Sunday, September 11, 2011

Kena Extend Sem..Ada Hikmah Di Sebaliknya..

Assalamualaikum..

straight to the point je la kan..aq malas nak membebel panjang..sepatutnya,aq dekat UiA untuk degree 4 tahun je..tapi sebab aq budak direct intake,bukan ex-asasi UiA,maka,aq kena amik ujian BI dengan Arab..exam ni,dipanggil EPT untuk english,APT utk arabic..paling penting,EPT..APT,ko tak lepas tak pe..tak effect..just kena amik sampai lulus level 2..tapi,EPT la yang menyebabkan tempoh belajar aq dari 4 tahun,jadik 4 tahun setengah..sedih ko tau..baru plan nak kawen awal..ha3..

kalau setakat extend sebulan dua tak pe la..ni sampai 1 sem..aq pun tak faham ape motif diaorg ni..-__-'
maka,secara rasminya,untuk sem pertama ni,aq tak kan jejak kan kaki ke Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL)..aq kena belajar english utk 1 sem,pastikan dapat level 6,both writing and reading kena lebih dari 5.5..then,baru lah aq boleh ke AIKOL..sekarang ni,aq kena belajar dekat CELPAD dulu.tak kisah la..janji nanti,ada rezeki,dapat jejak AIKOL..korang doa2kan aq lepas EPT nanti..probably,exam bulan 12..

actually,mula2 memang sedih sebab sangkut 1 sem..tapi,bila fikir2 balik,banyak hikmah disebaliknya.. ramai budak direct intake tak lepas..kesian kot..kat sini,geng aq 6 orang..sorang je lepas..5 sangkut..dah dikatakan takdir, kitaorg semua pair untuk setiap level..aq kena masuk level 4 dengan roomate aq..lagi 4 orang,level 5 and 6..aq harap,dapat lulus kali ni..amiinnn  n_n  

antara kebaikan,hikmah yang aq nampak bila aq kena extend sem ni,

@aq dapat improve english aq..nak2 part grammar..lagipun, law kan memang dalam english..at least, bila dah masuk AIKOL, english aq ada improvement insya-Allah.. n_n
---->>sini,MUET memang tak dipandang langsung..baik tak payah repeat kalau tak dapat band 4 sebab nanti,kalau EPT tak lepas,kena g kelas english jugak..UiA just accept IELTS/TOEFL je..grrrr..

@boleh senang-lenang sikit sem ni sebab, once tak lepas EPT, aq tak boleh amik kelas arab, kelas halaqah,koku..so, next sem, padat la jadual aq nampaknya.. -____-'

@boleh join charity..pergi rumah anak yatim, hospital, penjara..boleh jugak join aktiviti sukan..at least, sihat tubuh badan daripada aq tido je semedang dekat bilik..ha3..

@boleh prepare subjek law awal2..at least,aq boleh belajar dengan kawan2 yang lepas masuk AIKOL,nak buat nota, pinjam buku law..dapat tau apa subjek yang belajar..macam mane kuliah dekat sini..lecturers..senang cerita,aq boleh prepare awal2 sebelum melangkak ke AIKOL..

mungkin, aq ditakdirkan extend sem oleh Allah sebab mungkin aq tak bersedia lagi nak sambung law..mungkin kalau aq lepas,aq main2,tak dapat survive..Allah Maha Mengetahui..Dia tau apa yang terbaik untuk aq..insya-Allah,ni sem pertama dan terakhir untuk aq amik EPT..doakan aq lepas band 6 ye nanti..takut pulak nak pergi kuliah..dah lama sangat cuti..ha3..

ok la...sebabkan dekat Gombak hujan petang2 ni,aq nak tidur la..nak rehat..orientasi punya penat tak habis lagi..next week,ada lagi perjumpaan..grrrrr..thanks sebab sudi baca..assalamualaikum..

p/s: nanti ada masa aq masukkan gambar2 aq dengan kawan2 dekat sini ye..

No comments:

Post a Comment