Assalamualaikum..
Mengingatkan janji di entry lepas yang aq nak membuat review noveL Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu karya Fatimah Syarha dan suaminya,maka ku gagahkan diri menaip..Lagi best sebab cuti 2 hari..Boleh taip lemah-gemalai sikit.. -___-'
Tapi,aq agak jeles memikirkan orang ramai sedap-sedap beratur dekat Baskin nak aiskrim percuma,aq dekat rumah..Tapi,tak heran sangatlah sebab aq pun tak pernah rasa aiskrim tu macam mana, so, tak la teringat-ingat kan.. n_n (sedapkan hati)
Let's start my review regarding this book..Untuk pengetahuan semua, buku ni dah hampir 3/4 minggu jadi top 10 best seller dekat MPH..
So,menjadi best seller selama beberapa minggu berturut-turut membuatkan aq terdetik untuk membaca buku ni..
Sebab kedua, buku ni ditulis oleh favourite author aq,Sis Fatimah Syarha..Hampir semua buku dia aq baca..Tapi,novel yang tebal-tebal,belum berkesempatan..Insya-Allah satu hari nanti..
Sebab ketiga kenapa buku ni semua orang kena baca, terutama muda-mudi,meh aq share sikit sebab dia..Nak share banyak,aq tak ingat sangat..Nanti salah info..
Apa yang boleh dirumuskan dalam buku ni,kepada cik akk dan cik abang sekalian, yang duk memikirkan soal jodoh,kahwin tu, tak salah..Tapi,ada caranya..Yang pasti, couple bukan caranya.. Kalau dah berkenan dengan seseorang tu, tak yakin sangat, tak perlu tergesa-gesa nak melamar,nak kahwin..Selidik dulu latar belakang dia..Family dia..Cara pergaulan..Kehidupan dia..Guna orang tengah..Bukan semua yang kita nampak baik luaran dia, dalaman pun baik juga..Mungkin tak seperti yang kita sangka dan harapkan..Dah yakin,baru lah boleh move on..Yang paling penting, kalau lelaki,pastikan dah berkemampuan nak tanggung bakal isteri..Yang bakal isteri pulak, dah berkemampuan nak jadi isteri,bakal ibu.. n_n
Tak kurang pentingnya, soal kriteria mencari pasangan..Tipulah kalau yang lelaki tak nak perempuan cantik,cukup pakej,pandai masak serba-serbi..Macam tu jugak yang perempuan..Nak calon suami stok-stok artis korea la,aaron aziz la..Tak kisah la..Nama pun kriteria..Dapat ke tak, terpulang pada ketentuan ALLAH..Tapi, apa yang penting, kalau kita nak bakal suami/isteri seorang yang setia,kita pun kena jadi setia..Kalau nak bakal suami/isteri yang tak tukar pasangan, tak mesej-mesej yang melalaikan, kita pun kena berusaha ke arah tu jugak..Paling senang nak faham, apa yang korang nak bakal suami/isteri korang ada, korang pun kena berusaha menjadi seperti apa yang korang nak..
Faham kan apa yang aq cuba sampai kan??Kalau tak faham jugak, apa kata korang beli satu buku ni, baca,hadamkan..Cover buku,dekat bawah ni..Selamat membeli..
Nak tulis panjang-panjang, aq tak pro pasal bab ni..Nama pun review kan..Beli buku ni,siap ada hadis lagi..Fiqh pasal isu-isu berkaitan..Insya-Allah, makin mantap lah fahaman korang pasal cinta nanti..
Selamat memburu malam lailatul qadar..Mari sama-sama memburu,menjadi pemburu malam Lailatul Qadar..Sama-sama perbanyakkan amal..Insya-Allah..Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment