Monday, October 1, 2012

Birthday, Belajar, Berangan..

Assalamualaikum..

Hati meronta nak update blog..Banyak nak share,tapi bukan semua boleh diceritakan.. ;( So,i'm taking couple of minutes to make a new entry yang ada banyak storiesssss.. n_n

Last few weeks, on 18 Sept, officially i'm 20 years old!!Besaq dah..Boleh kahwin..yehaaaaaa..ha3.. Many thanks for those who wished,either by sms,fb,call and etc. Thanks to my besties seramai 7 orang yang bertungkus-lumus nak sambut birthday party..Konon nak buat suprise,tapi tak jadi sebab aq emo,x nak pergi KLCC..Gaduh-nangis sebab ada salah faham..So childish anak pak cik Zaini..Tapi, after heart-to-heart,everything settle..Maybe i can't be too selfish..Need to think about my friends that willing to spend their time, prepare the party.. ;)

Birthday Girls..

Us.. ;)








-____-'

I got a tudung and new pillow as my new bantal busuk for birthday presents..Paling haru, kena nyanyi dekat taman KLCC tu lagu cinta..Dan sudah semestinya aq tak buat.. -___-'  So, in order to terminate cabaran nyanyi lagu cinta tu, aq kena belanja depa makan..tak pela..belanja pun belanja lah..Nak menyanyi, memang tak lah.. ;)

Sedar tak sedar, dah masuk minggu ke-4 sem ni..Cepat sungguh masa berlalu..Fuhhh..Cabaran betul.. Assigments datang bersilih ganti..I'm still struggling to improve my study habits, sleeping time, revision period..Bukan senang nak ubah daripada Sakinah yang suka berlengah, relaks, bersenang-lenang di awal sem, tiba-tiba this sem, nak ubah kepada Sakinah yang study konsisten, tengok soalan final exams, siapkan notes awal-awal..How I wish everything will going smoothly..

I'm trying not to complaint about my classes..

I'm trying not to complaint about my lecturers..

I'm trying not to complaint about my assigments, tutorials..

Hopefully, belajar bukan semata-mata untuk exam..

Hopefully, there will be something that I can learn, adapt and spread to people out there..

Hopefully, this sem, I can achieve good result..Aminn..

Last, but not least..Jumaat hari tu, balik Melaka untuk kenduri arwah cousin..Jumaat malam tu, aq mimpi..Tapi, tak fikir pape pun..Aq mimpi kahwin awal!!keh3..Yang pasti, rupa pengantin lelaki tu, tak nampak..And, wedding tu tak dirancang..Seolah-olah macam family planning.. ;) Dalam mimpi tu, memang aq redha habis dengan perkahwinan tu..ha3..Tenang je lepas bangun tidur pagi Sabtu tu..ngeeee..Bila cerita dekat kawan-kawan, semua kata lelaki dalam mimpi tu jodoh aq..mana aci,aq tak nampak muka pengantin lelaki..huarghhhhh.. ;(

Ok, dah panjang melalut..Assigment tak settle nak hantar hari Rabu..Nite,Assalamualaikum..

Wednesday, September 12, 2012

CURRENTLY IN STUDY MOOD..

Assalamualaikum..

Nak update pasal new sem,tapi, tak tau nak taip apa..Just nak mintak anda semua,doa2kan moga sem ni, aq boleh buat yang lebih baik..

Currently sedang gigih mengubah tabiat malas kepada rajin yang super-duper di awal2 sem..Tapi, bukan la study hard sampai otak nak pecah..Over tau..Ada jugak keluar jalan,makan..Tak nak push sangat..Cool steady dari awal..Tak nak kelam-kabut last minute.. ;)

Sedang cuba belajar setiap hari after Isyak..Revise balik apa yang dah belajar hari ni..Kalau sempat, ada semangat lagi, baca,selak sikit2 untuk next class..

Phewww..Cabaran betul nak ubah tabiat malas yang super tebal..Tapi, nak dapatkan ilmu,kefahaman, memang kena berubah..Untuk diri sendiri jugak kan..

Sekian,nak undur diri..Doakan this sem aq dapat Dean List..Nak jugak rasa.. ;)

Assalamualaikum..

Monday, September 3, 2012

Entry Raya Tertangguh.. -___-'

Assalamualaikum..

Hari ni dah raya ke berapa dah baru nak update pasal raya..Orang dah mula berkerja,sekolah balik,masuk U balik,aq baru nak cerita pasal raya.. ;) Busy,sibuk bekerja,nak on9 pun fikir banyak kali sebab balik kerja,mandi,solat,terus kebabom dekat atas tilam..Sampaikan roomate tercinta pun duk post dekat wall cakap aq nampak busy bonar..Hai roomate.. *lambai2*

Tahun ni,tak banyak gambar raya sebab aq malas nak pegang kamera..Gambar dekat kamera abg ipar, so, malas la nak transfer..Gambar raya yang ada pun, gambar raya dengan kawan2..Tu pun ada,sebab depa upload dekat facebook..Kalau tak,memang tak de la gambar raya aq tahun ni..

1st,2nd raya,jalan rumah sedara-mara..Raya ke-3,dah kerja..Memang tak terasa la raya sangat..Raya ke 5 baru konvoi raya dengan kawan2..Tahun ni,korum konvoi ada penambahan..Ada jugak yang tak join tahun ni..Busy la katakan..Sehari suntuk raya..Kalau tahun lepas raya 10 rumah, tahun ni, 13 rumah!!Terbaik la..Tu pun,ada rumah terpaksa cancel nak raya sebab takut lambat..

Ingat kan,dah 20 tahun tak dapat duit raya..Dapat jugak!!Alhamdulillah..At least boleh simpan untuk emergency case..


Raya di rumah future doktor insya-Allah, Hidayah (middle)

Aq, Farahin, Zulaiha, Amie, Seha, Ika, Ain

Jejaka itu, milik bunga kuning di sebelahnya..The one and only guy waktu konvoi..

Bestie sejak sekolah rendah..

Tiap2 tahun, kongsi cerita yang sama..Update pasal perkembangan masing2..Yang dah berpunya, masing2 malu..Mintak kawan2 doa harap dapat tunang,kawen cepat2..Untuk kawan2,moga yang terbaik Allah anugerahkan untuk korang semua ye.. n_n

Cukup pasal kawen2,raya..Tinggal 6 hari before cuti raya..Me,officially berhenti kerja semalam.. Moga segala apa yang dilakukan membantu staff yang lain, moga Allah terima pekerjaan itu sebagai satu ibadat.Moga gaji yang diterima,diberkati.. Aminn..Aminn..

Cuti yang berbaki,nak settle kemas kan apa yang patut..Barang yang nak bawak balik..Tolong kemas apa yang patut dekat rumah..Yang paling penting, puaskan hati lepak tepi laut hari2..Nanti tak la meroyan dekat Gombak sibuk nak naik bot..Tadi pun dah ngap udang harimau seekor.. ;) Alhamdulillah rezeki Allah bagi..2,3 hari,abah dapat banyak hasil tangkapan..

Last but not least, again nak share 1 title buku yang best.. Khutbah Terakhir Rasulullah by Ibnu Rijal.. Harga RM 18.00..Buku ni,explain part by part khutbah Rasulullah S.A.W secara terperinci..Serius, sangat best..

Reminder : Aq tak dibayar untuk promote buku ni.. n_n

Just tergerak nak share buku yang best,bermanfaat untuk kita..Sebelum ni,tak terfikir pun nak beli,tapi bila rehat, tergerak nak baca sebab buku ni jadi best seller..So, dari baca sorang2, why not beli, boleh kasi kawan2 pinjam..

Antara isi kandungan buku tu adalah kisah di mana..

Sebelum Baginda wafat, Jibrail turun dan menyatakan dekat Baginda,

"Semua pintu syurga sedang terbuka untuk menyambut rohmu yang mulia ya Muhammad. Para malaikat semuanya sedang bersiap-siap menyambutmu".

Tapi,kata2 tu sikit pun tak menggembirakan hati Baginda. Lalu, Baginda bertanya,
"Apakah jaminan untuk umatku"?

Jibrail menjawab, 

" Pintu syurga tidak akan dibuka untuk umat lain selagi umatmu belum memasukinya".

Selepas mendengar kata2 Jibrail, barulah Nabi Muhammad S.A.W tersenyum..

Tak terkesan ke kita dengan tindakan Nabi Muhammad yang selalu memikirkan umatnya hatta ketika nyawanya akan diambil?? Mungkin susah untuk feel apa yang orang lain feel..Tapi, mungkin bila korang beli ni,korang boleh rasa,faham tentang khutbah terakhir Nabi..Betapa cintanya Nabi pada kita,umat Baginda.. Betapa beruntungnya kita jadi umat Nabi Muhammad..

Antara kelebihan kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W ialah:

# Pahala amalan umat Baginda dilipat gandakan sebanyak-banyaknya.
#Umat yang mana pahalanya sudah dicatat apabila hanya baru berniat.
#Umat yang mana pahala amalannya dilipat gandakan 70 kali ganda apabila melaksanakannya.
#Umat yang terpilih untuk bertempur dengan dajal di akhir zaman.
#Umat yang pertama akan di hisab di Padang Mahsyar.

More to read dalam buku tu..Yang mana aq share,wallahua'lam..Yang mana aq khilaf, terkurang, terlebih, tolong betulkan.. After baca,mungkin boleh tanya dekat orang yang lebih arif pasal isu agama..Jangan terlalu taklid dengan pembacaan kita..Bukan semua yang kita dapat dari buku,100% betul..Mungkin ada sedikit kekhilafan..Mungkin jugak,kita akan terlalu berpegang pada apa yang kita baca, sedangkan agama kita anjurkan yang lebih mudah dan komprehensif mengikut peredaran masa..

Doakan semoga semester yang baharu ni,aq dapat buat yang terbaik..Seimbang belajar,agama,pergaulan dengan orang sekeliling..Sekian,melaporkan dari meja berita.. -___-'

Assalamualaikum..


Friday, August 17, 2012

Buku Mesti Baca..

Assalamualaikum..

Lagi 2 hari je lagi puasa dah nak habis..Pejam-celik-pejam-celik, dah nak raya dah..Belum ada cerita pasal Ramadhan ataupun sambutan menjelang raya..Cuma,semalam rasa cool habis sebab aq main mercun..keh3..walaupun hanya thunder clap (ok,tak tau eja nama mercun tu), bukannya bom bola macam budak-budak kampung bawah main..Seingat aq,waktu kecik dulu,aq hanya berani main bunga api je..Paling ganas pun,mercun naga.. ;)

Ok,lupakan cerita mercun,entry ni,aq nak share dengan korang semua,buku yang menceritakan kisah bintang badminton negara kita, Dato' Lee Chong Wei..Kalau korang tak kenal, boleh terjun lombong sekarang!!Amboi,hari tu dah beratur amik aiskrim Baskin Robbin,buat-buat hilang ingatan ye..

Korang kena baca buku ni kalau korang kata korang peminat,penyokong no. 1 LCW..Lagi korang kena baca kalau hari tu korang beratur amik aiskrim..keh3..Dalam buku ni, LCW ceritakan kisah hidup dia,sejak dari kecik sampai dia dah besar panjang dah berjaya.Mostly,benda yang kita semua tak pernah tau..Kita mungkin start kenal LCW bila dia dah mula melonjak naik..Tapi,

Korang tau macam mana LCW mula ceburi bidang badminton??
-->Mungkin ramai yang tau sebab mak LCW tak suka LCW main bola keranjang dan berpanas. Tapi, LCW mula minat badminton sejak kawan dia ajak main badminton sama-sama.

Korang tau, siapa yang Lee Chong Wei anggap macam ayah dia selain ayah kandung dia??
-->Bekas juru latih dia, Misbun Sidek dengan seorang lagi individu yang banyak bantu LCW bila susah iaitu Wong Wei Choy (ayah angkat LCW).

Korang tau siapa yang belikan raket Yonex pertama LCW??
-->Sebelum Yonex jadi penaja pemain kebangsaan, ayah angkat LCW belikan 10 raket Yonex untuk LCW dan kawan-kawan LCW.

Banyak lagi kisah LCW yang menarik untuk di kongsi, tapi apa kata korang beli buku ni, baca sendiri.. Korang akan tau, akak LCW sampai sekarang tak pernah tengok siaran televisyen bila LCW bertanding sebab dia tak nak sedih tengok kalau LCW kalah.LCW pernah kemalangan yang menyebabkan fokus permainan dia hilang menyebabkan rangking dia jatuh.Tapi,the main reason aq baca buku ni sebab sikap humble LCW. Even dia menang atau kalah, dia sentiasa merendah diri.

Kalau korang memang penyokong LCW,grab this book! n_n

Aq bukan di bayar untuk promote buku ni..Tapi,buku ni sangat best.Ada 3 version, dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan Mandarin. ;)


Front page of the book..


Sedih tengok gambar ni..Macam nak gigit je dak Lin Dan!!ggrrgrr



<3



His tweet few minutes after the game.. ;)

Selamat membaca!!5 bintang untuk buku ni.. n_n


Thursday, August 9, 2012

Cinta High Class..

Assalamualaikum..

Mengingatkan janji di entry lepas yang aq nak membuat review noveL Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu karya Fatimah Syarha dan suaminya,maka ku gagahkan diri menaip..Lagi best sebab cuti 2 hari..Boleh taip lemah-gemalai sikit..      -___-'  

Tapi,aq agak jeles memikirkan orang ramai sedap-sedap beratur dekat Baskin nak aiskrim percuma,aq dekat rumah..Tapi,tak heran sangatlah sebab aq pun tak pernah rasa aiskrim tu macam mana, so, tak la teringat-ingat kan.. n_n (sedapkan hati)

Let's start my review regarding this book..Untuk pengetahuan semua, buku ni dah hampir 3/4 minggu jadi top 10 best seller dekat MPH..

So,menjadi best seller selama beberapa minggu berturut-turut membuatkan aq terdetik untuk membaca buku ni..

Sebab kedua, buku ni ditulis oleh favourite author aq,Sis Fatimah Syarha..Hampir semua buku dia aq baca..Tapi,novel yang tebal-tebal,belum berkesempatan..Insya-Allah satu hari nanti..

Sebab ketiga kenapa buku ni semua orang kena baca, terutama muda-mudi,meh aq share sikit sebab dia..Nak share banyak,aq tak ingat sangat..Nanti salah info..

Apa yang boleh dirumuskan dalam buku ni,kepada cik akk dan cik abang sekalian, yang duk memikirkan soal jodoh,kahwin tu, tak salah..Tapi,ada caranya..Yang pasti, couple bukan caranya.. Kalau dah berkenan dengan seseorang tu, tak yakin sangat, tak perlu tergesa-gesa nak melamar,nak kahwin..Selidik dulu latar belakang dia..Family dia..Cara pergaulan..Kehidupan dia..Guna orang tengah..Bukan semua yang kita nampak baik luaran dia, dalaman pun baik juga..Mungkin tak seperti yang kita sangka dan harapkan..Dah yakin,baru lah boleh move on..Yang paling penting, kalau lelaki,pastikan dah berkemampuan nak tanggung bakal isteri..Yang bakal isteri pulak, dah berkemampuan nak jadi isteri,bakal ibu..  n_n

Tak kurang pentingnya, soal kriteria mencari pasangan..Tipulah kalau yang lelaki tak nak perempuan cantik,cukup pakej,pandai masak serba-serbi..Macam tu jugak yang perempuan..Nak calon suami stok-stok artis korea la,aaron aziz la..Tak kisah la..Nama pun kriteria..Dapat ke tak, terpulang pada ketentuan ALLAH..Tapi, apa yang penting, kalau kita nak bakal suami/isteri seorang yang setia,kita pun kena jadi setia..Kalau nak bakal suami/isteri yang tak tukar pasangan, tak mesej-mesej yang melalaikan, kita pun kena berusaha ke arah tu jugak..Paling senang nak faham, apa yang korang nak bakal suami/isteri korang ada, korang pun kena berusaha menjadi seperti apa yang korang nak..

Faham kan apa yang aq cuba sampai kan??Kalau tak faham jugak, apa kata korang beli satu buku ni, baca,hadamkan..Cover buku,dekat bawah ni..Selamat membeli..




Nak tulis panjang-panjang, aq tak pro pasal bab ni..Nama pun review kan..Beli buku ni,siap ada hadis lagi..Fiqh pasal isu-isu berkaitan..Insya-Allah, makin mantap lah fahaman korang pasal cinta nanti..

Selamat memburu malam lailatul qadar..Mari sama-sama memburu,menjadi pemburu malam Lailatul Qadar..Sama-sama perbanyakkan amal..Insya-Allah..Assalamualaikum..


Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Kareem..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Hari ke-4 umat Islam berpuasa pada hari ni..Bersyukur sebab Allah bagi peluang kepada anda anda dan saya,untuk sekali lagi menemui bulan yang mulia ni..Moga segala amalan kita diterima oleh Allah..Moga,Ramadhan kali ni,lebih baik dari yang sebelumnya..Yang kurang,kita tambahkan..Yang belum sempurna,kita sempurnakan..

Nabi Muhammad menyebut, ketika baginda menaiki tangga-tangga mimbar masjid, Jibrail berkata kepada baginda, "Sesiapa yang mendapati bulan Ramadhan, lantas tidak mendapat ampunan, kemudian mati, maka ia masuk neraka serta dijauhkan Allah (daripada Rahmat-Nya)."..Jibrail berkata lagi, "Ucapkan 'Amin'". Maka kuucapkan 'Amin' ".  (Transformasi Ramadhan,Hasrizal Jamil)

Moga,dengan peringatan ini,cukup untuk membuatkan kita sentiasa beringat untuk terus berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah..Bukan saja di bulan Ramadhan,tapi di bulan-bulan yang lain..Bukan mudah,tapi kalau berusaha,insya-Allah boleh..Sesuatu benda yang baik,perlu dipaksa untuk dijadikan darah daging..Memang susah,tapi Allah Maha Mengasihi..Dia memudahkan urusan hamba-Nya..

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka,pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat". Allah bantu kita, sebulan di bulan Ramadhan,syaitan diikat untuk mempermudahkan urusan ibadat kita..Tapi,andai kata kita masih melakukan kekhilafan yang sama seperti di bulan-bulan yang lain,itu tandanya, nafsu kita perlu dikawal,perlu dijaga. Kenapa bila syaitan ditambat, kita masih melakukan kesilapan?? Jangan salahkan syaitan..Refleksi diri, jom kita sama-sama improve..Takkan nak pahala,syurga sorang je kan?? ;)

Untuk Ramadhan tahun ni, mula-mula, beberapa hari nak Ramadhan, aq takde feeling lansung nak puasa..Mungkin sebab kerja, tak terasa sangat kot.. *sedapkan hati* Risau jugak..Then,nak naik kan mood puasa,mood nak beribadat, cuba curi-curi masa yang ada dengan re-read Solusi Ramadhan last year, buku Transformasi Ramadhan..Tapi,sebab sekarang tengah baca buku Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu karya Fatimah Syarha dan suami beliau, maka, kena la bahagikan masa untuk baca 3 buku ni.. n_n

Tapi,penaik mood Ramadhan kali ni,datang daripada Puan Emak..Lepas Subuh je, tak nak bagi aq tidur, mak suruh ajar mak mengaji.. ;)  At least, aq tak tidur lepas sahur, dapat pahala mengaji..Insya-Allah.. Ada jugak perubahan lain dalam keluarga tahun ni..Alhamdulillah..Moga kami semua,termasuk anda yang sedang berubah ke arah yang lebih baik, istiqamah dalam melakukan perubahan.. n_n

Disebabkan Ramadhan kali ni aq bekerja,maka, pahala Ramadhan haruslah dijaga..Kerja tak boleh curi tulang,jaga mata dari melihat perkara yang tak elok seperti melihat anak teruna orang..ehem2.. ;) Solat di awal waktu..Disebabkan shift bergilir pagi dan petang, maka, aq hanya berkesempatan berterawih kalau shift pagi sahaja..Shift petang,terpaksa la buat sendiri dekat rumah lepas balik kerja..Insya-Allah, malam ni dapat terawih di surau..Doakan.. n_n






Salam Ramadhan daripada Sakinah Zaini,keluarga dan bakal suami..eh?? ;)  Insya-Allah,next entry nak share pasal novel Cinta High Class..Assalamualaikum..

Tuesday, July 10, 2012

Cuti Sem #1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,dah lebih 2 minggu kerja waktu cuti sem ni..Masa ni jugaklah waktu tidur tunggang-langgang..Waktu kerja,bangun lambat..Waktu tak kerja,bangun awal pulak..Sampai sekarang,belum berani kan diri lagi drive..Bawak motor je..Hari2 vroom sana-vroom sini,pergi-balik kerja..Lagi senang bawak motor kot..Cepat..Boleh selit2 ye dak?? ;)

Tapi,mak memang warning tiap2 kali nak pergi kerja.. "Kina,bawak motor jangan laju2..Hujan ni..Bawak dah la macam pelesit'.. "Baik mak"..Tapi tu dekat mulut jela.. Dalam hati dah jawab lain..Cakap pasal motor,hari tu,sempat jugaklah rempit dengan ferrari..Of course la, bukan aq yang menang..Menang awal2 tu pun sebab jam..Aq pulas minyak banyak pun,dia tekan minyak sikit je dah jalan jauh.. -___-' Tak pelah,asal ada pengalaman lumba dengan ferrari..Mesti driver dia kata aq jakun sambil gelak2.. ;(  Takpe,tunggu lah aq beli Kawasaki ZX-14R..Ferrari pun aq potong.. ;)

Lama lagi nak dapat gaji..Handphone dah selamat bergenang dengan air hujan waktu merempit..Tak sempat nak diselamatkan..Minta maaf la kalau sapa2 mesej,aq lambat balas ke,tak cam ke..Semua no hilang..Handphone sementara ni pun,kalau call aq tak boleh angkat..Suara aq tak boleh dengar..Suara yang call aq dengar..Jadi,tak perlu lah call aq kalau tak penting,untuk mengelakkan korang terjerit2 macam mati laki/bini ye.. ;) Handphone baru,buat masa ni,tak dapat nak dikenal pasti bila nak menjelma.. Pitih tak dop lagi..Banyak benda yang lebih penting aq nak kena utamakan..Nak simpan kalau2 ada emergency..Laptop ni pun dah tunjuk tanda kurang bagus..Tapi,kalau betul2 urgent,korang call,cakap je..Aq dengar..Dah habis,letak la..Nanti aq mesej kalau ada problem ke,tak faham ke..Tu pun kalau korang suka la cakap macam cakap dengan dinding.. -___-'

Ok,dah tak tau nak tulis apa..Tadi ingat nak cakap pasal orang yang tangan kidal..Tapi,next entry la ye kalau Allah bagi kesempatan..Panjang umur..Rabu,Khamis,nak pi Penang..Moga selamat pergi dan balik..Nanti,aq update jalan2 cari menantu untuk mak abah aq dekat sana ye..ha3.. ;)
Assalamualaikum..