Friday, May 10, 2013

Lapang sebelum Sempit..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Allah bagi peluang sehingga ke hari ini untuk kita bernafas di muka bumiNya..Moga dipanjangkan umur untuk terus beribadat dengan khusyuk dan diterima..Esok 1 Rejab..Ayuh sama-sama memperbanyakkan amalan sunat di bulan mulia ini sebelum sampai ke Ramadhan yang dinanti..

Entry kali ni lebih kepada soal nikmat masa yang nak diceritakan..
Bukan nak mengulas panjang..Cukup sekadar peringatan yang pendek dan ringkas..Hargai masa yang ada..Tak kira masa untuk buat apa..Masa tidur, masa belajar, masa buat kerja, masa muda, masa tua, masa bersama keluarga, masa bersama kawan-kawan, masa beribadat dan sebagainya..

Masa itu emas..
Emas sekarang mahal kan..So,bila anggap masa itu emas, dah tentulah kita semua akan hargai masa..Masa mahal harganya..Cuma tak boleh pergi gadai je nak dapatkan duit.. -..-'  Jadi, hargailah masa..

Saya pun tengah belajar hargai masa dengan jaya dan semangatnya!!

Final exam 3 minggu lagi..Ya!!3 MINGGU lagi..Tak tau nak gelak ke nak nangis..Saya cuba jadi cool habis..Siapkan segala kerja dengan semangat, ikut masa dan kehendak lecturers..

1 test to go..
-->Test Constitution..Sekarang dah minat constitution..Saya bangga jadi rakyat Malaysia..*tiba-tiba..
Tau kenapa saya tak suka cakap pasal politik?Sebab daripada sudut akademik, kita boleh nampak jalan cerita dalam politik..Pentadbiran negara..Walaupun bukan 100%..Bukan senang nak tentukan mana pihak yang betul,mana pihak yang salah..Masing-masing ada silap..Lagi baik kita jangan sebarkan perkara yang tak pasti..Nanti timbul fitnah pulak..Kita rakyat, tengok,lihat, buat perbandingan..Boleh untuk suarakan..Realisasikan ketika mengundi.. ;) Secara jujur, saya gembira kalau politik berlangsung secara bersih..Tapi,bukan mudah..Tak pe..GE 14 kita tengok ye.. n_n

1 Assignment to go..
--> Kena buat satu akta tentang apa sahaja undang-undang yang nak dilaksanakan.. Undang-undang tersebut haruslah mengikut syariat Islam..Aplikasi,pihak terlibat, hukumannya..Menarik tentang hukuman dalam Islam, kita bukan hanya ada hudud semata-mata..Kita masih ada Qisas, ta'zir dan diyat untuk dilaksanakan..Bak kata lecturer saya, ta'zir tak bermakna hukuman itu lagi ringan daripada hudud..Maaf, tak tau macam mana nak terangkan secara detail..Belajar subjek Islamic Criminal Law tak sedalam subjek Usul Fiqh..Next sem baru belajar Usul Fiqh.. ;)

1 Mooting to go..
-->Seperti dalam entry sebelum ni, saya dah cerita tentang mooting..Benda yang buat budak law busy.. Alhamdulillah, 1st mooting Allah permudahkan..Harap 2nd mooting dapat buat yang terbaik..Saya akan conclude kan pasal kes mooting tu nanti..

Lepas dah settle semua ni,insya-Allah,masa boleh tumpu untuk preparation final..Moga Allah permudakan segala urusan untuk menuntut ilmu,dan semoga ia dikira sebagai ibadat..Insya-Allah.. n_n

No comments:

Post a Comment