Friday, October 30, 2015

Berpagi-pagian

Assalamualaikum..

Hari ni Jumaat, maka, salam sayidul ayyam, penghulu segala hari.. :)
Jom baca Al-Kahfi..Nak-nak budak UIA yang tengah cuti mid-sem tu, sedap duk rumah tak sibuk sangat tu, molek sangatlah kalau nak baca..
Aku dah balik UIA tercinta awal..Kerja dan test banyak yang menanti..

Semalam borak dengan roommate, aku cakap lama sangat dah tak terjaga waktu azan Subuh..
Sekarang banyak terjaga sebab alarm je..Bilik sekarang tak dengar azan Subuh..Waktu solat lain dengar je..
Ke sebab memang tidur mati tak dengar langsung?ha3..
Alhamdulillah, pagi tadi improve sikit..Terjaga je,dengar speaker masjid imam bagi salam..he3..
Nampak sangat selama ni tidur mati..Takpe,niat hari-hari, harap semakin hari semakin baik..Dapat terbangun awal..Lagi manis kalau sempat tahajud..Insya-Allah..

Hari ni dengan semalam,cuaca cantik sangat..Sebab jerebu dah takde..Alhamdulillah..
Aku nampak matahari je,aku suka..Yelah,siapa tak suka matahari pagi?Aku suka sangat..
Nak-nak kalau aku jemur baju..ha3..Biar cepat kering..Aku rasa baju aku pun gembira bila diaorg kena matahari secukupnya..ha3..
Kawan-kawan aku selalu perli aku bila aku senyum sengih-sengih tengok matahari terik..
Diaorg mesti cakap, "Ni senyum gembira tengok matahari ni,mesti jemur baju".. :)

Hari ni, nak siapkan kerja untuk Civil Procedure II..Nak buat Sale and Purchase Agreement, Deed of Mutual Covenant..
Lepas tu nak tengok skrip untuk Mock Trial Criminal Procedure pulak.. -..-'..
Nak prepare tutorial lagi..Test lagi..
Kuat Sakinah..Kuat..Last sem ni..

p/s: Moga sem ni dapat diharungi dengan tabah dan lancar..

Friday, October 2, 2015

Sesi Makan-makan: Kafe Billionaire Concept Melaka

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas kan cuti Hari Raya Aidiladha..Balik rumah hari Rabu, tapi sebab kerja tak sentuh langsung, laptop tak bawak balik rumah, Sabtu dah gerak balik UIA..
Sekali Isnin cuti pulak sebab jerebu..Takpelah, tak sedih sangat sebab memang kerja banyak..
Duduk rumah pun tak tenteram ok.. :P

Hari Jumaat sebelum balik, terus roger sedara aku, Fura dengan Zai, ajak makan sama..Nak belanja diaorg..
25 September tu birthday Zai,so memang plan nak belanja dia..Fura pulak aku belanja sebab dia baru grad diploma hari tu..Aku nak belikan hadiah tak pandai nak pilih..Sebab takut orang tak suka..
Aku memang nak cuba makan dekat kafe Bilionaire Concept sebab ramai kawan-kawan cakap tempat ni best..

Basically, aku suka kafe ni sebab environment and decoration cantik..Makanan, banyak pilihan..Harga pun affordable..
Makanan yang kitaorg order
Kita start dari atas lah ye..Yang atas ada 2 bekas kuah tu, Fura order chicken chop dengan air Passion Peach..Harga chicken chop RM14.99..Katanya sedap dan kenyang!! :)

Next yang belah kiri tu, set aku..Set salmon..muahaha..Orang kaya sangat..Opss..Jangan kutuk..Aku saje je nak cuba sebab aku teringin..Aku sangat suka makan sushi salmon..So, aku order salmon grilled..Nak tau jugak mana sedap, raw salmon ke,salmon grilled..Set salmon harga RM29.99..Air aku order Hazelnut Caffe Latte Iced sebab aku memang peminat tegar kopi..Harga air, RM10.00..Rasa salmon grilled tu, aku rasa biasa je..Aku lagi suka raw salmon..Ada rezeki pergi sini lagi, nak cuba set chicken chop lah!!he3..

Bawah yang cinonet tu, Zai punya order..Dia dah kenyang dia kata..So,dia order chicken wing je..Melepaslah kau Zai..Nak belanja,kenyang pulak..Tunggu lah tahun depan ye..ha3..Chicken wing harga RM9.99..Air, Zai order air Ice Lemon Tea, RM 5.00..

Overall, harga affordable..Set kanak-kanak pun ada..RM 9.99 kalau tak silap..Aku syak owner dia memang suka nombor 9 lah..Genap kan je jadi RM10.00 tak boleh ke?Stress aku..Ha3..

Nah, belanja gambar kitaorg sekeping dua keping dekat sana..Ada rezeki kita pergi lagi ye, Insya-Allah..Sekarang, fokus belajar untuk last sem.. :)

Sedara-mara.. :)

Zai senyum kemain lagi..Tak leh lebar lagi ke? -..-'

Sekian sahaja coretan makan-makan dari aku..Next time,nak cuba tempat lain lah ajak budak dua orang ni..Sekali-sekala boleh lah rasa makan tempat-tempat hipster ni..Kalau selalu, tak kuasa aku..Baik simpan duit..Makan dekat rumah lagi kenyang..ha3..

p/s: Kempunan nak set sushi salmon Aeon Wangsa Maju ni..Nanti nak beli lah kalau achieved something..

Tuesday, September 22, 2015

Hectic Semester Begin

Assalamualaikum..

Hari ni minggu ke tiga semester akhir dekat UIA tercinta ni..
Esok petang nak balik Melaka insya-Allah..Cuti Aidiladha..
Tapi masalahnya, nak balik pun tak senang..
Kerja datang bertimbun-timbun..
Tak tau nak nangis ke,nak gembira..

White board dekat bilik dah penuh dah catatan kerja..
Dalam laptop pun dah makin bertambah senarai kes, akta..
Setiap hari mesti ada je benda baru yang download..
Fuhhh..Cuak..Sumpah cuak..Tak tipu..

Takut sangat nak habiskan sem akhir ni..
Insya-Allah esok nak hantar borang graduasi..
Doakan moga sem ni aku lulus dengan jayanya.. :)

Jadi, sekarang bila ada masa lapang je, terus cari bahan untuk kerja-kerja bertimbun tu..
Walaupun ada certain kerja lama lagi due,tapi aku kena pastikan ada progress..
Tak naklah bila dah nak due date baru tergopoh-gopoh..
Aku harap, azam aku nak konsisten buat kerja, ulang kaji tercapai..
Insya-Allah..

p/s: Dah nak hampir 10 kerja dapat untuk minggu ni dengan minggu depan..keh3..

Tuesday, September 15, 2015

Mantera Semangat..

Assalamualaikum..

Ok, lately ni aku sangat rajin menaip dekat blog..Bila rasa ada benda nak luah je,terus bukak blog..
Dekat blog boleh tulis panjangggggg..Lagipun, tak ramai yang baca apa yang aku tulis..kih2..
Kalau dekat fb, ramai pulak kan..So, aku suka tulis dekat blog..
Mungkin sebab ni sem akhir..Semua benda aku nak tulis..
Sebab aku memang nak kurangkan post dekat fb pasal benda yang tak penting..
Nanti orang annoying pulak.. :)

Minggu ni dah minggu ke dua..Kejap nya lahai masa berlalu..
So far, kerja memang dah ada..Cuma belum nampak pressure dia..
Aku pulak sibuk ke hulu dan ke hilir settlekan finacial assistance forms tu..
Alhamdulillah, walaupun sekarang jerebu, tapi hari ni je dah berapa kali aku duk ulang-alik keluar mahallah nak settlekan benda ni.. *doakan aku dapat financial assistance*
So, aku dah selamat submit forms tu..Alhamdulillah..

Disebabkan esok cuti, malam ni aku plan nak stay up lebih masa sikit..
Nak siapkan kerja, tutorial untuk next week, dengan revisions..
Sekarang bila malas je,terus aku tepuk bahu sendiri sambil cakap macam ni,
"Kina..ingat mak abah..Ni last sem..Pointer tu sadis..Ni sem akhir nak naikkan tau!!''
So, aku terus semangat..
Memang bila lalai sikit, malas sikit je, terus aku cakap, ingat mak abah..
Belajar kina..Last sem ni.. :)
p/s: mantera aku ialah "last sem..last sem"..


Wednesday, September 9, 2015

Bantuan Kewangan

Assalamualaikum..

Tadi pergi pejabat Finance dengan Zakat UIA ..Tanya pasal bantuan kewangan yang available untuk student last sem yang takde loan/sponsorship..
Officer suruh je apply dulu..Buat surat apa yang patut untuk terangkan pasal kelayakan..
Satu bantuan tu, kalau lulus, tak perlu payah tuition fees RM700++..
Lagi satu tu,dapat bantuan kewangan untuk perbelanjaan makanan kalau layak..
Tapi tak pasti lah tu bulanan dapat ke apa..

Doakan lah aku dapat..At least duit boleh simpan untuk belanja benda lain..
Lagipun, nanti nak habis belajar kena buat clearance..
Guna duit jugak..
Taknak susah kan mak abah aku..
Sekarang pun memang aku alert dengan offer part-time job..
Kalau weekend, boleh buat part time..

p/s: Ada sesiapa nak bagi duit belanja x? :)

Saturday, August 29, 2015

Rehat Seminggu

Assalamualaikum..

Rasa macam tak percaya je dah habis buat part time dekat WK Chan & Co..
3 bulan rasa macam kejap je..So,dua kali lah aku kerja dekat situ..
Last year praktikal, this year kerja part-time..
Walaupun kerja kali ni aku tolong mostly bahagian akaun,tapi at least ada jugak benda lain aku belajar..
Sebab ada budak praktikal sorang,bila dia dapat assignment daripada supervisor dia, secara tak langsung, aku ada lah mainkan peranan tolong cari sikit-sikit apa yang patut..
Memanglah mustahil dalam masa 3 bulan boleh belajar semua..
Insya-Allah, tinggal 1 sem je lagi,lepas tu chambering..
Doakan moga sem terakhir ni aku dapat performed..
Jadikan sem terakhir ni penutup yang terbaik.. :)

Kalau yang tau, aku kan kira extend sem sebab sem 1 aku dekat UIA aku tak lepas exam BI..
Aku tak boleh masuk kuliah undang-undang..
Dapat EPT Band 6, baru boleh masuk kuliah..
Tu sebabnya aku tak habis sama dengan batchmates aku waktu Asasi UITM Shah Alam dulu..
Tapi takpe,redha sudah..
Cuma sem akhir bulan 9 ni,aku takde PTPTN dah..
Tu yang sakit sikit sebab dah takde duit masuk dalam akaun kan.. :(

Alhamdulillah, kerja part time hari tu, dapat jugak aku simpan duit untuk bayar yuran sem depan..
Aku ada apply extend PTPTN untuk 1 sem lagi,tapi tak tahu lah dapat ke tak..
Tu yang buat aku risau..Insya-Allah, untuk yuran settle dah..
Tapi untuk duit belanja makan, bahan-bahan belajar semua tu lah..
Takkan nak depends pada mak abah aku..
Tak nak lah susahkan diaorg..
Last sem, kalau aku boleh berdikari, settle semua sendiri,mesti happy..

Kalau tak dapat PTPTN untuk extend tu, aku plan nak apply fees reduction dekat Finance UIA sebab aku kira sem depan dah takde sponsor kan..
Haraplah dapat..Duit kerja boleh pakai buat belanja apa yang patut..
Nanti free, boleh cari kerja part time dekat UIA..
Sekurang-kurangnya,boleh simpan..
Aku pun ada plan sebelum habis belajar UIA,nak pergi Cameron ke,travel mana-mana dengan kawan-kawan..
Harap-harap dipermudahkan,Insya-Allah..

Lagipun, aku faham sangat diri aku ni ha..
Kalau masa lapang banyak main je..
Bukan belajar sangat pun..Baik buat part time bila free..
Kecuali lah kalau ada group discussion ke, assignment ke, takyah lah kerja..
Doakan lah perjalanan sem terakhir Allah permudahkan..
Aaminnn.. :)

Wednesday, August 26, 2015

Last Week Part Time

Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog..Takde idea nak update apa..
Insya-Allah minggu ni last buat part-time sebelum mula semester akhir untuk degree insya-Allah..
Tak sabar nak naik sem baru..Takut sebenarnya..
Dah nak habis belajar nanti, kena fikir tempat nak chambering..
Harap dapatlah tempat untuk chambering nanti..

Doakan moga sem akhir ni berjalan lancar..
Niat aku, moga semester akhir jadi penutup yang terbaik..
Nak sangat naikkan pointer..
Tau tak dapat improve banyak sangat..
Cuma harap dapat naikkan ikut apa yang aku target..
Doakannnnnn..
Cuaknya last sem..