Wednesday, January 20, 2016

Fasa Berehat

Assalamualaikum..

Rajinnya Sakinah update blog di kala tengah malam.. :D
Hari ni, genap 5 hari aku unoficially habis belajar..Happy sebab dah habis belajar, sedih sebab lepas ni dah susah nak jumpa kawan-kawan zaman belajar.. :(
Ramai kawan-kawan aku dah start apply tempat chambering guna result last sem..Aku tak lagi..Tunggu final sem ni punya result..
Doakanlah aku lulus semua..Cuakkkkk..Ada 3 papers yang susah..Memang tak yakin sangat.. ;(

Once dah dapat result, baru aku apply chambering..Buat masa ni, duduk rumah je..Ni pun, waktu tidur tunggang-langgang..Tidur lambat, lepas Subuh goal!!ha3..
Aku cuba nak ubah jadual tidur..Nanti takdelah time chambering ngantuk kan? kih3..And its not good right?Tutup rezeki..
Sekarang, tengah unpack khazanah waktu belajar..Buku-buku insya-Allah dah settle..
Aku berjaya beli rak buku guna duit sendiri..Alhamdulillah.. :)
Walaupun orang kata rak buku tu tak sampai RM200..Tapi bagi aku,it still my achievement..Berjaya simpan duit untuk kegunaan lepas habis belajar..Tak susahkan mak abah..

Buat masa ni,sebab tak chambering lagi, aku jual tudung dengan perfume..Nak kumpul duit sikit-sikit..Doakan moga aku dapat simpan sikit demi sikit ye..Untuk bantu family dan kegunaan masa akan datang..
Kalau nak beli tudung, perfume, jemput lah ke facebook aku..

Esok nak sambung unpack baju-baju, tolong mak cuci bilik air, kipas..Harap esok tak tidur lepas Subuh..ha3..
Doakan aku lulus semua paper ye,insya-Allah..
Dan tak tidur lepas Subuh..ngeeeee
Selamat tidur, Assalamualaikum..

Saturday, January 2, 2016

2016 :)

Assalamualaikum..

Niat di hati nak menulis semalam, sempena tahun baru..
Apakan daya, niat hanya kekal niat.. :)

Sebelum terlambat, aku nak ucapkan selamat tahun baru untuk semua..
Sekadar ucapan selamat tahun baru, sesuai penambahan usia, dan dengan harapan amal pun bertambah buat kita semua..

2016, insya-Allah tahun terakhir menjadi bujang??Eh,tak..Acah aje..Tak kuasa nak fikir buat masa ni..
Insya-Allah, habis belajar awal Januari ni..Then cari tempat chambering..
24 tahun dah rupanya aku!!ha3..
Banyak sangat benda nak kena buat lepas habis belajar..
Buat masa ni, aku cuba buat jual kecil-kecilan gitu..he3..Simpan duit untuk tabungan masa depan..
Kan Pak Maslan suruh buat banyak kerja..Aku sebagai rakyat yang baik,mestilah patuh kan? :P

Insya-Allah, next entry, nak buat target aku untuk 2016 secara spesifik & plan untuk 3 tahun selepas graduasi.. :)
Ada lagi 4 papers menanti..Doakan ye..

Thursday, December 17, 2015

Minggu Akhir Kelas.. :(

Assalamualaikum..

Minggu kedua bulan Disember, minggu terakhir kelas untuk LLB..
Huarghhhh..Sedihnyaaaaa..
Macam tak percaya je ni semester akhir.. *insya-Allah*

Dulu waktu first year, second year, bukan main tak sabar nak habis law school..
Sekarang, rasa sayu je..Bila tengok muka kawan-kawan,rasa sedih pulak..
Sebab tau, after this, it will be so hard to meet all of them unless there are some events for us.. :(
But, still happy..Every one will make their own paths, choose their own careers, including me.. :)

Kalau refer my last post, really hope on first week of December, there will be no test, assignment anymore..
But, it only my dream..ha3..Harapan palsu..
Semalam ada test..Nasib ok jawab..Insya-Allah..he3..
Esok Jumaat, ada lagi dua(2); not so last assignments nak submit..
Kenapa bukan last?Sebab ada satu lagi assignment lecturer nak bagi waktu study week..
Memang saje je bagi on that day, and submit petang tu jugak..
Confirm library full house dengan budak final year final sem nanti.. :)

This week ada vacation dengan kawan-kawan..
Dekat KL je..Insya-Allah nanti buat special post for this short trip with besties.. :)
Nak tunjuk fews selected photos untuk bulan November..
Meaningful events for myself, at last sem, for LLB insya-Allah..

Birthday celebrtion for Ain-Mas-Fad..

Trial Civil Procedure 2..
Wedding Dr. Yazid & Adlin..
Last tutorial CP2..

Esok, Jumaat ada lagi satu kelas..The last one for LLB.. :(
Then study week, final exam, ibadah camp, cari tempat chambering..
Doakan moga this sem will be my last sem and the result will be the best throughout my degree life insya-Allah.. :)

p/s: Will miss UIA so much..

Saturday, November 14, 2015

November yang Sibuk..

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. :)
Pejam celik-pejam celik, dah hampir pertengahan November..Alhamdulillah, semua test dah habis insya-Allah..Sekarang tinggal masa nak pulun buat assignments je..Insya-Allah, habis November, harap semua kerja settle!! *mood mengharap kerajinan menjelma*

Trial kes, Mock trial Criminal Procedure, Presentation Islamic Banking..Harap semua settle cepat..Nak fokus preparation final awal..Harap-harap first week December dah takde kerja, boleh fokus belajar..Takut lah pulak nak habis belajar..Nanti nak cari tempat chambering lagi..

Doakanlah hajat aku nak praktis Shariah dekat Melaka dipermudahkan..Lecturer suruh tanya mahkamah sama ada student UIA ada pengecualian atau tak nak praktis tanpa DSLP..Walaupun ijazah degree law civil, tapi kitaorg student law UIA kena belajar shariah jugak..Semua subjek kitaorg amik..Cuma dalam bahasa Inggeris je..Bukan UIA tak nak bagi certification belajar shariah, tapi lecturer kitaorg kata, MQA yang tak nak..Ingat senang ke nak hadap civil dengan shariah serentak?Nasib baik aku memang suka belajar..Cuma tak suka EXAM je..ha3..

Semalam baru settle dua test..So pagi ni rileks kejap..Pukul 11 baru start buat kerja tertunggak..Doakan ni final sem aku..Tak sabar nak berkepit bawah ketiak mak abah..Yeahhhhhh... *senyum lebar*

Friday, October 30, 2015

Berpagi-pagian

Assalamualaikum..

Hari ni Jumaat, maka, salam sayidul ayyam, penghulu segala hari.. :)
Jom baca Al-Kahfi..Nak-nak budak UIA yang tengah cuti mid-sem tu, sedap duk rumah tak sibuk sangat tu, molek sangatlah kalau nak baca..
Aku dah balik UIA tercinta awal..Kerja dan test banyak yang menanti..

Semalam borak dengan roommate, aku cakap lama sangat dah tak terjaga waktu azan Subuh..
Sekarang banyak terjaga sebab alarm je..Bilik sekarang tak dengar azan Subuh..Waktu solat lain dengar je..
Ke sebab memang tidur mati tak dengar langsung?ha3..
Alhamdulillah, pagi tadi improve sikit..Terjaga je,dengar speaker masjid imam bagi salam..he3..
Nampak sangat selama ni tidur mati..Takpe,niat hari-hari, harap semakin hari semakin baik..Dapat terbangun awal..Lagi manis kalau sempat tahajud..Insya-Allah..

Hari ni dengan semalam,cuaca cantik sangat..Sebab jerebu dah takde..Alhamdulillah..
Aku nampak matahari je,aku suka..Yelah,siapa tak suka matahari pagi?Aku suka sangat..
Nak-nak kalau aku jemur baju..ha3..Biar cepat kering..Aku rasa baju aku pun gembira bila diaorg kena matahari secukupnya..ha3..
Kawan-kawan aku selalu perli aku bila aku senyum sengih-sengih tengok matahari terik..
Diaorg mesti cakap, "Ni senyum gembira tengok matahari ni,mesti jemur baju".. :)

Hari ni, nak siapkan kerja untuk Civil Procedure II..Nak buat Sale and Purchase Agreement, Deed of Mutual Covenant..
Lepas tu nak tengok skrip untuk Mock Trial Criminal Procedure pulak.. -..-'..
Nak prepare tutorial lagi..Test lagi..
Kuat Sakinah..Kuat..Last sem ni..

p/s: Moga sem ni dapat diharungi dengan tabah dan lancar..

Friday, October 2, 2015

Sesi Makan-makan: Kafe Billionaire Concept Melaka

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas kan cuti Hari Raya Aidiladha..Balik rumah hari Rabu, tapi sebab kerja tak sentuh langsung, laptop tak bawak balik rumah, Sabtu dah gerak balik UIA..
Sekali Isnin cuti pulak sebab jerebu..Takpelah, tak sedih sangat sebab memang kerja banyak..
Duduk rumah pun tak tenteram ok.. :P

Hari Jumaat sebelum balik, terus roger sedara aku, Fura dengan Zai, ajak makan sama..Nak belanja diaorg..
25 September tu birthday Zai,so memang plan nak belanja dia..Fura pulak aku belanja sebab dia baru grad diploma hari tu..Aku nak belikan hadiah tak pandai nak pilih..Sebab takut orang tak suka..
Aku memang nak cuba makan dekat kafe Bilionaire Concept sebab ramai kawan-kawan cakap tempat ni best..

Basically, aku suka kafe ni sebab environment and decoration cantik..Makanan, banyak pilihan..Harga pun affordable..
Makanan yang kitaorg order
Kita start dari atas lah ye..Yang atas ada 2 bekas kuah tu, Fura order chicken chop dengan air Passion Peach..Harga chicken chop RM14.99..Katanya sedap dan kenyang!! :)

Next yang belah kiri tu, set aku..Set salmon..muahaha..Orang kaya sangat..Opss..Jangan kutuk..Aku saje je nak cuba sebab aku teringin..Aku sangat suka makan sushi salmon..So, aku order salmon grilled..Nak tau jugak mana sedap, raw salmon ke,salmon grilled..Set salmon harga RM29.99..Air aku order Hazelnut Caffe Latte Iced sebab aku memang peminat tegar kopi..Harga air, RM10.00..Rasa salmon grilled tu, aku rasa biasa je..Aku lagi suka raw salmon..Ada rezeki pergi sini lagi, nak cuba set chicken chop lah!!he3..

Bawah yang cinonet tu, Zai punya order..Dia dah kenyang dia kata..So,dia order chicken wing je..Melepaslah kau Zai..Nak belanja,kenyang pulak..Tunggu lah tahun depan ye..ha3..Chicken wing harga RM9.99..Air, Zai order air Ice Lemon Tea, RM 5.00..

Overall, harga affordable..Set kanak-kanak pun ada..RM 9.99 kalau tak silap..Aku syak owner dia memang suka nombor 9 lah..Genap kan je jadi RM10.00 tak boleh ke?Stress aku..Ha3..

Nah, belanja gambar kitaorg sekeping dua keping dekat sana..Ada rezeki kita pergi lagi ye, Insya-Allah..Sekarang, fokus belajar untuk last sem.. :)

Sedara-mara.. :)

Zai senyum kemain lagi..Tak leh lebar lagi ke? -..-'

Sekian sahaja coretan makan-makan dari aku..Next time,nak cuba tempat lain lah ajak budak dua orang ni..Sekali-sekala boleh lah rasa makan tempat-tempat hipster ni..Kalau selalu, tak kuasa aku..Baik simpan duit..Makan dekat rumah lagi kenyang..ha3..

p/s: Kempunan nak set sushi salmon Aeon Wangsa Maju ni..Nanti nak beli lah kalau achieved something..

Tuesday, September 22, 2015

Hectic Semester Begin

Assalamualaikum..

Hari ni minggu ke tiga semester akhir dekat UIA tercinta ni..
Esok petang nak balik Melaka insya-Allah..Cuti Aidiladha..
Tapi masalahnya, nak balik pun tak senang..
Kerja datang bertimbun-timbun..
Tak tau nak nangis ke,nak gembira..

White board dekat bilik dah penuh dah catatan kerja..
Dalam laptop pun dah makin bertambah senarai kes, akta..
Setiap hari mesti ada je benda baru yang download..
Fuhhh..Cuak..Sumpah cuak..Tak tipu..

Takut sangat nak habiskan sem akhir ni..
Insya-Allah esok nak hantar borang graduasi..
Doakan moga sem ni aku lulus dengan jayanya.. :)

Jadi, sekarang bila ada masa lapang je, terus cari bahan untuk kerja-kerja bertimbun tu..
Walaupun ada certain kerja lama lagi due,tapi aku kena pastikan ada progress..
Tak naklah bila dah nak due date baru tergopoh-gopoh..
Aku harap, azam aku nak konsisten buat kerja, ulang kaji tercapai..
Insya-Allah..

p/s: Dah nak hampir 10 kerja dapat untuk minggu ni dengan minggu depan..keh3..