Saturday, November 17, 2012

GAZA dan KITA..

Assalamualaikum..





Sebenarnya, tergerak hati nak post pasal isu Palestin ni sebab aq terbaca komen-komen,status-status yang 'emo' pasal isu Gaza ni..Orang yang emo yang berkata seperti ini:

"Pehal pulak nak boikot MCD..Come on la, Malaysia just diaorg punya franchise"..

"Boikot Maybelline?Boikot Revlon?Saya mana boleh hidup tanpa makeup".. *gedik marah*

"Macam la boikot-boikot boleh selamatkan Gaza..Tu laptop yang hangpa pakai tu, Intel kan?Israel kot..Loser la nak boikot-boikot ni"..

Dan bermacam-macam lagi statement yang aq rasa korang jumpa dan akan jumpa dekat fb, blog tak pun twitter..Dan tak mustahil, statement ni akan keluar dari mulut korang sendiri kalau korang pun tak suka pasal boikot ni..keh3..

Aq takde la nak kupas isu ni panjang lebar sebab aq rasa, korang boleh google pasal isu Gaza,pasal rakyat Palestin yang terkorban, produk-produk Israel yang perlu diboikot serta dianak-tirikan ni..Ramai lagi orang lebih arif pasal isu ni yang boleh bagi korang ample evidences untuk membuatkan korang terbukak hati nak bantu saudara se-Islam kita dekat sana..Oraitttt..Aq tunjuk sikit label produk-produk Israel ni dekat hangpa..Kita check sama-sama, mana la tau kan, kita tak 'ter'perasan yang kita guna produk tu.. ;(




MAGGI?? --Yes
KFC?-- Yes
NESTLE??--Yes
INTEL?? --Yes
KOTEX??--Yes

Ok,terlalu banyak produk Israel dalam kehidupan kita..Mungkin ada yang kata, tanpa produk mereka, kita tak leh hidup..Choiii..Belum cuba pape dah mengalah..Belum cuba belum tahu..

Untuk pengetahuan korang,tak kisahlah kalau korang memang dah tau pun,isu boikot-memboikot ni dah lama kot..Seingat aq,waktu aq form 4 dekat MRSM (2009), aq didedahkan dengan benda ni..Kalau tak,sumpah memang aq tak tau pasal benda-benda ni..Terima kasih kepada cikgu-cikgu dekat MRSM yang bagi info, kawan-kawan yang ajak join usrah..At least, aq tau pasal benda ni.. ;)
Tapi memang sedih la sebab walau pun dah lama tau, aq still tak berjaya nak fully boikot..Kejap boikot, kejap tak..

Benda ni memang susah nak buat..Waktu kau tengah sibuk nak cuba boikot, datang pulak kawan offer nak belanja MCD la, belanja KEPSI la, belikan STARBUCKS la..Takpe, jangan sedih..Sekarang dah tau pasal produk-produk nak boikot, why not start balik?? n_n

Agresifkan sikit usaha kita.. Insya-Allah boleh..Kalau korang dah 'ter'beli,buat stok produk-produk ni, guna jela bagi habis..Takkan nak buang pulak..Tapi, make sure after that, korang JANGAN beli produk tu lagi..Contohnya, korang guna produk Johnson shower cream buat mandi, why not ganti dengan produk lain? Shokobutsu ada..Lagi wangi tau!! *sedapkan hati sendiri jugak* Kalau korang minum Nescafe ke,Milo ke, pun boleh tukar..banyak lagi produk minuman yang boleh minum..Jenama tempatan pun ada..Kalau nak cuba Tongkat Ali, Kacip Fatimah pun boleh jugak.. *kidding*

Sekarang ni, aq rasa lega sikit sebab mostly produk-produk Israel ni aq dah boleh kurangkan kebergantungan aq dekat depa..Nasib baik aq tak makeup-makeup bagai..Haru jugak kalau aq kaki tepek produk Maybelline, Revlon, Loreal satu badan ni..Mau dari muka yang gojes jadi gajus kalau tak pakai makeup..keh3..

Lagi satu, kebanyakkan laptop guna Intel kan?Produk Israel..Thanks to them sebab produk diaorg membolehkan kita cakna, ambil tahu pasal saudara kita dekat Palestin..Sebab diaorg, kita boleh sebarkan mesej-mesej supaya doakan,bantu saudara-saudara kita dekat sana..Mungkin ni hikmah yang Allah nak tunjukkan..Disebalik produk diaorg, kita boleh guna untuk medium dakwah, untuk ISLAM..Padan muka Israel..Makan diri sendiri.. ;)

Ok,akhir kata,selamat mencuba..Moga usaha kita diterima dan dapat membantu saudara Islam kita di sana, juga di seluruh dunia..Doakan moga Allah kirim bantuan untuk mereka..Sila jangan emo bila baca ye..Ni pendapat aq je..Lantak lah kalau korang nak emo ke apa..Ada aq kisah??Ha3..

Assalamualaikum..

2 comments: