Thursday, November 24, 2011

Healthy Life for Me,For You??

Assalamualaikum...

Semangat update blog lepas Subuh..demam2 pun nak jugak update..ni masuk kali ke-2 demam untuk 1st sem ni..nak kata ada main hujan,takde pun..dugaan Allah.. penghapusan dosa2 kecil insya-Allah..

Straight to the point jela..i just want to share about my life at uia..now,feel better..even though my friends and I feel very nervous and scary regarding our english test..we'll try our best..let's seek for Allah's help.. insya-Allah,He'll give the best for us..

fyi,sebab kitaorg just ada kelas arab and english,so, ada la certain days yg balik pukul 4..paling lambat pun pukul 6 ptg..some of my friends very concerned about their body..i mean their health..so,pantang ada masa and kalau tak penat, mesti diaorg akan ajak pergi jogging..paling2 pun main badminton..terasa macam atlet tau tak..jogging satu uia..paling banyak 2/3 round..haruslah sikit sebab ko ingat uia tu kecik macam rumah korang?besar ko tau.. ; )

even some of them jog sebab nak kurus, tapi apa aq kisah..as long as diaorg usaha dengan cara yang betul it's ok..aq akan sokong..kalau diaorg diet yang melampau, makan entah apa2 ubat, tak pasal dapat kesan yang teruk dekat badan..tu lagi tak bagus..aq jugak yang susah nanti.. ; )

dah 3 bulan dekat uia haruslah berbangga sebab dah hampir 10 round uia aq pusing..ha3..dulu dekat uitm, setahun 2 kali je aq pusing..4 tahun hidup dekat uia, berapa round lah boleh buat.. n_n harap2 banyak la..

after jogging frequently, rasa macam stamina dah ok..at least pergi kelas jalan kaki dah rasa macam mahalah ke kelas macam sebelah2 je..cehwahhh..kemain hiperbola..rasa macam atlet..sumpah tak tipu..ha3..selain tu, aq rasa, jogging improve pernafasan aq..some people improve their breathing by swimming..tp,aq rasa,jogging la buat pernafasan aq ok..kalau dulu baca Quran nafas tak cukup..dapat baca ayat pendek2 je..sekarang,dah improve..kalau dekat wakaf Hasan, boleh la teruskan bacaan..tak berhenti pun ok..nafas cukup insya-Allah..

so,aim sekarang, senaman insya-Allah akan konsisten..kena control makan la pulak..bukan la diet sebab aq jenis orang yang kuat makan..nak diet2 memang tak lah!!pengsan aq nanti.. n_n   aq tengah cuba kalau breakfast, tak payah makan tengah hari,so terus dinner..kalau tak breakfast, makan tengah hari is compulsary..then,dinner lambat..paling lambat pun 8 malam..lebih,tak payah makan..kena kurangkan makan junk foods like maggi!!ha3..tapi chocolate bukan junk food kan?aq tak kan tinggalkan chocolate even kena paksa pun..ha3..then,kena minum banyak air masak..makan pun tak boleh yang berminyak,bersantan sangat..tapi ada ke makanan Melayu yang tak berminyak?tak bersantan?  -___-'

harap2 apa yang aq tengah praktis ni berbaloi and konsisten..i want good body,good health!!insya-Allah..  n_n   let's practise together..nanti aq sihat,jadik atlet takde la korang jeles..ha3...stop mumbling!!it's near to 8 a.m..i'm not prepare to go to class yet..ha3..tata,assalamualaikum..



Tuesday, November 15, 2011

If and Only If..

Assalamualaikum..

Hari ni,dah pertengahan bulan November..next week i'll have mock english test..test ni untuk menguji kat mane tahap kepoweran English student ni..kejap je masa berlalu..end of December,the REAL test will be held..Ya Allah,sumpah cuak ke babom ko tau?!! Lately ni, makan-tidur-mandi-jogging-main badminton, semua la yang dibuat,semua nak mention pasal english test..impaknya cukup la besar..selagi tak lepas, jangan harap ko boleh masuk kuliah..nauzubillah..so,now,i'm starting,actually already start my revision and exercises..even not study so hard,but Alhamdulillah it going to be study smart..he3.. n_n

when I opened my note book or actually buku conteng untuk english, jumpa macam2 contengan yang rasa macam, " Ya Allah..apa aq buat dekat kelas?macam tak belajar je".. ; (    ada jugak latihan dalam kelas yang rasa macam apa aje..tak faham apa motif lecturer buat..keh3..so,aq jumpa latihan "IF"..ayat entah pape aq buat..sorry for the grammar mistakes..aq dalam kelas,memang favourable sikit..lecturer yang ok baru aq pay attention..so,bila lecturer yang aq tak berapa sangat, ni la hasilnya..keh3...


If I had pass my English test, I would enter to my kuliyyah..

If I entered to my kuliyyah, I would study law subjects..

If I studied law subjects, I would become a lawyer..

If I became a lawyer, I would help poor people..

If I helped poor people, I would happy every single day..

If I had happy every single day, I might treat you..

It's not good that I don't pass my English test..

ayat2 kat atas semua di buat waktu tengah frust menonggeng mengenangkan nasib tak lepas nak pergi kuliah sem ni..tu je nak share..ha3..takde idea nak update blog..nak tidur,nite..assalamualaikum..



Thursday, November 10, 2011

Laut..Best Place for Meditation Ever..

Assalamualaikum..

Almost every day spend my time, relax, lepak2 dekat tepi pantai cuti midsem ni..pagi,petang.. phewww.. nikmat habis.. alhamdulillah.. i got chance to reduce my 'stress', 'sadness' by viewing and enjoying the perfect creations of Allah..

Subhanallah.. One of the views i love..
Dari kecik sampai la sekarang, laut dah macam playground untuk aq..ececeh..hiperbola ke main..but it's true..setakat ni,belum pernah jatuh la dekat batu2 besar gedabak tu bila aq main lari2 konon feeling ala2 nak kejar future husband..ehemm..mungkin dah serasi kot.. ; )   tapi, even dah sebati dengan laut pun, satu benda yang aq pelik, aq tak pandai berenang..why? aq pun tak tau la..i'm quite trauma with the sea.. bila naik bot, selalu la seasick..tapi waktu kecik2 la..aq suka ikut abah aq pi menjala..bila mabuk laut, aq akan duduk diam..memang tak boleh pandang la air laut tu..

paling tak boleh blah, bila naik bot, aq mesti bayang dekat dalam laut ada jerung, paus yang tengah ikut aq..lepas tu,bila aq main2 air,mesti diaorg nak makan aq..ni sampai sekarang aq pikir macam tu..tak boleh blah..nampaknya, aq belum cukup bagus lagi nak jadik anak nelayan sejati..ngeee...

kenapa aq suka lepak laut?first,sebab view memang cantik..angin pun bukan takat sepoi2 bahasa dah..memang best la untuk buat tempat berangan..second,sebab tempat ni boleh naikkan semangat aq..of course sebab insan2 di bawah ni.. ; ) 

Mak and Abah.. ; )

abah got this big prawn tadi..besar gedabak..phewww...nasib tak addicted dengan udang sangat.. ; )


agak2 kalo aq dah malas nak belajar, bagi lah aq gambar laut ke, bawak pergi laut ke, kejap je aq touching..sape tak sedih..kalau korg jadik aq, sanggup ke korang tengok parents korang susah payah cari duit untuk besar kan korang adik-beradik?yurp,sekarang tak banyak yang aq boleh bantu mak abah aq..sikit-sikit dulu..insya-Allah, 4 tahun lagi, aq akan cuba buat diaorang senang..bantu sehabis daya..mungkin belum cukup nak balas semua...tapi,aq akan cuba..remind me if  i'm start to forget them..tembak aq ke, belasah aq ke bila aq lupa diri, lupa family aq.. serius... nauzubillah.. aq mintak2 lah tak jadik tanggang moden..

tu la sebab bila cuti je, aq pergi laut..ikut mak aq..tunggu abah aq naik laut..semuanya untuk ingatkan aq..jangan terlalu seronok..jangan lupa belajar..ada insan2 yang aq perlu balas jasa mereka..bukan hanya untuk dunia, tapi akhirat..ok,aq dah sedih..banyak nak merapu..totally, walaupun family aq tak kaya, tapi aq bersyukur..semuanya cukup..keperluan asas semua mak abah bagi..maybe parents aq tak macam parents korang..tapi aq suka and bangga dengan family aq..insya-Allah, 4 tahun lagi..4 tahun lagi kalau aq berjaya, (doakan aq), aq akan tulis satu entry bertajuk " Walaupun Seorang Nelayan, tetapi Beliau Berjaya Lahirkan Seorang Peguam''.. poyo?tak kisah lah~~ ha3.. n_n

much obliged for reading this.. ; )  sorry if i'm too exaggerate..assalamualaikum..


Thursday, November 3, 2011

Marilah Merancang Aktiviti Untuk Cuti yang 'Panjang'

Assalamualaikum..

Tak sabar nak balik esok..dah dua bulan tak balik rumah kot..sejak raya ke-6..lama tak lama korang bayangkan aq bertapa dekat Gombak ni ha..hari raya bawak ke raya deepavali sampailah dah nak raya haji..3 kali raya, tak balik2..sumpah rindu dekat family..tapi aq tak tau la depa semua rindu dekat aq ke tak..almost every day telefon, mau nak rindu..  -____-'

cuti dekat UiA pendek..tak macam UiTM,lama..sob..sob...huargh,rindu UiTM..tapi,barang yang leaps jangan di kenang..aq kena tumpu dekat english test..semangat nak lepas nak masuk kuliah law..tinggal sebulan lebih je..do pray for me ye.. n_n

sebab cuti sangat lah 'panjang', maka perancangan yang teliti haruslah dilakukan..nanti dah balik gombak balik takde lah menyesal kalau dekat rumah tak buat pape..makan-tido-gaduh dengan adik-beradik tercinta..antara perancangan yang bernas aq nak buat akan aq list dekat bawah..punya berkobar-kobar..buat ke tak,lain cite..huahuahua..

@ sampai-sampai je esok, aq nak pi lepak-lepak tepi pantai..aq nak pekena roti canai pak long aq..fresh orange..terbayang-bayang angin laut duk tampar-tampar pipi aq..meleleh dah air liur terbayang roti canai pak long aq yang gebu tu.. ; )

@hari Sabtu insya-Allah nak puasa..walaupun dugaan memang bosar kalo puasa dekat rumah,tapi sebab dah ada kesempatan nak puasa,aq nak cuba buat..so,maybe sabtu just duduk dekat rumah,kemas-kemas rumah..of course mak aq jadik mangsa masak-memasak untuk aq berbuka..he3..

@Ahad rasa macam nak main masak-masak..he3..dekat UiA,aq suka makan hash brown..macam dekat mcd tu..tapi aq tak makan mcd,so beli jela dekat fakulti ekonomi punya cafe..tapi hash brown dia kecik..nipis..dengan gigih aq dah google and fahamkan cara nak buat hash brown..hoyeahh..senang je nak buat..then,nak try buat lasagne..lama mengidam..buatnya tak.. -___-'  so,sabtu mungkin boleh pi shopping beli barang nak main masak-masak..harap mak aq tabah sebab aq akan sepah kan dapur..keh3..

@7 hari yang seterusnya punya perancangan belum ada lagi..tapi yang pasti aq akan habiskan masa dekat tepi pantai,naik bot dengan abah aq..he3..

walaupun lecturers aq ada bagi kerja yang banyak tak ingat dunia,tapi sebab aq nak spend masa betul-betul dekat rumah,so aq gigih kan diri nak siapkan malam ni..hua2..barang dah packing,tinggal sikit je..ok,marilah siapkan kerja..nite,salam.. n_n


Monday, October 24, 2011

Resilia-Impiana Resort-Juvana..

Assalamualaikum..

Setelah 2 hari 1 malam mengabdikan diri menyertai mentor training program,maka,hari ini setelah puas berehat,marilah sama2 berkongsi apa yang menarik sepanjang berada di sana.. n_n  

Di sebabkan sem ni aq mempunyai masa yang boleh dikatakan agak lapang,sampai boleh tido lebih dari 12 jam bila weekend,maka, aq dan rakan2 sekepala telah membuat rancangan yang suci lagi murni dengan menyertai program Resilia..Resilia sebenarnya satu program di bawah kelolaan CENSERVE IIUM..kalau nak tahu dengan lebih lanjut apa itu resilia,terjah sini..

Disebabkan kami merupakan muka2 baru dalam program ni,maka, kami pun menyertai training program dengan harapan bila kami jadi mentor,pergi ke sekolah2 memberi nasihat dan kata2 semangat, tidaklah nampak seperti berpura-pura mengambil berat.. n_n 

Program kami dijalankan di Impian Resort..dekat mana resort ni?aq pun tak tahu nak cakap dekat mana, tapi yang penting, tempat ni adalah lokasi penggambaran drama Juvana..auwww..ha3..aq yang tak berapa nak follow drama ni pun dah eksited, apatah lagi orang2 yang setia mengikuti drama ni..sila lah jeles..he3..boleh feel seolah-olah botak and the gang ada kat situ..auwww..ha3..

Walaupun kami eksited sebab dekat situ Zahiril Adzim dan rakan-rakannya berlakon,tapi kami kena betulkan niat utama kenapa kami pergi ke sana.. ; )  maka,haruslah kawal perasaan over nak terjun sungai yang cantik,pergi Astaka tempat Daim lawan debat dan nak posing di tempat lepak Tony si pak guard yang jahat tu..

totally,program ni sangat best sebab kakak2 dan abang2 fasi sangat baik..rupanya, bukan senang nak jadik mentor..bukan suka-suki hati nak cakap pum-pam pada adik-adik sekolah..kena faham situasi,sesuaikan dengan umur depa..bak kata abg dan akk fasi, tak kan la adik sekolah rendah yang suka main kejar-kejar  nak pi nasihat pakai hadis..mana la diaorg faham..walaupun ko guna,diaorg dengar, tapi sangat rendah percentage untuk diaorg faham, apatah lagi nak apply dalam life diaorg.. so,tengok situasi, siapa mentee kita, then baru guna cara yang sesuai.. n_n

sebelum mengundur diri,marilah ku hidangkan gambar-gambar sepanjang kami berada di sana..aq nak sambung buat kerja..tak baik me-lagha lama2 di waktu petang ni..he3..


Muka gembira tak terkata sebab konon2 berangan dapat jumpa botak.. n_n

Tiba di Impian Resort..

Gambar berlatar belakang kan sungai haruslah ada.. he3..

Ala-ala juvana versi perempuan..he3..

Bilik ataupun dormitory yang kitaorg stay..

Muka gembira sekali lagi.. n_n

Aq dua dari kiri..Tak dapat main air sebab malas nak bukak stokin.. ; )

Sape tgk juvana?Tempat ni Daim ada baling bunga kan? n_n

Tempat tinggal Cikgu Zakiah..

Tempat Daim lawan debat..sila abaikan gaya kami..

Masa ni dah nak balik..tapi kami gigih nak cari dekat pokok buluh mana Daim dengan kawan2 selalu lepak.. ; )

Mereka sangat gigih bermain air..tukang amik gambar,tentulah aq.. -___-'

Posing ala-ala budak juvana memang wajib dekat sini..

2 orang kakak itu hanyalah model..

p/s: aq tak nak buat status pasal kahwin lagi..nanti kena marah.. ; (





Saturday, October 15, 2011

Mock Trial - Realiti Kehidupan Seorang Lawyer

Assalamualaikum..

Hari Jumaat,catat sejarah tidur kejap je waktu zuhur..then,pup-pap-pup-pap,bangun,dah nak asar..ho3.. walaupun banyak benda nak kena buat,tapi tak tau kenapa mata terus tertacap pada kipas sambil bermonolog, "Aq akan mandikan ko hari ni!" Walhal,punya banyak handouts nak kena baca,kena faham,kipas jugak yang aq pilih.. -___-' punya semangat kemas bilik,turun naik katil,tak pasal2, kaki cramp..dugaan.. ; )

ok,back to the topic!semalam,pergi tengok mock trial UiA,tajuk Checkmate..sebab aq takde pengalaman tengok mock trial before ni,so,aq berpendapat,mock trial UiA, ok la..panjang sangat proses prosecution nya..yeah,memang kalau realiti,lagi panjang,tapi,untuk mock trial,aq rasa,boleh la kurangkan sikit kot..aq suka defense counsel..speaking fluent,macam air.. n_n  tak lupa jugak untuk tauke kedai emas, Seth Tan..kelakar habis..bukan senang nak involve dalam benda2 macam ni..bukan boleh hentam kromo je.. 

Semalam memang tak puas hati je bila Judge putuskan Public Prosecutor menang..cis2..aq sokong defense counsel..she's did it very well..try her best to prove that guy not guilty..tapi,at the same time,bila prosecutor bagi dia punya judgement,aq tersokong pulak dia..he3..bukan sebab dia hensem ye Zai..ho3..

Lepas tengok mock trial,terus terpikir, ni ke real life seorang lawyer?Make it general, ni ke real life pemegang jurusan undang2??either a lawyer or posecutor,maybe other law careers..sumpah buat aq takut..

If aq jadik prosecutor..bring case to the court..aq akan sedaya-upaya,bersengkang mata nak buktikan accused person tu bersalah..bayangkan kalau aq guna cara kotor,beli saksi..then,pesalah tu dijatuhkan hukuman..Kita mana tau..Mungkin masa tu sebab terlampau pikir kan duit,glamor de amor semua tu,macam2 sanggup buat..Nauzubillah..

If aq jadik defense counsel..sebab nak defense client,macam2 cara aq buat..mungkin dah tau memang dia bersalah..tapi,sebab dibayar,jalankan jela kerja yang diamanahkan..Nauzubillah..

Ni la buat aq takut sebenarnya..tapi,sekarang,bila pikir2 balik, law is not only about lawyer,money, political affairs..belajar betulkan niat kerana Allah, insya-Allah dijauhkan dari benda2 ni..tak jadik lawyer,takde hal la..tak jadik prosecutor pun tak de masalah..macam2 kerja dalam cabang law yang boleh ceburi..buat masa ni,tak decide lagi..insya-Allah,ada rezeki masuk kuliyyah next sem,nampak la hala tuju yang betul..

Tapi,aq tak cakap lawyer2,prosecutor2 dekat luar tu jahat..ni hanya la based on apa yang aq fikir.. general..aq tak terdedah lagi dengan kehidupan lawyer,prosecutor bagai ni..perlahan2,aq akan cuba discover..then,kita share sama2..bagi pendapat..actually,ada lagi nak share,tapi tak tau macam mane nak express kan dalam words.. ; (   aq nak rehat..esok dengan ahad ada mooting workshop..owh, takut lah pulak nak pergi..dah la aq belum jadik warga AIKOL lagi..pray for me untuk workshop 2 hari ni..
Nite,assalamualaikum.. n_n


Wednesday, October 12, 2011

Sangat Menakutkan..

Assalamualaikum..

Ok,ni entry taip laju2 macam Hussain Bolt sebab jam dah tunjuk pukul 8.18 pagi,aq tak gerak pergi kelas lagi..he3..aq baik ok..bukan sengaja pergi lambat..aq tunggu roomate merangkap classmates aq nak pergi kelas sama2..sweet x??ha2..semalam dia shooting video sampai pukul 2 pagi..bukan senang nak shoot video rupanya..nasib baik aq tak jadik pelakon..ha3..

pagi tadi roomate aq bawak berita scary..dia kata,ada sorang pak arab kelas aq minat aq..ok,pengsan..ni x lawak..ni bukan nak perasan..Ya Allah,cuak ni..aq kena bagi tau mak dengan abah aq kawen kan aq dengan lelaki MELAYU,MALAYSIA cepat2..takut boleh tak..lepas ni nak jadi gadis melayu la dalam kelas..tak nak kawan dengan budak2 arab boleh??

got to go,assalamualaikum.. n_n