layan..Tanam pokok delima la, daun kunyit la, tomato la, bunga taik ayam la..Tak sabar nak tunggu semua pokok besar..

2 hari lepas dapat result..Alhamdulillah, walaupun result hanya la suam-suam kuku, tapi sekurang-kurangnya takde yang kena repeat..he3..Tak sangka..Sebab paper Criminal memang tak yakin langsung..Ok la cukup-cukup makan lulus kan.. ;)

So, cuti ni, nak kata nak belajar dulu, memang tipu lah..Buku tak bawak balik..he3..Nak rancang jadual, nak mintak tips dari senior2 subjek sem depan..Harap-harap sem depan dapat buat lagi baik..Aminn.. Insya-Allah..

Cukup setakat ni..Nak bawak puan emak pergi pasar malam..Nak berkebun..Selamat menghadapi bulan Ramadhan..Assalamualaikum..



Wednesday, May 22, 2013

#2 Mooting


Disclaimer: Tips secara general mengenai mooting..Pendapat setiap individu mungkin berlainan..

Assalamualaikum..

Mengambil sedikit masa di waktu petang untuk melunaskan janji..Sebelum ni aku ada janji nak buat final update pasal mooting..Jadi, Sabtu lepas, 18 Mei 2013, mooting untuk kali ke-2 telah berlangsung.. Alhamdulillah, dah habis mooting rasa lega sangat..

Mooting class
Untuk sesi ke-2, lecturer invite 3 judges dari luar yang terdiri daripada tuan majistret/peguam/pensyarah undang-undang..Sesi ke-2, disebabkan aku group yang pertama, maka, haruslah jantung rasa macam nak terkeluar..Mana taknya..Jadi group yang pertama, memang umpama kau menyerahkan diri kepada judges untuk attack kau dengan bertubi-tubi soalan..Dah lah semua group tengok kau buat..Judges pulak pagi-pagi haruslah masih bertenaga nak tanya, nak uji kau macam-macam..Untuk part aku, aku still lagi bersyukur walaupun aku tak dapat bawak isu aku sendiri (as a junior counsel)..Aku deal isu senior counsel..Tak pe, benda dah lepas..Tunggu markah after final paper nanti.. ;)

Untuk mooting, apa yang kena tau:

1) Know your area of law
-- > Ni memang benda basic kena tau kalau buat mooting.. Sama ada problem yang kau dapat berkaitan tort,contract, medical law etc. Kalau tak, memang cacamarba la submission korang.. Untuk aku, aku kena deal medical law..

2) List down all the issues
-->Isu yang berkaitan untuk anak guam korang..Nasihat aku, kalau korang jadi respondent, tak payah la susah-susah nak serabutkan kepala..Tunggu je isu dari pihak perayu (appellant),  then, korang just respond kepada isu tu..Korang copy je isu diaorg balik, dekat part submission je ubah..

Contoh:

Appellant
Issue: Whether the 2nd respondent had breached his duty as a doctor by discharging the appellant early.
Submission: 2nd respondent had breached his duty by discharging the appellant early as it is the duty of the doctor to monitor his patient until they gain recovery.

Respondent
Issue: Salin isu respondent balik.. ;)
Submission: 2nd respondent had fulfilled his duty as a doctor as he did give sufficient treatment. The pain that the patient suffered after she had been discharged was beyond the control of the doctor.


Ada pros and cons bila jadi respondent. Dekat UIA, mooting ada 2 sesi..Sesi first, ok la kot bila kita just tunggu isu dari appellant..Tapi, bila sesi ke-2, kalau lecturer tukar lawan, appellant yang baru bawak isu lain, isu baru, memang haru lah korang nak cari kes, nak cari authority baru.. ;)

3) Save your money
--> Ni memang isu paling besar bila deal dengan mooting..U lain aku tak pasti..Kalau UiTM, just buat mooting sekali je kalau tak silap..UIA, kena buat dua kali.. Sesi pertama, kena prepare bundle of authorities (BOA) untuk sorang judge je iaitu lecturer kita sendiri..Sesi ke-2, kalau ada 3 judge, 3 BOA la kena buat..Kalau kes tak banyak, nipis la BOA korang..Tak la banyak duit kena spend..Tapi kalau banyak kes korang guna, tebal la BOA..

Nasihat aku, cari dan photostat kes yang memang korang betul-betul nak pakai..Kes dalam BOA, make sure korang guna betul-betul..Jangan jadikan kes tu sebagai perhiasan dalam BOA..Harap je tebal macam bantal, pakai nya tak banyak.. *terasa*

Tips secara rambang pasal mooting..Lain U, lain cara mooting..Ni mooting style kelas aku..Kelas lain, lain pulak..Semua nya berbalik pada lecturer kita.. ;)

Dari sesi mooting aku, apa yang aku boleh concludekan bila aku handle medical law untuk kawan-kawan aku yang bakal bergelar doktor, sebagai seorang doktor, korang harus tahu:

1)Tugas sebagai seorang doktor
--> macam mana nak treat pesakit, until to what extent seorang doktor perlu jaga dan pantau pesakit, bila perlukan consent, bila tak perlu kan consent untuk prosedur rawatan, apa yang membawa kepada pelanggaran tugas dan sebagainya..

2)Prosedure-prosedur dekat hospital
--> Kalau kerja dekat hospital kerajaan takde masalah sebab biasanya, seorang doktor, kalau ada kes kecuaian di bawa oleh pesakit, doktor akan share liabiliti dengan hospital dan kerajaan..Tapi, bila kerja dekat hospital swasta, kena tahu sama ada korang sebagai pekerja mereka atau hanya sebagai independent doctor.. Kalau korang pekerja mereka, liabiliti sama seperti hospital kerajaan..Kalau independent doctor, hospital takkan liable on part of your negligence. Means that the doctor himself will be held 100% liable if proven guilty.

credit pic.

Ni yang termampu untuk share..Betulkan kalau ada silap..Untuk medical student, nanti korang akan belajar Medical Law or Medical Ethics kalau tak silap..Bila dah sampai masa tu, pastikan korang faham betul-betul..Kalau apa-apa terjadi bila korang dah praktis sebagai seorang doktor, korang boleh mudahkan kerja peguam, pendakwa raya.. n_n

p/s: Alhamdulillah, for second mooting, my group win, my partner got best mooter for our session.. ;)

Monday, May 20, 2013

Selamat Ulang tahun !!

Assalamualaikum..

Hari ni, hari istimewa..
Luar biasa istimewa dia..
Lebih istimewa daripada dah habis mooting semalam..

Hari ni, birthday kekasih hati, pengarang jantung hati saya yang tidak bernombor..
Tidak bernombor bukan bermakna tak penting..
Tapi kedudukannya antara yang tertinggi..

Selepas Allah dan Rasul, kedudukannya menyusul..
Kedudukannya di bawah sedikit berbanding kedudukan orang yang melahirkan saya..
Siapa kekasih hati saya?
Siapa lagi kalau bukan Abah yang tercinta..
Encik Mohd Zaini bin Hj. Abu Bakar..


Ucapan tahun 2013 apa?

Ucapan buat Abah yang tercinta,
Selamat Ulang tahun yang ke 57..Moga Allah panjangkan umur Abah, murahkan rezeki dan berkati dunia akhirat..Moga diberi kesempatan untuk melihat anak-anak berjaya dan kami dapat membalas jasa abah dan emak..Moga kami anak-anak abah menjadi penarik dan jalan untuk abah dan emak ke syurga..Amiinnn..

Moga terus menjadi suami yang baik,
Abah yang cool lagi sporting dan
datuk yang penyayang..

Sekian ucapan dari anak yang tercinta..Short and simple.. ;)

Friday, May 10, 2013

Lapang sebelum Sempit..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Allah bagi peluang sehingga ke hari ini untuk kita bernafas di muka bumiNya..Moga dipanjangkan umur untuk terus beribadat dengan khusyuk dan diterima..Esok 1 Rejab..Ayuh sama-sama memperbanyakkan amalan sunat di bulan mulia ini sebelum sampai ke Ramadhan yang dinanti..

Entry kali ni lebih kepada soal nikmat masa yang nak diceritakan..
Bukan nak mengulas panjang..Cukup sekadar peringatan yang pendek dan ringkas..Hargai masa yang ada..Tak kira masa untuk buat apa..Masa tidur, masa belajar, masa buat kerja, masa muda, masa tua, masa bersama keluarga, masa bersama kawan-kawan, masa beribadat dan sebagainya..

Masa itu emas..
Emas sekarang mahal kan..So,bila anggap masa itu emas, dah tentulah kita semua akan hargai masa..Masa mahal harganya..Cuma tak boleh pergi gadai je nak dapatkan duit.. -..-'  Jadi, hargailah masa..

Saya pun tengah belajar hargai masa dengan jaya dan semangatnya!!

Final exam 3 minggu lagi..Ya!!3 MINGGU lagi..Tak tau nak gelak ke nak nangis..Saya cuba jadi cool habis..Siapkan segala kerja dengan semangat, ikut masa dan kehendak lecturers..

1 test to go..
-->Test Constitution..Sekarang dah minat constitution..Saya bangga jadi rakyat Malaysia..*tiba-tiba..
Tau kenapa saya tak suka cakap pasal politik?Sebab daripada sudut akademik, kita boleh nampak jalan cerita dalam politik..Pentadbiran negara..Walaupun bukan 100%..Bukan senang nak tentukan mana pihak yang betul,mana pihak yang salah..Masing-masing ada silap..Lagi baik kita jangan sebarkan perkara yang tak pasti..Nanti timbul fitnah pulak..Kita rakyat, tengok,lihat, buat perbandingan..Boleh untuk suarakan..Realisasikan ketika mengundi.. ;) Secara jujur, saya gembira kalau politik berlangsung secara bersih..Tapi,bukan mudah..Tak pe..GE 14 kita tengok ye.. n_n

1 Assignment to go..
--> Kena buat satu akta tentang apa sahaja undang-undang yang nak dilaksanakan.. Undang-undang tersebut haruslah mengikut syariat Islam..Aplikasi,pihak terlibat, hukumannya..Menarik tentang hukuman dalam Islam, kita bukan hanya ada hudud semata-mata..Kita masih ada Qisas, ta'zir dan diyat untuk dilaksanakan..Bak kata lecturer saya, ta'zir tak bermakna hukuman itu lagi ringan daripada hudud..Maaf, tak tau macam mana nak terangkan secara detail..Belajar subjek Islamic Criminal Law tak sedalam subjek Usul Fiqh..Next sem baru belajar Usul Fiqh.. ;)

1 Mooting to go..
-->Seperti dalam entry sebelum ni, saya dah cerita tentang mooting..Benda yang buat budak law busy.. Alhamdulillah, 1st mooting Allah permudahkan..Harap 2nd mooting dapat buat yang terbaik..Saya akan conclude kan pasal kes mooting tu nanti..

Lepas dah settle semua ni,insya-Allah,masa boleh tumpu untuk preparation final..Moga Allah permudakan segala urusan untuk menuntut ilmu,dan semoga ia dikira sebagai ibadat..Insya-Allah.. n_n

Friday, April 19, 2013

#1 Mooting


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas oleh Allah S.W.T pada hari ni.. n_n
Salam Jumaat kepada semua..Kepada yang Muslimin, jangan lupa solat Jumaat ye..

This week, tidur tak cukup.. ;( Tunggang-langgang waktu makan-tidur-belajar [eh?sakinah ada ke waktu belajar yang fix ke?aha.. ;) ].. even as a student memang normal kalau tidur tak cukup, stay up study semua, tapi memang this sem masa banyak habis untuk mooting..So, nak tak nak, memang kena bijak dan geliga untuk bahagikan masa supaya dapat study-prepare notes..

Alhamdulillah, semalam, selesai submit first Bundle of Authorities (B.O.A) untuk first mooting..Yeahhh!
Sehari sebelumnya,tidur pukul 4 pagi nak susun kes, nak baca..Sesuai ke tidak kes tu nak guna sebagai authority..Even few hours before nak submit pun still kena add-on and remove cases.. ;(  Ada kesilapan dekat front page, index B.O.A..Hailahh..Ni lah cabarannya untuk first time mooter macam aku..Prepare B.O.A pun dah rasa susah, belum mooting lagi..Present depan judge..Cuakkkk!!!

Untuk satu B.O.A je, spend dalam RM 30++..Kena prepare 3 B.O.A, so, totalnya RM 90++..Second mooting nanti, kena prepare lagi 5 B.O.A..Memang sem ni duit disalurkan ke mooting je..Mohon PTPTN tambah duit untuk budak law..Baucer buku sila tukar ke wang tunai sebab kami sangat jarang nak beli buku original..Tak cukup pun baucer tu nak beli satu buku law.. ;) Nasib baik aku bukan la seorang shopaholic..Hanya seorang yang 'makanholic' je..ha3..Ada ke term tu??Lantak la.. ;) 

Alhamdulillah, setakat ni, duit PT yang dapat masih ada..Selagi tak habis sem ni,memang duit kena jimat betul-betul..Masih belum emergency,belum sesak nak mintak dekat mak abah..Biarlah adik-beradik lain yang betul-betul perlukan duit mintak dekat mak abah.. ;)

Our B.O.A..450++ pages!! Boleh buat bantal ok!! ;)

Ignore the person..Focus on the file only.. ;)

Tagging untuk kes,memang menguji kesabaran..

Settle untuk 1 B.O.A..
Owh ye, my partner/counsel is Nur Shyamira..My roomate..Senang nak buat kerja..Tapi, satu bilik pun susah jugak..Emosional sangat waktu buat B.O.A ni..masing-masing dah penat, mengantuk..Bila sorang dah marah, dah emo,sorang lagi kena la diam..Kalau tak, volcano la bilik kami!! ;)

Sekarang, kitaorg kena prepare B.O.A untuk diri sendiri..Baca,highlight case..Kitaorg group ke 6, group yang last akan present untuk first mooting ni..Yeahhh..Mula-mula, rasa sedih jugak sebab last-last mesti dah tak best..Tapi, setiap yang berlaku ada himahnya kan??So, just relaks, and read the cases..Ha3..

As a last group, at least kitaorg boleh dengar group lain present..Boleh take note mana yang penting.. Which one kena buat, which one yang jangan buat..Yang paling penting, dengar arguments from both counsels, soalan daripada judge..Takut nak mooting.. ;(  Tapi takpe..Save the last for the best.. n_n

Kitaorg akan act untuk respondents..Medical negligence..6 issues..Hopefully semuanya berjalan dengan lancar..Moga Allah permudahkan urusan kami, lancarkan lidah kami dan moga jduge terima arguments kami..Amiinnn..Kalau ok,boleh la doktor-doktor kacak luar sana yang nak bawak kes ke mahkamah panggil kami..Ok,tipu je..Cukup la kena present olok-olok..Depan real judge memang ketaq lutut.. ;)

Paling best time prepare untuk mooting, bila kena pakai black and white..Memang bajet lawyer sangat.. ;) Kalau tak,memang jangan harap la aku nak pakai black and white..Segan ok..Biar orang tak tau aku amik course apa..Sebab lain yang best untuk mooting, kena fikir nama untuk firm!!Aku dah ada firm ok!!ha3..Sebab aku tengok Running Man, dan aku suka Kim Jong Kook, aku letak nama Sparta!!Ha2.. Childish sangat.. -..-' Mula-mula ok je..Tapi, bila dah nak submit B.O.A, Madam suruh tukar nama..Keh2..Padan muka aku..

So, kitaorg tukar nama..Mula-mula nak gabung nama..Tapi macam pelik,so letak la dua-dua nama..Maka, jadik lah Messrs. Sakinah & Shyamira..Alamat pun letak alamat kulliyyah kitaorg je.. Level 2, Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws, IIUM, Gombak..Partner aku kata,kan best kalau jadi kenyataan, sama-sama bukak firm..Aku tak tau la nak amin kan kata-kata dia ke tak sebab aku macam tak nak jadi lawyer je.. ;)

So, doakan semuanya berjalan lancar ok.. n_n

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Maksudnya: "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

Assalamualaikum..
p/s: Counting days for Ramadhan..Tak tau kenapa this year rasa exited nak tunggu Ramadhan..Moga Allah sampaikan kita semua kepada Ramadhan..Amiinn

Friday, April 5, 2013

Peringatan Manja Untuk Final Exam!!

Assalamualaikum..

Semalam secara rasminya jadual untuk final exam keluar..Rasa macam cepatlah pulak masa berlalu..Macam baru semalam je masuk sem baru..Kalau takde sebarang masalah atau aral melintang, for my batch, paper start 29 Mei..Kurang dari 2 bulan je lagi!! ;)

Tapi, sebenarnya, ada 2 papers yang bukan dalam minggu final exam..Maksudnya, paper ni waktu study week or earlier than that..Papers yang bertuah tu ialah Mooting (for those yang tak tau mooting itu apa, mooting is like I'll act as a lawyer for the parties in the court..Oh yeah,I be a lawyer?Macam akan disaster je.. ;( ) dan Leadership (this paper depends on the lecturer sama ada nak buat final exam, or substitute with any activities to replace the final exam like explorace)..

Hopefully, masa yang tinggal, dapatlah aq cover laju-laju apa yang tak faham, notes untuk topics yang tak siap lagi..Dan yang paling penting, janganlah aq tertinggal nak jawab soalan lagi..Nauzubillah..Last sem, 2 papers kot aq tertinggal 1 soalan 15 markah..15 markah!!Bukan 5 markah!! -..-'

Semua berbalik pada usaha, cara manage masa (either during study or during final exam), amalan kita dan sebagainya..Feel like a motivator pulak..Keh3..So, jadual adalah seperti berikut :


29 Mei, Rabu (9 pagi)      :UNGS
1 Jun, Sabtu (9 pagi)        :FAMILY
2 Jun, Ahad (2.30 ptg)     :CRIMINAL
4 Jun, Selasa (9 pagi)       : ISLAMIC CRIMINAL LAW
6 Jun, Khamis (2.30 ptg) : CONSTITUTIONAL LAW

Sekarang, phase buat kerja memang kena lagi laju..Dalam banyak-banyak assignment, mooting lah yang paling memerlukan pengorbanan paling besar.Area of law yang aq kena settle untuk clients ialah medical law..Jadi, mana tak harunya..Aq ingat dalam law takde belajar lagi terms biology ni..Sekali jumpa lagi dah..Terus aq rasa Allah nak tunjuk dekat aq,sejauh mana aq lari daripada Science streams,aq tetap akan jumpa,kena face Science tu jugak..Hailah..Tiba-tiba, bila buat medical law rasa macam aq tengah blaja medic pulak..Keh3.. 

Laparotomy, peritonial cavity, prophylactic antibiotic,spepticaemia,corrugated drain, trabeculectomy, Seton procedure (bukan Shaiton nirrajim ye) dan sebagainya..Timbul rasa kesian dekat dalam diri aq buat kawan-kawan aq yang sedang mengambil jurusan perubatan..Tapi, aq tau, mereka hebat, tu sebab Allah tetapkan mereka belajar dalam bidang perubatan..Maka, BERSYUKURLAH aq tidak mengambil medic, walhal memang aq tak layak pun untuk amik jurusan medic ni..keh3..Kalau tak, jenuh aq nak ingat terms ni semua..Ni baru handle case untuk operation dekat abdominal part..Bersyukur sangat walaupun dalam law, sama je banyak terms law yang kena ingat.. -..-'

So, nanti, bila dah settle present kes ni, dalam hujung april or before final exam, aq nak conclude this case for my friends yang amik medic..At least korang tau kalau kena saman, apa kena buat..Make sure korang ikut standard procedures yang sepatutnya..

Ok,cukup setakat ni, all the best for final untuk warga UIA..Marilah study sampai lebam mata macam panda.. n_n



Assalamualaikum..


Tuesday, March 26, 2013

Short Break #1

Assalamualaikum..

Hari ke berapa ntah cuti mid-sem hari ni..Malas nak kira..Hari ni,Abah start turun laut balik..Finally, after months..Lama kot..Dah 20 tahun lebih bernafas dekat bumi, jadi anak jati nelayan, ni lah musim angin paling lama..Start dari bulan 12 tahun lepas Abah tak turun..Hampir 4 bulan tak turun..Aku kempunan udang, ikan fresh, dah macam apa dah.. Mau tak haru ekonomi rumah..Nasib baik pencen askar Abah ada..Tu sebab duit PTPTN memang kasi catu habis-habisan.. First thing first!!Keperluan didahulukan, kemahuan di-anak-tiri-kan..ngeeee

7 PAGI
Start kemas rumah..Nak curi-curi tidur balik memang tak dan la..Mak melaung panggil nama adik suruh bangun mandi sebab cuti sekolah dia ada kelas tambahan..Ni lah sebab aku tak suka cuti sama dengan dia..Confirm rumah macam medan perang..Bertegang urat macam apa je..Misi nak jadi akak yang baik memang cepat lebur bila face-to-face dengan mamat ala bangla ni..keh3..

10 PAGI
"Abah,bila nak naik?Nak bawak air tak?"

"Nak naik dah ni..Tak payah bawak air,udang kurang,bawak karung je..Mak mane?" 

Hampa hati bila dengar Abah kata udang takde..

"Abah dapat ikan pari,tu sebab suruh bawak karung".. 

Mak tak henti-henti sebut Alhamdulillah.. You know the reason why..After months, this is more than enough,dah cukup sebagai permulaan.. ;)

Dah lama tak duduk tepi laut..Fuhh..Seronok bukan main..Tiba-tiba berangan nak buat photo wedding dekat sini..Eh?! o.O





"Kejap lagi ikut Abah pergi jual ikan pari ni dekat depan..Abah tinggal motor sini kejap..Nak tukar baju..Basah"..

"Kenapa la tak bawak terus.."

Motor C70 Abah aku tenung..Ikan pari 12 kilo aku tenung..

"Larat ke aku nak bawak ikan pari..Tadi Abah angkat macam ringan je..Motor C70 ni pun laju dah macam superbike..Ermm..Try jela..."

"Eh,apasal bawak?Larat ke?"

"Come on la Abah..Ingat orang tak boleh bawak ke..Beras sekampit,tong gas pun boleh bawak, ni kan ikan pari dengan menggunakan motor power Abah.. *gelak*"

"Boleh jadi nelayan wanita la lepas ni..Tolong Abah..Ganti mak.. *gelak*"

Sangatlah seronok..At least Allah bagi peluang nak tolong mak abah..Kind of self-reminder..Bukan senang mak abah cari duit..Memang la tak mintak mak abah duit..Tapi,at least sebagai peringatan, tolong jangan salah guna duit.. ;)

Tinggal berapa hari lagi cuti nak habis..Kena siapkan note cepat..Kes untuk mooting kena habiskan..Hopefully,moga Allah murahkan rezeki my family esok..Udang yang dapat tadi,Abah suruh mak masakkan untuk anaknya yang gedik.. Macam la study oversea padahal dalam Malaysia je.. -..- Ngeee..Thanks,tercapai hajat nak makan udang..Esok nak ikan fresh pulak.. keh3..

Orait..Nak continue buat nota..Break every 45 minutes,baca novel..keh3..Re-read Hlovate..5 tahun 5 bulan..Untuk cari inspirasi..Lately ni, ramai kawan-kawan yang dah tunang, ada yang inform nak kahwin tak lama lagi..Ok,saya dah tua..Tak lama turn saya la tu..Eh?! o.O

Nite,Assalamualaikum.. n_n