Friday, January 11, 2013

Masa Untuk Berkhidmat..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Maghrib tadi,selamat sampai menjejakkan kaki di bumi Melaka..Menandakan, percutian selama 3 minggu sudah pun bermula..Ok,3 minggu je cuti..Tak payah lebih-lebih..Jangan nak demand cuti lebih-lebih.. Ilmu yang penting..Cuti lama-lama bukan best pun .. *sedapkan hati*

Sampai-sampai rumah je, aq dapat kejutan..Kucing-kucing dah makin besar..Ada lagi yang bakal dilahirkan..2 ekor kucing betina tengah mengandung..Non-stop production..Bagusss.. n_n  Lepas ni,boleh bukak kedai jual kucing..yeahhhh..

Oraittt..Cuti 3 minggu, aq plan nak fully berbakti, berkhimat jujur dan ikhlas buat mak abah gituuuu..keh3..Minggu depan, kena bawak mak pergi mesyuarat PIBG sekolah adik aq yang tercinta.. Alang-alang, boleh la aq cuci sambil sekolahkan dia supaya rajin belajar..PMR jangan buat-buat hilang ingatan..Tak dapat 8A, muka dia yang ala-ala bangla tu, mungkin akan jadi lebih putih bila aq 'chlorox' kan nanti..ha3..Jangan marah dik..Gurau akk pada seorang adik..Tanda sayang tu!! <3

Esok, mulakan tugas dengan bawak mak ke pasar beli ikan..Kemas rumah,nak sental lantai,bilik air..Nak kemas mini kebun aq lagi..Pack la jadual aq cuti ni.. ;) Takpe,anything untuk mak abah..Saje je poyo-poyo bagitau apa aq nak buat cuti..At least, korang tau la kan apa aq buat masa cuti..ha3..Aq tau, kawan-kawan aq dekat UiA, baca blog aq..Aq dah cite dekat sini, balik sana nanti tanya lagi,siap korang!!ha3..

Waktu tengah makan,aq sebenarnya sedih nak nangis bila mak kata takde duit nak beli barang-barang dapur..Nasib baik aq macho..Tahan air mata..Aq tau, mak bukan tak nak keluarkan duit simpanan, tapi tu kan untuk mak, untuk hal emergency..

Aq cakap dengan mak, tak payah risau..Guna duit aq..Aq ada simpan..Tak banyak,tapi ada lah..Esok pagi kita pergi beli barang-barang basah..Mak teringin nak makan roti canai kan?Esok kita makan ye..Malam kita pergi beli susu,gula,kordial air semua..Ni jela yang mampu aq bantu mak abah..Kalau dah kerja nanti,insya-Allah mak abah akan lagi selesa..Mak senyum.. Dalam hati aq nangis..Takpe..Sem depan punya PTPTN,aq nak simpan lagi banyak..Oh ye,next week birthday mak..Aq x tau nak belikan apa..aq cadang nak hulurkan duit..Aci tak?At least mak boleh guna..Bila dapat sumbang sikit-sikit tolong mak abah ni,sumpah rasa gembira,bangga..Rasa macam macho je..Boleh kahwin dah kan??ha3..

30 Jan, result keluar..Aq harap,semua paper lulus..Kalau dapat A, alhamdulillah..Tapi, tak expect tinggi pun..Ada peningkatan, tu dah cukup bagus..Oraitt..Tu je setakat ni..Aq rasa, dalam 3 minggu ni,ada la 100 kali seminggu mak aq kan ulang suruh beranikan diri bawak kereta sendiri..Aq yakin!!keh3..

Sebelum mengundur diri, al-fatihah untuk pelajar UiA yang bernama Afham yang meninggal dunia hari ni..Aq tak kenal..Tak tau sangat cerita..Tapi,sedekahkan la Al-Fatihah ye untuk arwah..Tak lama..2 minit pun tak sampai..Nite..Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment