Thursday, August 9, 2012

Cinta High Class..

Assalamualaikum..

Mengingatkan janji di entry lepas yang aq nak membuat review noveL Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu karya Fatimah Syarha dan suaminya,maka ku gagahkan diri menaip..Lagi best sebab cuti 2 hari..Boleh taip lemah-gemalai sikit..      -___-'  

Tapi,aq agak jeles memikirkan orang ramai sedap-sedap beratur dekat Baskin nak aiskrim percuma,aq dekat rumah..Tapi,tak heran sangatlah sebab aq pun tak pernah rasa aiskrim tu macam mana, so, tak la teringat-ingat kan.. n_n (sedapkan hati)

Let's start my review regarding this book..Untuk pengetahuan semua, buku ni dah hampir 3/4 minggu jadi top 10 best seller dekat MPH..

So,menjadi best seller selama beberapa minggu berturut-turut membuatkan aq terdetik untuk membaca buku ni..

Sebab kedua, buku ni ditulis oleh favourite author aq,Sis Fatimah Syarha..Hampir semua buku dia aq baca..Tapi,novel yang tebal-tebal,belum berkesempatan..Insya-Allah satu hari nanti..

Sebab ketiga kenapa buku ni semua orang kena baca, terutama muda-mudi,meh aq share sikit sebab dia..Nak share banyak,aq tak ingat sangat..Nanti salah info..

Apa yang boleh dirumuskan dalam buku ni,kepada cik akk dan cik abang sekalian, yang duk memikirkan soal jodoh,kahwin tu, tak salah..Tapi,ada caranya..Yang pasti, couple bukan caranya.. Kalau dah berkenan dengan seseorang tu, tak yakin sangat, tak perlu tergesa-gesa nak melamar,nak kahwin..Selidik dulu latar belakang dia..Family dia..Cara pergaulan..Kehidupan dia..Guna orang tengah..Bukan semua yang kita nampak baik luaran dia, dalaman pun baik juga..Mungkin tak seperti yang kita sangka dan harapkan..Dah yakin,baru lah boleh move on..Yang paling penting, kalau lelaki,pastikan dah berkemampuan nak tanggung bakal isteri..Yang bakal isteri pulak, dah berkemampuan nak jadi isteri,bakal ibu..  n_n

Tak kurang pentingnya, soal kriteria mencari pasangan..Tipulah kalau yang lelaki tak nak perempuan cantik,cukup pakej,pandai masak serba-serbi..Macam tu jugak yang perempuan..Nak calon suami stok-stok artis korea la,aaron aziz la..Tak kisah la..Nama pun kriteria..Dapat ke tak, terpulang pada ketentuan ALLAH..Tapi, apa yang penting, kalau kita nak bakal suami/isteri seorang yang setia,kita pun kena jadi setia..Kalau nak bakal suami/isteri yang tak tukar pasangan, tak mesej-mesej yang melalaikan, kita pun kena berusaha ke arah tu jugak..Paling senang nak faham, apa yang korang nak bakal suami/isteri korang ada, korang pun kena berusaha menjadi seperti apa yang korang nak..

Faham kan apa yang aq cuba sampai kan??Kalau tak faham jugak, apa kata korang beli satu buku ni, baca,hadamkan..Cover buku,dekat bawah ni..Selamat membeli..




Nak tulis panjang-panjang, aq tak pro pasal bab ni..Nama pun review kan..Beli buku ni,siap ada hadis lagi..Fiqh pasal isu-isu berkaitan..Insya-Allah, makin mantap lah fahaman korang pasal cinta nanti..

Selamat memburu malam lailatul qadar..Mari sama-sama memburu,menjadi pemburu malam Lailatul Qadar..Sama-sama perbanyakkan amal..Insya-Allah..Assalamualaikum..


Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Kareem..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Hari ke-4 umat Islam berpuasa pada hari ni..Bersyukur sebab Allah bagi peluang kepada anda anda dan saya,untuk sekali lagi menemui bulan yang mulia ni..Moga segala amalan kita diterima oleh Allah..Moga,Ramadhan kali ni,lebih baik dari yang sebelumnya..Yang kurang,kita tambahkan..Yang belum sempurna,kita sempurnakan..

Nabi Muhammad menyebut, ketika baginda menaiki tangga-tangga mimbar masjid, Jibrail berkata kepada baginda, "Sesiapa yang mendapati bulan Ramadhan, lantas tidak mendapat ampunan, kemudian mati, maka ia masuk neraka serta dijauhkan Allah (daripada Rahmat-Nya)."..Jibrail berkata lagi, "Ucapkan 'Amin'". Maka kuucapkan 'Amin' ".  (Transformasi Ramadhan,Hasrizal Jamil)

Moga,dengan peringatan ini,cukup untuk membuatkan kita sentiasa beringat untuk terus berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah..Bukan saja di bulan Ramadhan,tapi di bulan-bulan yang lain..Bukan mudah,tapi kalau berusaha,insya-Allah boleh..Sesuatu benda yang baik,perlu dipaksa untuk dijadikan darah daging..Memang susah,tapi Allah Maha Mengasihi..Dia memudahkan urusan hamba-Nya..

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka,pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat". Allah bantu kita, sebulan di bulan Ramadhan,syaitan diikat untuk mempermudahkan urusan ibadat kita..Tapi,andai kata kita masih melakukan kekhilafan yang sama seperti di bulan-bulan yang lain,itu tandanya, nafsu kita perlu dikawal,perlu dijaga. Kenapa bila syaitan ditambat, kita masih melakukan kesilapan?? Jangan salahkan syaitan..Refleksi diri, jom kita sama-sama improve..Takkan nak pahala,syurga sorang je kan?? ;)

Untuk Ramadhan tahun ni, mula-mula, beberapa hari nak Ramadhan, aq takde feeling lansung nak puasa..Mungkin sebab kerja, tak terasa sangat kot.. *sedapkan hati* Risau jugak..Then,nak naik kan mood puasa,mood nak beribadat, cuba curi-curi masa yang ada dengan re-read Solusi Ramadhan last year, buku Transformasi Ramadhan..Tapi,sebab sekarang tengah baca buku Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu karya Fatimah Syarha dan suami beliau, maka, kena la bahagikan masa untuk baca 3 buku ni.. n_n

Tapi,penaik mood Ramadhan kali ni,datang daripada Puan Emak..Lepas Subuh je, tak nak bagi aq tidur, mak suruh ajar mak mengaji.. ;)  At least, aq tak tidur lepas sahur, dapat pahala mengaji..Insya-Allah.. Ada jugak perubahan lain dalam keluarga tahun ni..Alhamdulillah..Moga kami semua,termasuk anda yang sedang berubah ke arah yang lebih baik, istiqamah dalam melakukan perubahan.. n_n

Disebabkan Ramadhan kali ni aq bekerja,maka, pahala Ramadhan haruslah dijaga..Kerja tak boleh curi tulang,jaga mata dari melihat perkara yang tak elok seperti melihat anak teruna orang..ehem2.. ;) Solat di awal waktu..Disebabkan shift bergilir pagi dan petang, maka, aq hanya berkesempatan berterawih kalau shift pagi sahaja..Shift petang,terpaksa la buat sendiri dekat rumah lepas balik kerja..Insya-Allah, malam ni dapat terawih di surau..Doakan.. n_n






Salam Ramadhan daripada Sakinah Zaini,keluarga dan bakal suami..eh?? ;)  Insya-Allah,next entry nak share pasal novel Cinta High Class..Assalamualaikum..

Tuesday, July 10, 2012

Cuti Sem #1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,dah lebih 2 minggu kerja waktu cuti sem ni..Masa ni jugaklah waktu tidur tunggang-langgang..Waktu kerja,bangun lambat..Waktu tak kerja,bangun awal pulak..Sampai sekarang,belum berani kan diri lagi drive..Bawak motor je..Hari2 vroom sana-vroom sini,pergi-balik kerja..Lagi senang bawak motor kot..Cepat..Boleh selit2 ye dak?? ;)

Tapi,mak memang warning tiap2 kali nak pergi kerja.. "Kina,bawak motor jangan laju2..Hujan ni..Bawak dah la macam pelesit'.. "Baik mak"..Tapi tu dekat mulut jela.. Dalam hati dah jawab lain..Cakap pasal motor,hari tu,sempat jugaklah rempit dengan ferrari..Of course la, bukan aq yang menang..Menang awal2 tu pun sebab jam..Aq pulas minyak banyak pun,dia tekan minyak sikit je dah jalan jauh.. -___-' Tak pelah,asal ada pengalaman lumba dengan ferrari..Mesti driver dia kata aq jakun sambil gelak2.. ;(  Takpe,tunggu lah aq beli Kawasaki ZX-14R..Ferrari pun aq potong.. ;)

Lama lagi nak dapat gaji..Handphone dah selamat bergenang dengan air hujan waktu merempit..Tak sempat nak diselamatkan..Minta maaf la kalau sapa2 mesej,aq lambat balas ke,tak cam ke..Semua no hilang..Handphone sementara ni pun,kalau call aq tak boleh angkat..Suara aq tak boleh dengar..Suara yang call aq dengar..Jadi,tak perlu lah call aq kalau tak penting,untuk mengelakkan korang terjerit2 macam mati laki/bini ye.. ;) Handphone baru,buat masa ni,tak dapat nak dikenal pasti bila nak menjelma.. Pitih tak dop lagi..Banyak benda yang lebih penting aq nak kena utamakan..Nak simpan kalau2 ada emergency..Laptop ni pun dah tunjuk tanda kurang bagus..Tapi,kalau betul2 urgent,korang call,cakap je..Aq dengar..Dah habis,letak la..Nanti aq mesej kalau ada problem ke,tak faham ke..Tu pun kalau korang suka la cakap macam cakap dengan dinding.. -___-'

Ok,dah tak tau nak tulis apa..Tadi ingat nak cakap pasal orang yang tangan kidal..Tapi,next entry la ye kalau Allah bagi kesempatan..Panjang umur..Rabu,Khamis,nak pi Penang..Moga selamat pergi dan balik..Nanti,aq update jalan2 cari menantu untuk mak abah aq dekat sana ye..ha3.. ;)
Assalamualaikum..

Thursday, June 21, 2012

Sebab Saya Strong!!

Assalamualaikum..

*tarik nafas**hembus** 

Ok,mood kembali normal..Semalam dah check result..Unfortunately,memang tidak memberangsangkan..
Adalah sikit rasa macam, "Ya Allah, result macam tak pergi kelas je".. -___-' Ok,ni kira sesi muhasabah dan muha'sarawak' kan diri la nampaknya.. ;)  Memang bila tengok result,telan air liur rasa kesat je weiyh..Bersalah habis dekat mak abah..Tu sebab tadi semangat kemas habuk,basuh2 kipas..Konon2 nak sedapkan hati berbakti pada mak abah..ha3..Meja blaja pun dah kemas..Novel2 semua dah pindah meja lain..Letak buku law je atas meja nak suruh blaja cuti ni.. ;)

Tapi,alhamdulillah,at least lulus..yang pasti, tak payah repeat!! Alhamdulillah..Maka, jadual next sem, akan follow the flow..Memang sem depan kena push diri study hard,smart sikit..Kalau tak,haru jadik nya..Seriously,memang nak berterima kasih pada lecturers..Terima jawapan aq..Kasi lulus.. ;(  Before keluar result, duk fikir lulus ke tidak..At least lulus pun jadik lah..Tapi,bila dah tau lulus,sedih pulak bila dapat grade macam tu..

So,let's think positive..Anggaplah 1st sem,permulaan untuk berjaya pada sem2 akan datang..Harap2, dapat naikkan semangat for better grade and pointer next sem..Tapi, remind untuk diri sendiri, tak nak over2 sampai stress..Tak nak blaja mem'vavi' buta,sampai belajar semata2 for the exam..Tak nak..Itu ngak bagus kok.. *geleng2 kepala*

Tahniah kepada kawan2 yang dapat result cemerlang,gemilang dan terbilang..Bangga jadi kawan kalian.. n_n Next sem,sila jadi tuk guru aq..Tolong ingatkan bila aq tak fokus dalam blaja.. ;)

Penaik semangat di kala kita rasa sedih,atau jatuh..Tak berjaya dalam apa saja bidang..Ingat, dunia kita ibarat roda..Sentiasa berputar..Mungkin sekarang kita berada di bawah..Teruskan berusaha menolak roda itu supaya roda itu akan membawa kita ke atas..Kalau dah berada di atas, jangan terlalu megah.. Kelak mungkin pusingan roda itu takkan lama di atas.."Jangan angkuh dengan kejayaan..Jangan jatuh dengan kegagalan".. (sumber: IIUM online)

Tangga menuju kejayaan bukan mudah,bukan singkat..Mulakan dengan langkah pertama..Teruskan melangkah walau apa pun yang terjadi nanti..Usahalah sehabis baik, untuk diri sendiri, keluarga, agama,bangsa dan negara.. n_n  Ingat janji Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 202:

"Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitungNya." 

Moga Allah istiqamahkan anak Encik Zaini ni,supaya konsisten dalam belajar..Terima kasih kepada Cik Amira Afira, kerana sudi berkongsi berkaitan sem depan..Moga, cuti sem ni,dapat dimanfaatkan sebaik mungkin..Assalamualaikum..


Monday, June 18, 2012

Hold your own prinsip tightly!!

Assalamualaikum..

Hari ni,setelah seminggu bermalas-malasan di rumah,maka ku gagahkan diri jugak untuk mencari kerja.. Bersama junior @ buddy ku yang tercinta, kami merempit bersama2 ke Mahkota Parade..Sudah tentulah aq si tukang rempit, buddy ku si tukang bonceng..Ku langgar lampu merah kerana malas nak tunggu lampu hijau..Satu je..Tak banyak..Nasib baik tiada kereta mahupun motor berkuasa besar milik pak polisi ku lihat di belakang motor rempit ku..fuhhh..Telok Mas-Pulau Gadong, boleh la tahan jauhnya, tapi demi buddy ku sayang,ku gagahkan jua..Melalui tepi laut sebenarnya yang membuatkan aq tabah merempit ke sana..Angin bertiup membuatkan aq merasa seolah-olah diriku ringan.. n_n

Aim hari ni, nak cari kerja dekat tempat lama..Maka, ku temankan buddy ku terlebih dahulu mencari kerja di gedung pakaian terkemuka, TamanAnakLelaki.. -___-'  Sedang bermalasan di kerusi, tiba-tiba si supervisor menyuruh ku mengisi borang sekali..Layankan ajelah..10 minit kemudian, di panggil masuk.. Bersemangat menerangkan tentang gaji,waktu bekerja..Tiba giliran ku bertanya.."How about attire?? Can I wear inner or handsock??''..Wanita bermata sepet itu membalas,"No!!"..Amboi,muktamad ye..So, say bye2 to your offer..Gua ngak mungkin memakai tudung bersama lengan pendek,semata2 untuk kerja yang bersifat sementara!!Sorry buddy..Terpaksa tolak offer..

Tempat kerja lama aq pun,suruh tuck in,aq tak buat..Buat bila kena tegur,tak pun bila HQ turun.. Budiman kan aq..Tapi aq suka tempat kerja lama aq,sebab diaorg faham kot..Nak solat,boleh..Takde masalah..So,better kerja tempat lama even gaji tak sebanyak dekat TamanAnakLelaki tu..Attire pun proper..Tak de sibuk2 kena make up bagai..Maka,doakanlah aq dapat kerja dekat tempat lama esok.. Tadi pergi,Manager takde..Jumpa supervisor je..Hopefully,ada rezeki kerja dekat situ lagi..Tempat dah cantik,ramai staff baru.. n_n  Kalau tak,maka,aq isytiharkan aq akan kerja sambil berehat jela di rumah.. ;(



Aq mengharap,moga ada perubahan kelak di tempat2 yang tidak membenarkan pekerja Muslimahnya, memakai baju yang menutup aurat..Menutupi lengan..Aq doakan yang terbaik..Saling mengingati.. Bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik..Sayangi anggota badan kita..Tutup sesempurna yang boleh..Read the above qoute..It's really touching!! ;)  
Nak rehat2,tenangkan diri..Misi mencari kerja lagi esok..Moga Allah permudahkan..Aminn..Nite, Assalamualaikum..

Thursday, June 14, 2012

Kuih Tako..

Assalamualaikum..

Finally,dapat jugak buat kuih tako @ tepung pelita..Rasanya,untuk percubaan pertama,ok la..Makan je semua orang..Mak pun ajak  buat lagi bulan Ramadhan nanti..tapi,resipi kena modify..kemain mak letak sengkuang banyak2..katanya,sedap sikit ada bunyi krak-kruk.. -___-'

Next try,kalo dh umphh kuih tu,boleh la share resipi..resipi ptg td pun,gabung 2 resipi,ikut sesedap rasa je nak letak ape.. ;)  kalo share,tak jadi nanti aq pulak yang kena..keh3..so,next try,nak buat ape lg ye..nak fikir..rasa mcm nak try buat roti jalan..tapi kena geledah stor mak,cari tmpt buat roti jala tu.. -__-'
Ok la..Persembahkan gambar2 ketika gigih membuat kuih tako..


Semangat buat kotak sambil fb.. -__-'

Ok la untuk 1st try kan..kemain banyak staplernya.. ;)








Size kuih, sangat 'gajah'..makan satu terus kenyang..

Sementara belum cari kerja, rehatkan diri dekat rumah..Tolong mak abah..Jadi bibik,driver,tukang kebun, setiausaha..Semua lah..Mak pun sebenarnya kata tak payah kerja.. Tolong je dekat rumah.. Tapi, anak beliau butuh wang..Next sem ada trip.. ;)  Takpe,time x kerja,insya-Allah boleh tolong..Lebih kurang 5 hari lagi result nak keluar.. ;(
Nite,Assalamualaikum..

Friday, June 8, 2012

Oh My Final..

Assalamualaikum..

Last paper esok..Ok,org kata,save the last for the best..Aq harap,benda tu akan jadik betul..Tapi tak kan jadi kalau tak usaha..Nak jadi the best mendenya kalau study pun tak start lagi..Paper esok!!Bukan lusa, bukan minggu depan.. -___-'

Patut ke salahkan previous paper yang tak boleh jawab??Patut ke salahkan soalan yang tiba2 lain daripada yang lain sem ni??Patut ke nak salahkan laptop sebab menarik2 mintak online?? *macam sekarang ni*

7 paper dah berlalu,tinggal satu je..Mungkin terlambat nak berubah totally sem ni..Harap2,sem depan tak macam ni ye..Sem depan,subjek sama je banyak..Tu sebab sayang UIA.. ;)  Kuliyyah lain semua sikit je satu sem..5/6 subjek je..Final pun habis awal..Sakinah,mengeluh ke?Dapat masuk kuliyyah bising,tersekat dekat CELPAD bising..Apa la yang ko nak sebenarnya..Aq pun tak tau apa yang aq nak..Nak jugak merasa macam kwn2 lain dapat A,Dean List..Tapi,baru sem 1 dah nampak dah memang ke laut la harapan aq tu..Paper td pun,jawab macam tak pernah pergi kelas je..Apa patut buat??Baling broadband dalam laut??Ke aq yang kena campak diri aq ni dekat laut biar jerung makan..Malas sangat belajarnya.. ;(

Bila agaknya niat belajar untuk ilmu secara total akan muncul?? ;(

Serius,sekarang ni,bukan fikir nak A, bukan fikir nak Dean List..Aq doa,setiap kali solat, lembutkan lah hati lecturer aq,terima jawapan aq dengan kawan2 aq..LULUS je aq nak sekarang..Janji tak payah repeat..Tak nak mengeluh,tak nak sedih..Yang lepas,biar lepas..Que sera sera,What will be,will be.. Allah takkan ubah nasib seseorang melainkan kalau orang tu sendiri yang ubah nasib dia kan..So, insya-Allah, next sem will be much better..Habis paper esok, nak cari course outline subjek2 sem depan, cari nota and buku yang nak dipakai..At least dah ada gist, apa yang nak belajar sem depan..

Kepada anda,anda dan anda,yang sedang atau bakal final, padan muka sebab baru nak exam..Aq dh nak habis esok..Ha3..Gurau2..keh3..Selamat maju jaya..Bittaufiq wannajah..Jawab imtihan dengan baik..Jangan jadi macam saya..Sila ambil sebagai pengajaran.. ;)

Doakan saya lulus final exam sem 1..Moga sem2 akan datang dapat menuntut ilmu seikhlas yang boleh..Kalau ada rezeki,teringin jugak nak merasa DL.. ;)  Last paper esok, Islamic Legal System..Moga dipermudahkan menjawab..Aminn..Assalamualaikum..

p/s: habis paper 9/6,dapat result 19/6.. -___-'    sayang UIA sangatttt