Friday, January 20, 2012

Cuti-cuti di Rumah..

Assalamualaikum..

Sudah lama tidak ku kemas kini blog ku ini..Bukan ku tak sudi, tapi baru ini hari ku register broadband Celcom..Broadband Maxis sudah ku terminate beberapa bulan yang lepas kerana membuat onar ketika aq kebosanan dekat Gombak.. Sebagai seorang pelajar,lebih2 lagi yang tidak mendapat tajaan,maka sudah tentulah pakej yang paling murah ku pilih..Hati harus cekal dan tabah andai broadband baru ni membuat onar seperti yang lama.. Mungkin akan menerima nasib yang sama..Akan ku baling dari atas katil ke lantai bawah..Tengoklah macam mana situasi andai perkara tu berlaku..Ok,selesai sudah mukadimah..Asal ayat aq gramatis sangat ni? Mesti sebab dah tersadai lama dekat rumah ni.. ; )

Sedar tak sedar, dah hampir 2 minggu berada di rumah..Sungguh bahagia berada di bawah ketiak keluarga tercinta..Mana tak nya, semua tersedia..Bangun pulak lepas matahari dah terpacak lama..Lepas Subuh terus tidur..Elok la tu..Amalkan la selalu ye Musalmah.. -___-'  Waktu dekat Gombak,punya semangat merancang nak bekerja..Konon nak cari duit poket..Tak nak bebankan mak abah..Dah sampai rumah,hampeh..Cop..cop..Bukan tak nak kerja, tapi sebab kesian dekat mak..Beliau memerlukan driver untuk ke sana sini andai abah yang tercinta turun ke laut mencari rezeki.. ; ) Tapi esok, driver mak aq yang tercinta akan balik..Dapat lah aq rilek..Cuti buat apa?

#Makan dan Tidur
--->> ni lah perkara asas ketika di rumah..korang pun sama, tak payah nak kondem aq sangat la kan.. Hilang sudah penat lelah jogging dekat UiA..Konon nak maintain kurus dan sihat..poorahhh..Balik rumah, separuh periuk nasi tu,aq yang punya..Semua mak masak,habis aq bedal..Tidur memang kalah budak kecik..Lebih 6 jam sehari..Memang ikut saranan betul.. ; )

#Kemas rumah
--->> memang wajib la kemas rumah time cuti2 ni..kalau tak,buat apa jadik anak dara...tu ayat abah aq..terbaikkk!! nasib baik rumah kecik,kalau rumah besar gedabak,pengsan aq..rumah sedia ada ni pun tak larat nak kemas..nak kata ada budak kecik,buat sepah-kapau,tak de..yang tua2 duk buat sepah.. bila tak kemas, membebel, bila dah kemas,sepah balik..sabar jelaaaaa..nasib baik sayang abang..kalau takkk..

#Jaga kucing
--->> Disebabkan aq takde anak buah lagi, so, kira kasih sayang family aq memang di curahkan sepenuhnya la dekat kucing2 yang ada..Bagi makan, 3 kali sehari..Sama ada goreng/panggang ikan, then gaul dengan nasi atau bagi keropok ala2 freskies tu..Hampir the whole day la jaga diaorang ni.. Lepas dah makan, basuh sisa kumbahan depa..Yang ada luka2,sakit2, letak ubat..Bila malam2 terdengar kucing gaduh, pergi leraikan..Pendek kata, memang macam anak sendiri la bila bela kucing ni..Tapi, yang tak fahamnya, kenapa ada orang sekeliling yang suka aniaya kucing2??tak kisah la kucing tu bertuan atau pun tak..nama pun binatang,bukan diaorang boleh pikir pun..kalau tak nak kasi makan,dah la..biar jela..tak yah baling2..forgive and forget kalo diaorang berak sepah2 ke,gaduh dekat rumah korang ke..kan pencinta kucing dah berbunyi..

As a human being, korang sampai hati ke nak pukul, baling kucing yang comel ni?

New kitten..Baru berapa minggu lahir,tapi dah nakal.. ; )

#Membaca
--->> Saya menyahut kempen membaca..kemainnnn..Pantang pergi mana2,kalau nampak kedai buku mesti singgah..Lepas satu,satu buku,majalah beli..Padahal yang dah beli sebelumnya tak habis baca.. Sampai kena spend masa betul2 setiap hari nak habiskan apa yang dah beli..Mak dah warning suruh stop beli dulu..Ada 3 buku, 2 majalah yang tak habis lagi..ngeee..bila ditanya,jawapan selamat, "nak baca slow2,bagi faham,amik feel''..padahal,tidur,makan,tengok tv,main kucing tak ingat nak baca..ni dah register broadband,entah apa la jadik ni.. -___-'

#Santai di Tepi Laut
--->> Sebagai seorang anak nelayan, kalau tak berpanas,berhujan,berangin di laut, tak cool la kan.. sepanjang cuti ni, memang masa akan di habiskan di laut..Cuma sekarang time abah tengah cuti dari ke laut, maka aktiviti bersantai pun di rehatkan..Tapi memang sungguh nyaman berada di tepi laut.. Cuma tak de pasir dan laut membiru..Yang ada cuma batu2 dan lumpur..Tapi pemandangan tetap cantik..


Actually ni waktu pagi,tapi sebab guna handphone ku yang murah, hasil nya terus nampak seperti sunset bah.. ; )

Ni waktu nak dekat maghrib..Nampak tak cahaya matahari tu..Macam torch light.. n_n

Esok sambung update blog lagi..nak cerita pasal kereta idaman yang baru..Lupakan dulu BMW, Mercedes semua tu...yang ni memang terbaikkkk.. n_n   nite semua..sebelum tidur basuh kaki,wuduk terus lagi afdal..jangan lupa baca doa..assalamualaikum..




No comments:

Post a Comment