Friday, February 15, 2013

Sesi Menginsafkan Diri..

Assalamualaikum..

Kembali menaip untuk mencurahkan segala apa yang bermain di fikiran.. cehwahhh..Apa yang bermain di fikiran sangatlah banyak,bercampur-baur..Fikir pasal rumah,fikir pasal duit, fikir pasal kelas, fikir pasal nak tengok Running Man ( -..-' ), fikir pasal orang yang kawen awal, orang yang dah nak kawen, fikir nak beli barang dan macam-macam lagi..Maka, dekat sinilah otak dan minda perlu bergabung dan memainkan peranan, yang mana perlu diutamakan, difikirkan dan diselesaikan.. *baca satu nafas*

Ok, pendahuluan dah lepas..Masuk isi..

Cuti CNY hari tu, tiba-tiba abah aq call cakap kawan dia tanya pasal masalah yang berkaitan dengan kontrak, peguam yang dilantik dengan apa ntah..Aq terkejut dan terkesima bila dapat soalan dan pertanyaan bertalu-talu daripada abah aq..Terus buat aq cuak..Aq belum jadik lawyer, tak pasti pun lagi nak chambering (latihan dalam kamar) ke tak..Plus, aq baru 2nd year..Awat tiba2 mintak pendapat aq..Kang aq bagi salah fakta,info, lagi la haru..Buat kena terajang je kang..

Abah mula nak emo bila aq cakap aq tak pasti dan malas nak komen..Abah pancing aq untuk tetap bagi komen dan pendapat dengan menyatakan aq sebagai pelajar undang-undang,seharusnya mempunyai ilmu yang basic untuk persoalan itu..Terus aq cakap, "Orait..Untuk kes ni, bla..bla..bla.." Abah terima tanpa banyak soal..Sampai sekarang aq tunggu call abah aq..Risau jugak apa yang aq cakap tu..Tak pasal nama aq naik sebab bagi salah fakta dekat seorang pak cik yang tak tau apa-apa pasal undang-undang..

Isu kedua dan seterusnya, sama je macam dekat atas..

Aq selalu dapat pertanyaan daripada kawan-kawan aq yang bukan pelajar undang-undang, mengenai skop undang-undang..Jujur,aq sangat takut bila terima soalan daripada mereka..Tapi, terima kasih jugak kepada mereka sebab percaya dekat aq untuk tanya pasal masalah tersebut..Aq dah nampak dah,siapa bakal-bakal clients aq kalau aq bukak law firm nanti..keh3..

Masalahnya di sini,aq tak lah hebat seperti orang lain..Aq hanyalah pelajar undang-undang biasa, yang kadang-kadang hanya akan duduk belajar bila merasakan aq dah terlampau lalai,alpa dan leka dengan Running Man, facebook, dan hal duniawi yang lain..Aq jugak kadang-kadang hanya akan start belajar bila aq merasakan seolah-olah,minggu tersebut, aq tidak mendapat apa-apa input di dalam kelas..Maka, di hujung minggu, apabila Isnin nak menjelang, barulah aq terkocoh-kocoh selak buku yang tebal, kes yang berderet untuk faham sesuatu topik.. ;(   Menjelang test,final, apatah lagi..Makin taat la aq di depan buku dan bahan ilmiah yang lain..

Tapi, Alhamdulillah..Permulaan sem baru ni, ada semangat yang menular dalam diri aq.. ;)   Dek kerana memikirkan orang sekeliling yang kadang-kadang bertanyakan hal undang-undang kepada aq, membuatkan aq sedar tanggung jawab aq untuk belajar bersungguh-sungguh..Supaya aq dapat sampaikan ilmu yang betul kepada mereka..

Jadi, doakan lah moga hasrat dan impian aq untuk belajar secara konsisten berterusan..Belajar untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat..Insya-Allah..Sekarang, dugaan awal sem sangat dahsyat..Jummat takde kelas merupakan dugaan hebat untuk aq..Kosong, lapang tanpa apa-apa kerja,tanpa arahan daripada pensyarah..Tutorial untuk sebahagian subjek belum bermula..Assignment pun belum diberi..Hanya sedikit..Nilah antara penyebab kelalaian pelajar seperti aq.. -..-'

Oleh itu, aq telah mengambil tindakan pantas dengan menyusun buku-buku di meja sebagai alarm dan peringatan, "SILALAH BELAJAR SEBELUM TERLAMBAT.ANDA MAMPU MENGUBAHNYA".. Esok pagi, aq harap, hasrat aq nak ke library tercapai..Doakan lah semoga perubahan aq di awal sem berjaya hingga ke akhirnya..

Aq rasa, penggunaan ayat kali ni,sangatlah skema.. ;)

Oh ye, mak aq bagi semangat suruh belajar, jadi PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) macam akak sedara aq..Kata mak, kalau aq outstation oversea, dia nak ikut..Bukan main lagi..Berjalan laju je mak aq ni..Aq harap doa mak aq makbul lah,sebab aq pun tak terfikir nak jadi lawyer..Susah-susah, aq nak kerja macam akak aq yang first, jadi pegawai Insolvensi (bahagian Bankrap)..Untung-untung, boleh satu ofis dengan dia kan..Hari-hari aq nak pow dia suruh belanja aq makan..ha2..Best berangan ni..Buat aq semangat nak belajar..Tak sabar nak tunggu, nak tengok..Jadi apa lah aq dah besar nanti..Ha2.. (sekarang aq kecik lagi,belum besar) ;)

Apa pun,semuanya berbalik kepada Allah..Panjang umur,murah rezeki,dapatlah apa yang kita hajatkan kalau itu yang terbaik..Wallahualam..Sekian dari saya..Selamat pagi.. *sebab sekarang pukul 1 pagi*

Sekian dari saya yang sangat semangat untuk belajar demi masyrarakat.. ;)

No comments:

Post a Comment