Tuesday, June 2, 2015

Antara Waktu

Assalamualaikum..

Amboiii..Tajuk entry puitis sangat..Walhal nak tulis gap antara jadual peperiksaan je..
Drama sangat oiii!!! *maafkan saya*
Hari ni, Isnin 1 Jun, selesai 2nd paper terakhir untuk sem ni..
Ye,anda baca betul..Bukan yang terakhir.. *kecoh macam terakhir*
Then, ada 5 hari gap sebelum paper yang terakhir..

So,apa nak buat?
Aku dalam perancangan nak duduk je dekat bilik..
Paling kuat pun turun jogging dekat padang bawah mahallah tu ha nanti..
Buku pinjam dari library tak habis baca lagi..
Tu nota untuk paper last pun memang dah memanggil-manggil..
Tak rasa nak berjalan, hang out ke apa..
Lagi pun, nak simpan duit yang aku memang dah khaskan untuk yang lebih penting..

Sekarang rasa serabut..
Tak tau lah kenapa..Kalau orang ajak keluar pun aku tak nak..
Aku just nak masa sendiri..Aku tau aku ada buat salah sesuatu sampai Allah uji macam ni..
Entah, tak boleh describe rasa apa..Memang ni, aku je boleh rasa..
Rasa tak tenang..Risau pasal masa depan..
Aku nak masa sendiri,tu yang pasti..

Sekarang, duduk plan masa depan..
Cuti sem kerja simpan duit untuk yuran dengan belanja sem depan..
Sem depan pulak plan nak buat part time sebab nak simpan duit untuk simpanan masa perlu..
Tengah cari tempat sesuai dekat mana nak chambering..
Plan nak bukak business..
Macam-macam lah..

Tapi betullah, aku rasa ni normal..
Bila sampai umur macam ni..
Aku just fikir nak kerja, bagi mak abah family semua happy..
Memang sekarang aku yang patut dan perlu pikul tanggungjawab tu..

Satu je aku doa dekat Allah hari-hari berkaitan duit..
Jangan jadi kan duit sebagai punca atau masalah dalam keluarga aku..
Biar tak kaya,asal bahagia..
Biar tak kaya, asal tenang..
Duit tu hanya alat..

p/s: moga kita semua dimurahkan rezeki dan diberkati Allah..

No comments:

Post a Comment