Friday, November 29, 2013

Penghujung Semester 4

Assalamualaikum..
Salam Jumaat, penghulu segala hari..Hari yang penuh barakah..
Jom ambil sedikit masa kita baca Al-Kahfi dan perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad (S.A.W).

Bulan November dah nak melabuhkan tirainya..
Bulan Disember pulak akan menyusul memulakan tugasnya..
Maka, itu bermaksud segala assignments, tests semakin hampir..
Dan yang paling penting, Final Exam pun semakin hampir..
Semuanya kurang dari sebulan sahaja lagi..
Fuhh.. *tarik nafas,selawat banyak2..*

Minggu depan hari Khamis takde kelas..Semua lecturer AIKOL ada program..Patut ke tak balik?Rasa tak nak balik sebab minggu depannya tu ada 2 tests dan satu presentation..Hailah..Kawan2 sekolah,lecturer zaman asasi jemput ke walimah diaorg pun tak dapat pergi..Sedihnyaa.. ;(
Kekangan masa, kenderaan dan kewangan nak ke sana..
Doa dari jauh aku kirimkan untuk bakal2 suami dan isteri..
Moga dipermudahkan Allah segala urusan dan dapat menjalani alam berumah tangga dengan penuh sabar dan diberkati-Nya..

Bulan terakhir semester ni memang menuntut penuh kesabaran dan perhatian..

30/11 -->Presentation Parenting

4/12 --->Test Succession

7/12  --> Presentation Video Parenting substitute with Mini Drama.. ;)

      --> Memorization of Juzu Amma ;)

9/12  --> Presentation Method of Da'wah & Submit Assignment Usul Fiqh

10/12--> Test 2 Criminal II

12/12--> Test 2 Family II & Test 2 Consti II

14/12--> Final Exam Parenting

18/12--> Nasheed and Drama Performance 

28/12--> Final Exam Criminal II

29/12--> Final Exam Usul Fiqh I

31/12--> Submit Resume Praktikal

4/1 ----> Final Exam Methods of Da'wah

5/1-----> Final Exam Succession

7/1 ----> Final Exam Family Law II

9/1-----> Final Exam Constitution II  I'm done..Alhamdulillah.. ;)

Maka, inilah tugasan,tests dan final exam yang perlu aku nyiapin.. *senyum*
Aku memang cuba lah nak istiqamah buat kerja,revise,siapkan notes semua..Kalau tersasar tu, aku cubalah u-turn, kembali ke pangkal jalan..ha3..Selalunya aku tersasar dek terlampau leka guna internet..Sedar2,banyak tab bukak..Baca news la, baca blog org la, main candy crush lagi..Ha3..
Aku perlu konsentrasi yang tinggi bila nak buat benda ni..Semangat pun kena ada..Kalau memang takde mood nak buat kerja,memang jangan haraplah aku nak buat..Tu pun bila ugut diri sendiri,baru jalan..Sikitlah,tak banyak..Siap cakap dengan diri sendiri macam ni, 

"Kina..Kina..Main la game lagi..Bukak lah fb lagi..Memang kerja melambak2 tu boleh gerak sendiri..Revision last minute memang seronok kan..Nanti nak final baru terkial-kial"..

Sendiri cakap, sendiri yang sentap..Ha3..Terus cari mood nak buat kerja..Walau tak gerak banyak,sekurang-kurangnya ada la progress hari-hari kan? ;)
Mohon Allah bagi aku kekuatan untuk istiqamah dan tekun untuk belajar.. n_n
Jadi, kepada semua yang bakal hadapi final exams, selamat bertarung dengan nafsu dan sifat kemalasan..Moga Allah permudahkan segala urusan kita untuk selesaikan semua kerja dan menjawab soalan2 final..Aminn..Insya-Allah.. ;)

No comments:

Post a Comment