Monday, September 30, 2013

Mari Semangat untuk Belajar!! :)

Assalamualaikum..

Hari ni hari terakhir bulan September..
Jadi, sebelum terlambat, nak wish Selamat Ulang tahun kelahiran kepada semua yang lahir bulan September..
Tidak kira berapa usia anda.. ;)
Happy birthday untuk diri sendiri jugak.. *clap2*
Akhirnya masuk jugak umur layak mengundi..
Umur layak kahwin pun boleh jugakkan..ngeee..

Buat masa ni, masih lagi sibuk dan sedang membiasakan diri dengan jadual kelas..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..Semua pensyarah untuk sem ni sangat baik dan sporting..Ajar faham..Cuma aku jela yang kena pandai dan rajin membuat pilihan..Sama ada nak bersemangat untuk belajar atau pun tidak..

Sekarang pun, dah terserlah sikap pilih kasih terhadap subjek tertentu..Ini merupakan petanda yang kurang bagus untuk aku..Bila dah ada subjek favourite dan subjek tak favourite, maka akan bermulalah fasa subjek kesukaan diberi tumpuan bagai menatang minyak yang penuh..Sebelum kelas mesti buat ulang kaji..Nota untuk topik minggu tu mesti siap hari Ahad sebelum topik yang baru akan diajar, soalan tutorial disiapkan awal-awal, dan sebagainya..Maka, kasihan dan sungguh sadis la subjek bukan kesukaan..Dianaktirikan dan dipinggirkan..

Jadi, marilah sama-sama berdoa, supaya aku tidak bersikap pilih kasih terhadap subjek-subjek sem ni..Sesungguhnya, aku teringin nak dapatkan keputusan yang baik,cemerlang dan seimbang untuk semua subjek..Doakan supaya aku istiqamah dan terus semangat untuk belajar.. 

Sekian untuk kali ini..
Esok kelas sangatlah padat,takde gap antara kelas langsung..
Revision tak settle lagi..
Dan aku lupa nak beli roti dan tuna sebagai bekalan dari bilik.. -..-

p/s: Subjek yang dianaktirikan buat masa ini, Criminal Law.. ;)
faham memang faham, tapi tak tau nak explain panjang bila lecturer tanya..acane tu?? n_n

Monday, September 2, 2013

#2 Cuti Sem

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan September..
Akhirnya, sampai la jugak ke penghujung cuti sem selama 3 bulan ni..
Tak tau nak rasa apa..Sedih??Gembira??Campur??

Sedih adalah sikit..Ke banyak?? ;)
Sedih nak tinggalkan rumah,family..Lepas ni rindu nak gaduh-manja dengan family..
Gaduh-manja (lah sangat)sebab bila dah kemas rumah,diaorg sepahkan balik.. -..-'
Gaduh sebab tak tolong kemas sangkar kucing..
Gaduh sebab macam-macam..

Lagi sedih sebab takde lagi makanan free yang sedap..ha3..Ni yang paling penting kot..Dekat Uni. kena beli sendiri..Duit pinjaman memang kena catu habis-habisan..Takdenya nak fikir enjoy sebab kena ganti balik savings yang keluarkan waktu darurat..Plus, banyak bendaaaa nak kena beli.. ;) 

Seperti biasa, naik sem baru,semangat berkobar-kobar konon nak belajar rajin-rajin..
Hailah..Hopefully bukan typical sakinah zaini seperti sem-sem sebelum ni.. -..-'
Marilah positifkan diri sendiri..Kalau tak tolong bagi semangat dekat diri sendiri,siapa lagi nak bagi kan??

Lagi berapa hari nak balik Uni., barang tak start packing, barang tak beli lagi..
Untuk minggu akhir ni, nak tolong la apa yang patut dekat rumah ni..Kemas,kemas dan kemas..
After this tak sure bila lagi balik..Kelas takde hari Jumaat,tapi ada hari Sabtu.. ;(

Paling penting, minggu akhir, lepak tepi laut hari-hari,tunggu encik abah balik dari laut..
Hadam bunyi ombak..
Hadam pemandangan pagi-petang tepi laut..
Harap-harap tak rindu bila dekat Uni. nanti..
Harap-harap dapat naikkan semangat nak belajar..
Biar sedar diri..
Dekat rumah ada keluarga yang letakkan harapan yang tinggi dekat diri..

Favourite's adik sedara..

Tempat favourite..Duduk atas batu berangan sambil angin laut lempang laju-laju..

Encik Abah.. ;)
Dengan lafaz Bismillah, melangkah ke sem baru..
Moga Allah permudahkan urusan..

Monday, August 12, 2013

Raya 2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Hari ni dah hari ke-5 kita beraya..Raya pertama sampai raya ke-4, raya dengan family,sedara-mara..Hari ni,takde aktiviti..Duduk rumah tunggu orang datang beraya rumah..

Semalam dah puas berjalan raya dengan kawan-kawan..Geng konvoi raya sejak sekolah menengah lagi..Daripada zaman konvoi naik motor,sampai konvoi berkereta..Cuma mungkin akan datang konvoi dengan pasangan masing-masing la kot..eh??ha3..








Selamat hari raya semua..Panjang umur murah rezeki tahun depan konvoi lagi.. ;)
Geng konvoi ada 3 orang yang akan habis belajar next year..Boleh la kasi duit raya kan?? n_n


Thursday, July 18, 2013

Ramadhan Kareem..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Masih diberi peluang untuk sampai ke bulan Ramadhan yang mulia tahun ni..Sedar tak sedar, dah 9 Ramadhan.. :)

Tahniah di ucapkan kepada sesiapa yang hingga ke hari ini, berpuasa penuh..
Tahniah juga untuk sesiapa yang berebut-rebut nak tunaikan solat terawih di surau,masjid..
Tahniah untuk sesiapa yang sentiasa consistent tadarus Al-Quran..

Alhamdulillah untuk segala amalan yang baik yang kita praktikkan di bulan mulia ini..Moga segalanya diterima Allah..Moga segala amalan yang baik ini kita teruskan pada bulan yang lain..
Kalau sebelum ni kita tak pernah, atau jarang-jarang buat, apa kata start tahun ni, lepas Ramadhan, kita teruskan apa yang kita dah praktikkan bulan Ramadhan ni..Jadikan Ramadhan sebagai titik percubaan untuk kita teruskan perkara yang baik..
Macam apa yang Ustaz Hasrizal Jamil cakap dalam buku Transformasi Ramadhan, "Jangan yatimkan 11 bulan yang lain"..Maksudnya, janganlah amalan yang kita buat tu, kita buat untuk bulan Ramadhan je..Lepas tu, back to normal..Tak best la macam tu..

Ok, aku memang la sangat tak pandai nak guna convincing words bila menaip ni nak ajak or hebahkan dekat orang sesuatu perkara..Aku lagi senang kalau cakap face-to-face..Orang boleh tengok ekspresi aku..Betapa bersemangatnya aku bila nak bercakap..keh3..Rasanya, ni la kot sebabnya aku amik law.. ;)

Setelah sekian lama tak tau nak update apa, sekarang nak share-share cerita..Aku tau readers aku sape je..Kawan, family..he3..So, memang boleh cerita gaya macam diaorg depan aku la.. n_n

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni, diteruskan macam biasa..Disebabkan aku decide untuk tak bekerja cuti sem kali ni, jadi, dapatlah spend masa dekat rumah..Ada kesempatan, aku pi terawih..Ada masa, aku tadarus sikit..Tapi, rasanya lagi best la kot kalau puasa dekat U..Buka sama-sama dengan kawan-kawan..Terawih,sahur sama-sama..Tapi takpe, sekarang spend masa dengan family, next time, bila aku amik short sem,dengan kawan la pulak nanti..

Duduk rumah memang dugaan bulan puasa ni kuat la jugak..Emosi kena kawal..Ada je kadang-kadang aku 'ter'emo dengan mak..Mak 'ter'emo dengan aku..ha2..macam budak kecik..Nak-nak aku je yang ada buat masa ni dekat rumah..Abang aku pun kerja,balik rumah nanti buat hal dia..So, jadi lah aku anak bongsu sekejap..ha3..bermanja dan bergaduh dengan mak perkara biasa..

Aku yang kemas rumah..
Aku yang bagi idea nak suruh mak masak apa..he3..
Aku yang jadi driver.. (tapi bulan puasa ni liat sikit nak keluar rumah kalau tak penting)

Dan Ramadhan kali ni juga, macam biasa, aku ulang balik buku yang aku baca yang berkaitan dengan bulan Ramadhan ni..Yela, ilmu aku pun tak banyak mana..Setiap masa nak kena refresh balik..Mana tau ada silap fahamnya..Re-read buku Tranformasi Ramadhan by Ustaz Hasrizal Jamil..Re-read Contengan Jalanan by Hlovate..Every time baca CJ ni, tiap kali ulang tu la aku menangis..

CJ bukan novel biasa..Banyak-banyak buku Hlovate, aku paling suka yang ni..Meaningful..Banyak falsafah yang bermakna..Boleh dikatakan, aku banyak belajar benda baru, benda yang jarang dengar dari buku-buku Hlovate ni.. ;)

The man who decides to change on the 12th hour dies on the 11th..

Ayat pendek.Tapi meaningful.
Cadang nak berubah esok, tapi tup-tup, petang dah kiok..Tak ke rasa macam tak worth it..Aku tak reti nak explain detail pasal buku ni..Grab it..Read it..
Tapi,nak cakap, memang best baca buku ni waktu Ramadhan..Watak-watak dalam novel ni pun berubah waktu bulan Ramadhan..Change for good..Change forever insya-Allah..
Novel bukan tak boleh baca..Boleh je..Amik la yang baik.. ;)

Oraitt..Nak buka dah..Kena tolong puan emak sediakan meja makan..Selamat berbuka, dan berterawih..
Assalamualaikum..

Friday, June 21, 2013

#1 Cuti Sem

Assalamualaikum..

2 minggu lebih dah bercuti..Gembira tak terkata duduk rumah..Memang rehat serehatnya..Tapi takde la sampai makan-tidur-makan-tidur kan..Mau nya mak pijak perut kalau aku membongkang tak ingat dunia.. ;)

Cuti 3 bulan..Heaven habis..Mula-mula ingat nak kerja cari duit poket..Tapi,bila fikir balik, tak pe lah.. Last sem dah kerja, kali ni cuti la pulak..Kalau aku kerja, nanti sape nak jadi driver mak?Sape nak angkut dak adik balik dari hostel?Sape nak jadi bibik, jadi tukang kebun dekat rumah?Nanti Ramadhan, kalau kerja malam, tak dapat terawih.. ;(
Jadi, keputusan untuk tidak bekerja 3 bulan ni, dah muktamad.. n_n
Moga ada hikmahnya..Harap dapat ringankan beban mak abah tolong apa yang patut..Dapat la spend habiskan baca buku-buku yang asyik beli, bacanya tak habis-habis.. ;(

Sekarang slowly kemas rumah, buang habuk bagai..Recycle buku-buku yang dah tak pakai..Semai macam-macam jenis pokok, sayur..Mak pun dah pening nak layan..Tanam pokok delima la, daun kunyit la, tomato la, bunga taik ayam la..Tak sabar nak tunggu semua pokok besar..

2 hari lepas dapat result..Alhamdulillah, walaupun result hanya la suam-suam kuku, tapi sekurang-kurangnya takde yang kena repeat..he3..Tak sangka..Sebab paper Criminal memang tak yakin langsung..Ok la cukup-cukup makan lulus kan.. ;)

So, cuti ni, nak kata nak belajar dulu, memang tipu lah..Buku tak bawak balik..he3..Nak rancang jadual, nak mintak tips dari senior2 subjek sem depan..Harap-harap sem depan dapat buat lagi baik..Aminn.. Insya-Allah..

Cukup setakat ni..Nak bawak puan emak pergi pasar malam..Nak berkebun..Selamat menghadapi bulan Ramadhan..Assalamualaikum..



Wednesday, May 22, 2013

#2 Mooting


Disclaimer: Tips secara general mengenai mooting..Pendapat setiap individu mungkin berlainan..

Assalamualaikum..

Mengambil sedikit masa di waktu petang untuk melunaskan janji..Sebelum ni aku ada janji nak buat final update pasal mooting..Jadi, Sabtu lepas, 18 Mei 2013, mooting untuk kali ke-2 telah berlangsung.. Alhamdulillah, dah habis mooting rasa lega sangat..

Mooting class
Untuk sesi ke-2, lecturer invite 3 judges dari luar yang terdiri daripada tuan majistret/peguam/pensyarah undang-undang..Sesi ke-2, disebabkan aku group yang pertama, maka, haruslah jantung rasa macam nak terkeluar..Mana taknya..Jadi group yang pertama, memang umpama kau menyerahkan diri kepada judges untuk attack kau dengan bertubi-tubi soalan..Dah lah semua group tengok kau buat..Judges pulak pagi-pagi haruslah masih bertenaga nak tanya, nak uji kau macam-macam..Untuk part aku, aku still lagi bersyukur walaupun aku tak dapat bawak isu aku sendiri (as a junior counsel)..Aku deal isu senior counsel..Tak pe, benda dah lepas..Tunggu markah after final paper nanti.. ;)

Untuk mooting, apa yang kena tau:

1) Know your area of law
-- > Ni memang benda basic kena tau kalau buat mooting.. Sama ada problem yang kau dapat berkaitan tort,contract, medical law etc. Kalau tak, memang cacamarba la submission korang.. Untuk aku, aku kena deal medical law..

2) List down all the issues
-->Isu yang berkaitan untuk anak guam korang..Nasihat aku, kalau korang jadi respondent, tak payah la susah-susah nak serabutkan kepala..Tunggu je isu dari pihak perayu (appellant),  then, korang just respond kepada isu tu..Korang copy je isu diaorg balik, dekat part submission je ubah..

Contoh:

Appellant
Issue: Whether the 2nd respondent had breached his duty as a doctor by discharging the appellant early.
Submission: 2nd respondent had breached his duty by discharging the appellant early as it is the duty of the doctor to monitor his patient until they gain recovery.

Respondent
Issue: Salin isu respondent balik.. ;)
Submission: 2nd respondent had fulfilled his duty as a doctor as he did give sufficient treatment. The pain that the patient suffered after she had been discharged was beyond the control of the doctor.


Ada pros and cons bila jadi respondent. Dekat UIA, mooting ada 2 sesi..Sesi first, ok la kot bila kita just tunggu isu dari appellant..Tapi, bila sesi ke-2, kalau lecturer tukar lawan, appellant yang baru bawak isu lain, isu baru, memang haru lah korang nak cari kes, nak cari authority baru.. ;)

3) Save your money
--> Ni memang isu paling besar bila deal dengan mooting..U lain aku tak pasti..Kalau UiTM, just buat mooting sekali je kalau tak silap..UIA, kena buat dua kali.. Sesi pertama, kena prepare bundle of authorities (BOA) untuk sorang judge je iaitu lecturer kita sendiri..Sesi ke-2, kalau ada 3 judge, 3 BOA la kena buat..Kalau kes tak banyak, nipis la BOA korang..Tak la banyak duit kena spend..Tapi kalau banyak kes korang guna, tebal la BOA..

Nasihat aku, cari dan photostat kes yang memang korang betul-betul nak pakai..Kes dalam BOA, make sure korang guna betul-betul..Jangan jadikan kes tu sebagai perhiasan dalam BOA..Harap je tebal macam bantal, pakai nya tak banyak.. *terasa*

Tips secara rambang pasal mooting..Lain U, lain cara mooting..Ni mooting style kelas aku..Kelas lain, lain pulak..Semua nya berbalik pada lecturer kita.. ;)

Dari sesi mooting aku, apa yang aku boleh concludekan bila aku handle medical law untuk kawan-kawan aku yang bakal bergelar doktor, sebagai seorang doktor, korang harus tahu:

1)Tugas sebagai seorang doktor
--> macam mana nak treat pesakit, until to what extent seorang doktor perlu jaga dan pantau pesakit, bila perlukan consent, bila tak perlu kan consent untuk prosedur rawatan, apa yang membawa kepada pelanggaran tugas dan sebagainya..

2)Prosedure-prosedur dekat hospital
--> Kalau kerja dekat hospital kerajaan takde masalah sebab biasanya, seorang doktor, kalau ada kes kecuaian di bawa oleh pesakit, doktor akan share liabiliti dengan hospital dan kerajaan..Tapi, bila kerja dekat hospital swasta, kena tahu sama ada korang sebagai pekerja mereka atau hanya sebagai independent doctor.. Kalau korang pekerja mereka, liabiliti sama seperti hospital kerajaan..Kalau independent doctor, hospital takkan liable on part of your negligence. Means that the doctor himself will be held 100% liable if proven guilty.

credit pic.

Ni yang termampu untuk share..Betulkan kalau ada silap..Untuk medical student, nanti korang akan belajar Medical Law or Medical Ethics kalau tak silap..Bila dah sampai masa tu, pastikan korang faham betul-betul..Kalau apa-apa terjadi bila korang dah praktis sebagai seorang doktor, korang boleh mudahkan kerja peguam, pendakwa raya.. n_n

p/s: Alhamdulillah, for second mooting, my group win, my partner got best mooter for our session.. ;)

Monday, May 20, 2013

Selamat Ulang tahun !!

Assalamualaikum..

Hari ni, hari istimewa..
Luar biasa istimewa dia..
Lebih istimewa daripada dah habis mooting semalam..

Hari ni, birthday kekasih hati, pengarang jantung hati saya yang tidak bernombor..
Tidak bernombor bukan bermakna tak penting..
Tapi kedudukannya antara yang tertinggi..

Selepas Allah dan Rasul, kedudukannya menyusul..
Kedudukannya di bawah sedikit berbanding kedudukan orang yang melahirkan saya..
Siapa kekasih hati saya?
Siapa lagi kalau bukan Abah yang tercinta..
Encik Mohd Zaini bin Hj. Abu Bakar..


Ucapan tahun 2013 apa?

Ucapan buat Abah yang tercinta,
Selamat Ulang tahun yang ke 57..Moga Allah panjangkan umur Abah, murahkan rezeki dan berkati dunia akhirat..Moga diberi kesempatan untuk melihat anak-anak berjaya dan kami dapat membalas jasa abah dan emak..Moga kami anak-anak abah menjadi penarik dan jalan untuk abah dan emak ke syurga..Amiinnn..

Moga terus menjadi suami yang baik,
Abah yang cool lagi sporting dan
datuk yang penyayang..

Sekian ucapan dari anak yang tercinta..Short and simple.. ;)