Wednesday, October 24, 2012

Keseronokan Berada di Rumah..

Assalamualaikum..

Hari ni dah hari ke-5 beristirehat di rumah..Seronok tak terkata..Cuti dah nak habis,nota tak siap-siap.. As expected!! -__-' Ulang kaji tak habis lagi..Bukan main bersepah meja belajar ni ha,nak tunjuk dekat mak abah konon rajin belajar..hampehhh..buat nota,sempat ko update blog!!lagi sekali hampeh..

Sesungguhnya, berada di rumah merupakan nikmat Allah yang tidak ternilai..Oh,sungguh hiperbola ayat ku ini..ha3..Kenapa dikatakan asyik bangat berada di rumah??Mari kita survey..

Pertama, dapat jumpa the whole family..
Ini merupakan faktor utama..Masa ni la ko nak korek rahsia dari mak ko, anak teruna sape paling hot masa ni..hua2..sungguh manis perangai aq ni..Nasib baik perkara ni tak dapat dihidu oleh mak aq..Kalau tak,dah tentu aq dicop sebagai anak yang gatal!! -..-' Selain tu, dapat juga tau perkembangan family yang lain..Bila abang yang tersayang nak naik pangkat, gaji berapa sekarang..ha3..Baik sungguh aq sebagai seorang adik..Caring habis!!Paling dinantikan sekarang, bila akak tersayang nak deliver baby..Tak sabar nak tunjukkan sifat aq sebagai mak cik yang paling garang (sila baca sebagai mak cik yang paling baik!!)

Kedua, makanan cukup..
Sebagai seorang pelajar yang tidak mendapat biasiswa, catuan makanan di universiti adalah perkara normal bagi memastikan kelangsungan wang.. (ke aq je yang catu makanan?? O.o) Hasrat aq,kalau boleh, dalam tempoh belajar ni,aq tak nak mintak mak abah aq duit..Kecuali kalau memang dah zero..Tapi setakat ni,ok la..Masih stabil..Terima kasih kepada pelan catuan makanan dan barangan!! Bila cuti, of course la soal makan tak payah fikir..Dari sarapan sampai ke makan malam, siap minum petang, semua dah ada..Terbaik!!Dah la free, berkhasiat lagi..Terima kasih mak abah..I love you..Muahhhh.. n_n 

Ok,cukup dua..Yang lain,boleh fikir sendiri..keh3..mak aq dah jeling bagi warning pehal aq gelak terkekeh macam apa je..Kata buat nota..Sejak bila subjek transaction sangat menggembirakan?? ;) Sekian,saya melaporkan dari teratak bonda..Esok musuh ketat tapi saya sayang akan pulang..Bersedialah untuk tidak dilayan oleh omak dan abah.. ;(
Assalamualaikum..


No comments:

Post a Comment