Friday, January 25, 2013

Salam Maulidur Rasul..

Assalamualaikum w.b.t..

Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam, umat Nabi Muhammad S.A.W yang kita sambut setiap 12 Rabiul Awal, tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W..

Dah masuk 13 Rabiul Awal 1434 H, baru aq berkesempatan nak tulis serba-sedikit pasal sambutan Maulidur Rasul..Mulanya,aq tak tergerak nak buat entry pasal Maulidur Rasul..Tapi, aq rasa nak share sikit pasal rancangan dekat TV AlHijrah..Rumah aq tak dapat channel tv Alhijrah..At first, tak heran pun..Tapiiiii..Tadi waktu lawat nenek aq, tengok tv dekat depan, pak cik aq bukak tv AlHijrah..Serius aq kagum!! n_n  Tak tipu..Aq tak tau kenapa..Mungkin sebab channel RTM,Media Prima, banyak iklan, campur-campur cerita Melayu la,Korea la, Hindustan la..So, rasa macam dah normal..Tapi, bila tengok tv AlHijrah tadi, aq suka sangat..Iklan pun pasal input-input Islam..

Memang aq dengan parents aq melekat dekat depan tv tgk rancangan dekat tv AlHijrah..Sempat tengok rancangan Dikir Zikir, tapi bukan dari mula..Then, tengok rancangan Reflection Special sempena Maulidur Rasul..Rakaman buat dekat UIA Gombak..Aq pernah nampak banner pasal rakaman ni..Bila tengok tadi, rasa rugi pulak tak pergi tengok secara live untuk rakaman..Bukan sebab nak masuk tv, tapi sebab rancangan Reflection ni best..

Antara input yang aq dapat dan faham,

*Kita, sebagai umat Nabi Muhammad, adalah duta untuk Nabi Muhammad..Apa yang kita buat, apa yang kita lakukan, kita buat, perangai kita, semua mencerminkan Baginda dan Islam..Tu sebab, Islam ajar kita sifat mahmudah, tinggalkan mazmumah..Kenapa?Sebabbb, bila kita praktis sifat mazmumah, people around us akan ada bad perception not only to us, but to our religion..Jadi, sebagai Muslim, kita patut dan mesti amalkan sifat mahmudah..Jangan cemarkan Islam dan Baginda, hanya kerana sifat kita seorang.. n_n

*Kalau tak silap aq, macam mana nak tau keberkatan atau kebaikan yang orang lain dapat dari kita, tengok apa yang kita tinggalkan, atau amalkan, yang orang sekeliling kita ikut..Contohnya, kalau kita buat baik pada jiran, then, jiran akan baik dengan kita..Jiran kita takkan cakap benda yang tak baik pasal kita..Sebab apa?Sebab kebaikan yang kita buat pada diaorg..Macam tu jugak macam Nabi Muhammad.. Baginda tinggalkan macam-macam kebaikan untuk kita amalkan, untuk kita contohi..Itulah keberkatan yang kita dapat daripada Baginda..

*Pengacara rancangan Reflection ni,ada tanya macam-macam soalan..Antara yang aq ingat, sebagai umat Nabi Muhammad, apa yang menyebabkan kita cintakan Baginda? Kenapa kita cintakan Baginda? Dengan cara apa kita tunjukkan kecintaan kita kepada Baginda?? It can be anything..Kita contohi sunnah Baginda, kita tau sejarah Baginda, kita amalkan Islam yang sebenarnya dan macam-macam lagi kebaikan yang Baginda sebarkan..Macam mana nak tau kita cintakan Baginda? Bila kita cintakan Baginda lebih daripada ibu bapa kita, keluarga kita, rakan-rakan kita dan segala jenis sifat-sifat keduniaan..Masya-Allah, untung sangat orang-orang yang dapat mencintai Baginda sepenuh hati..Aq??Masih berusaha ke arah itu..Insya-Allah, sama-sama kita usahakan..

Ni sebahagian daripada apa yang aq faham, dan boleh share dengan korang..Maybe korang boleh search dekat Internet pasal rancangan Reflection ni dekat Youtube ke..Korang tengok, dengar sendiri..Lain orang, lain cara dia dapat and hadam input kan..Wallahualam..Mana yang baik, datang dari Allah, yang buruk tu, kelemahan diri aq..

Sekali lagi, salam Maulidur Rasul..Sama-sama kita lazimkan lidah kita dengan berselawat ke atas Baginda, Nabi Muhammad S.A.W..Bukan hanya pada sambutan Maulidur Rasul semata-mata..Make it as a daily routine..Sebelum tidur,selawat..Bangun pagi,selawat..Selawat tidak bermusim ketika Maulidur Rasul sahaja.. ;) Allahummasolliala Saidina Muhammad..Assalamualaikum..

p/s: Currently, my mom, eager to find AlHijrah channel.. ;)

Friday, January 11, 2013

Masa Untuk Berkhidmat..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Maghrib tadi,selamat sampai menjejakkan kaki di bumi Melaka..Menandakan, percutian selama 3 minggu sudah pun bermula..Ok,3 minggu je cuti..Tak payah lebih-lebih..Jangan nak demand cuti lebih-lebih.. Ilmu yang penting..Cuti lama-lama bukan best pun .. *sedapkan hati*

Sampai-sampai rumah je, aq dapat kejutan..Kucing-kucing dah makin besar..Ada lagi yang bakal dilahirkan..2 ekor kucing betina tengah mengandung..Non-stop production..Bagusss.. n_n  Lepas ni,boleh bukak kedai jual kucing..yeahhhh..

Oraittt..Cuti 3 minggu, aq plan nak fully berbakti, berkhimat jujur dan ikhlas buat mak abah gituuuu..keh3..Minggu depan, kena bawak mak pergi mesyuarat PIBG sekolah adik aq yang tercinta.. Alang-alang, boleh la aq cuci sambil sekolahkan dia supaya rajin belajar..PMR jangan buat-buat hilang ingatan..Tak dapat 8A, muka dia yang ala-ala bangla tu, mungkin akan jadi lebih putih bila aq 'chlorox' kan nanti..ha3..Jangan marah dik..Gurau akk pada seorang adik..Tanda sayang tu!! <3

Esok, mulakan tugas dengan bawak mak ke pasar beli ikan..Kemas rumah,nak sental lantai,bilik air..Nak kemas mini kebun aq lagi..Pack la jadual aq cuti ni.. ;) Takpe,anything untuk mak abah..Saje je poyo-poyo bagitau apa aq nak buat cuti..At least, korang tau la kan apa aq buat masa cuti..ha3..Aq tau, kawan-kawan aq dekat UiA, baca blog aq..Aq dah cite dekat sini, balik sana nanti tanya lagi,siap korang!!ha3..

Waktu tengah makan,aq sebenarnya sedih nak nangis bila mak kata takde duit nak beli barang-barang dapur..Nasib baik aq macho..Tahan air mata..Aq tau, mak bukan tak nak keluarkan duit simpanan, tapi tu kan untuk mak, untuk hal emergency..

Aq cakap dengan mak, tak payah risau..Guna duit aq..Aq ada simpan..Tak banyak,tapi ada lah..Esok pagi kita pergi beli barang-barang basah..Mak teringin nak makan roti canai kan?Esok kita makan ye..Malam kita pergi beli susu,gula,kordial air semua..Ni jela yang mampu aq bantu mak abah..Kalau dah kerja nanti,insya-Allah mak abah akan lagi selesa..Mak senyum.. Dalam hati aq nangis..Takpe..Sem depan punya PTPTN,aq nak simpan lagi banyak..Oh ye,next week birthday mak..Aq x tau nak belikan apa..aq cadang nak hulurkan duit..Aci tak?At least mak boleh guna..Bila dapat sumbang sikit-sikit tolong mak abah ni,sumpah rasa gembira,bangga..Rasa macam macho je..Boleh kahwin dah kan??ha3..

30 Jan, result keluar..Aq harap,semua paper lulus..Kalau dapat A, alhamdulillah..Tapi, tak expect tinggi pun..Ada peningkatan, tu dah cukup bagus..Oraitt..Tu je setakat ni..Aq rasa, dalam 3 minggu ni,ada la 100 kali seminggu mak aq kan ulang suruh beranikan diri bawak kereta sendiri..Aq yakin!!keh3..

Sebelum mengundur diri, al-fatihah untuk pelajar UiA yang bernama Afham yang meninggal dunia hari ni..Aq tak kenal..Tak tau sangat cerita..Tapi,sedekahkan la Al-Fatihah ye untuk arwah..Tak lama..2 minit pun tak sampai..Nite..Assalamualaikum..

Tuesday, January 1, 2013

Azam Tahun Baru..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Allah bagi peluang pada kita semua untuk terus kekal bernafas di muka bumi ni pada tahun baru Masihi, 2013..Moga-moga seiring dengan pertambahan usia, bukan hanya pertambahan dari segi angka, tapi pertambahan dari segi amalan-amalan kebaikan, amalan-amalan yang menjanjikan syurga Allah..Insya-Allah..

Sempena tahun baru, setiap orang ada target, resolusi yang nak dicapai sempena tahun 2013 ni..Ada yang teruskan resolusi lama, ada yang tambah baru, tak kurang jugak, yang masih belum ada apa-apa resolusi.. *termasuk aq* n_n

Bukan takde langsung, ada je, cuma tak jot down lagi, tak fikir secara serius dan spesifik..The main priority now, face the final exam..3 papers more..Insya-Allah,after the exam, the new resolutions can be jot down here..

Takde apa yang nak diulas mengenai azam tahun baru ni..Cuma,bagi aq, apa sahaja target yang kita buat, jangan terlampau membebankan..Biar sikit, biar nampak kecil, asalkan boleh dicapai..Tidak membebankan diri..

Contohnya: Azam nak kumpul duit RM 100 sebulan..
---> Kalau bagi orang yang bekerja,tak mustahil..Tapi,as a student kalau takde source of income, mungkin susah..Kalau dah sampai kena ikat perut tahap dewa, mintak parents semata-mata nak kumpul duit, boleh la fikirkan balik azam korang tu..Why not, azam nak simpan duit syiling yang korang takkan usik langsung..Bila beli barang,ada baki duit yang tak sampai RM 2, simpan dalam tabung..Kan tak membebankan..Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit insya-Allah..

Selain tu, mungkin kita boleh buat azam yang mendekatkan diri kita kepada Allah..Even amalan-amalan kecil pun,at least we try..Start with a single step..Continuous..Mana tau, lepas tu kita boleh improve dengan amalan-amalan yang lain? n_n

Contohnya: Latih diri buat solat sunat Dhuha..
--> Katakan kelas pukul 8..Lepas mandi,terus je solat sunat Dhuha..Tak amik masa banyak pun..Paling lambat 7,8 minit..Bila dah selalu buat, lama-lama akan terbiasa..Bila tak buat,mesti rasa lain..Kalau tak percaya, cuba buat.. ;)

Bukan sempena tahun baru je,baru nak berubah..Bila-bila pun boleh..Tapi, mungkin permulaan tahun baru ni boleh jadi titik permulaan perubahan untuk kita semua..

Sebelum mengundurkan diri, al-Fatihah untuk arwah sepupu aq yang meninggal pada malam tahun baru..Tahun ni,genap 3 tahun pemergian arwah..Bila tahun baru je,mesti teringat arwah..Moga arwah Muhammad ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..Al-Fatihah juga untuk insan-insan yang telah pergi meninggalkan kita..Moga segala amalan mereka diterima di sisi Allah..Aminn..

Saturday, December 29, 2012

APA YANG PENTING KETIKA FINAL..

Assalamualaikum..

Aq mungkir janji..Aq kata nak update blog lepas habis final..Tak boleh jadi..Perasaan aq ketika jawab exam pagi tadi perlu diluahkan.. -..-'

Hari ni,paper Contract 2..Nak kata aq dah well prepared, tak jugak..5 topik,3 topik je boleh dikatakan aq strong..Yakin..2 topik, tak mantap sangat..Dah nak final, tak cover,memang cari masalah..Ok,tu masalah diri sendiri..Tak boleh salahkan orang lain..

Bila dapat paper je,terus tanda soalan yang dah cover..Check punya check, ok..Semua soalan lebih kurang sama je dengan soalan tutorial kelas..Nama,ubah sikit fakta..Isi penting..Dalam hati, boleh jawab insya-Allah..4 topik,jawab dalam different booklets sebab each topic, lain-lain lecturer yang tanda..

3 jam untuk 4 soalan, cukup tak masa agak-agak??

Bagi aq,tak cukup..Maybe sebab time management..Mungkin jugak ikut soalan..Contoh kalau soalan terlalu general..Ko kena letak dari yang general,sampai yang specific..Tak letak,takut tak dapat markah..Nak letak takut tak sempat jawab yang lain..

Maka,al-kisahnya bermula di sini..Dari 4 soalan,3 je aq yakin..1 soalan sudah ke laut..Aq start dari soalan yang aq memang yakin,kepada soalan yang aq tak berapa yakin..Sebab aq salah buat pengiraan, maka,aq tak sempat jawab 1 soalan wajib..Nak sedapkan hati sendiri,supaya tak susah hati,aq tolak 15 markah awal-awal dari total mark..A untuk Contract??Wallahualam..Carry mark pun tak keluar lagi.. Memang just target lulus jela sekarang ni..ha3..

   images (161×314)    images (180×280)

Aq kalau nak kurangkan stress sebab study yang ye-ye je aq study ni, aq suka tengok 9gag sebab memang kelakar, yang penting kena batang hidung sendiri..ha3..Selalu bila dah tengok gambar dekat 9gag, ada jugak aq try ubah, improve apa yang patut..At least, ubah kan.. ;)

Paling tak boleh dimaafkan kesilapan aq waktu final tadi, aq salah jawab ikut warna booklet yang sepatutnya..Nasib baik waktu hantar aq bagi tau lecturer..Kalau tak, habislah markah contract aq.. ;(

Maka, sampai jugak part yang berkaitan dengan tajuk entry ni..ha2..Apa yang penting ketika final??
Kerjasama??

Bukan kerjasama..sebab kerjasama antara kawan waktu final tak leh pakai..Kau sendiri pun takde masa nak toleh tanya kawan kalau nak meniru kan..keh3..Lagipun, tak baik meniru..Sila jujur, sebab apa result yang kau dapat, hasil usaha kau sendiri kot..Daripada situ lah boleh nilai diri sendiri..Ececeh..Pandai cakap..Macam cakap dalam mimpi je.. -..-'

Apa yang penting, bukan setakat kau dah belajar, dah hafal kes gedebak-gedebuk..Terperinci macam mana pun pasal kes kau hafal ,dalam final, bukan semua kau boleh ingat.. ;( Kau hafal nama lain, nama lain yang ingat..Hafal nama plaintiff, tiba-tiba nama defendant yang kau ingat..Semua tu tak boleh kita jangka..Tapi, bila final, yang penting adalah SKILL..Yurp..Skill memang penting..Kau kena ada skill nak tulis laju..Kau kena ada skill nak bezakan apa yang patut letak dalam jawapan, apa yang tak patut..Kau kena ada skill nak bajet masa untuk setiap soalan..Kalau kau dah hafal semua topik pun, tapi skill takde, tak boleh jugak..Masa tak cukup..Tak sempat jawab..Tu semua benda biasa..Aq faham masalah korang.. *cakap depan cermin*

*siapa ada kawan nama SKILL, cakap aq nak kenal..ha3..(ok,tak kelakar sakinah) *

Ok,aq nak pi rehat-rehat kejap..Nanti nak sambung baca,nak tengok soalan untuk paper BM esok pulak..

BM nak baca?? BM je punnnnngggg.. ;)
BM je pun korang kata??

Ni BM bukan sebarang BM kawan..Kalau bagi korang jawab, mau menangis..Kalau ni BM macam dekat sekolah,aq pun suka,senang,rileks je belajar..Nak translate istilah undang-undang bahasa Inggeris, kau ingat boleh sesuka hati??Direct translation memang la boleh je,tapi agak-agak kalau nak kena terajang dengan cikgu BM Perundangan, boleh la buat..ha3..Kena create procedure dalam undang-undang, kena bina soalan untuk examination dalam mahkamah..Kalau boleh tanya soalan rutin harian, aq pun gembira..Senang nak goreng-goreng.. ;(

Doakan paper-paper yang seterusnya aq mudah jawab..Lecturers lembut hati waktu tanda, dapat terima jawapan aq..Amiinnn..

Assalamualaikum..

Saturday, December 22, 2012

Final Exam..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sedar tak sedar, dah 2 papers untuk final exam this sem dah berlalu..Kejap je masa berlalu..Tinggal 6 papers..Moga Allah permudahkan segalanya..Even classes already ended, but, still have assignments to be submit.. ;(
Not last minute assignments, but the date to submit is next week..2 assignments and a presentation.. Kena guna masa betul-betul..Tak nak menyesal saat akhir..Cukup lah sem lepas jadi pengajaran..

So, here my final schedule for 6 papers that will start next week..Doakan moga aq dipermudahkan menjawab, ingat apa yang dah ulang kaji, tak terkhilaf, lecturers lembut hati nak terima jawapan..Aminn..

Saturday,   29/12   Contract 2 
*tak sempat jawab satu soalan..15 marks hilang..management masa tak mantap.. ;(

Sunday,     30/12   BM Perundangan
*translation bi-bm memang mencabar..nampak sangat aq bukan Melayu tulen..ada kacukan..ngeeee

Monday,    31/12   Islam, Knowledge and Civilization

Thursday,  3/1       Islamic Legal System 2
*first paper sepanjang aq duk blaja dkt UIA,aq mintak kertas tambah..faham apa maksudnya?? ;)

Monday,    7/1       Law of Torts 2
 *tak sempat jawab 1 soalan..15 marks terbang..keh3..lagi sekali..bagus2..setiap sem benda ni jadik.. -..-'

Thursday,  10/1     Transactions in Islamic Law 2

Apa yang diharap dari final kali ni?

Jawapan jujur, tak harap Dean List pun sebab I know my level, my effort in study..Cukup lah ada peningkatan dari sem yang sebelum ni..Harap dapat gembirakan hati mak abah, dapat puaskan hati.. Moga Allah bagi yang terbaik..Ok, cukup setakat ni..Next update bila dah settle final insya-Allah.. Jangan lupa doakan aq ye.. n_n
Assalamualaikum..

Sunday, December 16, 2012

Kawan dan Kawen

Assalamualaikum..

Jam dekat desktop dah tunjukkan angka 2.05 pagi..Dan aq masih lagi menahan mata supaya terus bersabar..Niat di pagi yang sunyi-sepi ni,nak siapkan assignment..Apa yang aq perhatikan, bila dah nak dekat dengan dateline, bila dah nak dekat final exam, waktu tu la idea mencurah-curah, laju je siapkan assignment.. Kenapa waktu awal-awal idea tak mencurah?Sape boleh jawab?

Aq stop dulu nak buat kes review..Tarikh submit Jumaat depan..Sekarang, otak aq ligat memikirkan isu yang paling kerap meniti di bibir kawan-kawan aq..Kalau tak dilayan, kata aq tak normal..Mungkin aq juga dilabel tiada perasaan..Isu makin menjadi-jadi bila blogger Kak Maria Elena selamat melangsungkan perkahwinan.. Gambar-gambar pun dah banyak dimuat naik dekat page beliau. Tahniah kak maria.. 

Ok, sambung balik..

Waktu makan, cakap pasal kawen.. Dalam kelas, cakap pasal kawen.. Tengah buat assignment pun cakap pasal kawen..Aq pun tak terkecuali la dalam bab-bab ni..Tapi, pendapat aq, umur 20, kalau nak cakap pasal kawen secara serius, macam tak proper lagi..Boleh je nak fikir.. Tapi, lain orang lain pandangan..Major kawan-kawan aq cakap, umur 20, at least kita patut ada someone steady.. Yeke? Aq rasa tak perlu.. Bila umur kita dah cecah 23 ke atas, takde someone yang memang nak dijadikan calon suami, kita patut risau.. Yeke? 

Tak dinafikan, sekarang ramai kawen awal, kawen muda.. Tak salah.. Tu maknanya, Allah dah tetapkan jodoh diaorang di usia muda.. Diaorang dah berkemampuan, dah bersedia nak pikul tanggungjawab..Aq nak kupas bab-bab kawen, memang aq tak pro..Tapi, nak share pandangan peribadi boleh la kot..

Bagi aq, kalau korang nak kawen awal, terserah, alhamdulillah..Tapi, jangan disebabkan nak menunjuk atau nak ikut trend..Boleh dikatakan kawen awal sekarang seolah-olah jadi trend..Tapi, benda bagus, tak salahkan.. n_n Semua tu terpulang pada niat korang..Jangan tengok orang kawen, korang pun sibuk nak kawen..

Mempunyai steady gulpren atau buayapren tu terpulang dekat individu..Aq rasa, banyak dah kupasan isu pasal konon-konon cinta Islamik..Nak Islamik, baik kawen..Tak mampu kawen, hold la dulu..Sampai sekarang, aq pelik jugak, orang yang couple-couple ni, tak penat eh every day mesej, tak pun telefon ke..Chatting ke..Apa yang korang borak hari-hari eh??Aq curious jugak..Ada kawan-kawan aq cakap, aq tak rasa lagi, boleh la cakap, perli macam-macam..Aq mintak jauh la..Aq tak nak buang masa, buang duit pada benda yang tak pasti..Nauzubillah..

Paling yang buat aq rasa isu ni tak perlu aq fikir kan dulu sebab banyak benda aq nak realisasikan.. Aq nak belajar..Aq nak tuntut ilmu dulu..Poyo?Tak kisah nak cakap apa..Sebab ilmu bukan bermakna belajar dekat universiti, kolej, sekolah..Banyak lagi cabang ilmu aq nak belajar..Ilmu rumah tangga pun salah satu cabang ilmu..So, kena la ada ilmu tu dulu sebelum terfikir nak berkawen kan.. ;) Paling penting, biarlah aq happykan parents aq dulu..Aq takut kalau asyik fikir nak kawen, bila dah kawen, lupa mak abah..Nauzubillah.. ;(

Sentap?? Aq sentap.. ;(

Aq rasa, ada betul benda ni..Found here about cinta islamik..
Edit extra info: Lagi satu perkongsian artikel kahwin muda..
Kahwin Muda: Jangan Ingat Mudah..

Tapi, jangan lah fikir aq ni liberal sangat..Aq open je kalau borak pasal kawen ni..Aq pun ada minat orang jugak..Tapi, for the one and only, yang aq betul-betul suka, aq takkan share..Keh3..Yang pasti, tu BELUM terjadi lagi..Chill..Kadang-kadang, kelakar jugak sebab bila takde buayapren, kawan-kawan yang baik hati ni, macam-macam nama diaorg kenenkan dengan kita..Kata sepadan la, muka sama la..Orang tu memang suka kita la..They try to show their love, care pada kita..Thanks for the suggestions..hahahaha

Untuk kawan-kawanku, jangan risau..Aq ok lagi..Straight lagi..Tak fikir pasal kawen, tak fikir pasal calon suami, tipulah kan..Aq fikir jugak..Tapi, bila time takde keje la..keh3..Kan aq kata aq nak kawen dengan Samsul Yusof..hahahaha..gurau-gurau..Insya-Allah, bila sampai masa, pasti Allah datangkan yang terbaik untuk kita..Sekarang masa kita fokus untuk belajar, hargai masa yang ada..Mingle around dengan orang sekeliling..Mana tau, orang yang kita selisih nak pergi kelas tu jodoh kita..Eh??Hahahaha..

Ni nak salahkan sape bila aq dah cakap pasal kawen ni??
Assignment contract aq sape nak buat?? -..-'

p/s : benda paling seram pasal kawen bila kawan korang main teka-teka sape akan kawen awal..Lagi seram kalau dia kata, korang yang akan kawen awal sebab biasanya orang yang tak kecoh-kecoh, tak fikir pasal kawen yang akan kawen awal..aq patut rasa apa sekarang??seram??suka??risau??

kenapa guna font warna pink?saje sebab pasal kawen kan..kena la gegirl sikit..ha3..



Tuesday, December 11, 2012

Perangai Lama Kembali!!

Assalamualaikum..

Taip laju-laju sebab kejap lagi ada diskusi untuk presentation hari Khamis ni..
Entry ini mengisahkan perangai zaman aq dekat asrama, yang aq ingat kan dah hilang, rupa-rupanya still melekat lagi..Hampeh betul..

Perangai yang paling cuba nak aq kikiskan ini ialah perangai tertinggal kunci loker di rumah!!

Sadis betul..Dah la bas dah tiba dekat Alor Gajah baru aq tersedar..Nampaknya, terpaksa la akk aq pos laju esok..Memang uji kesabaran betul..

Nasib baik la dah iron baju nak pi kuliah untuk 2 minggu punya awal-awal..
Nasib baik la ada basuh baju before balik Melaka hari tu..
Nasib baik bawak balik laptop..
Nasib baik aq memang letak stok-stok barang keperluan dekat luar..

Takde la ralat sangat bila kunci tertinggal..Hari Khamis la baru dapat kunci nampaknya..

Tapi, terpaksa la aq tidur berbantalkan sejadah 2 malam..Sape suruh rajin sangat basuh sarung bantal, cadar..Tu ok lagi..Sape suruh rajin sangat pergi masukkan bantal selimut dalam loker ha??Sendiri padan muka!! ;(

Sadis..Sadis..Nak start belajar..Nak sibukkan diri..At least takde teringat-ingat kunci loker yang ada dekat rumah..

Lain kali, aq kena tinggalkan kunci spare dekat bilik tak pun suruh sape-sape pegang..In case kalau tertinggal, emergency, ada penduanya.. -..-'

Lain kali ye..Lain kali..Tu petanda kunci loker akan 'tertinggal' lagi..