Assalamualaikum..
Hari ini,genap 56 tahun umur abah tercinta..
Terima kasih Ya Allah, kerana memberi kesempatan buat abah,melihat anak2 nya membesar..
Moga dengan pertambahan usia, bertambah amalnya..
Ketika entry ini ditaip,masih belum berkesempatan mengucapkan selamat hari lahir buat abah..Bukan tak mahu..Bukan anak tak kenang budi..Tapi,belum ada keberanian sebab takut menangis ketika mengucapkan..Kenapa??Sebab rasa sedih yang pasti.. Sepatutnya,umur2 begini,abah dah boleh berehat.. Tak perlu bekerja.. Tapi,abah masih membanting tulang 4 keratnya untuk mencari rezeki.. Memenuhi keperluan,kehendak anak2.. ;(
20 tahun bersama abah,lebih daripada cukup untuk melihat kesabaran abah melayan anaknya yang sorang ni..Belum ditambah perangai kakak2,abang dan adik..Memang patut la uban banyak memutih di kepala abah.. ;) Sabarnya seorang abah..Baiknya seorang abah..Kelakarnya seorang abah..Tapi,tak pernah tau apa perasaan abah yang sebenarnya.. ;(
Abah superhero saya..Abah talian kecemasan saya..Abah buah hati saya..Kenapa??
20 tahun bersama abah,lebih daripada cukup untuk melihat kesabaran abah melayan anaknya yang sorang ni..Belum ditambah perangai kakak2,abang dan adik..Memang patut la uban banyak memutih di kepala abah.. ;) Sabarnya seorang abah..Baiknya seorang abah..Kelakarnya seorang abah..Tapi,tak pernah tau apa perasaan abah yang sebenarnya.. ;(
Abah superhero saya..Abah talian kecemasan saya..Abah buah hati saya..Kenapa??
*Abah menjadi penyelamat di kala puan emak marah2..abah akan buat lawak..tenangkan mak..Situasi ni berlaku dari kecik sampai sekarang..
*Abah carikan mekanik bila saya dan abang telah menjahanamkan kereta dengan melanggar garaj rumah.. Sungguh kelakar bila ingat balik..Abah tak tunjukkan marah..Memang patut abah marah sebab banyak duit keluar..Baiki kereta,baiki tembok garaj,baiki ampaian baju puan emak..Abah marah sebab takut kalau kereta tu terjunam depan gaung,kami dua2 terperosok dalam tu,sape susah?Abah dengan mak jugakkkk..
*Abah selalu menjadi orang tengah kalau nak mintak duit dengan mak..Sebab takut nak mintak duit direct dari puan emak..Nanti mesti ada je hujah dari puan emak.. n_n
*Kalau dapat keputusan tak memberangsangkan,mesti abah orang pertama yang tau..Abah mesti akan comfortkan anaknya,cakap usaha lagi..Jangan sedih2..Belajar..Tapiiii..Dalam memberi nasihat, ada jugak perlian yang keluar.."Tidur je kerja,mana nak dapat result bagus".."Bercinta ke sampai result jadi macam tu"..Macam2..Tapi tak pernah kecik hati dengan perlian,usikan abah..Sebab nama pun gurauan..
*Dari sekolah rendah,sampai sekolah menengah,abah hantar kami ke sekolah,naik motor waktu hujan.. Waktu hujan je,mesti abah risau..Macam mane anak2 nak pergi sekolah..Abah pakaikan kami baju hujan,tutup elok2 beg,baju tak nak bagi basah..Hantar naik motor..Waktu tu,tipu cakap kalau tak cemburu tengok kawan2 naik kereta..Tapi sekarang,rasa bersyukur..Terima kasih abah sebab sanggup hantar kitaorg waktu hujan.. ;)
*Abah sanggup datang tengok saya waktu final debat..Waktu tu,baru selesai pengebumian arwah atuk,ayah kepada abah..Abah datang jugak..Waktu tu,memang rasa nak nangis je bila nampak abah datang dengan mak..Kami menang,tempat ke-2..Masuk final,kami juara.. n_n
*Abah sanggup datang tengok saya waktu final debat..Waktu tu,baru selesai pengebumian arwah atuk,ayah kepada abah..Abah datang jugak..Waktu tu,memang rasa nak nangis je bila nampak abah datang dengan mak..Kami menang,tempat ke-2..Masuk final,kami juara.. n_n
*Abah belikan saya coklat saiz besar dari kecik sampai sekolah menengah setiap kali gaji..Kenapa? Sebab saya hafal,setiap 21 haribulan, abah dapat gaji..Takde coklat,boleh perang besar!!ha3.. Sungguh budiman perangai.. ;)
*Abah sanggup turun laut kalau waktu udang tak banyak,semata2 nak penuhi kehendak anak2nya nak makan udang itu,ikan ini..Ni perangai paling pelik anak2 abah yang saya perhatikan..Dah berbelas,berpuluh tahun jadik anak nelayan, memang tipu la kalau asyik teringin nak makan udang kan?? Ni semua mengada je lebih!! n_n
*Waktu dapat keputusan yang cemerlang,abah mak tak dapat bagi macam apa yang kawan2 lain dapat..Tak de hadiah handphone,iPad,iPhone..Tapi,saya tak kisah..Makan luar satu family,belikan baju, buat BBQ..Tu pun lebih dari cukup..Gadjet2 tu semua,bila dah kerja pun boleh beli.. ;)
Banyak lagi yang nak tulis,tapi nanti,lagi banyak air mata menitik..Yang selebihnya,biar lah jadik memori antara saya,abah,mak dan adik-beradik saya..Saya bangga jadi anak abah..Walaupun abah pesara tentera,sekarang jadi nelayan,tapi abah mampu besarkan anak2 sampai masuk universiti.. Insya-Allah,7 sem lagi, moga Allah panjangkan umur abah dan mak saya untuk datang ke majlis graduasi saya..
Kucing2 ni sambut abah saya setiap kali naik..Manjanya,kalah manja anak2 abah.. |
Gambar ni waktu raya.. ;) |
Gambar abah bersama puan emak,waktu petang baru lepas turun laut..Ni gambar pembakar semangat saya..Tersemat di dinding bilik.. n_n |
Assalamualaikum..
happy birthday jugak ayah sakinah :) semoga panjang umur, murah rezeki..kinah, jadi lawyer berjaya balas jasa..n boleh belanja bila dah berjaya nanti..hehe ^_^
ReplyDeletethanks zai..nanti akan ku khabarkn ke encik zaini atas ucapan mu itu..insya-Allah..bukan setakat belanja,more than that insya-Allah.. n_n
Delete