Friday, October 30, 2015

Berpagi-pagian

Assalamualaikum..

Hari ni Jumaat, maka, salam sayidul ayyam, penghulu segala hari.. :)
Jom baca Al-Kahfi..Nak-nak budak UIA yang tengah cuti mid-sem tu, sedap duk rumah tak sibuk sangat tu, molek sangatlah kalau nak baca..
Aku dah balik UIA tercinta awal..Kerja dan test banyak yang menanti..

Semalam borak dengan roommate, aku cakap lama sangat dah tak terjaga waktu azan Subuh..
Sekarang banyak terjaga sebab alarm je..Bilik sekarang tak dengar azan Subuh..Waktu solat lain dengar je..
Ke sebab memang tidur mati tak dengar langsung?ha3..
Alhamdulillah, pagi tadi improve sikit..Terjaga je,dengar speaker masjid imam bagi salam..he3..
Nampak sangat selama ni tidur mati..Takpe,niat hari-hari, harap semakin hari semakin baik..Dapat terbangun awal..Lagi manis kalau sempat tahajud..Insya-Allah..

Hari ni dengan semalam,cuaca cantik sangat..Sebab jerebu dah takde..Alhamdulillah..
Aku nampak matahari je,aku suka..Yelah,siapa tak suka matahari pagi?Aku suka sangat..
Nak-nak kalau aku jemur baju..ha3..Biar cepat kering..Aku rasa baju aku pun gembira bila diaorg kena matahari secukupnya..ha3..
Kawan-kawan aku selalu perli aku bila aku senyum sengih-sengih tengok matahari terik..
Diaorg mesti cakap, "Ni senyum gembira tengok matahari ni,mesti jemur baju".. :)

Hari ni, nak siapkan kerja untuk Civil Procedure II..Nak buat Sale and Purchase Agreement, Deed of Mutual Covenant..
Lepas tu nak tengok skrip untuk Mock Trial Criminal Procedure pulak.. -..-'..
Nak prepare tutorial lagi..Test lagi..
Kuat Sakinah..Kuat..Last sem ni..

p/s: Moga sem ni dapat diharungi dengan tabah dan lancar..

Friday, October 2, 2015

Sesi Makan-makan: Kafe Billionaire Concept Melaka

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas kan cuti Hari Raya Aidiladha..Balik rumah hari Rabu, tapi sebab kerja tak sentuh langsung, laptop tak bawak balik rumah, Sabtu dah gerak balik UIA..
Sekali Isnin cuti pulak sebab jerebu..Takpelah, tak sedih sangat sebab memang kerja banyak..
Duduk rumah pun tak tenteram ok.. :P

Hari Jumaat sebelum balik, terus roger sedara aku, Fura dengan Zai, ajak makan sama..Nak belanja diaorg..
25 September tu birthday Zai,so memang plan nak belanja dia..Fura pulak aku belanja sebab dia baru grad diploma hari tu..Aku nak belikan hadiah tak pandai nak pilih..Sebab takut orang tak suka..
Aku memang nak cuba makan dekat kafe Bilionaire Concept sebab ramai kawan-kawan cakap tempat ni best..

Basically, aku suka kafe ni sebab environment and decoration cantik..Makanan, banyak pilihan..Harga pun affordable..
Makanan yang kitaorg order
Kita start dari atas lah ye..Yang atas ada 2 bekas kuah tu, Fura order chicken chop dengan air Passion Peach..Harga chicken chop RM14.99..Katanya sedap dan kenyang!! :)

Next yang belah kiri tu, set aku..Set salmon..muahaha..Orang kaya sangat..Opss..Jangan kutuk..Aku saje je nak cuba sebab aku teringin..Aku sangat suka makan sushi salmon..So, aku order salmon grilled..Nak tau jugak mana sedap, raw salmon ke,salmon grilled..Set salmon harga RM29.99..Air aku order Hazelnut Caffe Latte Iced sebab aku memang peminat tegar kopi..Harga air, RM10.00..Rasa salmon grilled tu, aku rasa biasa je..Aku lagi suka raw salmon..Ada rezeki pergi sini lagi, nak cuba set chicken chop lah!!he3..

Bawah yang cinonet tu, Zai punya order..Dia dah kenyang dia kata..So,dia order chicken wing je..Melepaslah kau Zai..Nak belanja,kenyang pulak..Tunggu lah tahun depan ye..ha3..Chicken wing harga RM9.99..Air, Zai order air Ice Lemon Tea, RM 5.00..

Overall, harga affordable..Set kanak-kanak pun ada..RM 9.99 kalau tak silap..Aku syak owner dia memang suka nombor 9 lah..Genap kan je jadi RM10.00 tak boleh ke?Stress aku..Ha3..

Nah, belanja gambar kitaorg sekeping dua keping dekat sana..Ada rezeki kita pergi lagi ye, Insya-Allah..Sekarang, fokus belajar untuk last sem.. :)

Sedara-mara.. :)

Zai senyum kemain lagi..Tak leh lebar lagi ke? -..-'

Sekian sahaja coretan makan-makan dari aku..Next time,nak cuba tempat lain lah ajak budak dua orang ni..Sekali-sekala boleh lah rasa makan tempat-tempat hipster ni..Kalau selalu, tak kuasa aku..Baik simpan duit..Makan dekat rumah lagi kenyang..ha3..

p/s: Kempunan nak set sushi salmon Aeon Wangsa Maju ni..Nanti nak beli lah kalau achieved something..