Assalamualaikum..
Dua minggu lepas kan cuti Hari Raya Aidiladha..Balik rumah hari Rabu, tapi sebab kerja tak sentuh langsung, laptop tak bawak balik rumah, Sabtu dah gerak balik UIA..
Sekali Isnin cuti pulak sebab jerebu..Takpelah, tak sedih sangat sebab memang kerja banyak..
Duduk rumah pun tak tenteram ok.. :P
Hari Jumaat sebelum balik, terus roger sedara aku, Fura dengan Zai, ajak makan sama..Nak belanja diaorg..
25 September tu birthday Zai,so memang plan nak belanja dia..Fura pulak aku belanja sebab dia baru grad diploma hari tu..Aku nak belikan hadiah tak pandai nak pilih..Sebab takut orang tak suka..
Aku memang nak cuba makan dekat kafe Bilionaire Concept sebab ramai kawan-kawan cakap tempat ni best..
Basically, aku suka kafe ni sebab environment and decoration cantik..Makanan, banyak pilihan..Harga pun affordable..
Kita start dari atas lah ye..Yang atas ada 2 bekas kuah tu, Fura order chicken chop dengan air Passion Peach..Harga chicken chop RM14.99..Katanya sedap dan kenyang!! :)
Makanan yang kitaorg order |
Next yang belah kiri tu, set aku..Set salmon..muahaha..Orang kaya sangat..Opss..Jangan kutuk..Aku saje je nak cuba sebab aku teringin..Aku sangat suka makan sushi salmon..So, aku order salmon grilled..Nak tau jugak mana sedap, raw salmon ke,salmon grilled..Set salmon harga RM29.99..Air aku order Hazelnut Caffe Latte Iced sebab aku memang peminat tegar kopi..Harga air, RM10.00..Rasa salmon grilled tu, aku rasa biasa je..Aku lagi suka raw salmon..Ada rezeki pergi sini lagi, nak cuba set chicken chop lah!!he3..
Bawah yang cinonet tu, Zai punya order..Dia dah kenyang dia kata..So,dia order chicken wing je..Melepaslah kau Zai..Nak belanja,kenyang pulak..Tunggu lah tahun depan ye..ha3..Chicken wing harga RM9.99..Air, Zai order air Ice Lemon Tea, RM 5.00..
Overall, harga affordable..Set kanak-kanak pun ada..RM 9.99 kalau tak silap..Aku syak owner dia memang suka nombor 9 lah..Genap kan je jadi RM10.00 tak boleh ke?Stress aku..Ha3..
Nah, belanja gambar kitaorg sekeping dua keping dekat sana..Ada rezeki kita pergi lagi ye, Insya-Allah..Sekarang, fokus belajar untuk last sem.. :)
Sedara-mara.. :) |
Zai senyum kemain lagi..Tak leh lebar lagi ke? -..-' |
Sekian sahaja coretan makan-makan dari aku..Next time,nak cuba tempat lain lah ajak budak dua orang ni..Sekali-sekala boleh lah rasa makan tempat-tempat hipster ni..Kalau selalu, tak kuasa aku..Baik simpan duit..Makan dekat rumah lagi kenyang..ha3..
p/s: Kempunan nak set sushi salmon Aeon Wangsa Maju ni..Nanti nak beli lah kalau achieved something..
haha dah lama tak baca blog kau
ReplyDeletebaguslah tak baca..nanti boleh mengumpat..ha3..
Delete