Sunday, November 3, 2013

Waktu Separa-Puncak..

Assalamualaikum..

Sementara menunggu waktu untuk menjemur baju dan masuk waktu Isyak, tiba-tiba tergerak hati nak update.. ;)

Baru balik dari Melaka..Saja je memenatkan diri balik walaupun hanya untuk 3 hari..Kira 2 hari jela dekat rumah..Jumaat petang sampai Melaka, Ahad pagi balik Gombak balik..Ikutkan,hari Isnin ada 2 kelas je..Boleh sangat kalau tak nak datang..haha..Tutorial boleh masuk kelas waktu lain..Lagi satu kelas, lecturer just suruh email kenapa tak datang..Ko cakap la ko tidur ke, malas nak datang ke, balik kampung ke, semua alasan dia terima..Asalkan ada email atau surat sampai dekat dia bagitau kenapa ko tak datang.. Sungguh baik lecturer aku..Tak sampai hati nak ponteng kelas dia.. n_n

Sebenarnya, malas nak cuti lama-lama sebab hari Jumaat ada test..Assignments pun boleh tahan banyaknya walaupun due date ada lagi seminggu,2 minggu..Tapi, better buat awal ye tak..Nota pun ada yang tak complete lagi..Cukup-cukuplah bermalas-malasan..Aku cuak sem ni sebab subjek tak banyak, tapi tahap ke'senang'an dia boleh sampai tahap mega..

Sekarang dalam kepala aku just fikir nak prepare betul-betul untuk sem ni..Bagi Puan Emak gembira sikit tengok result exam aku..Seingat aku,aku tak pernah tunjuk result aku dekat mak abah aku..Cukup la pakai mulut je..Tu pun bila diaorg tanya baru aku bagitau..Cakap pun takut-takut..Malu la nak tunjuk result..Rasa macam aku dah kecewakan diaorg..Aku dah letak target untuk sem ni..Harap boleh capai..Kalau dapat capai target tu, aku nak bagi reward dekat diri aku..hahaha..

Sambil prepare untuk exam, aku perasan sekarang ni aku terlampau ketagih dengan gambar-gambar nature..Parah ni..Dah plan siap-siap nak pi travel mana..Belajar pun tak habis lagi..Memang kena marathon laju-laju la nampaknya nak kumpul duit nak pergi travel.. ;)
Ni semua perancangan masa hadapan..Berangan tak salahkan..
Aku excited nak pi India, nak pi Capetown, kawan satu uni ajak pi liburan dekat Jakarta..Kata dia, "Yuk kak kina, main ke rumah aku"..Sedap je dia cakap..Macam Indonesia dengan Malaysia tu boleh naik bas, naik kereta je..haha..Majoriti tempat-tempat yang aku nak pergi ni,semua sebab nature cantik.. Apa salahnya nak menikmati ciptaan Allah kan?Mohon suami aku nanti pun minat travel..Boleh aku ajak dia sekali..Tapi dia la yang bayar..Suami mithali kan..haha..

Sebab aku nak pergi travel India, aku terpengaruh dengan novel Hlovate..Aku google kot tempat yang dia mentioned dalam novel Anthem dia tu..Lepas tu, terjumpa pulak blog budak Malaysia yang belajar dekat sana..Dah lah tempat dia pergi liburan semua nature yang tahap giga punya cantik rasa macam nak lompat bintang je..Dah siap buat bookmark, tulis memo lagi bila waktu sesuai nak pergi..Semangat habis..Kalau belajar semangat macam ni kan bagus..keh3..Aku letak lah gambar bagi korang tau kenapa aku excited nak pi India ni..




Nampak?Cantikkan?Jiwa aku tetap jiwa wanita kau tau..Nampak je aku ni ganas, garang, tapi aku tetap suka benda-benda nature ni..hahaha..Ni blog budak Malaysia yang belajar dekat India yang berjaya pengaruh aku nak masukkan India sebagai salah satu tempat impian nak travel.. ;)

Marilah doakan supaya aku dimurahkan rezeki untuk pergi travel dekat tempat-tempat yang nature cantik ni..Dalam Malaysia pun boleh..Kena pandai cari la..Kundasang ok, Langkawi,banyak la..
Ok la..Cukup setakat ni..Aku kalau membebel pasal benda-benda yang aku suka ni,memang banyak masa sangat boleh dilaburkan..Cuba kalau belajar..hahaha..Tajuk entry pun lain dah dari apa isinya..keh3..Nite,Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment