Monday, February 27, 2012

Kenapa Aku Di Sini, Bukan Di Sana?

Assalamualaikum..

Selamat pagi..Selamat memulakan hari ini dengan semangat berkobar2..Rasa nak update blog, tapi tak tau nak kongsi pasal apa..Lagi pun,tak de cerita yang perlu dikongsikan..Rutin harian berjalan seperti biasa.. Tugas sebagai seorang pelajar-pergi kelas-ulang kaji-cari bahan di library-beriadah-beronline..hampir setiap hari rutin yang sama..Cuma,perbezaannya,setiap hari,ada saja benda yang berlaku yang menguji kesabaran dan ketajaman akal untuk berfikir bagaimana harus terima situasi yang berlaku..

Solusi isu terbaharu dah berada dalam koleksi rak buku..Baru sempat membaca 1,2 topik..Belum punya kelapangan nak menghadam isi di dalamnya..yang pasti,isu kali ni,memang menarik..Tutup Aurat Supaya Selamat..Insya-Allah akan membaca isi2 nya..Kalau boleh berkongsi,insya-Allah akan berkongsi..

Hari ni,hampir 2 minggu lebih memulakan sem baru di kuliah..Alhamdulillah,semua berjalan lancar walaupun kadang2 perasaan nak give up,tukar course,berhenti belajar datang menjengah tatkala diri rasa tak mampu nak teruskan pengajian yang baru setahun jagung bermula..Rasa nak tergelak pulak bila fikir kan balik..Kenapa la boleh terfikir nak mengalah..Baru sikit Allah uji..Kena kuatkan diri..Kalau kita kuat, kawan2 sekeliling pun akan rasa kuat.. n_n

Akhir2 ni,terfikir:

*kalau tak sambung belajar dalam bidang undang2 ni,dekat mana aq sekarang?
*kenapa Allah letak aq dalam bidang ni?Boleh ke aq buat?
*kenapa dekat UiA?kenapa bukan U lain?
*Macam mane ye boleh lepas ujian hari tu?Rasanya,macam tak boleh lepas..
*Bila rasa sakit hati dengan seseorang,mula berprasangka buruk dengan diri mereka..Benci aq ke?
*Bila tak boleh buat soalan tutor,tak faham waktu revision terus fikir,boleh survive ke 4 tahun ni?

Bila refleksi diri balik,rasa macam nak tampar diri sendiri je..Bertapa ceteknya akal waktu tu nak persoal kan qada qadar Allah..Allah dah berkata dalam kalamnya,dalam surah Al-Baqarah, surah Al-Ankabut pasal ujian dan dugaan..Kenapa tak nak pegang kata2 Allah?? ; (


Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Beberapa hari lepas,salah seorang kawan yang berada di Mesir,tag satu post..Rasa macam terkena batang hidung sendiri..Here the post,

bukankah itu yang kita minta?
Kita selalu berdoa
Doa itu lah sumber kekuatan, doa itu pengaduan, doa itu curahan hati, doa itu perbualan dengan Rab, bercerita, teresak di sisi Nya


Doa itu, tempat mencurah isi hati. Tempat memberitahu apa-apa yang kita tidak mahu manusia lain tahu. Tempat mengadu segala cerita yang mungkin manusia takkan faham.


Kita minta menjadi seorang yang kuat
Lalu Allah uji dengan bencana
Kita menangis
Kita rasa Allah tak sayang kita
Aduhai sayang
Bukankah kekuatan itu yang kamu minta?
Maka Allah kabulkan permintaanmu


Kita minta menjadi sabar
Lalu Allah uji kita
Kita lembik dan putus asa
Kita terasa itu ujian itu di luar kemampuan kita
Alahai sayang
Bukankah itu jawapan doamu?
Bukankah kesabaran itu yang kamu minta?


Kita memohon menjadi orang yang berlapang dada
Lalu Allah datangkan seseorang yang sangat suka berbuat masalah
Kita rasa kita tak suka
Kita benci perangai dia
Wahai sayangku
Itu kan peluang pahala berlapang dadamu?
Bukankah berlapang dada itu yang kamu minta?


Kita memohon menjadi orang yang ikhlas
Lalu didatangkan ujian dengan ahli rumah yang suka buat sepah
Kita pun tak puas hati
Kenapa asyik kita je yang kena kemas?
Hai sayang
Bukankah keikhlasan itu yang kamu minta?


Kita berdoa untuk menjadi orang yang bersyukur
Lalu Allah hadirkan pada kita kelemahan
Kita merasa sedih
Kenapa orang lain lebih?
Aduhai sayang
Bukankah rasa syukur itu yang kamu minta?


Kita minta untuk jadi orang yang bertawakal
Lalu Allah uji dengan soalan peperiksaan yang susah
Kita balik menangis-nangis telefon mak
Kita rasa tak yakin
Alahai sayang
Bukankah tawakal itu yang kamu minta?


Sayangku
Semua yang berlaku pada kita
Telah tertulis, telah kering penanya
Apa yang hadir pada kita
Tidaklah sia-sia
Kerana bukan standard Allah
Untuk buat sesuatu yang tak berguna


Ujian dan dugaan itu adalah latihan
Dan jawapan yang kepada doa
Sama ada kita muhasabah
Atau tidak



Sekarang,muhasabah diri..Pegang ayat2 Quran sebagai pengubat hati..Ujian tanda Allah sayang dekat kita..Kan best,Allah ingat kita.. n_n

Doa hari ni,moga segalanya berjalan lancar,dipermudahkan segala urusan..Assalamualaikum..


No comments:

Post a Comment