Wednesday, May 22, 2013

#2 Mooting


Disclaimer: Tips secara general mengenai mooting..Pendapat setiap individu mungkin berlainan..

Assalamualaikum..

Mengambil sedikit masa di waktu petang untuk melunaskan janji..Sebelum ni aku ada janji nak buat final update pasal mooting..Jadi, Sabtu lepas, 18 Mei 2013, mooting untuk kali ke-2 telah berlangsung.. Alhamdulillah, dah habis mooting rasa lega sangat..

Mooting class
Untuk sesi ke-2, lecturer invite 3 judges dari luar yang terdiri daripada tuan majistret/peguam/pensyarah undang-undang..Sesi ke-2, disebabkan aku group yang pertama, maka, haruslah jantung rasa macam nak terkeluar..Mana taknya..Jadi group yang pertama, memang umpama kau menyerahkan diri kepada judges untuk attack kau dengan bertubi-tubi soalan..Dah lah semua group tengok kau buat..Judges pulak pagi-pagi haruslah masih bertenaga nak tanya, nak uji kau macam-macam..Untuk part aku, aku still lagi bersyukur walaupun aku tak dapat bawak isu aku sendiri (as a junior counsel)..Aku deal isu senior counsel..Tak pe, benda dah lepas..Tunggu markah after final paper nanti.. ;)

Untuk mooting, apa yang kena tau:

1) Know your area of law
-- > Ni memang benda basic kena tau kalau buat mooting.. Sama ada problem yang kau dapat berkaitan tort,contract, medical law etc. Kalau tak, memang cacamarba la submission korang.. Untuk aku, aku kena deal medical law..

2) List down all the issues
-->Isu yang berkaitan untuk anak guam korang..Nasihat aku, kalau korang jadi respondent, tak payah la susah-susah nak serabutkan kepala..Tunggu je isu dari pihak perayu (appellant),  then, korang just respond kepada isu tu..Korang copy je isu diaorg balik, dekat part submission je ubah..

Contoh:

Appellant
Issue: Whether the 2nd respondent had breached his duty as a doctor by discharging the appellant early.
Submission: 2nd respondent had breached his duty by discharging the appellant early as it is the duty of the doctor to monitor his patient until they gain recovery.

Respondent
Issue: Salin isu respondent balik.. ;)
Submission: 2nd respondent had fulfilled his duty as a doctor as he did give sufficient treatment. The pain that the patient suffered after she had been discharged was beyond the control of the doctor.


Ada pros and cons bila jadi respondent. Dekat UIA, mooting ada 2 sesi..Sesi first, ok la kot bila kita just tunggu isu dari appellant..Tapi, bila sesi ke-2, kalau lecturer tukar lawan, appellant yang baru bawak isu lain, isu baru, memang haru lah korang nak cari kes, nak cari authority baru.. ;)

3) Save your money
--> Ni memang isu paling besar bila deal dengan mooting..U lain aku tak pasti..Kalau UiTM, just buat mooting sekali je kalau tak silap..UIA, kena buat dua kali.. Sesi pertama, kena prepare bundle of authorities (BOA) untuk sorang judge je iaitu lecturer kita sendiri..Sesi ke-2, kalau ada 3 judge, 3 BOA la kena buat..Kalau kes tak banyak, nipis la BOA korang..Tak la banyak duit kena spend..Tapi kalau banyak kes korang guna, tebal la BOA..

Nasihat aku, cari dan photostat kes yang memang korang betul-betul nak pakai..Kes dalam BOA, make sure korang guna betul-betul..Jangan jadikan kes tu sebagai perhiasan dalam BOA..Harap je tebal macam bantal, pakai nya tak banyak.. *terasa*

Tips secara rambang pasal mooting..Lain U, lain cara mooting..Ni mooting style kelas aku..Kelas lain, lain pulak..Semua nya berbalik pada lecturer kita.. ;)

Dari sesi mooting aku, apa yang aku boleh concludekan bila aku handle medical law untuk kawan-kawan aku yang bakal bergelar doktor, sebagai seorang doktor, korang harus tahu:

1)Tugas sebagai seorang doktor
--> macam mana nak treat pesakit, until to what extent seorang doktor perlu jaga dan pantau pesakit, bila perlukan consent, bila tak perlu kan consent untuk prosedur rawatan, apa yang membawa kepada pelanggaran tugas dan sebagainya..

2)Prosedure-prosedur dekat hospital
--> Kalau kerja dekat hospital kerajaan takde masalah sebab biasanya, seorang doktor, kalau ada kes kecuaian di bawa oleh pesakit, doktor akan share liabiliti dengan hospital dan kerajaan..Tapi, bila kerja dekat hospital swasta, kena tahu sama ada korang sebagai pekerja mereka atau hanya sebagai independent doctor.. Kalau korang pekerja mereka, liabiliti sama seperti hospital kerajaan..Kalau independent doctor, hospital takkan liable on part of your negligence. Means that the doctor himself will be held 100% liable if proven guilty.

credit pic.

Ni yang termampu untuk share..Betulkan kalau ada silap..Untuk medical student, nanti korang akan belajar Medical Law or Medical Ethics kalau tak silap..Bila dah sampai masa tu, pastikan korang faham betul-betul..Kalau apa-apa terjadi bila korang dah praktis sebagai seorang doktor, korang boleh mudahkan kerja peguam, pendakwa raya.. n_n

p/s: Alhamdulillah, for second mooting, my group win, my partner got best mooter for our session.. ;)

No comments:

Post a Comment